Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji. Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerja iaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account tu alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.
Saya baru tersedar kesilapan tu lepas sebulan berhenti kerja. Masa tu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya. Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tu.
Cara Urus Current Account
Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan. Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank. Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.
Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:
- Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.
- Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.
- Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.
- Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.
- Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.
Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.
Dokumen Meyakinkan Bank
Selain Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan! Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran ialah setiap 30 Jun.
Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:
- Current Account (at least 6 bulan)
- Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)
- Resit Zakat Pendapatan
- Surat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)
- Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)
- Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)
- Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)
- Borang Daftar Perniagaan SSM
- Penyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)
Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.
Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.
Info penting tentang polisi bank berbeza-beza dalam meluluskan pinjaman
Profil Kewangan Peribadi Berkesan
Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank. Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separator lagi.
Fail yang saya bawa jumpa banker
Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan. Syukur alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan tu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), insyaAllah.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2014
8 Muharram 1436
CATATAN : Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan bank untuk luluskan pinjaman ialah (1) kemampuan kita membayar hutang, selalunya akan dikira bersasarkan kedudukan Debt Service Ratio semasa kita (iaitu hadnya 40% bagi berpendapatan RM3,500 ke bawah dan 70% bagi berpendapatan RM3,500 ke atas), dan (2) rekod pembayaran hutang semasa yang baik, selalunya bank akan rujuk rekod CCRIS kita.
(Kredit foto : imoney)
Terima Kasih Tuan! Sangat berguna.
Alhamdulillah..
Akan dijadikan panduan. Terima kasih En Zul.
Alhamdulillah…
SALAM, BOSS SAYA NK BUAT PINJAMAN DALAM 5K TAPI SLIP GAJI ADA…. BULAN² BPE YE… DAN.. TOLONG LA.. SAYA MEMANG SESAK SNGT² NK PAKAI DUIT SECEPAT MUNGKIN KALAU BLH CALL SAYA BLH X YE 0195077836 IZAD
Salam En. Rifqam,
Mohon maaf, saya tak ada sediakan apa-apa kemudahan pinjaman. Untuk dapatkan pinjaman, kena hubungi pihak bank.
Lu dah puas kencing org ke bro? Brape bnyk dah lu kencing org? Lu tunggu org kolek lu
Izad kaki kencing!
X ckup kencing org lagi mau pinjam?
Salam Tuan Cukai Pendapatan tu kena bayar ada kriteria tak?
Wslm En. Nashar,
Berapa banyak cukai pendapatan yang kita bayar tu melambangkan status pendapatan kita. Berapa yang perlu bayar, bayar jer. Jujur… 🙂
Saya baru nak mendaftar ssm
Assalamu’alaikum Ustaz Zul.
Kalau akaun dah diseleraskaan, jangan lupa pastikan pendapatan rendah & perbelanjaan baik tinggi, barulah tak kena cukai melampau. Jangan macam saya. Belum dapat gaji dah kena potong banyak. EPF 11%+13%, PCB 3.8 = 2%, Socso 0.5%. Abis 26.5% gaji serah ke Kerajaan.
Semoga berjaya bina Cash flow positif. InsyaAllah
Wslm. Terima kasih En. Syed atas nasihat tu.
1. EPF tu saving kita. Kerajaan simpankan. Jadi kita kena bijak memanfaatkan duit tu.
2. Income tax tu pun tak perlu risau. We pay what we actually earn.
3. Socso tu sangat bagus. Itu insurans penting untuk mereka bekerja swasta. Jumlah tu sangat kecil berbanding manfaat sebenar yang kita dapat i.e. jaminan pampasan bila berlaku kemalangan atau hilang upaya.
Kena daftar segera. 🙂
Assalamualaikum en. zul/ puan najdah,
Saya sgt2 mahu keluar daripada bebanan hutang yg saya hadapi.. kerana beban ini hidup jd x tenteram malah saya bukan saja menzalimi diri sendiri tp saya jga byk menyusahkan org lain..
Saya cuba berusaha untuk keluar dari hutang- piutang JAHAT yg membawa mudharat kpd saya tp setiap kali mencuba saya pasti gagal..
Dengan penuh ikhlas saya mhn tunjukajar dari tuan/ puan.. bantu saya untuk saya keluar daripada kesulitan hutang- hutang saya..
Untuk maklumat, saya tahu mengenai kisah tuan/ puan melalui buku mini MMR yang telah dihadiahkan oleh seorang sahabat fb saya.. mohon bantuan tuan/ puan dan saya sangat2 berharap saya dpt keluar dari kesulitan hutang saya kerana saya menanggung kedua ibu bapa saya, dua org adik yg masih belajar dan anak tunggal saya yg semakin membesar dan perlukan pendidikan yg terbaik. Saya tidak mahu anak saya susah kerana kesilapan saya sendiri. Saya sgt mengharapkan bantuan tuan/ puan.
Terima kasih, Wassalam.
Wslm Pn. Dayang,
Saya tak pasti apa yang boleh saya syorkan. Tapi saya pernah kongsikan pengalaman saya bebaskan diri dari hutang dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html . Itu sahaja apa yang saya buat. Tak ada rahsia lain. Buat jer tips tu dengan sabar. InsyaAllah satu hari nanti akan bebas dari hutang.
salam en. zul…
kalau macam saya bisnes sbgai side income.. side income tu kena di current akaun juga ker.. akaun saving biasa boleh ker ???
Wslm En. Sanuzee,
Kalau nak declare duit tu sebagai pendapatan masa apply pinjaman bank, lebih baik buka current account. Current account dari pandangan bank ialah orang yang duitnya banyak dan sentiasa keluar masuk. Dan kita boleh bukti duit keluar masuk tu melalui penyata current account bulanan.
Tuan Zul,
Adakah current account personal sudah memadai untuk meyakinkan pihak bank? Atau current account perniagaan?
Wslm En. Hakim,
Personal pun ok. Janji bank nak tengok duit keluar masuk dan urusniaga tu genuine, bukan manipulasi.
En. Zulkifli,
Kalau saya buat Saving Account (SA) khas utk urusan keluar masuk duit daripada perniagaan, boleh digunakan ke statement SA tu utk buktikan income daripada perniagaan? Atau perlu buat Current Account (CA) jugak?
Tak boleh.
Saving account tak menggambarkan En. Ismat ada bisnes. Dan saving account memang tak sesuai untuk bisnes sebab ada had jumlah transaksi. Capai had transaksi, akaun tu bank akan block.
Assalamualaikum tuan zul,
Alhamdulillah saya dah 3 tahun mula menyimpan emas PG dan sekarang tengah survey untuk berjinak-jinak membeli rumah apartment low cost utk disewakan..Umur saya 27 tahun..Saya bercadang nak beli 2 rumah low cost untuk disewakan..Jadi adakah berbaloi saya buat personal loan untuk bayar downpayment rumah tersebut?
Saya juga ingin belajar cara berniaga emas PG dengan tuan..sebab sekarang ni saya hanya simpan emas yang saya beli dan apply sikit-sikit teknik pajak emas di ar-rahnu..Jadi boleh tak tuan zul cadangkan seminar berniaga emas PG ataupun tuan boleh coach saya..hehe
Terima kasih
Wslm En. Anas,
1. Rumah low cost hanya boleh dibeli oleh mereka yang belum beli rumah, dan pendapatan isi rumah tak lebih RM3,500 (kalau di Selangor). Kalau nak beli rumah, saya prefer deposit tu bayar dengan duit simpanan sendiri. Prinsip penting dalam pelaburan, guna duit lebihan.
2. En Anas boleh join mana-mana seminar di office Public Gold yang diadakan hampir setiap minggu. Boleh cek jadual di http://www.publicgold.com.my bahagian Event > Seminar. Atau boleh terus berguru dengan introducer En. Anas.
Assalam.Sememangnya Info yang amat bermanfaat terutama sekali bahagian nilai tambah dlm permohonan pinjaman perumahan. Tapi En. Zul, Bagaimana pula penyediaan dokumen untuk org mkn gaji yg mungkin hanya ada penyata EPF, slip gaji & penyata akaun. Mungkin En. Zul boleh kongsi nilai tambah selain dari yg dinyatakan diatas. Mungkin penyata saham, sijil insuran, penyata akaun emas dll boleh membantu. Mohon nasihat 🙂
Wslm En. Razif,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Selain dari dokumen tu, kita boleh bukti dengan apa-apa harta atau sumber pendapatan lain yang kita ada. Kalau memang simpan Tabung Haji setiap bulan, bagi salinan buku Tabung Haji. Kalau ada rumah sewa, bukti dengan Tenancy Agreement + penyata akaun yang membuktikan kita terima duit sewaan tu.
Salam En Zul,
Adakah simpanan emas fizikal yang kita ada boleh digunakan sebagai sokongan kepada permohonan pinjaman kita di bank?
Kalau ya, bagaimana caranya? Mohon pandangan En Zul 🙂
– ipoi
Wslm En. Ipoi,
Kalau akaun pelaburan emas ataupun GAP (refer http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html) saya rasa boleh dijadikan sokongan untuk permohonan pinjaman. Tapi kalau yang tak ada bukti transaksi jual beli, saya rasa ia tak boleh dijadikan sokongan.
Apa-apa pun, pastikan jual beli emas tu ada bukti hitam putih supaya ia boleh dijadikan sokongan untuk pinjaman bank.
Wallahu a’lam.
Congrats on your next property, Zul.
Many people don’t realize (to their own cost later), the importance of paying income tax. Great article as usual!
Thanks Gurru.
Betul, income tax tu salah satu indicator penting untuk bank approve housing loan. Ada bank yang cuma perlu Income Tax Return jer untuk apply housing loan.
Assalamualaikum Encik Zul.
Saya berumur 18tahun Dan mempunyai bisnes online sejak Dari 9 bulan yang lalu. Penyata bank saya semua berpuluh ribu hingga meningkat seratus ribu lebih keatas setiap bulan. Boleh ke saya memohon pinjaman dari bank disebabkan saya telah ditipu oleh pembekal saya baru2 ini. Sekarang saya dalam kesusahan terpaksa membayar balik semua duit customer saya. Harap en.zul dpt beri cadangan
Wslm Cik Shasha,
Kalau benar-benar terdesak, buat pinjaman bank tak apa. Jadikan ia sebagai pelajaran baru dalam bisnes. Saya percaya bisnes Cik Shaha mampu bayar semula pinjaman tu. InsyaAllah.
Assalamulaikum ustaz.
Saya tidak jelas berkenaan dokumen nombor 2 iaitu Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)
Adakah perlu tunggusehingga 2 tahun sebelum penyata tersebut boleh digunakan?
Wslm En. Naim,
Bukan tunggu sehingga 2 tahun, tapi serahkan sekali penyata tahun semasa dan tahun lepas.
Salam tuan Zul, terima kasih atas perkongsian info ini. Sangat bermanfaat. Bagaimana agaknya seorang yang bekerja sendiri boleh menyediakan penyata gaji bulanan sendiri? Ada masanya penyata gaji diperlukan utk ditunjukkan kepada pihak tertentu misalnya untuk pendaftaran anak ke sekolah. Atau kita boleh buat surat menyatakan kita bekerja sendiri dan tiada slip gaji? Terima kasih 🙂
Wslm En. Redza,
Alhamdulillah.
Orang bekerja sendiri boleh buat slip gaji terutamanya bagi sesiapa ada syarikat PLT atau Sdn. Bhd. Tentukan jawatan kita dalam sayarikat sebagai Eksekutif (staff), tetapkan gaji bulanan untuk diri sendiri, bayar caruman KWSP dan SOCSO untuk diri sendiri. Slip gaji tu akan sah dan berkredibiliti.
Ataupun, buat surat pengesahan pendapatan yang diakui oleh ketua persatuan penduduk. Sesetengah pihak boleh terima surah pengesahan pendapatan.
Salam tuan. Terima kasih atas segala perkongsian.
Kalau yg syarikat enterprise mcm mana ye? Boleh ke buat slip gaji sndiri?
Wslm En. Wan,
Boleh, tapi mesti bayar EPF dan SOCSO.
bagaimana pula dengan socso yer
terima kasih en zul.. banyak perkongsian en yang membuka minda..
Sama-sama En. Ismail. Alhamdulillah.
saya hendak pinjaman wang untuk belanja susu dan lampin dan sekolah anak saya..
Boss.to long but pinjaman.
Bosss saye nak buat pinjaman…untk tambah duit kahwin…..boss bleh tlng saye
en zul ,mak cik umr57th .pemohonan rumah swasta harga rendah40k mak cik dah lulus cuma nak mohon pijam bank je.makcik adalah pay slip sebagai peneroka felda.lepas tolak segala hutang dan upah dlm pay slip tu tinggal rm800.Macamana agak nya peluang mak cik nak dapat pinjaman bank?
Salam Mak Jah,
Bank biasanya akan luluskan pinjaman lepas menilai (1) kemampuan kita membayar pinjaman, dan (2) rekod pembayaran hutang kita yang sedia ada. Saya tak pasti sama bank boleh luluskan atau tidak permohonan mak cik. Tunggu sahaja keputusan bank. Biasanya masa mohon pinjaman, pegawai bank dah boleh agak dan bagi keputusan awal samada boleh lulus atau tak.
Saya makan gaji dan ada slip gaji.At the same time saya ada business online parttime,kalau saya nak gabungkan dua income (makan gaji dan business) untuk buat loan,income dari business tu sekali kan dalam current account personal atau masuk kan dalam current account business?
Terima kasih
Salam En. Amir,
Tak kisah samada current account bisnes atau personal, urusniaga bisnes dimasukkan dalam current account. Dan yang penting, bank boleh tengok duit keluar masuk bisnes kita.
salam en zul,
miza nk tnya.. miza baru lg berniaga . tetapi baru nk berjinak utk pandai tntang buat pelaburan atau beli rumah dan sewa kan.. tp miza tk berapa fhm tentang apa yg perlu miza buat. SSM dan penyata pendapatan shaja ke ya? sbb miza full time berniaga. ada yg kata miza perlu buat ssm sahaja dan duit selalu kena masuk dlm bank bagi konsisten. miza baru umur 22 thun. still kurang jelas.
Wslm Cik Miza,
1. Daftar SSM
2. Buka current account khas untuk bisnes.
3. Isyhtihar pendapatan kepada LHDN setiap tahun.
Perkara di atas tu akan meyakinkan bank bila nak buat pinjaman suatu hari nanti, insyaAllah.
Slm abg zul,sya ingin membuat pinjaman peribadi nk buat bisnes canopy,sya ada tanah pertanian tapi tanah geran bersama(1 geran 9 beradik)sya nk cagarkan tanah ni utk dptkan pinjaman peribadi mcm mana caranya boleh ke tuan
Wslm En. Iqbal,
Saya tak pernah ada pengalaman buat pinjaman dengan cagarkan tanah. Saya syorkan terus pergi jumpa pegawai bank. Mereka tentunya lebih tahu tentang hal ini.
Memulakan bisnes dengan buat pinjaman bercagarkan harta (apatah lagi harta keluarga) sangat tak digalakkan oleh guru-guru bisnes.
Assalam,
Boleh sy tgk contoh , cara susunan, keperluan dan lain-lain dokumen yg perlu ada dalam fail “Profile Kewangan”? Saya masih buntu untuk membuat Profile Kewangan ini.
Terima Kaseh.
Wslm En Fakhrur,
Susun macam mana pun tak apa. Asalkan semua dokumen yang bank perlukan ada dalam fail tu.
Ada beberapa persoalan utk Profile Kewangan.Mohon cadangan tuan.
1-Jika ada ambil insuran, perlu masuk kan dlm Profile Kewangan? Dlm ruangan apa?
2-Jika ada memiliki beberapa saham Bursa, perlu masuk kan dlm Profile Kewangan? Dlm ruangan apa?
Terima Kaseh.
Masukkan jer. Nanti pihak bank akan pilih mana-mana dokumen yang dia nak. Tak ada format yang khusus.
Assalamualaikum…
Sy da buka current account company..tetapi akaun bersama dengan suami..sy nk beli rumah guna nama sy sendiri RM200k.sy hanya ada hutang mara 36k.sy juga da buat declare gaji RM3.5k sbln ke saving account sy.jd sy perlu guna current account company atau saving account..?atau sy kne buat current account sndiri tanpa nama suami..?
Salam en zul
Saya ada perniagaan sdn bhd dan sale tahunan mencecah ratusan ribu..
Tapi saya tidak pernah membayar income tax dan tiada epf dan socso.. Boleh ke saya dapatkan pinjaman dgn statement curr acc shj?
Wslm Puan,
Puan boleh mencuba, tetapi saya rasa susah. At least puan kena declare pendapatan kepada LHDN dan bayar cukai, barulah bank confident. Penyata cukai tu penting sebab ada bank yang hanya mahu tengok penyata cukai sahaja untuk luluskan pinjaman. Penyata lain mereka tak nak tengok.
Sy bahri. ..sy berkerja sebagai kepala kontrek. .sy tdak mempunyai slip gaji. .tp jumlah gaji sy dlm sbuln rm1600-1700 . ats desakkn kluaga sy untk cpt berkhwin.sy nk buat pinjaman peribadi perkhwinan. .tp bank meminta slip gaji untk d luluskn. .jd bleh sy tau. .mcm mne untk sy buat slip gaji atau ad cre laen yg lebih berkesan. .
Assalamualaikum. .tuan, saya keje government. .daftar ssm atas nama saya (pertama) dan isteri nama kedua. . isteri saya xbekerja dan buat bisnes online full-time. .isteri ada current akaun yg kami buat khusus untuk bisnes yg boleh dikatakan hari2 ada keluar masuk duit. .cuma kami belum berdaftar untuk isytihar cukai di LHDN ( sbb xtahu cmne nak buat dan syarat2 untuk bayar cukai). .
SOALAN :
Boleh ke isteri saya memohon pinjaman perumahan dengan menggunakan SSM yg mana nama pertama dalam SSM adalah saya dan nama kedua isteri?
Bagaimana cara nak isytihar cukai di LHDN? Guna nama saya atau isteri? Sbb saya keje government. .
Apa syarat2 atau berapa tempoh yg perlu isytihar penyata kewangan perniagaan?
Terima kasih tuan. .
Wslm En. Salman,
1. Boleh dijadikan supporting document untuk memohon pinjaman bank.
2. Boleh rujuk website LHDN.
3. Yang penting, isytihar jumlah pendapatan tahunan daripada perniagaan kepada LHDN dalam tempoh setahun i.e. 1 Januari – 31 Disember.
SSM xde masalah kan Jika guna nama saya nama pertama?
Kalau nak isytihar di LHDN, perlu letak nama saya atau isteri?
Tq En Zul
Masih dpt loan lagi?
Apa maksud En. Azman?
Sya engan memijam duat kepada sarikat ni..sya eyin memelukn duit sebayak RM 3000.terima kasih kepada sarikat ni..sya mahu pinjam duit kerana sya nk kawin..kerana duit sya x cukup..nk buat perkawinan sya nii..sya memohon kepada sarikat ni..sya harap puan dn tuan dpt menolong sya..terima kasih atau kepada sarikat ni…ni nmbo sya..0173119653
En Amirul kena pergi bank dan bincangan hal pinjaman dengan bank.
Assalammualaikum..tumpng tnya sy bekerja badan berkanun,sebelum ni sy ada buat personal loan dn loan kereta..gji bersih sy cmpur ot 3k keats..adakah sya layak untuk loan rumah yg beharga 150k?
Wslm En. Izham.
Bank akan semak kadar Debt Service Ratio (DSR), iaitu hutang vs pendapatan semasa. Saya tak pasti lepas atau tak. Boleh tanya terus dengan pihak bank.
Salam Tuan,
saya ada soalan.
sy sekarang bekerja bisnes bersama pakcik sendiri. Diberi elaun tetap bulanan + komisen bulanan atas bisnes yg saya usahakan.
company milik pakcik saya, tp sy tidak diberi slip gaji, kwsp dll buat masa skrg.
ada cara tak untuk buat loan bank utk beli rumah tanpa slip gaji dan company sendiri?
terima kasih
Wslm En. Ahmad,
Tak boleh, mesti ada slip gaji juga sebab En. Ahmad adalah pekerja. Bila pekerja, bank nak tengok slip gaji. Minta pakcik keluarkan slip gaji dan bayar caruman-caruman lain termasuk KWSP.
saya seorang suri rumah,hasil pendapatan jualan sawit dari kebun family,boleh tak sy buat pinjaman bank
Salam Kak Aniey,
Apa pun pendapatan, bank perlukan bukti hitam putih kita menerima pendapatan tersebut. Bawa apa-apa bukti dan bincang dengan kakitangan bank yang berkaitan.
Assalamualaikum En. Zul.
Benarkah apa yang saya baca, jika buat permohonan loan cuma menggunakan current account shj sudah cukup tanpa perlu declare income tax? Bukan ker memberi kesan kepada tuan badan contoh ‘lhdn dapat jejak org yg liat bayar cukai’? Utk pengetahuan, saya ada dua current account, satu aktif dan satu dlm proses nak aktif coz baru apply dan saya belum lagi declare tax coz I’m not ready yet. Saya dlm proses nak capai ‘financial freedom’, itu sebab not ready. Transaksi kuar masuk duit dalam akaun aktif tu, ada lebih kurang rm3,000-rm4,000 setiap bulan. Mohon pencerahan dari En. Zul.
Wslm puan,
Cukai kena bayar bila pendapatan tu cukup. Bank yakin dengan pembayar cukai sebab hanya orang berduit sahaja yang kena bayar cukai. Kalau tak bayar cukai, bank anggap kita tak ada duit.
Salam tuan,
saya baru mula berniaga tahun lepas. cuma saya nak tahu macamana kita nak prepare penyata untung rugi untuk kita isi borang income tax. umtuk maklumat tuan saya zeo pasal hal ni. Tahun ni baru nak isi. Minta tunjuk ajar
Wslm.
Pasal penyata tu, kena minta firma perakaunan tolong bantu. Hulurkan segala resit-resit yang ada untuk mereka siapkan penyata tu.
hai sy DLM proses memohon Umah ppr kos rendh tapi DLM masa sama berminat. nak beli apartment harg rm230k tp takut loan take lepas so wife berniaga nk buat akaun syarikt agak agak kerajaa. dpt detect tak wife ada pendapatan sebb kami perlu apply kedua dua nye since takut kedua dua nya terlepas. sebb sy nk bukk akaun syrtk utk cantimkan statement and lepas dh approve vary declare tax.
Saya tak pasti.
salam. saya tak faham current account ni mcm mne?
maknanya contoh kalau saya ade acc pada bank cimb, dan itu adalah currnt account? mcm tu ke? atau ade bukak satu akaun khas untuk urusan duit ini?
Wslm En. Zawawi,
Kalau buka akaun di bank, boleh pilih Current Account atau Saving Account. Kebanyakkan orang buka Saving akaun. Ikut khas untuk penyimpan. Current Account untuk orang berniaga. Pergi tanya di bank untuk confirm.
assalamualaikum
En.zul.. saya kakitangan awam.. tp.ada pendapatan lebih kurang RM5000 sebulan masuk melalui cek syarikat tersebut.. kalau dgn gaji saya sekarang.. sukar untuk beli rumah.. boleh ke RM5000 sebulan tu untuk support permohonan saya
Wslm En. Habib,
Apa sahaja bentuk pendapatan, boleh dikepilkan buktinya kepada pihak bank untuk pertimbangan mereka.
Assalamualaikum
Gaji saya sekarang RM1600.ingin membeli rumah berharga 100 ribu..tetapi tiada slip gaji dan juga kwsp. tempat saya bekerja enggan membuat slip gaji dan kwsp. bolehkah saya membuat pinjaman perumahan menggunakan penyata bank dan juga akaun asb dan tabung haji?
Wslm puan.
Saya tak pasti.
Cuba puan pergi dan bincang dengan bank.
assalamualaikum en.
saya ingin bertanya bagaimana ingin membuat profile kewangan seperti yang en lampirkan ? butiran apa yang diperlukan untuk membuat profile kewangan ?
Wslm Pn. Syafiqah,
Tak ada format yang spesifik. Masukkan segala maklumat berkaitan kedudukan sebenar kewangan kita. Bukti pendapatan, bukti duit dan harta yang kita ada, bukti hutang sedia ada dll.
Sy seorg penjawat awam tetap. Telah mengambil cuti tanpa gaji untuk mengikut pasangan belajar selama setahun.
Ada lagi 2 bulan sebelum saya masuk kerja balik. Bole kah sy apply bank loan 450k for a house yang sedang dibina?
Kalau buat combine loan…later boleh tukar tak ke single loan sahaja?
TQ
Salam Pn. Anna,
Puan kena confirm dengan bank. Pergi je mana-mana bank dan berjumpa dengan pegawai yang urus bahagian pinjaman.
Mohon guna ilmu awk ajar.. blog yg sangat berguna
Silakan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
info yang bagus
Alhamdulillah.
As salam tuan.. saya ada terbaca ada yang buka current account semata2 untuk tinggikan income untuk beli rumah, rendahlan DSR. Padahal guna duit sendiri masukkn dalam akaun tu. Persoalan sy, bank terima kah strategi macam tu? Terima kasih..
Wslm En. Faizal,
Saya tak syorkan kaedah manipulasi begitu.
Nk bt pinjaman
Assalamualaikum Tuan Zul,
Sekadar ingin mendapat pandangan..,
Saya ada pinjaman housing loan balance Rm420,000. Interest rate bank rasanye 4.36% kot lepas Blr -2.4%. EPF Akaun 2 ade balance Rm75,000. (7 tahun dulu pernah kluarkan Akaun 2 ni sebanyak Rm55,000 untuk down payment rumah ni).Total Akaun 1 + Akaun 2 lebih kurang Rm365,000. Dividend EPF maybe katakan 5% lah kot bergantung… Wajarkah keluarkan EPF Akaun 2 untuk mengurangkan pinjaman housing loan tu…?
Risau kalau BLR bank meningkat lagi pada tahun 2018 depan., so plan nak kurangkan hutang housing loan bank takut dapat surat lagi dari bank minta tambah monthly installment. Terima kasih untuk nasihat. 🙂
Wslm En. Hanz,
Kalau nak kurangkan hutang lebih cepat, baik keluarkan duit EPF tu untuk kurangkan jumlah hutang.
Salam En Zul, saya nak beli rumah prima sekarang , sale perniagaan saya mmg setahun ratusan ribu , ada SSM tp xpernah declare income tax, bank islam tempat saya ni syorkan saya bayar zakat perniagaan, skrg sy dh bayar zakat perniagaan 4,000, tp xlepas lepas juga loan prima saya tu,
Persoalan saya mengikut pendapat En Zul
1. Adakah kalau saya declare tax sekarang, saya boleh lepas loan rumah PRima tu dalam masa segera
2. Adakah saya perlu bayar deposit, xpayah loan 100% sebagaimana prima anjurkan?
Bantu saya yang masih xpaham apa apa..
Terima kasih En Zul
Wslm Pn. Sira,
1. Saya tak pasti. Tapi tax tetap kena bayar. Kalau beli rumah tapi tak bayar income tax, nanti LHDN akan datang cari.
2. Itu saya tak pasti. Bergantung kepada bank.
Assalammualaikum Tn Zul
Boleh saya tau kiraan pemotongan pendapatan lhdn dikira dari total credit account ataupun baki di dalam account setiap hujung bulan?
Saya baru buka SSM bulan mei 2017. Adakah saya dikenakan denda sebab tak mendaftar lhdn ini.
Terima kasih
Wslm Pn. Aieda,
Kalau bisnes, income tax dikenakan berdasarkan keuntungan tahunan, bukan berdasarkan duit keluar masuk dalam akaun.
Assalammualaikum
En. Sya ada pertanyaan, suami ingin membeli rumah dan pendapatan bulanan sekitar rm1500 tetapi masalahnya tiada slip gaji dan tiada potong epf. Bagaimana menurut pandangan encik. Gaji di bayar secara tunai ke tangan..
Asslammualaikum
Saya ingin memohon pendapat tuan, suami membeli rumah.bekerja dan pendapatan sekitar rm1500 sebulan. Masalahnya gaji diberi secara tunai dan tiada slip gaji. Tiada potongan epf juga.. Layakkah suami membuat loan.
Hai saya nak tanya saya ada kerja tetap dan dalam masa yang sama saya berniaga online…jumlah berniaga on9 beribu la juga..tapi boleh ke saya nak guna gaji tetap saya dengan berniaga on9 tu untuk beli rumah..tapi berniaga on9 tersebut xd pay slip…mcm mne ye..mohon nasihat..
Salam En Amir,
Duit bisnes tu boleh juga dikira, tapi kena tunjuk bukti hitam putih pendapatan tu kepada pihak bank. Selalunya bank nak tengok bukti Bank Statement.
Assalamualaikum wbt
En.Mohd Zulkifli,
Terima kasih kerana berkongsi dengan info yang berguna.
Saya ingin bertanya, bagi gaji min.RM1500/sebulan +RM50-100 insentif
untuk dokumen sokongan perlu ke untuk sertakan sekali salinan,
1) Saving acc sedia ada
2) Penyata EPF
3) Slip gaji
Sebab kalau gaji bawah RM2500/sebulan, tidak ada cukai pendapatan.
Jadi kalau saya sertakan penyata saving acc boleh?
Terima kasih
Wslm Pn. Nurul Husna,
Boleh. Asasnya, tunjukkan apa sahaja bukti kedudukan kewangan sebenar puan untuk penilaian pihak bank. Ia termasuk jumlah simpanan yang puan ada.
Salam..boss mcm mana sy mau pinjam wang sebanyak RM700
Wslm En. Shahrul,
Kena buat pinjaman dengan bank. Terus tanya daripada pihak bank.
Assalamualaikum tuan Zul,
Saya ada 2 soalan yang harap-harap tuan dapat tolong selesaikan.
1. Adakah seorang kakitangan kerajaan, mempunyai syarikat enterprise dan ada current account boleh membuat pinjaman perumahan? dengan cara guna payslip kerja kerajaan dan supporting income daripada business?
2. Saya seorang bekerja badan berkanun, jadi agen coway yang ada payslip, dan ada syarikat entreprise serta current account. Adakah saya boleh attach ketiga-tiga income tersebut untuk buat loan perumahan?
Terima kasih tuan, saya hargai sangat.
Wslm En. Zain,
Boleh. Bank nak bukti hitam putih menunjukkan pendapatan dan kedudukan kewangan sebenar untuk menilai kemampuan kita bayar balik sahaja. Bagi semua dokumen sokongan yang diperlukan.
Salam bos mau buat pinjam beribadi bah,dan prlu.duit segera
Wslm En. Sahirol,
Pergi ke bank, dan dapatkan pinjaman daripada bank.
Assalamualaikum Tuan Zul,
Boleh saya bagi satu laman perbandingan pinjamin kpd org lain tak? Saya baru guna & laman tu agak baik. Banyak org mcm saya kerja dan takde masa utk pergi bank. Ini salah satu laman yg saya guna https://loanstreet.com.my/ms/pinjaman-peribadi
Jika orang lain nak guna boleh gunalah. Terima kasih 🙂
Wslm Pn. Anis.
Terima kasih atas cadangan tersebut. Jazakillahi khair.
Pm…..saya mahu pinjaman dan segera
Maaf, saya tak sediakan apa-apa pinjaman.
Saya perlu pinjaman segera
Slm bos, sy Trader saham.. boleh ke sy apply loan kereta dgn statement byrn cukai LHDN, aset² MCM emas yg sy miliki, duit dlm ASB & wang simpanan dlm acc..
Wslm,
Sepatutnya boleh.