Cara Membuat Slip Gaji Untuk Bisnes Sendiri

by on October 6, 2015

Post image for Cara Membuat Slip Gaji Untuk Bisnes Sendiri

Walaupun ada pendapatan yang bagus dalam bisnes, masalah biasa orang yang berniaga sendiri atau yang kerja sambilan ialah susah dapat pinjaman bank untuk beli harta sebab tiada rekod yang menunjukkan dia ada pendapatan tersebut. Jadi pendapatan sebesar mana sekalipun, kalau tak ada bukti pendapatan, bank tak dapat bagi pinjaman.

Saya pernah tunjukan cara buat pinjaman tanpa slip gaji, tetapi kali nak saya nak kongsikan cara buat Slip Gaji sendiri bagi mereka yang berniaga sendiri. Slip gaji ini lebih meyakinkan pihak bank sebab bank lebih suka bagi pinjaman kepada mereka yang berstatus “makan gaji”. Ia lebih terjamin pendapatannya bagi pihak bank.

Bagi orang makan gaji yang nak buat pinjaman, pihak bank biasanya akan minta:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Slip Gaji (3 bulan)
  3. Penyata KWSP
  4. Borang Cukai (EA Form)
  5. Surat Pengesahan Jawatan & Pendapatan

Jadi untuk adakan semua dokumen di atas, orang yang berniaga sendiri perlu jadikan diri sendiri sebagai pekerja syarikat sendiri dan dibayar gaji oleh syarikat sendiri. Perlu ada slip gaji dan caruman KWSP sendiri.

Langkah Membuat Slip Gaji

Daripada pembacaan saya dan belajar dari mereka yang berpengalaman, untuk buat semua dokumen tersebut, ini langkahnya:

  1. Daftar bisnes dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Buat cop rasmi bisnes (untuk semua tujuan rasmi nanti)
  3. Buka Akaun Semasa syarikat.
  4. Tetapkan gaji yang diinginkan, mengikut kemampuan syarikat.
  5. Daftar syarikat kita dengan KWSP dan buat caruman KWSP untuk diri sendiri. Buat masa sekarang, caruman sendiri 11%, dan caruman majikan 12%.
  6. Buat slip gaji sendiri setiap bulan. Boleh ikut mana-mana format slip gaji. Orang yang pernah bekerja makan gaji mesti tahu format slip gaji.
  7. Dan jangan lupa, wajib buka fail dengan LHDN untuk syarikat sendiri dan fail cukai pendapatan peribadi. Lagi besar pendapatan yang kita buat, lagi besar cukai yang kita perlu bayar!

Bila ada slip gaji sendiri, ia memudahkan untuk buat pinjaman terutamanya untuk tambah pemilikan harta seperti membeli lagi rumah-rumah yang bagus untuk dijadikan sebagai “mesin duit”.

fb gaji dan kesan income tax en syukorfb gaji dan kesan income tax 02Penetapan gaji mesti ambil kira kesan cukai pendapatan juga

Kelebihan Mengadakan Slip Gaji

Buat masa ini, saya BELUM buat untuk diri sendiri, tapi masih dalam perancangan. Saya fikir, saya perlu buat strategi ini supaya isteri saya (yang menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi membantu bisnes saya) dibayar gaji supaya dapat; (1) kurangkan cukai bisnes, dan (2) membolehkan kami tambah lagi pemilikan hartanah atas nama beliau dengan pembiayaan bank sebanyak 90%.

Quota had pinjaman 90% untuk membeli rumah atas nama individu terhad hanya dua (2) buah rumah sahaja. Kalau nak beli hartanah yang ketiga dan seterusnya, bank cuma boleh bagi pinjaman hingga 70% sahaja. Maksudnya, kalau nak beli rumah yang bernilai RM250,000, saya perlu sediakan hampir RM100,000 untuk deposit 30% + kos-kos berkaitan sebanyak 10%. Kosnya agak besar.

Tapi bila isteri ada slip gaji sendiri (yang sah), ia memudahkan kami menambah lagi pemilikan hartanah, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
18 Ogos 2015
4 Dzulkaedah 1436H

(Kredit foto : thetoppaydayloansusa)

{ 19 comments… read them below or add one }

1 mohd azinuddin Abdullah October 6, 2015 at 11:22 am

Noted Sifu.

Reply

2 skyfun October 6, 2015 at 3:41 pm

inilah dinamakan strategi,di awal sy berniaga dulu.ada kawan2 sy dan saudara mara sy menemplak apabila sy mula ingin mendaftarkan syarikat di ssm.katanya perniagaan kecil sy x perlu serius itu..keuntungan cuma 100 ke 200 sebulan dikata tidak layak.tetapi sy berfikir dari sudut lain seperti yg tuan nyatakan..mmg betul selepas membuat semua proses secara professional.perniagaan kita lebih terjamin..untuk membuat pinjaman perniagaan pon mudah..

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie October 6, 2015 at 4:34 pm

Alhamdulillah…

Reply

4 oj October 6, 2015 at 9:26 pm

Saya merupakan org yg bekerja sendiri. Yg jadi pekerja pada sykt sndr.

Pembetulan bg caruman kwsp. Pekerja 11% dan majikan 12%. Boleh up hingga max 19%.

Mengenai pcb pula..buat potongan zakat yg sama nilai dgn pcb..kaedah itu pun boleh. Cuba buat pengiraan sendiri dengan kalkulator pcb lhdn…ada yg dpt rm3k sebulan pun tak semestinya kena pcb…

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2015 at 6:17 am

Terima kasih tuan atas perkongsian dan pembetulan.

Reply

6 Mohd Fitrie Md Ismi October 7, 2015 at 3:57 pm

assalam tuan.

Saya ada search tentang template slip gaji,tapi kebanyakkannya contoh slip gaji dari indonesia.. Tuan tahu dimana saya boleh dapatkan contoh slip gaji dari Malaysia ?

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2015 at 4:02 pm

Wslm En. Fitrie,

Cuba google dalam bahasa English. Cari “Salary Slip” atau “Payslip”.

Reply

8 Mohd Zahran October 10, 2015 at 9:56 pm

Perkongsian yang amat berguna. Semua ini adalah perlu untuk persediaan bekerja sendiri..walaupun saya masih bekerja makan gaji, tetapi dalam hati ada hasrat dan bercita-cita untuk bekerja sendiri..sedang dalam proses untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan..

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie October 11, 2015 at 7:11 am

Alhamdulillah.. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

10 Kamal zaki October 12, 2015 at 1:55 am

Salam encik zul, saya dh lama ikuti blog encik ni. Saya juga sama mcm encik, kelulusan bachelor in accountancy. Skrng sy berkerja dgn bank sbg officer. Saya juga sgt berminat nk memulakan bisnes sendiri mcm encik juga. Tp bole saya tahu tak, encik zul ni buat bisnes apa ye? Hartanah dgn publicgold sahaja kew? Atau ada lg bisnes lain yg x diceritakan. Terima kasih.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2015 at 4:41 am

Wslm En Kamal,

Alhamdulillah..

Core bisnes saya hanyalah Public Gold. Hartanah tu hanya salah cara saya menyimpan kekayaan selain daripada emas.

Reply

12 Khaidir Zakaria October 22, 2015 at 6:24 pm

Assalamu’alaikum,

Saya sedang mencari rakan dakwah dalam bidang Perancangan Harta Pusaka Islam. Jika ada di kalangan tuan/puan berminat untuk menceburi bidang ini, sila hubungi saya.

KhaidirZakaria.com & Associates

Reply

13 Shami October 23, 2015 at 1:46 pm

Nota yang berguna tuan, tapi masalah dia kn. kalau kita buka syarikat (besar or kecil) pemilik or boss bleh mcarum ka? Last time sya check tak bleh. Kalau bleh tuan mcm mana cara dia?

Reply

14 SHUHADA October 27, 2015 at 8:11 pm

Assalamu’alaikum…

Tuan, saya ada pertanyaan. Adakah bank akan meluluskan pinjaman jika kita mencarum kwsp untuk diri sendiri (pemilik tunggal syarikat) dan bank akan terima pakai ke slip gaji yang kita reka sendiri seperti yang tuan nyatakan.

Reply

15 RIzwan March 17, 2017 at 10:50 am

Assalamualaikum,

Tumpang bertanya. adakah cara di atas hanya untuk syarikat SDN BHD?
Saya menjalankan syarikat pemilikan tunggal (Enterprise) dan kalau boleh nak buat seperti di atas utk diri saya dan isteri. Saya jugak kalau boleh nk carumkan KWSP dan Perkeso.

Mohon pandangan. Terima kasih

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2017 at 6:29 pm

Wslm En. Ridzwan,

Saya tak pasti untuk diri sendiri kalau Enterprise sebab ia dianggap entiti persendirian atas nama kita. Kalau untuk isteri tu memang boleh untuk lantik dia sebagai pekerja.

Caruman KWSP sendiri pun tak ada masalah.

Reply

17 Yusri May 18, 2017 at 3:44 am

Assalamualaikum?
Saya tengah bercadang untuk membeli sebuah kenderaan, masalah hadapi ialah bekerja sendiri dan tiada payslip. Company enterprise (kedai makan).
Kalau saya buat payslip sendiri seperti saya bekerja makan gaji, adakah pihak bank akan lihat profile company kita bekerja? Tiap2 bulan saya masukkan duit dalam akaun personal yang di transfer dari company sendiri. Tiada potongan kwsp. Tapi statement bank (personal) cantik. Boleh ke apply loan utk kereta. Ingin pencerahan. Terima kasih.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie May 21, 2017 at 10:17 am

Wslm En. Yusri,

Kalau bayar gaji kepada diri sendiri tu, kena bayar KWSP. Penyata KWSP tu yang bank antara dokumen mahu lihat. Lagi satu yang penting ialah penyata cukai.

Reply

19 thaqif izzuddin June 14, 2017 at 9:03 am

slip gaji

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: