Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

by on November 4, 2014

Post image for Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji. Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerja iaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account tu alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.

Saya baru tersedar kesilapan tu lepas sebulan berhenti kerja. Masa tu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya. Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tu.

Cara Urus Current Account

Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan. Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank. Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.

Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:

  1. Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.
  2. Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.
  3. Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.
  4. Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.
  5. Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.

Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.

Dokumen Meyakinkan Bank

Selain Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan! Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran ialah setiap 30 Jun.

Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:

  1. Current Account (at least 6 bulan)
  2. Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)
  3. Resit Zakat Pendapatan
  4. Surat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)
  5. Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)
  6. Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)
  7. Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)
  8. Borang Daftar Perniagaan SSM
  9. Penyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)

Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.

Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.

Polisi Bank Luluskan PinjamanInfo penting tentang polisi bank berbeza-beza dalam meluluskan pinjaman

Profil Kewangan Peribadi Berkesan

Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank. Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separator lagi.

profil kewanganFail yang saya bawa jumpa banker

Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan. Syukur alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan tu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2014
8 Muharram 1436

CATATAN : Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan bank untuk luluskan pinjaman ialah (1) kemampuan kita membayar hutang, selalunya akan dikira bersasarkan kedudukan Debt Service Ratio semasa kita (iaitu hadnya 40% bagi berpendapatan RM3,500 ke bawah dan 70% bagi berpendapatan RM3,500 ke atas), dan (2) rekod pembayaran hutang semasa yang baik, selalunya bank akan rujuk rekod CCRIS kita.

(Kredit foto : imoney)

{ 92 comments… read them below or add one }

1 MItchel November 4, 2014 at 6:53 am

Terima Kasih Tuan! Sangat berguna.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2014 at 7:12 am

Alhamdulillah..

Reply

3 Mohd Azim November 7, 2014 at 2:51 pm

Akan dijadikan panduan. Terima kasih En Zul.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie November 7, 2014 at 6:22 pm

Alhamdulillah…

Reply

5 MOHAMAD RIFQAM ASRIE SYAH IZAD BIN ZAINI February 5, 2017 at 10:18 pm

SALAM, BOSS SAYA NK BUAT PINJAMAN DALAM 5K TAPI SLIP GAJI ADA…. BULAN² BPE YE… DAN.. TOLONG LA.. SAYA MEMANG SESAK SNGT² NK PAKAI DUIT SECEPAT MUNGKIN KALAU BLH CALL SAYA BLH X YE 0195077836 IZAD

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie February 7, 2017 at 10:53 am

Salam En. Rifqam,

Mohon maaf, saya tak ada sediakan apa-apa kemudahan pinjaman. Untuk dapatkan pinjaman, kena hubungi pihak bank.

Reply

7 Hamba June 10, 2017 at 3:48 pm

Lu dah puas kencing org ke bro? Brape bnyk dah lu kencing org? Lu tunggu org kolek lu
Izad kaki kencing!
X ckup kencing org lagi mau pinjam?

Reply

8 nashar November 8, 2014 at 11:09 am

Salam Tuan Cukai Pendapatan tu kena bayar ada kriteria tak?

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2014 at 8:18 pm

Wslm En. Nashar,

Berapa banyak cukai pendapatan yang kita bayar tu melambangkan status pendapatan kita. Berapa yang perlu bayar, bayar jer. Jujur… :)

Reply

10 nashar November 8, 2014 at 11:11 am

Saya baru nak mendaftar ssm

Reply

11 Syed Mohammad Tazrin Al-Yahya November 9, 2014 at 6:29 pm

Assalamu’alaikum Ustaz Zul.

Kalau akaun dah diseleraskaan, jangan lupa pastikan pendapatan rendah & perbelanjaan baik tinggi, barulah tak kena cukai melampau. Jangan macam saya. Belum dapat gaji dah kena potong banyak. EPF 11%+13%, PCB 3.8 = 2%, Socso 0.5%. Abis 26.5% gaji serah ke Kerajaan.
Semoga berjaya bina Cash flow positif. InsyaAllah

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2014 at 8:24 pm

Wslm. Terima kasih En. Syed atas nasihat tu.

1. EPF tu saving kita. Kerajaan simpankan. Jadi kita kena bijak memanfaatkan duit tu.

2. Income tax tu pun tak perlu risau. We pay what we actually earn.

3. Socso tu sangat bagus. Itu insurans penting untuk mereka bekerja swasta. Jumlah tu sangat kecil berbanding manfaat sebenar yang kita dapat i.e. jaminan pampasan bila berlaku kemalangan atau hilang upaya.

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie November 10, 2014 at 10:12 am

Kena daftar segera. :)

Reply

14 Dayang Rainih Bt. Rustani November 10, 2014 at 11:08 am

Assalamualaikum en. zul/ puan najdah,

Saya sgt2 mahu keluar daripada bebanan hutang yg saya hadapi.. kerana beban ini hidup jd x tenteram malah saya bukan saja menzalimi diri sendiri tp saya jga byk menyusahkan org lain..

Saya cuba berusaha untuk keluar dari hutang- piutang JAHAT yg membawa mudharat kpd saya tp setiap kali mencuba saya pasti gagal..

Dengan penuh ikhlas saya mhn tunjukajar dari tuan/ puan.. bantu saya untuk saya keluar daripada kesulitan hutang- hutang saya..

Untuk maklumat, saya tahu mengenai kisah tuan/ puan melalui buku mini MMR yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat fb saya.. mohon bantuan tuan/ puan dan saya sangat2 berharap saya dpt keluar dari kesulitan hutang saya kerana saya menanggung kedua ibu bapa saya, dua org adik yg masih belajar dan anak tunggal saya yg semakin membesar dan perlukan pendidikan yg terbaik. Saya tidak mahu anak saya susah kerana kesilapan saya sendiri. Saya sgt mengharapkan bantuan tuan/ puan.

Terima kasih, Wassalam.

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie November 10, 2014 at 11:21 am

Wslm Pn. Dayang,

Saya tak pasti apa yang boleh saya syorkan. Tapi saya pernah kongsikan pengalaman saya bebaskan diri dari hutang dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html . Itu sahaja apa yang saya buat. Tak ada rahsia lain. Buat jer tips tu dengan sabar. InsyaAllah satu hari nanti akan bebas dari hutang.

Reply

16 sanuzee November 13, 2014 at 10:37 am

salam en. zul…
kalau macam saya bisnes sbgai side income.. side income tu kena di current akaun juga ker.. akaun saving biasa boleh ker ???

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie November 18, 2014 at 6:31 am

Wslm En. Sanuzee,

Kalau nak declare duit tu sebagai pendapatan masa apply pinjaman bank, lebih baik buka current account. Current account dari pandangan bank ialah orang yang duitnya banyak dan sentiasa keluar masuk. Dan kita boleh bukti duit keluar masuk tu melalui penyata current account bulanan.

Reply

18 Hakim July 28, 2015 at 11:48 am

Tuan Zul,

Adakah current account personal sudah memadai untuk meyakinkan pihak bank? Atau current account perniagaan?

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 3:05 pm

Wslm En. Hakim,

Personal pun ok. Janji bank nak tengok duit keluar masuk dan urusniaga tu genuine, bukan manipulasi.

Reply

20 Ismat Hazim July 19, 2017 at 9:21 am

En. Zulkifli,

Kalau saya buat Saving Account (SA) khas utk urusan keluar masuk duit daripada perniagaan, boleh digunakan ke statement SA tu utk buktikan income daripada perniagaan? Atau perlu buat Current Account (CA) jugak?

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2017 at 10:54 am

Tak boleh.

Saving account tak menggambarkan En. Ismat ada bisnes. Dan saving account memang tak sesuai untuk bisnes sebab ada had jumlah transaksi. Capai had transaksi, akaun tu bank akan block.

Reply

22 Anas November 14, 2014 at 10:30 am

Assalamualaikum tuan zul,

Alhamdulillah saya dah 3 tahun mula menyimpan emas PG dan sekarang tengah survey untuk berjinak-jinak membeli rumah apartment low cost utk disewakan..Umur saya 27 tahun..Saya bercadang nak beli 2 rumah low cost untuk disewakan..Jadi adakah berbaloi saya buat personal loan untuk bayar downpayment rumah tersebut?

Saya juga ingin belajar cara berniaga emas PG dengan tuan..sebab sekarang ni saya hanya simpan emas yang saya beli dan apply sikit-sikit teknik pajak emas di ar-rahnu..Jadi boleh tak tuan zul cadangkan seminar berniaga emas PG ataupun tuan boleh coach saya..hehe

Terima kasih

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie November 14, 2014 at 3:00 pm

Wslm En. Anas,

1. Rumah low cost hanya boleh dibeli oleh mereka yang belum beli rumah, dan pendapatan isi rumah tak lebih RM3,500 (kalau di Selangor). Kalau nak beli rumah, saya prefer deposit tu bayar dengan duit simpanan sendiri. Prinsip penting dalam pelaburan, guna duit lebihan.

2. En Anas boleh join mana-mana seminar di office Public Gold yang diadakan hampir setiap minggu. Boleh cek jadual di http://www.publicgold.com.my bahagian Event > Seminar. Atau boleh terus berguru dengan introducer En. Anas.

Reply

24 Mohd Razif Rifai November 19, 2014 at 2:53 pm

Assalam.Sememangnya Info yang amat bermanfaat terutama sekali bahagian nilai tambah dlm permohonan pinjaman perumahan. Tapi En. Zul, Bagaimana pula penyediaan dokumen untuk org mkn gaji yg mungkin hanya ada penyata EPF, slip gaji & penyata akaun. Mungkin En. Zul boleh kongsi nilai tambah selain dari yg dinyatakan diatas. Mungkin penyata saham, sijil insuran, penyata akaun emas dll boleh membantu. Mohon nasihat :-)

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2014 at 6:05 pm

Wslm En. Razif,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Selain dari dokumen tu, kita boleh bukti dengan apa-apa harta atau sumber pendapatan lain yang kita ada. Kalau memang simpan Tabung Haji setiap bulan, bagi salinan buku Tabung Haji. Kalau ada rumah sewa, bukti dengan Tenancy Agreement + penyata akaun yang membuktikan kita terima duit sewaan tu.

Reply

26 Ipoi November 23, 2014 at 7:15 pm

Salam En Zul,

Adakah simpanan emas fizikal yang kita ada boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman kita di bank?

Kalau ya, bagaimana caranya? Mohon pandangan En Zul :)

– ipoi

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2014 at 6:26 am

Wslm En. Ipoi,

Kalau akaun pelaburan emas ataupun GAP (refer http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html) saya rasa boleh dijadikan sokongan untuk permohonan pinjaman. Tapi kalau yang tak ada bukti transaksi jual beli, saya rasa ia tak boleh dijadikan sokongan.

Apa-apa pun, pastikan jual beli emas tu ada bukti hitam putih supaya ia boleh dijadikan sokongan untuk pinjaman bank.

Wallahu a’lam.

Reply

28 Gurru November 27, 2014 at 10:37 am

Congrats on your next property, Zul.

Many people don’t realize (to their own cost later), the importance of paying income tax. Great article as usual!

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie November 27, 2014 at 10:57 am

Thanks Gurru.

Betul, income tax tu salah satu indicator penting untuk bank approve housing loan. Ada bank yang cuma perlu Income Tax Return jer untuk apply housing loan.

Reply

30 Shasha December 20, 2014 at 3:15 pm

Assalamualaikum Encik Zul.

Saya berumur 18tahun Dan mempunyai bisnes online sejak Dari 9 bulan yang lalu. Penyata bank saya semua berpuluh ribu hingga meningkat seratus ribu lebih keatas setiap bulan. Boleh ke saya memohon pinjaman dari bank disebabkan saya telah ditipu oleh pembekal saya baru2 ini. Sekarang saya dalam kesusahan terpaksa membayar balik semua duit customer saya. Harap en.zul dpt beri cadangan

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie December 20, 2014 at 8:10 pm

Wslm Cik Shasha,

Kalau benar-benar terdesak, buat pinjaman bank tak apa. Jadikan ia sebagai pelajaran baru dalam bisnes. Saya percaya bisnes Cik Shaha mampu bayar semula pinjaman tu. InsyaAllah.

Reply

32 Naim December 31, 2014 at 1:33 pm

Assalamulaikum ustaz.
Saya tidak jelas berkenaan dokumen nombor 2 iaitu Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)

Adakah perlu tunggusehingga 2 tahun sebelum penyata tersebut boleh digunakan?

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie December 31, 2014 at 7:33 pm

Wslm En. Naim,

Bukan tunggu sehingga 2 tahun, tapi serahkan sekali penyata tahun semasa dan tahun lepas.

Reply

34 Redza January 2, 2015 at 2:44 am

Salam tuan Zul, terima kasih atas perkongsian info ini. Sangat bermanfaat. Bagaimana agaknya seorang yang bekerja sendiri boleh menyediakan penyata gaji bulanan sendiri? Ada masanya penyata gaji diperlukan utk ditunjukkan kepada pihak tertentu misalnya untuk pendaftaran anak ke sekolah. Atau kita boleh buat surat menyatakan kita bekerja sendiri dan tiada slip gaji? Terima kasih :)

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie January 2, 2015 at 6:45 am

Wslm En. Redza,

Alhamdulillah.

Orang bekerja sendiri boleh buat slip gaji terutamanya bagi sesiapa ada syarikat PLT atau Sdn. Bhd. Tentukan jawatan kita dalam sayarikat sebagai Eksekutif (staff), tetapkan gaji bulanan untuk diri sendiri, bayar caruman KWSP dan SOCSO untuk diri sendiri. Slip gaji tu akan sah dan berkredibiliti.

Ataupun, buat surat pengesahan pendapatan yang diakui oleh ketua persatuan penduduk. Sesetengah pihak boleh terima surah pengesahan pendapatan.

Reply

36 Wan May 14, 2015 at 12:13 am

Salam tuan. Terima kasih atas segala perkongsian.

Kalau yg syarikat enterprise mcm mana ye? Boleh ke buat slip gaji sndiri?

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie May 14, 2015 at 5:43 am

Wslm En. Wan,

Boleh, tapi mesti bayar EPF dan SOCSO.

Reply

38 ismail January 8, 2015 at 11:39 am

terima kasih en zul.. banyak perkongsian en yang membuka minda..

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 7:44 pm

Sama-sama En. Ismail. Alhamdulillah.

Reply

40 Rosmawati Binti Sharon January 16, 2015 at 9:38 am

saya hendak pinjaman wang untuk belanja susu dan lampin dan sekolah anak saya..

Reply

41 mohd zulkarnain abdullah February 4, 2015 at 12:59 pm

Boss.to long but pinjaman.

Reply

42 muhamad abdullah February 17, 2015 at 7:27 pm

Bosss saye nak buat pinjaman…untk tambah duit kahwin…..boss bleh tlng saye

Reply

43 mak jah April 24, 2015 at 10:17 am

en zul ,mak cik umr57th .pemohonan rumah swasta harga rendah40k mak cik dah lulus cuma nak mohon pijam bank je.makcik adalah pay slip sebagai peneroka felda.lepas tolak segala hutang dan upah dlm pay slip tu tinggal rm800.Macamana agak nya peluang mak cik nak dapat pinjaman bank?

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 2:31 am

Salam Mak Jah,

Bank biasanya akan luluskan pinjaman lepas menilai (1) kemampuan kita membayar pinjaman, dan (2) rekod pembayaran hutang kita yang sedia ada. Saya tak pasti sama bank boleh luluskan atau tidak permohonan mak cik. Tunggu sahaja keputusan bank. Biasanya masa mohon pinjaman, pegawai bank dah boleh agak dan bagi keputusan awal samada boleh lulus atau tak.

Reply

45 Amir May 4, 2015 at 7:33 pm

Saya makan gaji dan ada slip gaji.At the same time saya ada business online parttime,kalau saya nak gabungkan dua income (makan gaji dan business) untuk buat loan,income dari business tu sekali kan dalam current account personal atau masuk kan dalam current account business?
Terima kasih

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie May 6, 2015 at 7:02 am

Salam En. Amir,

Tak kisah samada current account bisnes atau personal, urusniaga bisnes dimasukkan dalam current account. Dan yang penting, bank boleh tengok duit keluar masuk bisnes kita.

Reply

47 Miza May 18, 2015 at 10:58 pm

salam en zul,

miza nk tnya.. miza baru lg berniaga . tetapi baru nk berjinak utk pandai tntang buat pelaburan atau beli rumah dan sewa kan.. tp miza tk berapa fhm tentang apa yg perlu miza buat. SSM dan penyata pendapatan shaja ke ya? sbb miza full time berniaga. ada yg kata miza perlu buat ssm sahaja dan duit selalu kena masuk dlm bank bagi konsisten. miza baru umur 22 thun. still kurang jelas.

Reply

48 Mohd Zulkifli Shafie May 19, 2015 at 7:04 am

Wslm Cik Miza,

1. Daftar SSM
2. Buka current account khas untuk bisnes.
3. Isyhtihar pendapatan kepada LHDN setiap tahun.

Perkara di atas tu akan meyakinkan bank bila nak buat pinjaman suatu hari nanti, insyaAllah.

Reply

49 mohd iqbal May 24, 2015 at 9:12 pm

Slm abg zul,sya ingin membuat pinjaman peribadi nk buat bisnes canopy,sya ada tanah pertanian tapi tanah geran bersama(1 geran 9 beradik)sya nk cagarkan tanah ni utk dptkan pinjaman peribadi mcm mana caranya boleh ke tuan

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2015 at 6:33 am

Wslm En. Iqbal,

Saya tak pernah ada pengalaman buat pinjaman dengan cagarkan tanah. Saya syorkan terus pergi jumpa pegawai bank. Mereka tentunya lebih tahu tentang hal ini.

Memulakan bisnes dengan buat pinjaman bercagarkan harta (apatah lagi harta keluarga) sangat tak digalakkan oleh guru-guru bisnes.

Reply

51 Fakhrur June 22, 2015 at 2:34 am

Assalam,

Boleh sy tgk contoh , cara susunan, keperluan dan lain-lain dokumen yg perlu ada dalam fail “Profile Kewangan”? Saya masih buntu untuk membuat Profile Kewangan ini.
Terima Kaseh.

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie June 22, 2015 at 6:50 am

Wslm En Fakhrur,

Susun macam mana pun tak apa. Asalkan semua dokumen yang bank perlukan ada dalam fail tu.

Reply

53 Fakhrur June 22, 2015 at 5:59 pm

Ada beberapa persoalan utk Profile Kewangan.Mohon cadangan tuan.

1-Jika ada ambil insuran, perlu masuk kan dlm Profile Kewangan? Dlm ruangan apa?
2-Jika ada memiliki beberapa saham Bursa, perlu masuk kan dlm Profile Kewangan? Dlm ruangan apa?

Terima Kaseh.

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie June 22, 2015 at 6:24 pm

Masukkan jer. Nanti pihak bank akan pilih mana-mana dokumen yang dia nak. Tak ada format yang khusus.

Reply

55 Lina August 22, 2015 at 7:34 pm

Salam en zul

Saya ada perniagaan sdn bhd dan sale tahunan mencecah ratusan ribu..

Tapi saya tidak pernah membayar income tax dan tiada epf dan socso.. Boleh ke saya dapatkan pinjaman dgn statement curr acc shj?

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2015 at 7:57 am

Wslm Puan,

Puan boleh mencuba, tetapi saya rasa susah. At least puan kena declare pendapatan kepada LHDN dan bayar cukai, barulah bank confident. Penyata cukai tu penting sebab ada bank yang hanya mahu tengok penyata cukai sahaja untuk luluskan pinjaman. Penyata lain mereka tak nak tengok.

Reply

57 Mohamad Salman September 19, 2015 at 6:22 am

Assalamualaikum. .tuan, saya keje government. .daftar ssm atas nama saya (pertama) dan isteri nama kedua. . isteri saya xbekerja dan buat bisnes online full-time. .isteri ada current akaun yg kami buat khusus untuk bisnes yg boleh dikatakan hari2 ada keluar masuk duit. .cuma kami belum berdaftar untuk isytihar cukai di LHDN ( sbb xtahu cmne nak buat dan syarat2 untuk bayar cukai). .

SOALAN :
Boleh ke isteri saya memohon pinjaman perumahan dengan menggunakan SSM yg mana nama pertama dalam SSM adalah saya dan nama kedua isteri?

Bagaimana cara nak isytihar cukai di LHDN? Guna nama saya atau isteri? Sbb saya keje government. .

Apa syarat2 atau berapa tempoh yg perlu isytihar penyata kewangan perniagaan?

Terima kasih tuan. .

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2015 at 10:56 am

Wslm En. Salman,

1. Boleh dijadikan supporting document untuk memohon pinjaman bank.

2. Boleh rujuk website LHDN.

3. Yang penting, isytihar jumlah pendapatan tahunan daripada perniagaan kepada LHDN dalam tempoh setahun i.e. 1 Januari – 31 Disember.

Reply

59 Mohamad Salman September 19, 2015 at 11:41 am

SSM xde masalah kan Jika guna nama saya nama pertama?

Kalau nak isytihar di LHDN, perlu letak nama saya atau isteri?

Tq En Zul

Reply

60 AZMAN BIN IDI October 8, 2015 at 6:43 pm

Masih dpt loan lagi?

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie October 8, 2015 at 9:03 pm

Apa maksud En. Azman?

Reply

62 Muhammad amirul October 12, 2015 at 2:02 am

Sya engan memijam duat kepada sarikat ni..sya eyin memelukn duit sebayak RM 3000.terima kasih kepada sarikat ni..sya mahu pinjam duit kerana sya nk kawin..kerana duit sya x cukup..nk buat perkawinan sya nii..sya memohon kepada sarikat ni..sya harap puan dn tuan dpt menolong sya..terima kasih atau kepada sarikat ni…ni nmbo sya..0173119653

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie October 14, 2015 at 7:22 am

En Amirul kena pergi bank dan bincangan hal pinjaman dengan bank.

Reply

64 mohd izhAm October 29, 2015 at 3:05 am

Assalammualaikum..tumpng tnya sy bekerja badan berkanun,sebelum ni sy ada buat personal loan dn loan kereta..gji bersih sy cmpur ot 3k keats..adakah sya layak untuk loan rumah yg beharga 150k?

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2015 at 8:49 am

Wslm En. Izham.

Bank akan semak kadar Debt Service Ratio (DSR), iaitu hutang vs pendapatan semasa. Saya tak pasti lepas atau tak. Boleh tanya terus dengan pihak bank.

Reply

66 Ahmad November 28, 2015 at 2:44 pm

Salam Tuan,

saya ada soalan.

sy sekarang bekerja bisnes bersama pakcik sendiri. Diberi elaun tetap bulanan + komisen bulanan atas bisnes yg saya usahakan.

company milik pakcik saya, tp sy tidak diberi slip gaji, kwsp dll buat masa skrg.

ada cara tak untuk buat loan bank utk beli rumah tanpa slip gaji dan company sendiri?

terima kasih

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2015 at 4:27 pm

Wslm En. Ahmad,

Tak boleh, mesti ada slip gaji juga sebab En. Ahmad adalah pekerja. Bila pekerja, bank nak tengok slip gaji. Minta pakcik keluarkan slip gaji dan bayar caruman-caruman lain termasuk KWSP.

Reply

68 kak aniey December 1, 2015 at 12:52 am

saya seorang suri rumah,hasil pendapatan jualan sawit dari kebun family,boleh tak sy buat pinjaman bank

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 8:26 am

Salam Kak Aniey,

Apa pun pendapatan, bank perlukan bukti hitam putih kita menerima pendapatan tersebut. Bawa apa-apa bukti dan bincang dengan kakitangan bank yang berkaitan.

Reply

70 Cik Kerani Cabuk February 10, 2016 at 10:35 am

Assalamualaikum En. Zul.
Benarkah apa yang saya baca, jika buat permohonan loan cuma menggunakan current account shj sudah cukup tanpa perlu declare income tax? Bukan ker memberi kesan kepada tuan badan contoh ‘lhdn dapat jejak org yg liat bayar cukai’? Utk pengetahuan, saya ada dua current account, satu aktif dan satu dlm proses nak aktif coz baru apply dan saya belum lagi declare tax coz I’m not ready yet. Saya dlm proses nak capai ‘financial freedom’, itu sebab not ready. Transaksi kuar masuk duit dalam akaun aktif tu, ada lebih kurang rm3,000-rm4,000 setiap bulan. Mohon pencerahan dari En. Zul.

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie February 11, 2016 at 5:05 am

Wslm puan,

Cukai kena bayar bila pendapatan tu cukup. Bank yakin dengan pembayar cukai sebab hanya orang berduit sahaja yang kena bayar cukai. Kalau tak bayar cukai, bank anggap kita tak ada duit.

Reply

72 AHM February 25, 2016 at 9:49 am

Salam tuan,

saya baru mula berniaga tahun lepas. cuma saya nak tahu macamana kita nak prepare penyata untung rugi untuk kita isi borang income tax. umtuk maklumat tuan saya zeo pasal hal ni. Tahun ni baru nak isi. Minta tunjuk ajar

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2016 at 6:38 am

Wslm.

Pasal penyata tu, kena minta firma perakaunan tolong bantu. Hulurkan segala resit-resit yang ada untuk mereka siapkan penyata tu.

Reply

74 siti nurbayah March 4, 2016 at 6:31 am

hai sy DLM proses memohon Umah ppr kos rendh tapi DLM masa sama berminat. nak beli apartment harg rm230k tp takut loan take lepas so wife berniaga nk buat akaun syarikt agak agak kerajaa. dpt detect tak wife ada pendapatan sebb kami perlu apply kedua dua nye since takut kedua dua nya terlepas. sebb sy nk bukk akaun syrtk utk cantimkan statement and lepas dh approve vary declare tax.

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie March 5, 2016 at 5:35 am

Saya tak pasti.

Reply

76 zawawi April 19, 2016 at 2:35 am

salam. saya tak faham current account ni mcm mne?
maknanya contoh kalau saya ade acc pada bank cimb, dan itu adalah currnt account? mcm tu ke? atau ade bukak satu akaun khas untuk urusan duit ini?

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie April 19, 2016 at 5:40 am

Wslm En. Zawawi,

Kalau buka akaun di bank, boleh pilih Current Account atau Saving Account. Kebanyakkan orang buka Saving akaun. Ikut khas untuk penyimpan. Current Account untuk orang berniaga. Pergi tanya di bank untuk confirm.

Reply

78 mohd habib mohd sulaiman April 19, 2016 at 8:44 pm

assalamualaikum

En.zul.. saya kakitangan awam.. tp.ada pendapatan lebih kurang RM5000 sebulan masuk melalui cek syarikat tersebut.. kalau dgn gaji saya sekarang.. sukar untuk beli rumah.. boleh ke RM5000 sebulan tu untuk support permohonan saya

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie April 20, 2016 at 2:38 pm

Wslm En. Habib,

Apa sahaja bentuk pendapatan, boleh dikepilkan buktinya kepada pihak bank untuk pertimbangan mereka.

Reply

80 intan May 25, 2016 at 7:22 am

Assalamualaikum

Gaji saya sekarang RM1600.ingin membeli rumah berharga 100 ribu..tetapi tiada slip gaji dan juga kwsp. tempat saya bekerja enggan membuat slip gaji dan kwsp. bolehkah saya membuat pinjaman perumahan menggunakan penyata bank dan juga akaun asb dan tabung haji?

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2016 at 12:07 pm

Wslm puan.

Saya tak pasti.

Cuba puan pergi dan bincang dengan bank.

Reply

82 syafiqah November 4, 2016 at 11:56 am

assalamualaikum en.
saya ingin bertanya bagaimana ingin membuat profile kewangan seperti yang en lampirkan ? butiran apa yang diperlukan untuk membuat profile kewangan ?

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2016 at 6:23 pm

Wslm Pn. Syafiqah,

Tak ada format yang spesifik. Masukkan segala maklumat berkaitan kedudukan sebenar kewangan kita. Bukti pendapatan, bukti duit dan harta yang kita ada, bukti hutang sedia ada dll.

Reply

84 Anna November 26, 2016 at 8:02 am

Sy seorg penjawat awam tetap. Telah mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikut pasangan belajar selama setahun.
Ada lagi 2 bulan sebelum saya masuk kerja balik. Bole kah sy apply bank loan 450k for a house yang sedang dibina?
Kalau buat combine loan…later boleh tukar tak ke single loan sahaja?
TQ

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2016 at 7:37 am

Salam Pn. Anna,

Puan kena confirm dengan bank. Pergi je mana-mana bank dan berjumpa dengan pegawai yang urus bahagian pinjaman.

Reply

86 Along January 21, 2017 at 10:34 pm

Mohon guna ilmu awk ajar.. blog yg sangat berguna

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2017 at 2:32 pm

Silakan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

88 yana January 24, 2017 at 12:37 pm

info yang bagus

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2017 at 2:44 pm

Alhamdulillah.

Reply

90 Faizal March 24, 2017 at 6:02 pm

As salam tuan.. saya ada terbaca ada yang buka current account semata2 untuk tinggikan income untuk beli rumah, rendahlan DSR. Padahal guna duit sendiri masukkn dalam akaun tu. Persoalan sy, bank terima kah strategi macam tu? Terima kasih..

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie March 24, 2017 at 7:00 pm

Wslm En. Faizal,

Saya tak syorkan kaedah manipulasi begitu.

Reply

92 syed mohan May 16, 2017 at 12:03 pm

Nk bt pinjaman

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: