Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

by on September 1, 2014

Post image for Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

[Kemaskini 21 September 2017] Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM200 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa, tanpa had jumlah emas yang dibeli. Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa. Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu setiap bulan.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.

gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar LBMA 1 gram Public Gold.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:

#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)

#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)

#3 – Spread / Susut Nilai : Spread atau “susut nilai” KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (9%), 5 gram (9%), 10 gram (9%), 20 gram (8%), 50 gram (7.5%), 100 gram (7%), 250 gram (6%) dan 1 kilogram (6%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)

#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)

#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)

#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)

#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)

#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM200 sebulan. Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli GAP, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM141, maka masukkan duit genap-genap RM141. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM282 (RM141 x 2 gram).

harga emas gap 31 Ogos 2016Harga GAP disemak sekali sehari setiap jam 12.00 malam.

Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:

  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 5071 3410 4563 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni.

cara-order-GAP-public-goldIkut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.

KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada ibnushafie@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk telak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG002369, Mohd Zulkifli Shafie. Tak perlu minta izin pun tak apa. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +6 019-336 8009 sebagai makluman dan saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagi tahu saya untuk saya follow up dengan PG.

gap statementIni contoh GAP Web Statement yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password. Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.

gold bar 999 24k lmba public goldAntara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram.

dinar emas 24k 999 public goldBoleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

design gold bar 1 gram public goldBoleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

emas public gold premium ogos 2017Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

emas gold bar public gold 1 gram 5 gram lbmaBerdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap). InsyaAllah saya boleh guide. Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:

Wassalam.

Zulkifli
Damansara Damai
Kemaskini 6 September 2017 (artikel asal 1 September 2014)
19 Ramadhan 1438H

[Artikel ini dikemaskini pada 21 September 2017. Sebahagian Blog Comment di bawah ini mungkin tidak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

{ 459 comments… read them below or add one }

1 ikhwan September 1, 2014 at 11:10 pm

salam tuan,
perkongsian yang menarik.. nak tanya sikit.. untuk emas gap nie.. biasa kalau kita hendak jual balik pada public gold.. boleh ke..? berapa nilai spread nya..? ada kah follow gold bar spread..?

Terima Kasih

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2014 at 11:49 pm

Wslm En. Ikhwan,

Alhamdulillah. Boleh jual balik. Ikut spread gold bar Public Gold yang biasa tu.

Reply

3 Abdul Rashid October 24, 2017 at 5:05 pm

Assalamualaikum Tuan. Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih sebab selalu bekongsi ilmu & info yang baru.

Berdasarkan artikel tuan ni, saya ada 2 persoalan.

1. ‘Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja’.

Adakah ini bermaksud GAP tidak mempunyai sijil patuh syariah ? Saya tahu Public Gold secara keseluruhan mempunyai sijil patuh syariah tetapi adakah GAP termasuk sekali ?

2. ‘Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.’

Kalau terus walk-in, memang tidak boleh ambil terus ? Adakah setiap cawangan Public Gold menyimpan emas atau hanya meyimpan bila kita call untuk ambil ?

Mohon maaf jika pertanyaan saya ini seperti cuba menghukum, saya cuma keliru dan ingin tahu sahaja. Terim kasih.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2017 at 9:49 pm

Wslm En. Abdul Rashid,

1. GAP Public Gold dah lama patuh syariah, sebab tu saya boleh recommend sejak 2014 lagi. Saya tak akan sesekali recommend apa sahaja yang tak patuh syariah (haram) dalam mana2 penulisan dan talk saya. Cuma official announcement tentang shariah certification untuk GAP akan dibuat dalam masa terdekat. Dijangka pada 11 November 2017. Tunggu je.

2. Boleh pergi terus kalau ambil apa-apa item emas yang ready stok. Kalau nak stok yang tak ada lagi di branch tersebut, boleh collect di branch lain (kalau tak nak menunggu). Kalau tak nak ambil di branch lain, tunggu je stok yang dihantar dari HQ.

Emas GAP tu boleh dikeluarkan di mana2 18 branch seluruh Malaysia pada bila2 masa. Cuma nature of transaction emas, mana2 peniaga emas pun tak akan simpan emas berlonggok2 di kedai atas isu keselamatan dan kos penyimpanan. Emas Public Gold disimpan di Public Safe di Penang. Branch hanyalah distribution centre sahaja.

Stok memang sentiasa ada, tapi ikut apa yang ada je kalau tak nak call dulu untuk reservation dulu. Sama macam kedai emas. Stok ikut apa yang ada je. Kalau nak stok yang tak ada, kena tunggu shipping dari HQ. Nak mudah, baik call & reserve stok dulu sebelum datang.

Reply

5 Abdul Rashid October 25, 2017 at 4:44 pm

Terima kasih sebab reply. Alhamdulillah. Terjawab semua persoalan. Semoga bertambah rezeki & terus maju !

Reply

6 Mag September 2, 2014 at 10:28 am

Assalamu’alaikum, pa pndpt e.zul if sy bli emas utk 5-15 thun yg utk long term saving, kfh ke or emas fzikal? Sy dlm pertimbangan uyk beli emas smonan jgka msa pnjg…tq

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2014 at 10:41 am

Wlsm puan,

Saya prefer emas fizikal Public Gold berbanding KFH.

Reply

8 zaki December 18, 2014 at 5:57 pm

saya prefer emas GSR atau GCP kerana pemilik nya beragama Islam dab berbangsa Melayu. Public Gold milik Cina. Lebih afdal jika kita menggalang agama sendiri daripada menggalang kaum lain.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie December 18, 2014 at 6:32 pm

Itu terpulang. Tak pernah ada larangan dalam agama untuk bermuamalat. Hatta Rasulullah sendiri berumalat dengan Yahudi walaupun sahabat Baginda sendiri ada yang berniaga. Saya tak kisah berusniaga dengan siapa pun. Siapa yang lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walaupun bukan muslim.

Dalam pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold platform jual beli emas paling telus dan trusted di Malaysia. Dari sudut operasi, saya boleh katakan Public Gold lebih “muslim” berbanding ramai peniaga muslim yang guna sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri.

Reply

10 mohamad September 2, 2014 at 2:53 pm

salam.. kalo resit atm cmtu lama2 akan pudar, so nti cmne nk amik emas kalo resit xklear..? tnjuk ic je bole x untuk verify yg tu kite punye..?

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2014 at 3:56 pm

Wslm En. Mohamad,

Boleh insyaAllah. Public Gold memang ada rekod simpanan kita.

Reply

12 mirul September 2, 2014 at 3:01 pm

Salam En. Zul,

1. Kalau kita withdraw 1 gram emas fizikal dari GAP, berapa transportation cost yang dikenakan?

2. Untuk emas 1 gram, adakah kita akan dapat 1 gram flexibar atau 1 gram PG LBMA bar?

Thanks :)

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2014 at 3:59 pm

Wslm En. Mirul,

1. Untuk gold bar 1 gram, transportation cost RM5.

2. Minggu lepas Public Gold dah announce kita akan dapat 1 gram PG LBMA bar, bukan flexibar sebagaimana yang diberi tahu sebelum ni.

Reply

14 salsabila September 2, 2014 at 9:53 pm

En zul..sy nk tanya bkaitan pelaburan emas yg tgh hot skrang..yg kt kn dahulukan sejumlah wang n dlm ms 5 hari kt dpt smula pulangan modal..n kt dpt lagi cam dividen la utk tempoh 5 bln..ap pndpt encik zul ttg pelaburan nie..utk makluman en sy br nk bjinak dlm pelaburan emas

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2014 at 10:54 pm

Salam Puan,

Saya tak pasti sebab terlalu banyak skim-skim pelaburan emas yang mirip skim cepat kaya sekarang ni. Saya ada ulas dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

Cara paling selamat ialah beli emas dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri.

Wallahu a’lam.

Reply

16 fazlin December 4, 2015 at 12:27 pm

Salam en Zul,

Untuk kepastian, dengan Public Gold GAP kita kan beli emas dan dapat emas ? cuma ianya disimpan oleh PG ye?

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2015 at 10:18 am

Wslm. Betul Pn. Fazlin.

Reply

18 Hafiz September 2, 2014 at 10:29 pm

Salam E. Zul. Dealer ada komisyen ker untuk GAP ni?

Tak sempat nak call PG.

Thanks.

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2014 at 10:52 pm

Wslm. Ada En. Hafiz. Sama macam produk lain juga.

Reply

20 nashar September 3, 2014 at 12:06 am

Wah satu alternatif pada mereka yang berbajet kecil.

Boleh ke saya buat potongan gaji terus ke akaun public gold tadi untuk membeli emas GAP?

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 12:16 am

Alhamdulillah…

Buat masa ni belum ada kaedah potong gaji terus ke akaun Public Gold. Setiap bulan boleh transfer duit ke akaun Public Gold mengikut bilangan gram yang kita nak.

Reply

22 Ain September 3, 2014 at 8:23 am

Assalamualaikom wbkth En Zul…
Akaun public gold ni macammana? Ada buku ke atau apa-apa yang menunjukkan transaksi Debit dan Kredit? Atau just simpan sendiri semua slip-slip bayaran dan resit GAP?
Lagi satu bolehke kalau pengeluaran itu bukan dalam bentuk emas sebaliknya ambil tunai?

Maaf atas persoalan ini.

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 9:11 am

Wslm Pn. Ain,

Public Gold akan keluarkan statement.

Kalau nak keluarkan duit, jual emas tu mengikut harga semasa PG Buy. Kaedah sama macam akaun emas di bank.

Reply

24 zulhilmi September 3, 2014 at 9:55 am

salam Tuan Zulkifli, adakah cara ni mengikut syariah compliance? especially pembeli boleh keluarkan fizikal di mana- mana caw. ( mungkin sy confused di situ).

thanks,

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 11:55 am

Wslm En. Zulhilmi,

Kalau beli mengikut gram, ianya patuh syariah. Kalau simpan duit RM100 dan gandaan RM50, ianya tak patuh syariah. Itu berdasarkan feedback yang saya dapat dari mereka yang mahir dalam muamalat. Keluarkan di cawangan mana-mana tak ada masalah. Sama macam emas KFH.

Reply

26 Fudhlana September 3, 2014 at 11:32 am

Salam En. Zul
Nak tanya macam mana pula berkaitan dengan zakat untuk pembelian emas dari GAP ini?

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 11:53 am

Wslm,

Kena keluarkan zakat kalau simpanan cukup 85 gram dan disimpan untuk tempoh 1 tahun. Zakat 2.5% dari harga PG Buy semasa.

Reply

28 Mohamad September 3, 2014 at 3:18 pm

Salam.

Kalau nak beli silver, boleh ke pakai GAP ni?

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 7:24 pm

Wslm En. Mohamad,

Buat masa ni, GAP hanya untuk gold bar 999.9 je.

Reply

30 Fudhlana September 3, 2014 at 4:53 pm

Satu lg En.Zul kalau saya nak beli 1gram melalui GAP adakan cara bayaran melalui transfer Maybank2u diterima.

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 7:22 pm

Itu yang terbaik.

Reply

32 suraiya mohd ali September 3, 2014 at 5:29 pm

saya nak tanya, dlm link yg en zul beri tu, pembelian minimum dlm gandaan rm100 atau rm50 sahaja.

mcm mana nak beli 1gm, jika gandaan rm100 atau rm50 sahaja, sedangkan 1gm sekarang rm140.00/gm.

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie September 3, 2014 at 7:21 pm

Jangan ikut yang gandaan RM50 tu. Bank in je duit ikut harga per gram. Manual tu Public Gold belum update.

Reply

34 aufa November 9, 2014 at 1:44 am

Salam en zull…
jd maksudnya skrg blh la daftar gap mengikut harga 1 gm?

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2014 at 8:16 pm

Wslm En. Aufa. Dah boleh.

Reply

36 Rosdi September 4, 2014 at 12:09 am

Asalamualaikum ustaz zul.

sy telah membuat pembelian GAP mengikut syarat dari PG..ini bermakna pembelian saya yang pertama bermula RM 100 dan pembelian kedua dalam gandaan RM 100.Apa yang saya baca pembelian saya sudah tidak mematuhi syariah.

Bagaimana pembelian saya sekarang ini?

Bolekah PG menerima pembelian ini mengikut harga gram semasa..(seperti contoh ustaz beri)

Maaf kepada soalan ini…

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2014 at 10:57 am

Wslm En. Rosdi,

1. Apa yang saya tahu, memang tak patut syariah kaedah macam tu. Sebab tu saya dan beberapa Master Dealer PG minta PG bagi option untuk beli mengikut gram. Dan akhirnya PG setuju. Alhamdulillah.

2. Belian yang lepas tu tak apa. Istighfar dan cuba tanya branch PG yang En. Rosdi berurusan untuk top-up duit supaya genapkan mengikut gram.

3. Belian seterusnya, pastikan mengikut harga per gram.

Reply

38 Fudhlana September 5, 2014 at 4:15 pm

Salam En.Zul

Berdasarkan penerangan dari En.Zul transporation cost RM5 akan dikenakan untuk keluarkan GAP 1gram. Macam mana sekiranya saya telah membeli GAP sebanyak 20gram@lebih dan memohon untuk mengeluarkan emas tersebut berapakan transporation cost yang perlu saya bayar. Mohon pencerahan…

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2014 at 5:45 pm

Wslm Pn. Fudhlana,

Kalau buat pengeluaran gold bar 20 gram sekeping, transporation cost cuma RM10 jer. Transportation cost tu macam belian biasa juga. Boleh cek di http://www.bit.ly/transcost .

Reply

40 am September 6, 2014 at 10:42 am

Assalamualaikum en zul..
Saye msh krg jelas tentang patuh atau tidah patuh syariah ketika membeli emas gap ni.. Klu kite nak mule dgn 1gram.. Kite mesti byr ikut harga semase.. Sbg cth 1g-rm141kan.. 5g-rm705.. Kite mesti byr genap2?

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2014 at 11:23 pm

Wslm En Am,

Betul. Kena beli ikut harga 1 gram. Bayar genap-genap untuk harga gram tu. Kalau 5 gram, maksudnya darab dengan 5.

Reply

42 ihsan June 8, 2016 at 3:46 pm

Assalam en zul,,

pembelian pertama , harga cas 1 gram (rm141),
pembelian serterusnya harga per gram…betul kn?

sekarang harga 1 gram brp ye en zul?

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie June 8, 2016 at 6:24 pm

Wslm En. Ihsan,

Harga semasa GAP boleh semak di http://www.publicgold.com.my .

Reply

44 haini September 6, 2014 at 2:57 pm

Salam.. Mana lebih baik beli gold bar secara GAP atau beli dinar secara easy payment (ansuran) kalau ada bajet yg sama sbb x jauh beza kan?

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2014 at 11:25 pm

Wslm Pn. Haini,

Dua-dua ada kelebihan. Kalau nak lebih untung (susut nilai lebih rendah), beli 1 dinar secara EPP. Kalau beli GAP, boleh beli ikut bila-bila masa kita ada duit. Tak perlu ikut jadual ansuran macam EPP.

Reply

46 adri September 7, 2014 at 3:21 pm

Assalamualaikum,
Saya ni masih kurang arif tentang pelaburan emas tetapi berminat nak join pelaburan ni.tp boleh ke encik explain sikit mcm mana klu kita nk generate income yg consistent dgn pelaburan emas ni?

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2014 at 4:02 pm

Wslm En. Adri. Emas ni lebih kepada simpanan. Kalau nak generate income, kena jadi dealer dan berniaga emas. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20k dalam satu resit. Mulai esok, kena beli RM300k baru layak jadi dealer.

Reply

48 Azizi September 9, 2014 at 1:56 pm

Kena beli RM30k (bukan RM300k) dalam satu resit baru layak kan jadi dealer Tuan Zulkifli… Saya bercadang nak buat personal loan untuk membeli emas dan menjadi dealer. Selepas layak jadi dealer mungkin saya tunggu emas naik dan jual semula emas-2 tersebut dan dengan keuntungan jual semula itu saya bayar semula personal loan tu. Apa pendapat Tuan Zulkifli? Saya serius nak menjadi dealer PG. Dan nak mohon bimbingan Tuan.

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2014 at 2:21 pm

Betul. RM30k, bukan RM300k. Saya baru perasan tersilap type.

Kalau buat pinjaman dan serius nak jangan pendapatan sebagai dealer, mungki berbaloi. Lebih-lebih lagi harga emas sekarang ni diparas yang sangat rendah.

InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

50 Hawa October 15, 2014 at 1:18 am

Assalamualaikum,
En. Zulkifli sy ingin tahu adakah pembelian emas menggunakan duit pinjaman adalah transaksi patuh syariah? dan adakah syarat untuk menjadi dealer GAP juga patuh syariah?….

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2014 at 9:28 am

Wslm Pn. Hawa,

Pembelian GAP mengikut gandaan harga 1 gram jer yang patuh syariah. Kalau mengikut gandaan RM50 tu tak patuh syariah.

Reply

52 nawawi August 23, 2015 at 4:41 pm

setahu saya x jadi masalah jika duit tu dipinjam dgn jalan tanpa riba..

Reply

53 Fudhlana September 8, 2014 at 12:26 pm

Salam En. Zul

Adakah emas 1 gram yang dikeluarkan dari seal nya akan jadi emas secondhand dan PublicGold akan mengenakan susut nilai yang tinggi apabila dijual balik nanti?

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2014 at 7:37 pm

Wslm,

Betul Pn. Fudhlana.

Reply

55 nurul adhwa noordin September 8, 2014 at 1:13 pm

assalamualaikum.
Maaf atas pertanyaan. Saya tak cukup faham lagi, kalau saya beli emas. ikut step yg tuan beri, bank in duit / maybank2u transfer, saya perlu bayar ikut nilai harga semasa. dalam tempoh berapa lama saya akan dapat emas. boleh dapat emas terus (delivery) atau saya perlu pergi ambil sendiri di cawangan.

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2014 at 7:38 pm

Wslm Pn. Nurul.

Emas tu puan boleh bagi Public Gold simpanan atau boleh ambil sendiri. Tak ada delivery, puan kena datang ambil emas tu di office Public Gold terdekat. Boleh ambil bila-bila masa, tapi sebelum datang, call dulu supaya mereka reserve stock.

Reply

57 Azim September 8, 2014 at 6:43 pm

Salam Tuan Zul,

Kalau sy nk beli 1gram atau lebih then sy nk simpan sendiri terus, mksd ny xperlu bg PG simpan.

Blh x tuan?

terima kasih.

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie September 8, 2014 at 7:36 pm

Wslm. Boleh En. Azim.

Reply

59 mahmud September 10, 2014 at 8:53 am

Salam tuan..maaf cuma nak bertanya. Berapa caj pengeluaran yang dikenakan bagi “transportation cost” ?

Reply

60 Mohd Zulkifli Shafie September 10, 2014 at 8:10 pm

Wslm En. Mahmud,

Transporation cost:

1 gram – RM5
10 gram – RM10
20 gram – RM10
50 gram – RM20
100 gram – RM30
250 gram – RM50
500 gram – RM80

Reply

61 Mohd Azri September 11, 2014 at 7:06 pm

Salam En. Zul…sy bru je join GAP,
1. klu sy nk buat penambahan, kne sms PG NEW or acc. PG yg ade kat penyata?
2. cth klu sy nk withdraw 20g dr acc. GAP dlm bentuk gold bar/coin boleh x?

Reply

62 Mohd Zulkifli Shafie September 11, 2014 at 8:24 pm

Wslm En. Azri,

1. Kalau buat penambahan, sms PG Code yang dekat penyata tu.

2. Boleh withdraw mana2 gold bar/ gold coin 999.9 Public Gold. Dinar 916 tak boleh.

Reply

63 zah mohd September 12, 2014 at 1:42 pm

salam en.zul, nak tanya mengenai skim pelaburan emas yang banyak sekarang ni, kawan2 saya pon ada perkenalkan tapi bila fikir balik macam takut je kne tipu sbb katanya jika beli minumum 1,500k, kemudian masuk pendapatan hingga rm400 setiap minggu. betul ke ni?

Reply

64 Mohd Zulkifli Shafie September 12, 2014 at 3:08 pm

Wslm Puan,

Kalau ikut pada ciri-cirinya, saya syak ianya skim cepat kaya. Emas tu sebagai topeng jer. Saya pernah tulis komen saya dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

Wallahu a’lam.

Reply

65 Isma September 14, 2014 at 11:06 am

Assalamualaikum. Antara 22K dinar public gold dan 24K GAP, yang mana satu lebih sesuai untuk pelaburan jangkamasa panjang: untuk persaraan dan pendidikan anak2 pada masa hadapan memandangkan property sekarang ni terlalu mahal for investment?

Reply

66 Mohd Zulkifli Shafie September 14, 2014 at 1:17 pm

Wslm Pn. Isma,

Apa item terbaik tu bergantung kepada bajet. GAP sangat sesuai untuk mereka yang bajet kecil dan tak nak simpan sendiri emas tu. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap paling baik). Nanti saya syorkan item terbaik sesuai dengan bajet puan. InsyaAllah.

Reply

67 zaid September 15, 2014 at 8:29 pm

salam.. sy brminat nk beli emas melalui skim GAP ni.. jd sy nk tanye klu PG simpan emas yg kite beli ade keuntungan ke yg kte dpt dr simpanan dr PG tu? lg 1 mcm mne nk jana pendapatan dr skim GAP ni?

Reply

68 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2014 at 9:06 pm

Wslm En. Zaid,

Untung rugi tu bergantung pergerakan sebenar harga emas. Kita dapat untung bila harga naik melepasi susut nilai e.g. 1 gram = 8%.

Reply

69 syafiq September 15, 2014 at 11:07 pm

Salam en zul.saya nk tanya mcmana nk beli emas pg online?saya daftar melalui fb tp xdpt code.pastu kali kedua daftar xboleh sbb ic number dh ada.kena gne ic no len.

Reply

70 Mohd Zulkifli Shafie September 16, 2014 at 12:52 am

Wslm En. Syafiq. Wassap saya 019-336 8009, nanti saya bantu.

Reply

71 aDI September 19, 2014 at 12:25 pm

Salam.. Sy ada baca PDF bg GAP tu.
Cuma yang muskil, dlm PDF tu min simpanan adalah 1g dlm acc. Tapi di awal artikel Tuan tulih tiada simpanan min.
Boleh jelaskan. TQ

Reply

72 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2014 at 3:11 pm

Wslm En. Adi,

Emas tu memang boleh keluarkan semua. Cuma bila keluarkan semua, akaun tu dikira tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold caj RM20. Saya syorkan tinggalkan baki at least 1 gram. Kalau nak keluarkan semua, saya syorkan tak perlu buka GAP. Buat belian biasa jer.

Reply

73 Rohana September 19, 2014 at 2:15 pm

Sy berminat utk beli 1 gram emas melalui skim GAP ni. Sy baru ja nak
Mula beli. Sy tak faham sangat. Boleh Bantu sy? Whatsapp KT no ni
0134318202.

Reply

74 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2014 at 3:12 pm

Wslm Pn. Rohana,

Nanti saya wassap puan untuk guide. InsyaAllah.

Reply

75 azrul September 19, 2014 at 2:49 pm

Salamunalaik Tuan…
boleh tak minta tuan elaborate dan explain lebih lanjut untuk statement Tuan di atas ni “Untung rugi tu bergantung pergerakan sebenar harga emas. Kita dapat untung bila harga naik melepasi susut nilai e.g. 1 gram = 8%”

Syukran

Reply

76 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2014 at 3:28 pm

Wslm En. Azrul,

Untuk faham tentang susut nilai emas, saya syorkan baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/07/perbandingan-spread-emas-di-malaysia.html .

Reply

77 haris September 19, 2014 at 10:47 pm

Salam.sy nk tanya kalau kita dah ada beberapa keping gold bar dan tak nak simpan sendiri boleh ke kita masukkan gold bar tu dlm acc GAP tu?

Reply

78 Mohd Zulkifli Shafie September 20, 2014 at 12:01 am

Wslm En. Haris,

Emas tu tak boleh masukkan dalam GAP. GAP untuk pembelian baru jer.

Reply

79 kalauakukaya September 20, 2014 at 11:02 am

En Zul saya ada niat nak beli emas gajibulan ni utk 1dinar bape harga skrg, saya minta pertolongan EnZul tuk pembelian pertama ni- KL

Reply

80 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 7:41 am

Wslm puan,

InsyaAllah saya boleh bantu. Sekarang ni 1 dinar RM553. Harga berubah setaip 20 minit. Harga sebenar ikut masa order nanti. Puan boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh bantu.

Reply

81 haris September 20, 2014 at 1:12 pm

Tkasih atas jwp.pada pandangan en berapa g kita ada berbaloi utk kita simpan di syarikat safety ?adakah public gold ada perkhidmatan menyimpan?

Reply

82 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 7:45 am

Tak kisah berapa gram. Kalau rasa tinggalkan emas di rumah tu tak senang hati, lebih baik sewa safe box. GAP tu memang Public Gold simpankan untuk kita secara percuma,

Reply

83 Amirul Hakim September 21, 2014 at 7:39 pm

Salam En. Zul.
saya selalu baca blog tuan. Saya dah buat kajian hampir 2 3 minggu untuk mencari maklumat tentang emas ini. Bila saya tengok GAP tu, saya berminat. Kalau saya nak buat pembelian pertama, saya letak En. Zul sebagai introducer boleh? boleh En. Zul bantu saya dengan modal yang rendah?
nombor saya : 010 616 3349
saya dah save nomber en. Zul.
terima kasih.

Reply

84 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 8:31 pm

Wslm En. Amirul Hakim,

Alhamdulillah, mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

InsyaAllah saya boleh bantu. En. Amirul boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya bantu, insyaAllah.

Reply

85 noramat September 21, 2014 at 11:19 pm

salam tuan kalau beli gap tu kalau takdirnya meninggal dunia macam mana waris nak menuntut emas tu,mohon penjelasan ,t.kasih.

Reply

86 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2014 at 11:38 pm

Wslm Pn. Noramat,

Prosedurnya sama dengan duit yang kita simpan dalam bank. Bila kita mati, ahli waris yang dilantik sebagai pentadbir harta pusaka boleh keluarkan.

Reply

87 din September 22, 2014 at 12:02 am

Salam en zul.
Sy ditawarkn dinar public gold n harganya jualannya kurang rm10 dr pg sell.sy bkn pelanggan pg.bgaimna & bolehkah saya nk mnjual emas itu ke pg.

Terima kasih.

Reply

88 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2014 at 12:59 am

Wslm. Boleh En. Din. Janji berat emas tu masih maintain.

Reply

89 Hafiz September 22, 2014 at 3:23 pm

Salam Tuan. Kalau nak beli GAP ni, perlu tak kita buka akaun di laman web public gold. Terima Kasih.

Reply

90 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2014 at 3:56 pm

Wslm. Tak perlu En. Hafiz. Ikut jer step yang saya tulis dalam artikel ni.

Reply

91 wan September 25, 2014 at 4:22 pm

Assalam encik zulkifli, saya ad pertanyaan ttg GAP ni, andai kata sy baru membeli emas 1g yg bernilai rm137 pd tarikh 25/9/2014, kalau sy nk jual balik utk dpt kan smula pulangan pd masa akan dtg adakah harga jualan tu tertakluk juga pada harga pasaran yg ditunjukkan dlm website public gold tu? mohon pencerahan. sy agak kurang faham untuk perkara ini. terima kasih.

Reply

92 wan September 25, 2014 at 4:26 pm

tambahan soalan encik zul. klu pembayaran balik tu nanti PG akan bank in duit ke bank akaun kita ke?

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie September 25, 2014 at 11:51 pm

Betul. PG akan bank in ke akaun kita selewatnya 2 hari bekerja.

Reply

94 Mohd Zulkifli Shafie September 25, 2014 at 11:50 pm

Wslm En. Wan,

Harga jual beli tu ikut harga semasa. Harga lama dah tak diambil kira.

Reply

95 ummi is September 26, 2014 at 9:10 am

Assalamualaikum wbkth Tuan Zul.. Saya ingin bertanya : 1) sekiranya saya membuat GAP, dalam tempoh setahun saya masih ingin menambah nilai gramnya sehingga satu target yg saya kehendaki.. Adakah emas GAP tersebut dikira semasa pengiraan zakat emas simpanan saya nanti?..

Reply

96 Mohd Zulkifli Shafie September 26, 2014 at 8:36 pm

Wslm Puan,

Kalau cukup 85 gram disimpan setahun baru kena zakat 2.5% dari harga masa tu.

Reply

97 HAMIDAH MOHAMAD September 26, 2014 at 6:47 pm

Salam…sy berminat dengan skim gap ni…tp sy xde asas lngsung ttg emas…bleh dptkn maklumat lanjut…modal kecik je tp minat beli setiap bln…harap encik dpt bantu…0179671274

Reply

98 Mohd Zulkifli Shafie September 27, 2014 at 8:28 pm

InsyaAllah Pn Hamidah.

Reply

99 Amin September 29, 2014 at 6:17 pm

Minta jelaskan cara lock harga.

Macam mana procedure kita lock harga sebelum buat bayaran?
Di website Public Gold harga brubah setiap 20 saat. Mohon penjelasan En.Zul

Reply

100 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2014 at 7:47 pm

En. Amin contact saya 019-336 8009 (saya prefere wassap). Nanti saya bantu, insyaAllah.

Reply

101 Nor Azah Ahmad September 30, 2014 at 6:46 pm

Assalamualaikum tuan Zul
Ramai cstmr tanya cara utk lock GAP.. kak minta izin share ya,, jazakallahu khairan..

Reply

102 Mohd Zulkifli Shafie September 30, 2014 at 7:11 pm

Wslm. Silakan kak.

Reply

103 Shahreen October 1, 2014 at 2:38 pm

Assalamualaikum Tuan Zulkifli,
Saya telah pun membuat pembelian gap 1 gram dan telah pun menerima penyata pembelian.
Soalan saya, untuk pembelian yang seterusnya, adakah dalam penyata pembelian akan menyatakan nilai terkumpul yang telah dibeli?
Sebabnya, saya ada membuat pembelian untuk kali kedua sebanyak 1 gram, dan penyata pembelian yang saya terima tidak mengatakan nilai terkini yang saya ada (iaitu 2 gram), ia cuma mengatakan nilai yang saya beli yang terkini, iaitu 1 gram.
Mohon tuan berikan pencerahan tentang ini, sebab saya andaikan untuk pembelian seterusnya, dalam penyata pembelian akan menunjukkan jumlah keseluruhan yang ada.

Reply

104 Mohd Zulkifli Shafie October 1, 2014 at 5:32 pm

Wslm En Shahreen,

Saya difahamkan, setiap pembelian, Public Gold akan keluarkan penyata hanya untuk pembelian tersebut.

Jumlah terkumpul tu Public Gold akan hantar monthly statement.

In future, kita boleh semak baki terkini melalui sistem. Public Gold tengah develop sistem untum GAP bernilai RM600k sekarang.

Reply

105 azmi October 2, 2014 at 8:43 am

As salam En Zul,,saya baru sahaja membeli emas 1grm melalui kawan saya..Dia sebagai introducer saya, persoalan saya berapakah komisen yang diterima oleh introducer tersebut bagi setiap pembelian 1grm.. Dan lagi satu saya pon berminat nak jadi introducer kerana ramai kawan saya yang berminat nak beli emas mcm saya..Bagaimanakah caranya? harap en zul dapat membantu saya..no tel saya 013-3207242 boleh whtsaap saya..

Reply

106 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2014 at 9:18 am

Wslm En. Azmi,

Introducer dapat komisyen samaada 1%, 1.5% atau 2% mengikut tahap dealership masing-masing. Untuk jadi introducer, En. Azmi kena jadi dealer. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. En. Azmi boleh contact introducer En. Azmi untuk jadi dealer. Saya percaya, beliau boleh bantu, insyaAllah.

Reply

107 sufiah maisarah October 2, 2014 at 2:15 pm

Salam tn…sy berminat dengan skim gap ni…tp sy xde asas lngsung ttg emas… bleh dptkn maklumat lanjut…modal kecik je tp minat beli setiap bln…harap encik dpt bantu…013-4928788

Reply

108 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2014 at 1:01 am

Wslm Pn. Sufiah,

InsyaAllah saya boleh bantu. Nanti saya contact puan.

Reply

109 zairen October 3, 2014 at 10:52 am

Salam En. Zul,

Boleh terangkan perbezaan keuntungan untuk belian GAP dan Dinar PG..mana yg lebih untung utk dijual kembali ? brapa kah nilai susut bagi kedua-dua nya?

Reply

110 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2014 at 11:06 am

Wslm Puan,

1. Dari sudut keuntungan tu bergantung susut nilai emas tu. GAP tu sebenarnya kaedah belian, bukan item emas tu sendiri. Bila beli emas melalui GAP, kita diberi pilihan untuk keluarkan emas dalam bentuk gold bar 999.9. Buat masa ni, Public Gold ada item dan susut nilai;

1 gram (8%)
10 gram (8%)
20 gram (6%)
50 gram (5.5%)
100 gram (5%)
250 gram (4.5%)
500 gram (4.5%)

2. Antara gold bar dengan dinar, bagi saya dinar lebih untung sebab susut nilai lebih rendah. Katakanlah bajet puan RM3,000, puan boleh beli samada gold bar 20 gram (6%) x 1 keping, atau coin 5 dinar (5.5%) x 1 keping.

Wallahu a’lam.

Reply

111 zairen October 3, 2014 at 11:47 am

Terima kasih En. Zul untuk penerangan yg sgt jelas..

Reply

112 Zarul Hilmie October 4, 2014 at 1:33 pm

Salam Encik Zul, saya budak baru belajar tentang pelaburan emas. Modal saya kecil dan macam mana untuk saya mulakan pelaburan emas? apa yang perlu saya lakukan.?

Reply

113 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2014 at 6:39 am

Wslm En. Zarul,

Boleh mulakan dengan belian 1 gram. Ikut panduan yang saya sediakan dalam artikel ni. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact sya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

Reply

114 rohaya October 5, 2014 at 3:20 pm

Emas gap 1gram boleh pajak tak kt ar rahnu..katakn sya ada 10kping gap 1 gram, arrahnu exchange terima tak.tq tuan

Reply

115 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2014 at 6:00 pm

Pajakan tak sesuai sebab emas tu berseal.

Reply

116 azmank December 22, 2014 at 10:52 pm

Salam en zul sy musykil ape yg tuan mksdkn emas gap tak bole pajak sdgkn emas tu beratnye 1gram?

Reply

117 Mohd Zulkifli Shafie December 22, 2014 at 11:27 pm

Wslm En. Azman. Boleh pajak di Ar-Rahnu Pos Malaysia.

Reply

118 Amin October 6, 2014 at 10:21 am

Sekiranya sy membeli GAP 1 gm sebanyak sepuluh kali. Maka total pembelian sy adalah 10g. Sekiranya saya nak keluarkan, boleh x sekiranya sy ingin keluarkan dlm bentuk 1x10g bar instead of 10x 1 gm? Mohon pencerahan.

Reply

119 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2014 at 1:43 pm

Boleh En. Amin. Terpulang En. Amin nak keluarkan dalam bentuk macam mana asalkan total 10 gram.

Reply

120 zul October 6, 2014 at 7:21 pm

Assalamualaikum En Zul,
saya ada beberapa soalan..
1. Sy berumur 21tahun, boleh ke menyertai program GAP ini?
2.Ada tak seminar atau sebagainya mengenai program ini? rasa kurang yakin untuk mulakan dgn ilmu yg kosong mngenai emas.
3.Bajet minimum sy dlm rm200 sebulan..apakah cara terbaik utk sy mulakan?
Tq

Reply

121 Mohd Zulkifli Shafie October 7, 2014 at 1:40 pm

Wslm En Zulhilmi,

1. GAP boleh join walaupun umur 21 tahun.

2. PG memang anjurkan seminar hampir setiap minggu di setiap cawangan. Boleh cek jadual seminar di web Public Gold, bahagian Event > Seminar .

3. Kalau bajet tu, boleh mulakan dengan 1 gram. Untuk pembelian emas melalui GAP ni, ikut jer step yang saya tunjukkan dalam artikel ni.

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

Reply

122 laila October 8, 2014 at 10:50 am

Mohon share tuan.
Baru berjinak2 dengan emas.
InshaAllah nak mulakan dengan berblog.

Tq

Reply

123 Mohd Zulkifli Shafie October 8, 2014 at 5:46 pm

Silakan share puan. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

124 ummi October 10, 2014 at 11:41 am

Assalamualaikum wbkth Tn Zul..

Sekiranya saya seorg Dealer PG dan membuat GAP, boleh kah saya keluarkan emas saya dlm nilai 1 gram (beberapa keping) dan jual kepada pelanggan2 saya yg xberkemampuan beli dlm nilai yg besar?

Reply

125 Mohd Zulkifli Shafie October 10, 2014 at 3:08 pm

Wslm Pn. Ummi,

Boleh. Tak ada masalah.

Bagi customer yang buat belian bukan melalui GAP, Public Gold tetapkan harga sekarang RM160.

Reply

126 ummi October 10, 2014 at 3:11 pm

Terima kasih byk Tn Zul..

Reply

127 Abdullah Bin Kassim October 14, 2014 at 8:19 am

Berapakah nilai 1 gram sekarang?

Reply

128 Mohd Zulkifli Shafie October 14, 2014 at 10:09 am

Sekarang RM160. Kalau nak murah, beli melalui GAP. Kalau hari ni tak sampai RM145.

Reply

129 Amzar October 14, 2014 at 12:02 pm

Salam En. Zul..

Jika saya ingin membeli emas utk program GAP ini buat kali pertama, adakah saya perlu mendaftar atau membuka akaun dulu? atau terus membuat bayaran dah kira buka akaun?

Reply

130 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2014 at 9:31 am

Wslm En. Amzar,

Untuk pembelian melalui GAP, ikut jer panduan yang saya sediakan dalam artikel ni. Bank in duit dulu mengikut harga di website, lepas tu baru send maklumat. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya.

Reply

131 Nazirah October 15, 2014 at 2:08 pm

Assalamualaikum En. Zul,

Baru2 ni saya ada beli 25 pcs gold bar pamp suisse lady fortuna 1g pada harga RM165/gram. Total bayaran adalah RM4125. Saya beli gold bar 1g kerana bagi saya lebih mudah untuk jual semula memandangkan saya boleh buat bidding secara online dan harganya mampu beli bagi kebanyakan orang. Saya nak tanya, apakah langkah terbaik bagi seorang yg baru nak berjinak2 dgn pelaburan emas ni? Melalui pemerhatian saya, harga gold bar 1g bagi PG, KFH dan PAMP adalah berbeza. Kenapa ye? Adakah disebabkan branding atau purity? Rasanya gred 999 jugak, tapi berbeza harga. Mohon penjelasan.

Reply

132 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2014 at 3:44 am

Wslm Pn. Nazirah,

1. Memang harga gold bar 1 gram boleh buat profit dengan bidding secara online. Itu ikut kebijaksanaan puan untuk menjual.

2. Harga setiap gold bar memang bebeza walaupun berat dan ketulenan semuanya sama. Mereka berbeza sebab kos pengeluaran berbeza dan kadar penetapan untung juga berbeza.

Reply

133 adib October 16, 2014 at 5:34 pm

Assalamualaikum En. Zul,

Terima kasih atas perkongsian ilmu tuan. Sangat membantu bagi kami yang ingin menceburi pelaburan emas.

Saya ingin bertanya mengenai GAP. Jika kita dah beli 1 gram pada belian pertama, adakah saya perlu beli pada setiap bulan dan apa yang akan berlaku jika saya tidak aktif dalam GAP?

Terima kasih

Reply

134 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2014 at 5:49 pm

Wslm En. Adib,

Alhamdulillah.

GAP boleh beli bila-bila masa, boleh keluarkan bila-bila masa, dan boleh jual bila-bila masa. Tak ada syarat wajib beli dalam tempoh tertentu.

Reply

135 Marina October 17, 2014 at 4:08 am

Assalam En Zul,

Maaf saya bertanya, apa perbezaan antara GAP dgn LBMA. Kenapa harga LBMA RM160 sedangkan GAP RM140 sedangkan kedua-duanya 1g.

Reply

136 Mohd Zulkifli Shafie October 17, 2014 at 7:09 am

Wslm Pn. Marina,

Sebenarnya Public Gold tak jual gold bar 1 gram. Sebab tu tak dipublish harga gold bar 1 gram di website. Yang Public Gold publish cuma GAP. Pasal asalnya, gold bar 1 gram LBMA hanya untuk pembelian GAP sahaja. Tapi disebabkan banyak permintaan untuk beli terus (tanpa GAP), Public Gold jual juga sebagai item aksesori yang mana harganya dah fixed RM160. Harga Public Gold akan semak kalau berlaku kenaikan harga emas secara ketara.

Reply

137 MUHAMMAD ABU UBAIDAH BIN KHALIL SAFRI October 22, 2014 at 12:00 pm

Salam tuan..
mcmne sy nk buka akaun gap ni ea?

Reply

138 Mohd Zulkifli Shafie October 22, 2014 at 2:15 pm

Wslm En. Abu Ubaidah,

Ikut jer langkah yang saya tulis dalam artikel ni. Kalau ada apa-apa persoalan nanti, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). InsyaAllah saya akan guide.

Reply

139 Mohd October 31, 2014 at 6:49 am

Assalamualaikum ,

1. Biasanya berapa lama PG ambil masa utk update statement online GAP.
2. Saya perasan akaun bank GAP lain dr yg biasa untk payment. Macam mana kalau tersilap bank in ke akaun belian biasa?

Tq

Reply

140 Mohd Zulkifli Shafie October 31, 2014 at 7:19 am

Wslm En. Mohd,

1. Public Gold ambil masa 2 hari bekerja untuk update statement online GAP.

2. Tak ada masalah. Yang penting bukti bayaran kena emailkan dan send juga melalui wassap.

Reply

141 Fudhlana November 4, 2014 at 12:06 pm

Assalamualaikum En.Zul

Nak tanya kalau kita nak jual balik GAP macam mana caranya lagi pun kat web PG tak dinyatakan harga Jual balik GAP?mohon pencerahan. Terima Kasih

Reply

142 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2014 at 12:21 pm

Wslm,

Jual melalui wassap jer. Nanti Public Gold akan bank in duit dalam akaun kita.

Harga jual balik ikut harga PG Buy web Pubulic Gold, jam 12.00 malam.

Reply

143 Shahreen November 4, 2014 at 2:28 pm

Assalamualaikum Tuan Zul,

Adakah sekarang ini selepas 48 jam Public Gold tidak lagi menghantar penyata GAP melalui email setelah pembelian telah dibuat. Memandangkan sekarang sudah ada penyata GAP secara online di laman sesawang Public Gold?
Saya telah membuat dua pembelian GAP tetapi tidak dapat penyata GAP melalui email.
Mohon pencerahan.

shahreen

Reply

144 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2014 at 11:11 pm

Wslm En. Shahreen,

Sepatutnya Public Gold emailkan Sales Order, tapi sistem email GAP ada problem. Jadi buat masa ni kita boleh terus cek dalam web bahagian GAP Statement.

Reply

145 Jamry November 4, 2014 at 2:37 pm

Salam,

Saya nak tanya En.Zul, kalau saya beli emas pada bulan 3/11/2013 bilakah saya perlu membayar zakat ke atas emas tersebut. Mohon penjelasan dari En.Zul, Terima kasih.

Reply

146 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2014 at 6:08 pm

Wslm En. Jamry,

Zakat dikira mengikut haul tahun hijrah. Agak-agak cukup setahun hijrah, keluarkan zakat.

Reply

147 Suriyati Talib November 7, 2014 at 3:46 am

Salam Tuan Mohd Zulkifli Shafie,

Bolehkah saya tahu siapakah yang menentukan polisi syariah produk Gap PG ini? Kalau di KFH, penasihat syariahnya yang tentukan kaedah Bai’ As-Sarf & Qardh untuk akaun simpanan Gold-i. Mohon pencerahan. Terima kasih, Wassalam.

Reply

148 Mohd Zulkifli Shafie November 7, 2014 at 8:27 am

Wslm Pn. Suriyati,

Buat masa ni Public Gold belum ada penasihat shariah. Tapi Public Gold dalam usaha ke arah itu.

Reply

149 Aida November 12, 2014 at 12:46 pm

Assalamualaikum,

Boleh x tuan bagi pencerahan sikit pasal pelaburan emas ni, saya memang x tau langsung pasal pelaburan ini. terima kasih

Reply

150 Mohd Zulkifli Shafie November 13, 2014 at 6:59 am

Wslm Pn. Aida,

Bahagian mana yang puan perlukan pencerahan? Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

Reply

151 Farhan Hanif November 14, 2014 at 8:37 pm

Salam Tuan,

Apa yg saya faham dari artikel ni adalah GAP ni ada menawarkan perkhidmatan untuk simpanan sekiranya ada membeli emas dalam gandaan 1 gram. Bagaimana untuk emas dinar? Adakah terdapat perkhidmatan simpanan untuk emas dinar di PG?

Reply

152 Mohd Zulkifli Shafie November 14, 2014 at 8:45 pm

Wslm En. Farhan,

Buat masa ni, dinar belum ada untuk pembelian kaedah GAP ni.

Reply

153 nisha November 16, 2014 at 4:52 pm

Assalamualaikum Tuan,
Saya sbnrnya sdh lama follow blog tuan utk dptkan pencerahan mengenai pelaburan emas. Ilmu yg dikongsikan oleh tuan sangat membantu. Skrg sy br ada keyakinan utk memulakan simpanan emas. Saya brhajat utk memulakan dengan pembelian secara GAP. Saya memerlukan tuan utk jadi introducer saya. Boleh ke tuan?
Skrg ni kita dah bole semak penyata GAP secara online kan. Bagaimana dengan username dan pasword. Adakah saya perlu daftar online ke atau bagaimana caranya utk kita akses ke situ? Trm ksh diatas perhatian tuan.
Ni no cantact saya: 0193135242 Nisha

Reply

154 Mohd Zulkifli Shafie November 17, 2014 at 6:32 am

Wslm Pn. Nisha,

Alhamdulillah.

1. Boleh letak nama saya sebagai introducer.

2. Puan ikut jer step ni. Nanti Public Gold akan bagi username untuk puan login website Public Gold. GAP ni tak perlu daftar online.

Reply

155 liz November 18, 2014 at 1:43 am

salam en zul. sy budak baru. sy nak tahu, kalau terlibat dengan jual beli emas, mcm mana kita nk tahu bila patut jual atau hold?

Reply

156 Mohd Zulkifli Shafie November 18, 2014 at 6:26 am

Wslm Pn Liz,

Bagi orang yang beli emas untuk dijadikan simpanan jangka panjang, jual bila nak pakai duit. Bagi yang beli untuk trading, jual bila harga emas naik (dah untung).

Reply

157 Kit June 5, 2017 at 1:57 pm

mcm mna nak jual

Reply

158 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2017 at 2:16 pm

Boleh jual online.

Login web > My GAP > Buy Back .

Reply

159 Seal November 21, 2014 at 6:39 pm

Salam, nak tanya lebih sikit. nasih kurang paham tentang permohonan gap. boleh beritahu no supaya saya boleh whatsapp? termasuk country code sekali ye. saya dri brunei.

Reply

160 Mohd Zulkifli Shafie November 21, 2014 at 8:08 pm

Wslm,

Boleh wassap saya +6019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.

Reply

161 hasli November 26, 2014 at 4:19 pm

salam tuan, baru selesai buat pembelian pertama GAP 1gram. sy jadikan tuan sbg introducer sy setelah membaca kesemua isi kandungan blog tuan . semoga sy istiqamah membuat pembelian 1gram sebulan. InsyaAllah

Reply

162 Mohd Zulkifli Shafie November 26, 2014 at 7:45 pm

Wslm En. Hasli,

Alhamdulillah. Tahniah sebab bermula. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya.

Reply

163 Amirah halim December 7, 2014 at 11:21 am

Salam en zul. Sy nak tahu. Boleh ke kita simpan GAP dan xnak ambil. Means kalau nak jual beli semua dlm bentuk On9?

Reply

164 Mohd Zulkifli Shafie December 7, 2014 at 5:02 pm

Wslm. Boleh Pn Amirah.

Reply

165 Amirah halim December 8, 2014 at 2:34 pm

Adakah benar PG tidak mengenakan upah utk simpanan GAP? Jd mcm mn dia dpt untung. Lagi 1 apa yg menjadikan pembelian emas itu mengikut syariah atau x?

Reply

166 Mohd Zulkifli Shafie December 8, 2014 at 4:38 pm

Betul. Tak ada upah simpan sama macam yang ditawarkan oleh bank Kuwait Finance House (KFH). Untuk Public Gold pada jual beli emas. Emas yang kita beli ada backup emas fizikal. Emas tu betul-betul wujud dan kita boleh keluarkan emas tu pada bila-bila masa.

Reply

167 Iss December 8, 2014 at 1:28 pm

Salam Tuan,
GAP ade kasi harga dealer?

Reply

168 Mohd Zulkifli Shafie December 8, 2014 at 2:30 pm

Wslm,

Public Gold tak ada harga dealer. Harga dealer dengan bukan dealer sama jer. Ikut website.

Reply

169 fikrie December 9, 2014 at 2:19 pm

Assalamualaikum….
Nk tau. Klu Mcm luar Dr penang, klu nk join kena buat Mcm mana….

Pastu contoh beli utk 1g, goldbar tu akn dihantar kepada buyer, or Mcm mana?

And..berapa Harga utk 1g sekarang?

Blh Tuan whatapps sy, nk minta pencerahan skit ag…
0195588901
Leh detailkan x..
Tq

Reply

170 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2014 at 7:39 am

Wslm. Ok, nanti En. Fikrie wassap kepada saya 019-336 8009.

Reply

171 shuhaida shukri December 9, 2014 at 3:50 pm

salam,
sy ingin mohon bantuan dr pihak tuan yg pakar ni.
sy berminat nk tukar saving ank2 dr RM kepd ems..
katalh jumlah saving tersebut ckup untuk beli emas fizikal seberat 50g tetapi
sy nmpk GAP lebih selamat sbb kita boleh simpan di PG..
tetapi kalau nk jual balik susut nilai pd ems 1g adalh tinggi (8% )…
1. adakah ini bermakna jika mahu jual ems GAP perlu dilakukan pada jumlah berat yg tinggi agar susut nilai rendah…

2. adakh lebih baik beli sahaja ems fizikal 50g tersebut dr bt GAP 50 unit..

sbb sy dlm dilema sm ada nk beli ems fizikal or GAP

terima kasih…

Reply

172 Mohd Zulkifli Shafie December 9, 2014 at 8:34 pm

Wslm Pn Shuhaida,

Beli gold bar 50 gram terus lebih baik sebab susut nilai lebih rendah. Cuma 6.5% jer. Tapi kalau nak simpanan percuma dengan Public Gold, beli melalui GAP lebih baik.

Reply

173 apih January 4, 2015 at 4:28 am

salam,
sy pn dlm dilema yg sama seperti puan Shuhaida samada beli gold bar 50g or beli scara gap 50g.

tetapi apa yg saya faham, contoh kita telah beli 50g scara Gap, kita juga boleh ambil emas tu dalam bentuk gold bar 50g means nilai spread nya pn sama iaitu 5.5%. so sy rasa beli scara gap lebih bagus.

cuma yg bezanya contoh hrga gold semasa 4 jan 2014 (gap) rm142\g. 142*50g=rm7100. kalau beli terus emas fizikal gold bar 50g Rm7013.

so kesimpulannya beli melalui GAp mahal Rm87 utk 50g gold bar tetapi dpt simpanan percuma.

betul ke apa yg saya faham ni cik Zulkifli?

Reply

174 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2015 at 2:04 pm

Wslm. Saya setuju dengan apa yang En Apih simpulkan tu.

Reply

175 apih January 4, 2015 at 10:11 am

salam,
sy pn dlm dilema yg sama seperti puan Shuhaida samada beli gold bar 50g or beli scara gap 50g.
tetapi apa yg saya faham, contoh kita telah beli 50g scara Gap, kita juga boleh ambil emas tu dalam bentuk gold bar 50g means nilai spread nya pn SAMA iaitu 5.5%. so sy rasa beli scara gap lebih bagus.
cuma yg bezanya contoh hrga gold semasa 4 jan 2014 (gap) rm142\g. 142*50g=rm7100. kalau beli terus emas fizikal gold bar 50g Rm7013.
so kesimpulannya beli melalui GAp mahal Rm87 utk 50g gold bar tetapi dpt simpanan percuma.
betul ke apa yg saya faham ni cik Zulkifli?

Reply

176 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2015 at 2:07 pm

Wslm En Apih.

Saya setuju dengan apa yang En Apih simpulkan tu.

Reply

177 firdaus December 16, 2014 at 12:59 pm

Assalamualaikum En Zul,

Apakah perbezaan emas dalam bentuk flexibar dan PG LBMA bar? Saya kurang faham.

Reply

178 Mohd Zulkifli Shafie December 16, 2014 at 4:27 pm

Wslm En. Firdaus,

1. Emas flexibar tu gold bar 50 gram yang boleh dipatah-patah jadi kepingan 1 gram. Untuk tengok foto, klik link ni http://www.mohdzulkifli.com/wp-content/uploads/2014/01/flexibar-public-gold.png .

2. Emas LBMA tu emas standard antarabangsa (London Bullion Market Association). Boleh tengok contohnya di link http://www.mohdzulkifli.com/wp-content/uploads/2014/01/gold-bar-1-gram-lmba-public-gold.jpg .

Reply

179 Izwan December 17, 2014 at 2:35 am

Assalamualaikum En Zul,

Saya berminat untuk membuat simpanan emas secara konsisten menerusi GAP. Namun saya bimbang jika saya telah membuat pembelian yang banyak tanpa menukarkannya kepada emas fizikal dan sesuatu terjadi kepada syarikat ini, adakah terdapat insurans yang dapat menjamin simpanan saya ?

Terima kasih.

Reply

180 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2014 at 6:46 am

Wslm En. Izwan,

Simpanan emas GAP dilindungi insurans. Ianya terjamin, insyaAllah. Saya sendiri menyimpan sebahagian emas saya dalam akaun GAP.

Reply

181 li October 19, 2015 at 7:19 am

Salam en.
Mohon pencerahan insurans tersebut. Dan mohon lampirkan sebarang dokumen b&w yg menyatakan gap dilindungi insurans berikutan ianya tidak dimaklumkan di laman web rasmi pg
Sekian.ws

Reply

182 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2015 at 8:58 am

Wslm Puan,

Emas GAP di simpan dalam Public Safe Deposit Box. Safe Box itu dilindungi insuran, bukan insuran untuk setiap pembeli. Bila dapat GAP Statement, itu jaminan hak emas kita yang disimpan oleh Public Gold.

Saya syorkan, puan beli dan simpan sendiri dulu. Bila puan dah kenal dan confiden dengan Public Gold, baru simpan dengan Public Gold. GAP hanyalah OPTIONAL, bukan wajib. Itu hanya untuk memudahkan sesiapa yang tak nak simpan emas tu sendiri.

Reply

183 li October 19, 2015 at 10:05 am

TK atas makluman.
Utk mkluman tuan, faktor utm sy brminat dgn gap adlh krn bajet yg kecil dan mrancang utk mngeluarkan dinar apbl tlh ckp gm dlm tempoh ms pnjg (membuat sy khuatir akan fizikal emas yg msh berada dlm smpnn gap skiranya sesuatu trjd kpd sykt ini).

Reply

184 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2015 at 1:00 pm

Kalau macam tu, puan beli GAP dan terus keluarkan emas tu mengikut gram. Gold bar 1 gram sama jer spreadnya dengan coin 1 dinar.

Reply

185 li October 19, 2015 at 1:31 pm

Nak terus keluarkan 1 dinar juga akan mengambil masa yg lama skiranya bajet stiap bln sy utk gap hny brjmlh rm200.
Utk itu saya prlukan kpastian samada emas gap dijamin hak milik pembeli skiranya syarikat mengalami masalah d kendian hari.

Reply

186 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2015 at 8:08 pm

Kalau macam tu jangan beli lagi. Simpan duit dulu. Dah cukup baru beli.

Public Gold dah jual lebih 4 tan emas sejak 2008. 100% pembeli dapat emas mereka masing-masing. Track record itu bagi saya sudah cukup meyakinkan. Yang di maksudkan “masalah di kemudian hari” itu pun kita tak tahu sejuah mana masalah itu. Hatta duit dalam bank pun tak boleh dikeluarkan kalau ada masalah sebagai mana berlaku di Greece hari tu.

Reply

187 li October 19, 2015 at 8:30 pm

TK atas penerangan tuan yg tlh mengubah hasrat sy dr ingin membli scr gap kpd blian fizikal yakni smpnn sndr. Dgn izinNya..

Reply

188 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2015 at 6:35 am

Sama-sama puan.

189 nurul December 23, 2014 at 2:14 am

assalamualaikum..
kenapa beli emas dalam gandaan RM100 dikatakan tidak patuh syariah?

Reply

190 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2014 at 5:44 am

Wslm Pn. Nurul,

Sebab emas tu tak boleh dikeluarkan. Boleh beli tapi tak boleh ambil emas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

191 azmank December 23, 2014 at 10:12 pm

Salam en zul hrga 1gram emas beli under gap rm141 tp tdk dnyatakan klu nk jual smula refer pd hrga mne?

Reply

192 Mohd Zulkifli Shafie December 24, 2014 at 12:19 am

Wslm En. Azman,

Refer PG Buy 100 gram bahagikan dengan 100.

Reply

193 Ikhlas June 24, 2015 at 3:29 pm

Adakah bahagi 100 tu ikut harga semasa atau harga pukul 12 mlm sblumnya?

Reply

194 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 4:32 am

Harga pukul 12.00 malam sebelumnya.

Reply

195 zulkarnain December 24, 2014 at 6:23 pm

As Salam en zul,
Sy rasa berminat utk memulai simpanan emas,bolehkah en zul membantu sy utk bermula…

Reply

196 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2014 at 6:48 am

Wslm En. Zulkarnain,

InsyaAllah saya boleh guide. En. Zulkarnain boleh contact saya 019-336 8009 (saya prefer wassap / sms).

Reply

197 apih January 3, 2015 at 7:57 pm

Salam,

sy bercadang nak beli emas 50g.
adakah beli scara GAp terbaik atau terus membeli gold bar 50g.?

Reply

198 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2015 at 9:01 pm

Wslm En Apih,

1. Beli cara GAP bagus sebab dapat simpan percuma dengan Public Gold. Dan masa nak keluarkan emas nanti, boleh pilih apa sahaja jenis item untuk cukupkan 50 gram tu.

2. Kalau beli untuk terus jual bila harga naik i.e. trading, beli gold bar 50 gram terus biasanya lebih bagus sebab harga per gram mudah sedikit dan susut nilai lebih rendah.

Reply

199 Aiman April 6, 2015 at 11:34 pm

Salam Encik,

Katakan saya simpan sampai cukup 50gm, boleh ke saya nak dalam bentuk Flexibar?

Terima kasih.

Reply

200 Mohd Zulkifli Shafie April 7, 2015 at 6:08 pm

Wslm. Boleh En. Aiman.

Reply

201 Adib January 8, 2015 at 11:40 am

Assalam..

saya nak tanya contoh saya menyimpan cara GAP lepas tu saya nak keluarkan 1 dinar bila dah cukup gram boleh ke??

contoh: setiap bulan 1g, lepas 5 bulan dah 5 g..dan saya nak keluarkan 1 dinar emas (4.25g) boleh ke camtu??maksud baki saya akan ada 0.75g la kan..

Reply

202 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 7:45 pm

Wslm En. Adib,

Boleh. Syaratnya kita tinggalkan baki minimum 1 gram supaya akaun GAP tu kekal aktif. Kalau tinggal tak berbaki, akaun tu jadi tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.

Reply

203 Zalikha January 11, 2015 at 11:35 am

Assalam , saya baru nak berjinak-jinak dengan simpanan emas, harap En.Zul boleh bagi tunjuk ajar, tq

Reply

204 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 8:14 pm

Wslm Pn. Zalikha,

InsyaAllah.

Reply

205 Adib January 15, 2015 at 8:44 pm

Assalam tuan..

Saya berminat dgn pelaburang emas public gold tapi cuma satu yang saya tak faham. Misalnya, hari ni saya check harga emas GAP 1g adalah RM151.00. so kalau saya nak beli emas 1 g kena bayar RM151.00 atau bayar harga genap seperti RM150, RM200? Maaf atas soalan yg kurang bernas. Mohon pencerahan terima kasih

Reply

206 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 7:58 am

Wslm En. Adib,

Bayar ikut harga per gram di website http://www.publicgold.com.my. Jangan genapkan RM100 atau RM150 sebab ianya tak patuh syariah.

Reply

207 wan Zulhilmi January 23, 2015 at 6:16 pm

salam,
tuan, saya cuma nak bertanya. Saya ingin membuat pembelian emas gold bar dari seorang penjual ni, tetapi penjual hanya ingin membuat serahan secara maya.

soalan saya, adakah saya perlu membuat akaun GAP utk mbeli dari beliau?
Jika tidak perlu akaun, adakah saya boleh mengeluarkan kesemua belian saya tu?

Reply

208 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2015 at 8:41 pm

Wslm En. Zulhilmi

1. Apa maksud serahan secara maya?

2. Kalau GAP, Public Gold bagi GAP Statement, boleh cek dalam website. Emas tu benar-benar wujud dan kita boleh ambil bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.

Reply

209 Wan January 29, 2015 at 12:07 pm

Salam tuan,

Just nak bertanya, pd masa sekarang ni banyak penjual emas secara online yg menjual simpanan emas mereka sendiri terus kepada pembeli termasuklah emas PG. Harga yg ditawarkan lebih rendah dr market price. Apakah kriteria yg perlu dipastikan sebelum membeli emas2 tersebut untuk mengelakkan kerugian apabila kita hendak menjual emas tu semula kepada PG ?

Adakah tuan tahu mana2 group whatsapp / telegram/ facebook yang membuat jual beli emas PG secara terus kepada public yang boleh dikongsikan bersama?

wassalam

Reply

210 Mohd Zulkifli Shafie January 30, 2015 at 5:57 am

Wslm En Wan,

1. Kalau bernasib baik, dapat harga lebih murah. Kalau tak bernasib baik, duit kena tipu atau dapat emas yang condition tak elok atau item yang Public Gold blacklist. Beli emas melalui deal facebook banyak penipuan. Saya pernah tulis isu ini dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/01/5-tips-elak-penipuan-jual-beli-emas.html

2. Saya tak buat jual beli emas yang deal online. Dan saya tak berani recommend. Kekadang beli emas dengan Public Gold sendiri jauh lebih murah terutamanya gold bar 1 gram. Saya perhati, orang yang tak tahu tentang GAP Public Gold akan beli gold bar 1 gram di facebook sedangkan harga PG tawarkan lebih murah.

Reply

211 sabrina February 6, 2015 at 10:57 am

Assalamualaikum En Zul,

Saya berminat nak beli emas secara GAP dan simpan di PG. Saya nak tanya, sekiranya berlaku kematian macam mana ahli keluarga saya nak keluarkan emas? Akaun GAP boleh letak penama tak? Terima kasih.

Reply

212 Mohd Zulkifli Shafie February 6, 2015 at 4:36 pm

Wslm Puan,

Kalau berlaku kematian, prosesnya sama dengan akaun bank. Pentadbir harta pusaka boleh datang tuntut. Kalau datang ke office Public Gold, staff akan bagi Registration Form. Dalam tu dia minta maklumat waris.

Reply

213 haziq February 25, 2015 at 11:57 pm

Kenapa sampai sekarang tiada penasihat syariah ya.dalam proses lagi ke.lamanya.maaf bertanya ya

Reply

214 Mohd Zulkifli Shafie February 27, 2015 at 12:48 pm

Salam En. Haziq,

Proses untuk shariah compliance tak semudah ambil perkerja baru. Banyak urusan perlu diselelaikan, antaranya mencari TEAM ilmuan yang qualified dan certified yang bersedia jadi penasihat, menyemak semua SOP sedia ada, mencadangkan improvement untuk semua SOP, persetujuan imbuhan kepada panel syariah dll. Paling cepat pun boleh selesai dalam tempoh 6 bulan. Itupun kalau tak ada hicup sana sini.

Kalau Bank Negara syaratkan institusi kewangan Islam untuk adakan penal syariah, BNM pun bagi masa beberapa tahun sampai full-compliance. Inikan pula syarikat Public Gold yang SECARA SUKARELA untuk jadikan ia patuh syariah. Buat masa sekarang, tak ada mana-mana syarikat jual beli emas di Malaysia yang ada majlis penasihat syariah. Yang ada sebelum ni, banyak penal syariah tarik diri sebab mereka hanya “mempergunakan” penasihat syariah untuk lariskan jualan, bukan untuk betul-betul patuh syariah.

Prinsip Public Gold, kalau buat sesuatu, mesti buat betul-betul. Bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

Reply

215 mohd hadi March 2, 2015 at 12:30 pm

Salam..

Encik zul..adakah belian dgn system GAP ni patuh syariah?..sebab kita dah bayar..tapi barang bukan dpt hari itu jugakkan..lagi satu kalau kata ianya mcm khf..cara khf lepas kita beli emas tu.dorang akan tunjuk emas tu pada kita kemudian baru tanya kita nak simpan atau bawak balik..jadi bagaimana?

Reply

216 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2015 at 1:52 pm

Wslm En. Hadi,

Kaedah belian GAP mengikut gandaan 1 gram confirm patuh syariah. Saya dah merujuk beberapa pakar muamalat Islam tentang proses GAP ni. Kalau belian GAP mengikut RM100 tu, itu memang tak patuh syariah. Tentang serahan on the spot atau kemudian secara fizikalnya, itu bukan isunya sebab “constructive possession” memang diharus oleh syarak. En. Hadi boleh ikuti penjelasan isu ni oleh Ustaz Nazri Chik di link http://youtu.be/csF9P-RVAOY. Rujuk minit ke-49.

Sebenarnya Public Gold dah anjurkan Seminar Prinsip Syariah Dalam Jual Beli Emas pada 1 Januari 2015 lepas. Masa tu, semua pihak berpeluang menyemak sejauh mana jual beli emas Public Gold patuh syariah dari penal yang memang ahli penasihat syariah Islamic Financial Institution. Kekadang nak jelaskan pasal syariat secara umum begini susah orang nak faham sebab asas muamalat Islam pun ramai yang tak faham.

Saya syorkan En. Hadi hadir ke Seminar Urusniaga Emas Patuh Syariah yang akan diadakan pada 4 April 2015 di Masjid Shah Alam. Ada 6 ahli muamalat Islam yang berkredibiti akan jadi panel dalam seminar tersebut. Boleh daftar di sini http://www.alamseminar.com/ .

Reply

217 Pelabur August 21, 2015 at 7:46 pm

Apa yg saya faham dekat website youtube tu, mcm dia kata lepas beli emas, emas kita mmg dah confirm ada dekat sesuatu tempat and emas tu mmg kita punya(mungkin dah set no siri), contohnya Penang. Kalau nak ambil, boleh pergi ambil atau pos. Tapi, emas Public Gold ni, lepas beli 1g GAP, kita boleh ambil di mana2 cawangan PG. Saya rasa, ada beza kat situ.

Saya agent PG gak, tapi, masih kurang clear lagi mengenai GAP ni. Agak2 tuan, dengan apa yg saya ckp tu, mcm mana yer.

Reply

218 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2015 at 8:10 pm

Public Gold pernah buat seminar tentang isu shariah pada awal 2015. Siapa yang pergi, saya rasa semuanya dah jelas sebab dibentangkan oleh mereka yang pakar dalam muamalat Islam. Untuk faham, at least ambil masa study perbahasan jual beli emas terutama sekali Paramenter Pelaburan Emas Majlis Fatwa. Perbahasannya memang ianya panjang. Tak cukup kalau saya nak explain diruangan ni.

Kaedah yang dibuat oleh Public Gold sama macam yang dibuat oleh Kuwait Finance House.

Reply

219 Pelabur August 22, 2015 at 11:53 pm

Owh, kiranya, akaun GAP ni, mmg patuh syariah la? Saya nak buat akaun GAP, tapi, dok tangguh sebab x clear pasal ni

Reply

220 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2015 at 7:55 am

Patuh syariah. Tapi pastikan beli mengikut gandaan harga 1 gram, bukan mengikut gandaan RM50 atau RM100.

Reply

221 Pelabur August 23, 2015 at 11:05 pm

Mcm mana plak dengan incentive tu? Saya baru nak beli, teringat incentive tu plak… hmmm. Kalau x cukup RM150, masuk akaun GAP kan?

Reply

222 Mohd Zulkifli Shafie August 23, 2015 at 11:22 pm

Bawah RM200 PG kreditkan ke akaun GAP.

Reply

223 Pelabur August 23, 2015 at 11:28 pm

So, mcm mana yer? Kan nak ikut syariah kena beli by gram

Reply

224 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2015 at 7:31 am

Komisyen tu bukan kita beli emas, tapi Public Gold reward kepada kita. Ia tak sama dengan beli emas.

225 Pelabur August 25, 2015 at 5:03 pm

TQ En Mohd Zulkiflu Shafie. Lega sket.

226 fadlil March 7, 2015 at 3:42 pm

Salam tuan,
Macamana kita tengok harga emas untuk belian secra GAP..
Harap dapt bntu

Reply

227 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2015 at 5:53 pm

Wslm En. Fadhil,

Tengok di web http://www.publicgold.com.my, refer harga “Gold Accumulation Program”. Sebelah kiri atas sekali. Hari ni RM147.

Reply

228 emir March 7, 2015 at 11:59 pm

Salam en zulkifli…selepas setiap jam 12 mlm harga emas akan bertukar untuk GAP kan. Berapa standard range harga emas yg dikatakan murah dan sesuai utk dibeli?…terima kasih…

Reply

229 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2015 at 12:14 am

Wslm En. Emir,

Betul. Harga GAP disemak setiap jam 12.00.

Murah atau mahal tu benchmark sebenarnya ialah berapa harga yang kita pernah beli sebelum ini. Murah bagi saya, mungkin mahal bagi En. Emir. Dan begitulah sebaliknya.

Bagi saya, harga sekarang ni memang murah. Ia lebih murah dari harga pertama kali saya beli emas pada tahun 2010. En. Emir boleh cek graf sejarah harga emas di http://www.bit.ly/pricehistory.

Wallahu a’lam.

Reply

230 emir March 9, 2015 at 8:58 am

ouhhh…kalau saya guna cimbclicks tiada masalah ke?. sebab biasa kalau fund transfer guna bank lain dia ambil masa duit masuk akaun tu…

Reply

231 Mohd Zulkifli Shafie March 9, 2015 at 10:39 am

Boleh. Duit akan clear dalam masa 1 hari bekerja. Tak ada masalah.

Reply

232 Wan March 8, 2015 at 2:22 pm

Assalaamu’alaikum En.Zul.

Boleh tak saya nak tukar 5 keping gold bar PB 1g kepada 1 keping gold bar 5g PB di cawangan PB?

Terima kasih.

Reply

233 Mohd Zulkifli Shafie March 8, 2015 at 7:29 pm

Wslm En. Wan,

Tak boleh macam tu. Kalau nak tukar begitu, kena tukar dengan dealer. Office Public Gold tak boleh.

Reply

234 Man March 10, 2015 at 12:22 pm

Salam En Zul,

Sya nak bertanyer…kerana saya memang zore dalam emas ni, baik bar atau perhiasan. Soalan saya ialah:

1) Kalau saya join GAP adakah saya perlu komited setiap bulan untuk membeli emas, atau permulaan saya membeli 1g dan selepas itu terpulang pada saya untuk membeli atau tidak..

2) Bolehkah bar yang sy beli dijual semula ke PG, contoh sy beli pd harga RM 141 dan selepas satu bulan harga emas menjadi RM150, adakah sy menerima RM150 apabila dijual pd PG.

3) Adakah kedai pajak gadai selain bank menerima PG gold bar.

4) Adakah blh dijual pada pihak ketiga contoh, saya beli 1g RM141 dan saya jual pada mana2 individu pada harga RM151, walau pun individu itu tidak memilik PG acc.

Sekian terima kasih

Reply

235 Mohd Zulkifli Shafie March 11, 2015 at 5:57 am

Wslm En. Man,

1. Terpulang bila-bila nak beli, atau bila-bila nak jual. Tak ada syarat.

2. Boleh jual semula kepada Public Gold. Masa jual, refer harga “PG Buy” semasa di website wwww.publicgold.com.my. Kalau gold bar 1 gram, refer harga gold bar 10 gram dan bahagikan dengan 10.

3. Kebanyakkan ar-rahnu terima emas Public Gold. Kedai pajai gadai konvensional pun terima, tapi ianya haram.

4. Boleh, tak ada masalah. Itu emas kita, terpulang kepada kita nak jual kepada sesiapa. Asalkan ada orang sanggup membelinya.

Wallahu a’lam.

Reply

236 Man March 12, 2015 at 5:14 pm

Salam En Zul,

Terima kasih atas penerangan, insyaallah akan cuba berjinak dengan emas dalam masa terdekat.

Reply

237 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2015 at 9:35 am

Sama2 En Man. Alhamdulillah..

Reply

238 salimah March 31, 2015 at 11:24 am

Salam tn zul.saya dah lama ade plan nak simpan emas ni.blog tn zul membantu tambah ilmu simpan emas especially program GAP ni nampak lebih mudah dan selamat.boleh ke saya nak jadikan tn zul sebagai introducer.

Reply

239 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2015 at 4:17 am

Wslm Pn. Salimah,

Alhamdulillah. Boleh, silakan. Kos saya PG002369. Mohd Zulkifli Shafie.

Reply

240 muhammad April 8, 2015 at 1:16 pm

Salam EN Zul,

Saya nak bertanya sikit mengenai GAP. SY baru nak berjinak dalam jual beli emas nie. Via GAP, boleh ke saya beli amaun yg kecil bila harga murah, dan jual kembali ke PG tanpa amik emas fizikal. Kiranya jual beli online je tanpa emas tu physically.

Mohon pandangan En Zul

Reply

241 Mohd Zulkifli Shafie April 9, 2015 at 9:11 am

Wslm. Boleh En. Muhammad.

Reply

242 hidayat April 12, 2015 at 1:48 pm

Assalamualaikum En Zul,
terima kasih atas ilmu yang banyak dikongsikan. banyak manfaat dan ilmu dapat diperolehi. di laman web public gold ada promosi berkenaan GAP untuk kakitangan awam dan dpt jadi dealer hanya dgn 5k GAP. adakah ini tawaran baik sbb nk jadi dealer harus beli dlm satu resit 30k?
Terima kasih

Reply

243 Mohd Zulkifli Shafie April 14, 2015 at 9:06 am

Wslm En. Hidayat,

Betul. Promosi tu untuk kakitangan kerajaan. Tanpa promosi tu, kena beli RM30k dalam satu belian baru layak jadi dealer.

Kalau En. Hidayat nak berniaga emas, lebih baik jadi dealer. Kalau untuk saving sendiri sahaja, saya rasa tak perlu jadi dealer sebab ada syarat requalification iaitu kena ada jualan RM10k untuk setiap tempoh 6 bulan untuk kekal jadi dealer. Kalau tak cukup jualan, Public Gold akan downgrade jadi customer biasa.

Lagi pun, kalau tak jadi dealer pun, harga emas Public Gold memang dah cukup rendah berbanding kedai emas, dan spreadnya juga rendah.

Reply

244 hidayat April 16, 2015 at 6:31 am

oo terima kasih atas penjelasan berkenaan requalification dealer.
tak perlu jadi dealer lagi bagus.terima kasih en zul

Reply

245 Mohd Zulkifli Shafie April 16, 2015 at 6:56 am

Sama-sama En. Hidayat.

Reply

246 En Shah April 17, 2015 at 3:41 pm

Salam Tuan

Macam mana cara saya nak jual balik GAP dan dapatkan emas fizikal?

Reply

247 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2015 at 8:46 pm

Wslm En Shah,

1. Untuk jual, wassap / mesej sahaja kepada no handphone office Public Gold terdekat. Nanti mereka akan proses.

2. Kalau nak keluarkan emas fizikal, datang ke office Public Gold, tunjuk i/c je. Tapi sebelum datang, call dulu untuk mereka reserve stok.

Reply

248 Azimah April 20, 2015 at 2:43 pm

salam..ada bbrp soalan
1. kalau nk beli utk anak…so register guna nama anak ka mcm mana?
2.kalau guna sistem GAP ni.. buka akaun guna nama sendiri.. apa pa berlaku pada kita..mcm mana waris nak dptkan balik pelburan?

Reply

249 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 3:22 am

Wslm Pn. Azimah,

1. Betul, register atas nama anak beserta nama puan sekali (joint account). Masa belian nanti, berikan nama dan no. ic anak beserta nama dan no. ic puan sekali. Pastikan setiap anak gunakan email berbeza supaya dapat login website Public Gold untuk cek GAP statement nanti.

2. Prosedurnya sama macam duit simpanan dalam bank. Pentadbir harta pusaka boleh tuntut bagi pihak si mati.

Wallahu a’lam.

Reply

250 Joharie May 1, 2015 at 5:09 pm

Assalam…
Saya nak sikit pencerahan bagi bukan warga Malaysia, boleh ambil GAP ke?..
Boleh tak saya kontek whatsapp Encik Mohd Zulkifli Shafie.

Terima kasih.

Reply

251 Mohd Zulkifli Shafie May 2, 2015 at 7:18 am

Wslm En. Joharie,

Bukan warga Malaysia pun boleh beli GAP. En. Joharie boleh wassap saya 019-336 8009.

Reply

252 Joharie May 2, 2015 at 1:09 pm

…Insha Allah…ada masa terdekat saya ada Whatsapp…

Reply

253 Joharie June 7, 2015 at 10:59 am

Assalamualaikum ,
Sekarang ni ada promo GAP dealer sempena Ramadhan..
Boleh kah saya dapat lebih tahu lanjutan?

Reply

254 Mohd Zulkifli Shafie June 7, 2015 at 4:12 pm

Wslm En Johari,

Promosi bulan Jun 2015, beli 100 gram GAP, dapat jadi dealer dan percuma cash voucer bernilai RM200. Untuk maklumat lanjut, boleh klik link http://publicgold.com.my/v1/images/stories/pdf/June2015/junepromotion_ramadhandrd.pdf .

Reply

255 Joharie June 9, 2015 at 10:02 pm

Terimakasih en Mohd Zulkifli.
1. Nampak nya GAP 100g tak dapat lah dulu, kerna asal idea tu nak dari kalangan ahli keluarga terdekat.

2. Minta pandangan mengenai bank in, kerana saya tidak ada account Bank di Malaysia. Bolehkah ahli keluarga yang ada Malaysia Maybank account membuat bank in sebagai perantaraan? Macam mana process pengambilan kerana ia memerlukan resit penyata bank in..wassalam

Terima Kasih

Reply

256 Mohd Zulkifli Shafie June 10, 2015 at 6:06 am

Sama-sama En. Joharie.

1. Tak ada, mulakan belian sikit-sikit.

2. Boleh guna akuan bank sesiapa pun, tak ada masalah. Janji duit itu masuk ke akaun Public Gold. Paling baik bayar guna online banking. Boleh gunakan slip bayaran online (download pdf atau printscreen) sebagai bukti bayaran.

Reply

257 toi May 4, 2015 at 7:25 pm

Assalam En. Zulkifli,

Semoga dalam keadaan sihat walafiat.

1. Boleh mohon pencerahan tentang nilai ‘spread’ untuk 1g PG. Dah cuba cek di web, tapi tak ada tulis untuk 1g, hanya 10g keatas.

2. Antara beli emas PG 1gram tanpa join GAP dan join program GAP, mana lebih encik syorkan pada saya yang baru nak berjinak dalam emas ini.

Terima kasih.

Reply

258 Mohd Zulkifli Shafie May 6, 2015 at 7:01 am

Wslm tuan

Alhamdulillah.

1. Spread gold bar 1 gram; 8%, sama macam gold bar 10 gram.

2. Kalau emas 1 gram, lebih baik beli melalui GAP sebab harga per gram lebih murah.

Reply

259 toi May 6, 2015 at 4:29 pm

Terima kasih untuk reply tersebut En Zul.

Saya berminat untuk join GAP, boleh ke kalau saya dapatkan number telefon En Zul untuk whatsapp tentang cara-cara register dengan lebih detail? terima kasih.

Reply

260 Mohd Zulkifli Shafie May 6, 2015 at 4:32 pm

Sama-sama.

Boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

261 Shahreen May 6, 2015 at 11:16 am

Assalamualaikum Tuan Zul,

Berkenaan PG 1 gram kalau kita ada 20 keping yangg setiap satunya 1gram, boleh ke kita pajak di ar-rahnu? (cth: ar-rahnu Pos)
Mohon pencerahan.

terima kasih

Reply

262 Mohd Zulkifli Shafie May 6, 2015 at 1:39 pm

Wslm.

Boleh En. Shahreen.

Reply

263 adiey May 11, 2015 at 12:26 pm

Tuan,

Untuk pajak kat ar-rahnu, resit belian perlu ke?
Sebab ada yg beli melalui kawan-kawan..xde redit.

tkasih.

Reply

264 Mohd Zulkifli Shafie May 12, 2015 at 2:10 am

Kalau emas Public Gold, biasanya ar-rahnu tak minta resit. Sijil ketulenan dah cukup.

Reply

265 ct May 26, 2015 at 11:46 pm

Assalammualaikum en zul,

bagaimana cara untuk saya membeli barang kemas public gold?

Reply

266 Mohd Zulkifli Shafie May 27, 2015 at 7:04 am

Wslm Pn. Ct,

Public Gold dah tak jual barang kemas mulai 1 April 2015 sebab dikenakan GST. Mungkin tahun 2016 baru Public Gold pertimbangkan untuk jual barang kemas atau tak.

Reply

267 muhammad hazim May 27, 2015 at 4:23 am

Salam tuan.
Pembelian emas PG GAP tak dikenakan gst?
Kedua,pernah dengar program emas powergold?
Mereka juga membuat programme serendah 1gram emas.Tetapi dikenakan gst.Product gold mereka bercetak Amethyst.Adakah terdapat perbezaan spread antara PG dan Amethyst?

Reply

268 Mohd Zulkifli Shafie May 27, 2015 at 7:08 am

Wslm En. Hazim,

1. Emas PG tak kena GST.

2. Pernah dengar.

3. Kalau En. Hazim beli emas dengan tujuan untuk dijual pada harta terbaik suatu hari nanti, tak kisah jenama apa sekalipun. Yang penting kena pastikan 5 kriteria penting. Boleh baca dalam artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html .

Reply

269 Hadi May 31, 2015 at 2:13 pm

Salam, tuan, saya baru nak bermula dengan pelaburan emas dan ada membeli dinar emas dan 1g emas daripada dealer public gold.

1. Adakah lebih menguntungkan dengan menyertai Program GAP Public Gold atau hanya membeli emas 1g melalui dealer sbb saya lihat harga 1g emas 999 melalui program tu jauh lebih rendah daripada harga jika dibeli terus melalui dealer. Setahu saya untuk menjadi dealer public gold dan mempunyai akaun, minimum pembelian emas mestilah RM30k.

2. Adakah dengan menyertai program GAP ini secara automatik, saya mempunyai akaun Public Gold dan boleh memantau jualbeli emas saya atau bagaimana.

3. Adakah Public Gold ada dan akan membuat promosi kepada pelajar, kakitangan awam untuk menjadi dealer dalam masa terdekat ini? Mohon penjelasan daripada Tuan, Terima kasih.

-hadi daripada bangi-

Reply

270 Mohd Zulkifli Shafie June 1, 2015 at 6:57 am

Wslm En. Hadi,

1. Betul, beli melalui GAP jauh lebih untung. Untuk jadi dealer, kena beli RM30,000 dalam satu belian.

2. Bila buka akaun GAP, akan dapat GAP Statement seperti statement bank. Boleh keep track rekod jual beli sebelum ini.

3. Saya tak fikir Public Gold akan buat promosi itu dalam masa teredekat. Kalau ada pun, mungkin tahun 2016.

Wallahu a’lam.

Reply

271 Cik ieda June 1, 2015 at 5:29 pm

Slm.tuan, sy ada xxgm goldbar public gold, dlm smpnn sendiri. Sy risaukn kslmtnny. Mana lbh baik, simpan di safe deposit box @ jual kpd pg & masukkn dlm akaun gap sy ( duit hsil jualan itu) @ tuan ada cdgn lain yg lbh baik? Terima ksh

Reply

272 Mohd Zulkifli Shafie June 1, 2015 at 8:39 pm

Wslm Cik Ieda,

Saya prefer sewa dan simpan dalam safe deposit box. Ada beberapa kaedah lagi untuk simpan emas dengan selamat. Cik Ieda boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html .

Reply

273 Zareeda June 3, 2015 at 9:58 am

Salam En. Zul, selepas langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran, PG akan pos emas ke rumah atau saya kena datang collect? Bagaimana hendak membeli design birthday misalnya? Saya ada rujuk link facebook yang En. Zul bagi tapi masih keliru la sebab terlalu banyak post yang berupa iklan. Harap En. Zul dapat membantu. Terima kasih.

Reply

274 Mohd Zulkifli Shafie June 3, 2015 at 10:08 am

Wslm Pn. Zareeda,

1. Emas tu kena ambil sendiri di office PG.

2. Untuk keluarkan design birthday, kena call branch terdekat dengan puan. Tanya mereka samada mereka ada stok design birthday.

Reply

275 Nazri June 3, 2015 at 11:17 pm

Salam tuan.
Promosi Jun Ramadhan Dealer Recruitmen skarang ni adakah termasuk silver?

Reply

276 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2015 at 7:18 am

Wslm En. Nazri,

Tak termasuk SAP (Silver Accumulation Program).

Reply

277 mie June 5, 2015 at 11:47 am

Salam en zul.

saya nak tanya tentang SAP, lebih kurang sama konsep dengan GAP, min kita boleh keluarkan 1gram emas. untuk SAP ni boleh kah kita keluarkan min 10dirham perak?

Reply

278 Mohd Zulkifli Shafie June 5, 2015 at 11:59 am

Wslm En Mie,

SAP paling rendah gold bar 100 gram je.

Reply

279 mie June 5, 2015 at 2:38 pm

tqvm

Reply

280 Izzuddin June 9, 2015 at 12:36 am

Assalamuaikum tuan,

Nak tanya, kalau sudah lebih dari 2 hari selepas sy buat pembayaran dan tiada respon dr pg, apa perlu sy lakukan? Sy letak pg sbgai introducer

Reply

281 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2015 at 6:31 am

Wslm,

En. Izzuddin kena contact branch PG yang terdekat. Minta mereka semak.

Reply

282 Joharie June 14, 2015 at 10:22 pm

Assalamualaikum En.Muhammad Zulkifli.
Nak mohon pencerahan sedikit mengenai SAP.
Adakah perlu register sebagai NEW atau di letakkan AC no. GAP (sekiranya ada).
Jo

Reply

283 Mohd Zulkifli Shafie June 15, 2015 at 1:37 am

Wslm En. Joharie,

Kalau dah ada PG Code, pakai PG Code sedia ada. Tak perlu register new.

Reply

284 Joharie June 15, 2015 at 12:00 pm

Terimakasih En Muhammad Zulkifli.
1. Saya baru nak register, boleh saya letak En. Muhd Zulkifli sebagai introducer saya.

2. Pencerahan mengenai mengeluar kan GAP (atau SAP), sebagai non Malaysian, cukup dengan IC yg di daftarkan (non resident).

Jo

Reply

285 Mohd Zulkifli Shafie June 17, 2015 at 5:23 am

Sama-sama En. Joharie,

1. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. En. Joharie boleh contact saya bila-bila masa kalau ada apa-apa persoalan tentang emas.

2. Bawa ic dan passport untuk keluarkan emas / silver tu di office Public Gold.

Reply

286 Umi June 20, 2015 at 10:30 am

Salam

Sy nak tanya…
Sy dah ada acc GAP…mcm mana nk keluarkan gold tu…sy kurang phm
Mohon pencerahan

Tq

Reply

287 Mohd Zulkifli Shafie June 20, 2015 at 11:54 am

Wslm Pn. Umi,

1. Datang office Public Gold tunjuk ic dan bayar caj gold premium jer (refer http://www.bit.ly/pggoldpremium).

2. Sebelum datang, call dulu office Public Gold bagi tahu nak keluarkan item yang mana untuk mereka reserve stok.

Itu jer puan.

Reply

288 Sarina June 24, 2015 at 5:20 pm

Assalam tuan,

Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat berguna pada laman ini. Saya telah membuat pembelian pertama emas menggunakan kaedah GAP dan telah menggunakan maklumat tuan sebagai introducer sebentar tadi. Maaf tidak memaklumkan terlebih awal tetapi saya ada cc kan emel berkaitan urusan tersebut. Thanks sekali lagi……

Reply

289 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 4:34 am

Wslm Pn. Sarina,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat.

Tak apa. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealeship saya. Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas, puan boleh juga wassap terus kepada saya di 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

290 Syazwan Arasy June 25, 2015 at 1:15 am

Salam Tuan Zulkifle,

Saya berminat untuk memulakan simpanan emas ini dan setakat ini saya hanya mampu melalui GAP sahaja kerana baru mula bekerja.

Soalan saya:

1. Bagaimana cara untuk buka akaun GAP? Boleh melalui online atau perlu pergi ke cawangan PG?

2. Adakah perlu bayaran lain untuk buka akaun GAP atau setelah pembelian pertama automatik akaun GAP kita akan dibuka?

3. Berapa nilai susut untuk 1gram emas GAP kalau ingin jual semula kepada PG?

Terima kasih tuan.

Reply

291 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 4:40 am

Wslm En Syazwan,

1. Paling mudah buat online jer. Ikut jer step yang saya tunjukkan dalam artikel ini. Kalau nak pergi cawangan pun boleh tapi bagi saya menyusahkan sebab yang akan proses GAP ialah HQ, bukan Cawangan. Prosesnya tetap mengambil masa 2 hari bekerja untuk Public Gold keluarkan GAP Statement.

2. Automatik akan dibuka.

3. Spread 8%.

Sama-sama En. Syazwan. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh terus wassap kepada saya. InsyaAllah saya dapat reply dengan lebih cepat.

Reply

292 Syazwan Arasy June 25, 2015 at 9:24 am

terima kasih tuan,

satu lagi soalan, kalau GAP ini kita sudah beli sehingga 10 gram misalnya, boleh ditukarkan kepada gold bar, wafer atau dinar?

Reply

293 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2015 at 9:25 am

Sama-sama En. Syazwan.

Boleh keluarkan samada dinar atau gold bar, asalkan tak lebih dari jumlah gram yang kita beli. Dan paling baik tinggalkan 1 gram dalam akaun GAP supaya akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua, Public Gold anggap akaun tu tak aktif. Bila nak aktifkan semula, kena caj RM50.

Reply

294 Joharie June 26, 2015 at 5:07 pm

Assalamualaikum Encik Mohammad Zulkifli
Sekarang ada online GAP platform baru, dimana peserta boleh update pembayaran purchase info terus online.
Selepas ni , tidak perlu kah email dan sms untuk penyata bank in?

Terimakasih

Reply

295 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:16 pm

Wslm En. Joharie,

Dengan sistem baru, dah tak perlu email / sms / wassap lagi. Terus update dalam sistem je.

Reply

296 Joharie June 27, 2015 at 2:48 pm

…dan satu lagi…sales order tak ada lagi kena issue selepas ni seperti yang sebelum nya?

Terimakasih atas pencerahan tersebut.
wassalam.

Reply

297 Mohd Zulkifli Shafie June 27, 2015 at 3:00 pm

Yang tu saya tak pasti lagi. Saya pun baru guna sistem tu hari ni.

Reply

298 Sabri June 29, 2015 at 10:19 am

Assalam En.Zulkifli,
1. Saya baru buka reg website PG ni. Jika saya mahu buat GAP ni, selepas membuat pembayaran online,saya boleh cek status terus melalui website atau tidak?
2. Jika saya lihat di website, bayaran adalah gandaan RM50. Kalau ikut cara en.Zul pula bole ikut harga contoh saya mahu beli 20G = RM151 x 20g =RM3020. Oleh itu pembayaran yang saya perlu buat adalah RM3020.

Boleh minta pencerahan?

Reply

299 Mohd Zulkifli Shafie June 29, 2015 at 10:29 am

Wslm En. Sabri.

1. Belum boleh lagi. Staff PG ambil masa 2 hari bekerja untuk update pembelian tu dalam website.

2. Untuk pastikan belian tu patuh syariah, bayar mengikut gandaan harga 1 gram, bukan gandaan RM50. Kalau beli 20 gram hari ini, bayar RM3,020 (RM151 x 20g).

Reply

300 Haida August 2, 2015 at 11:19 am

Salam tuan. Saya ada buat pembelian 1g GAP 2 hari lepas lps saya baca2 di website tuan yg pembelian per gram ni patuh syariah. Tp hari ni ada yg inform saya utk patuh syariah, syaratnya beli emas, dpt emas on the spot (delay kalau courier tu kira tak pe). GAP ni dikatanya tak patuh syariah sbb urusan jual beli tu tertangguh, emas fizikal tu disimpan di PG. Boleh tuan bagi pencerahan? Terima kasih.

Reply

301 Mohd Zulkifli Shafie August 2, 2015 at 12:03 pm

Wslm Pn. Haida,

Belian GAP mengikut gandaan 1 gram tu patuh syariah.

Secara mudahnya, beli emas mesti on the spot. Tetapi perbahasan tentang “yadan bi yadin” dalam jual beli emas ni panjang. Kena baca dan fahamkan Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas .

On the spot tu, ulama membenarkan “contructive possession”. Ia tak semestinya “actual possession”. Dekat sini yang ramai orang tak faham dan terus mengatakan kalau emas tak sampai di tangan on the spot, maka tak patuh syariah. Sedangkan kenyataan itu tak betul.

Wallahu a’lam.

Reply

302 Mohd.Hafiz August 2, 2015 at 1:44 pm

Gap ni bermaksud emas yang kita beli tersebut hanya dapat buku akaun atau macam tuan?
Sekiranya kita menpunyai wang utk 1gram emas bar dan mahu mengikuti gap adakah kita dapat emas fizikal tersebut atau ada syarat-syarat lain barula dapat emas fizikal tersebut?

Reply

303 Mohd Zulkifli Shafie August 2, 2015 at 2:19 pm

Boleh keluarkan emas fizikal juga. Tak ada had. Beli emas memang dapat emas. Cuma PG bagi pilihan samada nak simpan dengan PG secara percuma atau keluarkan dan simpan sendiri. Paling baik tinggalkan 1 gram untuk pastikan akaun tu kekal aktif. Kalau keluarkan semua tanpa berbaki 1 gram pun boleh, tapi akaun tu dianggap tutup (macam akaun bank). Bila nak buka balik, PG akan caj activation fee RM50.

Reply

304 Mohd.Hafiz August 2, 2015 at 9:41 pm

Alhamdulillah,saya mulai faham.Jadi ianya memang mematuhi syariah sebab saya kurang faham.Saya pikir ianya cuma dibuku akaun.
Jazakallahu khair En.Zul

Reply

305 ikwan August 3, 2015 at 1:38 am

Assalam.. en zul.. mohon pencerahan.. berapa simpanan minimum gap untuk melayakkan jadi dealer.. tq..

Reply

306 Mohd Zulkifli Shafie August 3, 2015 at 6:54 am

Wslm En. Ikhwan,

Minimum mesti nilainya RM30,000 waktu buat belian.

Tapi Ogos 2015 ni, promosi beli 100 gram melalui kaedah GAP (tak sampai RM15k) automatik jadi dealer. Kena cepat sebab promosi tu untuk 200 pertama jer.

Reply

307 najmiah August 3, 2015 at 12:08 pm

En. Zul,

1.Saya nak tanya…klu kita beli 1gm scr online yg tuan sarankan, scr langsung akaun kita dlm PG dibuka???….kita akan jadi ahli PG scr xlangsung ke??

2.klu kita simpan di PG, adakah dividen kita akan dpt spt simpanan lain??

3. boleh saya tahu harga semasa 1g

Reply

308 Mohd Zulkifli Shafie August 3, 2015 at 12:23 pm

Wslm Pn Najmiah,

1. Betul. Public Gold tak ada sistem ahli. Semua harga ikut website.

2. Tak ada dividen puan. Beli emas dapat emas je. Untung rugi ikut pergerakan sebenar harga emas.

3. Hari ni RM147 untuk GAP. Boleh cek harga di web.

Reply

309 najmiah August 3, 2015 at 2:52 pm

Terima kasih tuan atas maklumat yg berguna…..

In Syaa Allah saya akan gunakan manfaat ini dengan sebaik mungkin…tambahan, saya sedang menghitung hari utk tempoh 1 1/2 thn lagi utk semua hutang yg sedia ada yang akan habis tidak lama lagi….

Selepas itu saya akan merancang dengan sebaik-baiknya (mudah² an)setiap sen yang saya dapat selepas bebas dr hutang In Syaa Allah….

Doakan saya terus beristiqomah dlm merancang kehidupan utk masa depan selepas ini…. Terima kasih Tuan…

Reply

310 Mohd Zulkifli Shafie August 4, 2015 at 8:37 am

Alhamdulillah. Saya doakan Allah memberkati usaha puan, insyaAllah.

Reply

311 fyza August 5, 2015 at 3:22 pm

En. Zul,
saya nak tau, GAP ni saya boleh tebus emas 1gm ni bila2 masa ker atau kena ambil selepas buat bayaran..sebabnyer tempat PG saya nak ambil tu jauh …dan boleh ker disimpan lama2 ke dalam PG tanpa sebarang bayaran? mohon pencerahan

Reply

312 Mohd Zulkifli Shafie August 6, 2015 at 8:11 am

Wslm Pn. Fyza,

Boleh ambil bila-bila masa lepas pembelian GAP telah dikemaskini dalam GAP Statement. Sebelum datang, call dulu office Public Gold untuk mereka reserve stok item yang Pn. Fyza nak keluarkan tu.

Reply

313 nur August 5, 2015 at 6:10 pm

Assalam. terima kasih atas info yg berguna. saya berminat untuk memulakan simpanan GAP. mohon pencerahan adakah setiap bulan saya perlu membeli emas sebagai simpanan di GAP? ataupun boleh membeli dan simpan pada bila2 masa mengikut kemampuan? (contoh, bulan pertama 1gram, bulan ketiga baru tambah lagi 1 gram)

Reply

314 Mohd Zulkifli Shafie August 6, 2015 at 8:10 am

Wslm Pn. Nur,

Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli dan jual bila-bila masa tanpa had.

Reply

315 Maria August 6, 2015 at 8:15 pm

Asslm en zul..
Nk ty .. skg ni byk item baru PG. Ble trgkn jns item yg boleh dibeli bg setiap kaedah pembelian .
1. Belian tunai
2.Epp
3.Gap
Byk istilah baru sprt lbma, wafer masih x fhm.. harap en zul ble trgkn. Tq.

Reply

316 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2015 at 5:38 am

Wslm Pn. Maria,

Tak perlu faham semua. Puan wassap saya 019-336 8009 berapa bajet & tujuan puan membeli emas, nanti saya akan syorkan kaedah dan item yang sesuai dengan puan.

Reply

317 epul85 August 9, 2015 at 9:22 pm

Salam en.zul. Sy ingin bertanya tentang konsep “beli emas, dpt emas” utk patuh syariah. Tapi kaedah GAP ni kita beli emas, tp x terima pun emas tu (by hand), sebaliknya terus disimpan. Macam mana tu? Betulkan jika saya silap iye.

Reply

318 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2015 at 6:33 am

Wslm En. Epul,

GAP, beli emas dapat emas juga. Emas tu tak sampai ke tangan, bukan bermaksud ianya tak dapat emas. Emas tu sudahpun jadi milik kita dan kita boleh ambil / keluarkan emas tu dari simpanan Public Gold pada bila-bila masa lepas dapat pengesahan belian daripada Public Gold. Cuma emas tu nak kita simpan sendiri, atau simpan dengan Public Gold, itu tak pernah jadi isu syariah.

Reply

319 epul85 August 10, 2015 at 9:36 am

oh ye. terima kasih atas pencerahan. :)

Reply

320 Muhammad August 10, 2015 at 2:37 pm

Assalam en zul
Andaikata saya sudah menympan emas scra GAP ini sebanyak 9g
Saya mahu keluarkan sebanyak 8g, kos pengeluaran dikira cmne
sama ke dengan kos transportation tu

Reply

321 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2015 at 2:47 pm

Wslm.

Betul En. Mohammad. Boleh semak caj tu di http://www.bit.ly/pggoldpremium .

Reply

322 ikwan August 13, 2015 at 11:12 am

Assalamualaikum… en zul.. mcm mna nk kluarkn emas dr akaun gap. .

Reply

323 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2015 at 6:59 am

Wslm En. Ikwan,

Boleh jual melalui web. Login > My GAP > Buy Back .

Reply

324 Saf August 18, 2015 at 11:21 am

Salam,

Bleh tau emas public gold boleh digunakan untuk pajak gadai ar rahnu x? jika boleh, adakah value nye lbih tinggi dari emas biasa?

Reply

325 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 12:08 pm

Wslm En. Saf,

Emas Public Gold diterima oleh kebanyakkan ar-rahnu di Malaysia. Cuma untuk emas Public Gold LMBA (berseal), buat masa ni cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima pajakan tanpa perlu buka seal.

Reply

326 Saf August 18, 2015 at 1:21 pm

boleh saya tau no tel en zulkifli? nak whatsapp lebih lagi pasal ni… saya ada sorang lagi kawan jugak mahu try berjinak2 dalam invest gold ni

Reply

327 Mohd Zulkifli Shafie August 18, 2015 at 2:58 pm

No telefon saya 019-336 8009. Boleh wassap saya.

Reply

328 nurhanani August 26, 2015 at 12:33 pm

saya ingin membuka akaun GAP

Reply

329 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2015 at 12:38 pm

Ok Pn. Nurhanani.

Ikut step dalam artikel ni. Kalau ada persoalan, boleh juga wassap kepada saya 019-336 8009. Nanti saya guide, insyaAllah.

Reply

330 LIZA August 26, 2015 at 1:47 pm

salam tuan,

saya baru je beli 1g GPA hari ni,..and letak en zul,sbg introducer.tq

Reply

331 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2015 at 6:53 pm

Wslm Pn Liza,

Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kalau puan ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya ke 019-336 8009.

Reply

332 firdaus August 26, 2015 at 8:17 pm

Assalamualaikum, sy seorng pelajar U y berusia 21 thn. Sy trdetik utk menyimpan emas n sy trtarik dgn GAP ini, namun sy ad beberapa soalan:

1. pd pendpt tuan, wjar x sy menyertai GAP ini dlm masa trdekat utk jangka masa panjg?
2. jika sy hendak melakukn belian pertama, sy perlu follow guide y diberikan shj? dan bolehkah sy mggunakan nama tuan as introducer?
3. jika sy hendak mengeluarkn duit didlm akaun sy, adakah sy perlu menukar dgn emas fizikal dan kemudian menjual semula emas trsebut mengikut psrn semasa atau ada kaedah lain y digunakan?
4. jika sy telah menyertai GAP, adakah sy perlu menambah simpanan emas sy utk setiap jgka masa trtentu atau sy bebas utk menambah atau mengekalkn jumlah y sedia ada?

Terima kasih.

Reply

333 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 5:43 pm

Wslm En. Firdaus,

1. GAP bagi saya sesuai untuk pelajar universiti sebab boleh simpan percuma dengan Public Gold.

2. Betul. Boleh letak nama saya sebagai introducer.

3. Boleh keluarkan dulu dan jual semula kepada Public Gold, atau boleh terus jual melalui website tanpa keluarkan emas fizikal.

4. Tak ada wajib beli setiap bulan. Boleh beli dan jual pada bila-bila masa.

wassalam.

Reply

334 firdaus August 27, 2015 at 12:52 pm

Asssalamualaikum, sy ingin brtnya,
1. setelah melakukan belian pertama, jika hendak menambh simpanan emas, adakah perlu klik ‘purchase’ pd web statement?
2. bagaimana hendak menjual blk emas trsebut? adakah perlu menukar dlm bentuk fizikal kemudian menjual semula kpd public gold atau ada kaedah trtentu.
terima kasih.

Reply

335 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 5:37 pm

Wslm En. Firdaus,

1. Betul En. Firdaus. Login > My GAP > Purchase > Add New dan seterusnya.

2. Boleh terus jual melalui web tanpa perlu keluarkan fizikal. Login > My GAP > Buy Back > Add New .

Reply

336 shahru azlin bt samsudin September 1, 2015 at 5:52 pm

Salam En Zul,

Saya baru bermula untuk membuat tabungan emas secara kecil-kecilan. saya ada membeli gold bar-1gram dari pihak PowerGold.

Persoalannya, adakah gold bar dari pihak PowerGold laku untuk jualan kembali?
dan sekiranya saya ingin membeli emas dari Public Gold, boleh ke saya menyimpan sendiri emas tersebut?

Reply

337 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2015 at 4:31 am

Wslm Pn. Azlin,

1. Saya rasa Power Gold beli balik emas yang mereka jual.

2. Memang boleh simpan sendiri.

Reply

338 Fiza September 10, 2015 at 3:40 pm

Salam En.Zul,

Saya baru ingin bermula untuk membuat tabungan emas secara kecil-kecilan. saya ingin membeli gold bar dlm program GAP yg ditawarkan oleh PUBLIC GOLD.
Persoalannya, bagaimana cara pembeliannye?saya telah membuat pendaftaran melalui website public gold.

Adakah produk Gold dari Public Gold ini terbukti Ketulenannya.bagaimana saya ingin mengetahui ketulenan gold tersebut??.Mohon pencerahan daripada en.zul.

Reply

339 Mohd Zulkifli Shafie September 10, 2015 at 8:11 pm

Wslm Cik Fiza,

1. Untuk pembelian, Cik Fiza boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide kaedah yang paling sesuai dengan bajet Cik Fiza.

2. Emas Public Gold disertakan sijil ketulenannya sekali. Tak pernah ada isu dari sudut ketulenan hinggakan Ar-Rahnu Pos Malaysia terima pajakan emas Public Gold tanpa perlu buka seal (untuk tujuan test ketulenan).

Reply

340 mieza September 23, 2015 at 2:32 pm

saya telah telah berjaya register. tetapi bila saya sudah log in dan klik di My GAP keluar error “Your PG Code is not valid or not found”.

Reply

341 Mohd Zulkifli Shafie September 24, 2015 at 11:03 am

Salam Pn Mieza,

Untuk belian GAP, ikut step yang saya tunjukkan dalam artikel http://www.bit.ly/beliemasgap . Tak perlu register di web sebab nanti PG akan registerkan.

Reply

342 Fitri October 2, 2015 at 9:21 am

Assalam, en. bolehkah saya transfer daripada bank cimb saya ke acc maybank public utk buat pembelian?

Reply

343 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2015 at 9:34 am

Wslm,

Boleh En. Fitri.

Reply

344 ana October 5, 2015 at 1:54 pm

As salam nk tanya akaun GAP ni hanya utk beli yg 1 gm sahaja ke?

Reply

345 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2015 at 4:29 pm

Wslm,

Dari akaun GAP, boleh keluarkan apa sahaja jenis item, asalkan cukup gram dalam akaun GAP.

Reply

346 faeza October 8, 2015 at 9:35 am

Aslm en zulkifli…..
Saya berminat utk start GAP ni. Bole wsap sy 0173216454 utk detail. Tq

Reply

347 Mohd Zulkifli Shafie October 8, 2015 at 12:27 pm

Wslm. Pn Faeza boleh wassap saya ke 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

348 Fitri October 9, 2015 at 3:17 pm

Assalam cik zul,sy dah buat pembelian gap ini.Tapi bagaimana sy nak log in accaount public gold ini ye? Bagaimana sya nak dapatkan username dan password?

Reply

349 Mohd Zulkifli Shafie October 9, 2015 at 8:02 pm

Wslm En. Fitri,

Lepas buat belian, Public Gold akan emailkan/ sms username. Gunakan 12 digit no. ic sebagai password.

Reply

350 Shah October 15, 2015 at 2:13 pm

Assalamualaikum En.Zul; 😀

1. Kalau saya buat pembelian GAP dan simpan untuk 3g pada harga RM150, dalam akaun GAP saya total RM450, betul?

2. Saya simpan setahun, dan saya nak keluarkan dalam bentuk fizikal, contoh harga masa tu 1g RM180, dan saya nak keluarkan fizikal 2g, soalannya, baki dalam akaun GAP tu akan tinggal 1g RM150 atau tinggal nilainya RM90.

3. Jika tinggal RM90, nilainya tidak cukup untuk 1g emas, macamana yer dengan akaun saya, masih aktif ke?

Mohon penjelasan. terima kasih En.Zul. 😀

Reply

351 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2015 at 6:22 am

Wslm En. Shah.

1. Betul.

2. Keluarkan 2 gram, baki tinggal 1 gram. Harga naik turun dah tak ada kene mengena lagi sebab kita dah beli emas tu. Public Gold tolong simpankan sahaja.

3. Baki tinggal 1 gram.

Reply

352 Shah October 16, 2015 at 9:33 am

Jelas, terima kasih dengan penerangan tu.

Maaf satu lagi, saya faham tentang syariah, cuma kalau ada yang membuat simpanan RM100 per bulan, dia akan jadi kiraan macamana yer? Kiraan tunai atau gram emas. Situasi yang sama macam sebelum ni.

Reply

353 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2015 at 10:05 am

Kalau masa harga per gram RM170, maka dia akan dapat 0.5882 gram dalam akaun GAP dia.

Reply

354 Farhan October 21, 2015 at 1:17 pm

Salam en zul. saya nak tanya. Jika akaun GAP saya mempunyai 85g emas, bolehkah saya tukar kepada 20dinar jika saya nak dlm bentuk fizikal?

Reply

355 Mohd Zulkifli Shafie October 21, 2015 at 3:34 pm

Wslm. Boleh En Farhan.

Reply

356 Azri October 26, 2015 at 8:09 pm

Salam en zul, Saya nk Tanya

Cara menambah gap online mula2 bank in duit kemudian Baru login Dan tekan my gap betul tak?

Tapi kalau Saya Nak beli 600 gram sebagai contoh laa, harga emas tengah murah pada Hari sabtu, transfer online limit sampai rm10,000 sahaja, Nak pergi bank transfer di kaunter Tapi bank tutup, kalau tunggu Hari isnin pasti harga emas dah berubah, jadi mcm mana Saya nk beli menggunakan gap dengan harga emas pada Hari sabtu tu?

Saya harap gap ni boleh lock harga dulu kemudian bayar

Reply

357 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 7:03 am

Wslm En. Azri,

Betul.

GAP tak boleh lock harga. Sekadar ni limit transfer harian bank (Maybank) telahpun dinaikkan kepada RM30k sehari. InsyaAllah cukup kalau nak beli GAP.

Reply

358 Azri October 29, 2015 at 2:14 am

Terima kasih atas penjelasan en.zul

Saya ada Satu soalan lagi, contoh Saya beli 1 gram dlm gap setiap bulan Dan apabila cukup 50 gram Saya jual balik 50 gram tu, nilai spread emas tu ikut 1 gram 8% atau 50 gram 5%?

Reply

359 Mohd Zulkifli Shafie October 29, 2015 at 8:48 am

Sama-sama En. Azri.

Kalau jual terus dari akaun GAP, spread 8%. Tapi kalau keluarkan dulu emas fizikal sekeping gold bar 50 gram dan jual, maka spread mengikut gold bar 50g tu i.e. 6.5%.

Reply

360 Rossa October 26, 2015 at 10:07 pm

Sy mula mencari maklumat pelaburan emas apabila ada kawan introduce pelaburan emas dan peluang perniagaan dgn powergold. Sy was2. Adakah syarikat powergold ini boleh dipercayai. Jk trusted company, apakah kelebihann powergold berbanding PG. Setelah membaca penulisan tuan timbul minat utk melabur emas. Pls guide. Tq

Reply

361 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 7:05 am

Salam Pn. Rossa,

1. Saya tak pasti dipercayaai atau tidak. Tapi setahu saya, jenama emas yang dijual oleh Power Gold masih dalam Alert List BNM. Puan boleh semak di website BNM bahagian Financial Consumer Alert.

2. Untuk semak perbezaan, kena semak 5 kriteria penting. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas . Untuk faham kelebihan Power Gold, lebih baik puan tanya terus ejen mereka.

Reply

362 amil October 30, 2015 at 9:18 am

slm en zul,
apa beza pelabuan emas dgn peaburan saham cth asb? mana lebih baik utk jangka pnjg?

Reply

363 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2015 at 10:13 pm

Wslm En. Amil,

Beza macam gergaji dengan tukul. Apa yang penting, kita kena tahu apa yang kita nak. Nanti baru boleh decide yang mana duit sesuai beli saham, yang mana sesuai beli emas. Duit simpanan jangka panjang lebih sesuai beli emas.

Reply

364 Ahmad Azri November 9, 2015 at 1:39 am

Assalam tuan, saya berminat utk mendalami ilmu pelaburan emas ini,bercadang memulakannya dengan modal sekitar rm 2-3k, soalan saya bagaimana ianya boleh menjana keuntungan, bolehkah tuan mengajar saya

Reply

365 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2015 at 8:31 am

Wslm En. Ahmad Azri,

Dengan bajet tu, boleh mula dengan 1 dinar x 4 keping.

Ada 3 cara jana keuntungan dalam pelaburan emas. En. Ahmad Nazri boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/10/3-strategi-asas-jana-keuntungan-pelaburan-emas.html .

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

366 fadzilah November 22, 2015 at 9:35 pm

as salam.

sy berminat nak invest dgn emas.

public gold ni memang bleh percaya ke?

boleh bagi detailed comparison beli emas dinar dgn GAP.

tq

Reply

367 Mohd Zulkifli Shafie November 23, 2015 at 12:38 pm

Wslm Pn. Fadzilah,

Saya hanya akan recommend syarikat yang boleh dipercayaai sahaja. Public Gold salah satunya. Puan wassap saya 019-336 8009, nanti saya guide kaedah yang lebih sesuai mengikut bajet puan, insyaAllah.

Reply

368 MOHD ZAMRI December 1, 2015 at 1:29 am

Assalamualaikum Ustaz Zul,
Ada tak cawangan PG Pantai Timur khususnya di Pahang…di mana tu ustaz..?

Reply

369 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2015 at 8:27 am

Wslm En. Zamri,

Office Public Gold ada di Kuantan. Boleh semak di website http://www.publicgold.com.my, atau boleh wassap kepada saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara yang sesuai dengan En. Zamri, insyaAllah.

Reply

370 Hanz December 14, 2015 at 1:11 pm

Assalammualaikum tuan Zul. Seronok baca artikel tuan, semuanya menarik dan bermanfaat. Bahasa yang digunakan pun terang dan jelas. Nak tanya soalan berkenaan harga emas, bila saya check di website Public Gold dan juga di kedai2 emas di sekitar kediaman saya di Kedah, saya dapati yang harga kedai emas bagi goldbar ketulenan 999 ditawarkan lebih murah dari PG tawarkan. Misalnya 20gram baru rm2700. Cuma susut nilainya lebih tinggi dari PG. Sedangkan emas tu adalah sama ketulenan dan beratnya. Adakah saya patut beli di kedai emas atau di PG sahaja? Apa pendapat tuan Zul berkenaan hal ni? Terima kasih.

Reply

371 Mohd Zulkifli Shafie December 14, 2015 at 2:43 pm

Wslm En. Hanz,

Alhamdulillah.

Harga tu salah satu kriteria penting. Selalunya kedai emas kalau sebuat harga, itu belum termasuk “kos upah” lagi. Kalau En. Hanz nak beli emas untuk tujuan pelaburan, ada 5 kriteria penting yang mesti disemak sebelum membeli. Boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

372 akram December 16, 2015 at 4:53 pm

salam en zul..saya nk tanya jika saya buka acc GAP dan membuat belian 1g setiap bulan..selepas bulan ke 10 saya nk keluarkan emas fizikal, adakah PG ada menyediakan perkhidmatan delivery? Ini kerana PG terletak di penang dan saya menetap di KL. Atau saya mmg kena perg ambil sendiri di penang?

Reply

373 Mohd Zulkifli Shafie December 16, 2015 at 8:42 pm

Wslm En. Akram,

Public Gold tak sediakan servis delivery. Kalau di KL, emas tu boleh ambil di cawangan Public Gold di Ampang atau di Sunway.

Reply

374 akram December 17, 2015 at 3:00 pm

Terima kasih atas penjelasan..tp kalau beli emas fizikal dari public gold memlalui online, public gold ada buat delivery dgn cas2 tertentu kan?

Reply

375 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2015 at 7:32 pm

Sama-sama En. Akram.

Public Gold tak buat delivery. Emas tu kena ambil di office Public Gold terdekat.

En. Akram boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara pembelian yang sesuai dengan En. Akram, insyaAllah.

Reply

376 Syahira December 30, 2015 at 2:10 pm

Salam tuan,
Nak tanya soalan pasal pembelian gap,sebelum ni sy beli gap memang akan ada statement yg di emel untuk transaksi pembelian tu, tapi start bulan nov aritu,sy belum terima apa-apa emel dari PG utk pembelian gap saya,
Kenapa ye?

Terimakasih

Reply

377 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2016 at 6:34 am

Wslm puan,

Saya difahamkan sistem email Public Gold ada masalah dalam sebulan dua ni. Yang penting lepas pembelian, Public Gold update dalam GAP Web Statement. Itu dah memadai. Bila nak buat pengeluaran nanti, kita cuma perlu tunjukkan ic sahaja.

Reply

378 Najihah January 2, 2016 at 1:56 pm

Assalamualaikum

Adakah dengan kejatuhan ringgit dan peningkatan harga gold sekarang boleh menyebabkan kerugian bagi yang baru ingin mencuba simpanan gold ini?

Reply

379 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2016 at 11:07 am

Wslm Pn. Najidah,

Risiko rugi tetap ada walaupun berapa rendah harga emas, tapi dari sudut nilai jangka panjang, bagi saya emas tak ada risiko.

Wallahu a’lam.

Reply

380 Wan January 4, 2016 at 10:26 pm

Assalamualaikum. Mohon pencerahan pihak tuan. Saya sebenar dah register normal dealer dan membuat akaun gap. Adakah sy layak mendapat komisen 1%, apa yang saya dapat kalau ada yang mau register gap mnggunakan sy sebagai introducer? Adakah bonus untuk lock harga sahaja dapt komisen dan tidak kepada akaun gap sy. Sekian terima kasih.

Reply

381 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2016 at 7:12 am

Wslm En. Wan,

Semua belian (kedua dan seterusnya) akan dapat komisyen, samada GAP atau bukan GAP. Saya syorkan En Wan refer introducer dan belajar dari belajar cara memanfaatkan posisi dealer untuk menjana pendapatan. Atau boleh hadir seminar khas untuk melatih dealer yang saya anjurkan. Boleh semak di link http://www.bit.ly/seminarrahsiadealer .

Reply

382 Mohd nizam January 6, 2016 at 7:46 am

Assalam…
Saya dah.ade.no ahli (PG64611) cme baru tau ade GAP nih. Rase cam xberbaloi plak bln2 bli 2g, kdg2 beli 1/2 dinar lepas baca artikel tuan. Rase baik kumpul utk 10g ke atas then keluarkan. Terima kasih sebab artikel ni byk memberi penerangan. Cme utk GAP saya konfius sket bila tgk website. Sebab artikel tuan betkenaan dgn y baru nk bli gold. Cmbe dgn y dah ade akaun?lagi satu tgk kat website tu mcm ade ruangan attach gambar resit. Boleh x tuan terangkan dgn website utk akaun GAP y baru ni.

Reply

383 Mohd Zulkifli Shafie January 6, 2016 at 10:13 am

Wslm En. Nizam.

1. Beli 2 gram tu ok, tapi beli melalui kaedah GAP. Harganya lebih murah berbanding beli secara cash n carry.

2. Kalau dah ada akaun, boleh login web. Ikut step sebagaimana artikel http://www.mohdzulkifli.com/2015/04/cara-tambah-belian-gap-public-gold.html .

Reply

384 Suka January 25, 2016 at 4:52 pm

Salam tuan, sy nk mntak pndpt tuan utk dana pendidikan ank2..mner yg lebih bagus,simpanan emas atau insuran takaful.
Kedua,jika sy ingin mmbuka akaun bersama GAP untuk ketiga tiga ank sy,mcm mnekh crnyer

Reply

385 Mohd Zulkifli Shafie January 26, 2016 at 10:53 am

Wslm,

1. Saya prefer simpan emas. Insuran tujuannya perlindungan, bukan simpanan.

2. Untuk buka akaun bersama, ikut step yang saya tunjukkan ini, tapi bagi nama anak bersama ibu/bapa, dan pastikan email setiap akaun tu berbeza supaya dapat login web untuk semak GAP Web Statement nanti.

Reply

386 Abu Ayman February 12, 2016 at 2:51 am

Salam En.Zul, sy ada bbrapa soalan berkenaan GAP. Sy ada membeli emas sbnyak 100g sekaligus melalui GAP. Adakah boleh sy menjualnya kembali 100g emas itu kpd PG tanpa mengambil dahulu secara fizikal. Sekiranya boleh:

1. Bagaimana caranya?
2. Berapakah spread yg akan dikenakan?
3. Adakah PG buy semasa yg akan digunakan utk lock harga?
4. Adakah transaksi ini patuh syariah?

Terima kasih.

Reply

387 Mohd Zulkifli Shafie February 12, 2016 at 5:56 am

Wslm En. Abu Ayman.

1. Login web > My GAP > Buy Back
2. Spread 8%
3. Betul, harga PG Buy GAP semasa. Ikut step. no. 1.
4. Ya, patuh syariah.

Reply

388 fazi February 12, 2016 at 11:16 pm

salam en. zul,
saya berminat nak start gap. saya da login dulu before buat bayaran untuk beli emas gap so saya tak boleh nak access. kalau saya bank in untuk 1g emas boleh ke saya guna id sama? saya nak tulis nama en zul untuk introducer boleh?

Reply

389 Mohd Zulkifli Shafie February 12, 2016 at 11:32 pm

Wslm Pn. Fazi,

1. Kalau nak beli GAP, terus ikut step yang saya tunjukkan dalam artikel ni. Tak perlu login website.

2. Boleh letak nama saya sebagai introducer. Lepas belian nanti, wassap juga maklumat puan kepada saya 019-336 8009 untuk rekod.

Reply

390 Azhar zain February 14, 2016 at 10:31 pm

Assalam en. Zul,
Sy sgt berminat dgn gap ni tp masih ragu2. Soalan sy:

1. Apa bukti yg PG ada menyimpan emas fizikal utk setiap pelanggan yg menyimpan melalui akaun GAP? Klu tak ada bukti, adakah ia patuh syariah?

2. Ada kemungkinan utk risiko berlaku terlalu ramai pelanggan membeli melalui akaun gap kemudian pihak PG tidak dapat menyediakan emas fizikal utk menanggung jumlah yg dibeli pelanggan sehingga berkemungkinan PG bankrupt dan palanggan tidak dapat tebus emas fizikal.

Terima kasih.

Reply

391 Mohd Zulkifli Shafie February 14, 2016 at 10:38 pm

Wslm En. Azhar,

1. Buktinya emas tu kita boleh keluarkan dan simpan sendiri pada bila-bila masa. Boleh keluarkan dan simpan sendiri kalau nak lebih yakin.

2. Setakat yang saya kenal pengasas Public Gold, Public Gold tak akan buat benda-benda mengarut begitu. Lepas 8 tahun beroperasi, banyak syarikat emas yang wujud tenggelam timbul disebabkan buat perkara-perkara yang tak betul. Tetapi Public Gold belum ada 1 pun kes yang dilaporkan melibatkan perkara yang tak betul dan tak amanah dalam jual beli.

Apa yang boleh saya katakan, wawasan Public Gold sangat jauh. Tak berbaloi untuk buat benda-benda mengarut begitu. Sebab itu saya boleh katakan, Public Gold syarikat jual beli emas paling dipercayaai di Malaysia (dan Asia Tenggara) buat masa ini.

Wallahu a’lam.

Reply

392 Azhar zain February 15, 2016 at 8:00 am

Terima kasih en zul….adakah ini bermaksud program GAP ini patuh syriah?

Reply

393 Mohd Zulkifli Shafie February 15, 2016 at 10:34 am

GAP patuh syariah. Syaratnya mesti beli mengikut gandaan harga 1 gram.

Reply

394 farah February 16, 2016 at 10:57 am

Salam tuan.

Adakah ini bermakna GAP tak sama macam emas maya?

Jadi GAP ialah emas fizikal cuma ianya disimpan oleh PG?

Kalau cthnye utk pertama kali sy nak beli emas 1 gram yang bertemakan hari jadi under GAP, saya beli mcm steps yang tuan cerita di atas, then saya boleh call cawangan PB utk design yg sy nak, kemudian pergi cawangan bayar premium baru keluarkan. betul x?

Reply

395 Mohd Zulkifli Shafie February 16, 2016 at 11:34 am

Wslm Pn. Farah,

Tak sama. GAP ni emas fizikal juga. Emas maya tu memang tak dapat emas.

Betul. Beli emas dan simpan dengan Public Gold.

Betul tu puan.

Reply

396 farah February 26, 2016 at 2:00 pm

salam tuan.

1) Berapa spread untuk 1g goldbar GAP? sebab kat website PG tak sebut pulak harga WE BUY untuk 1g goldbar, cuma ada WE BUY for 10g. Atau saya boleh kira macam kat bawah ni (?):

WE BUY (10g) / 10G = WE BUY (1g)

2) Kalau sy nak keluarkan emas dari akaun GAP yang contohnya dah 10g, instead of pilih 1g goldbar x 10 keping, saya boleh pilih 1 dinar x 2 keping dan masih berbaki 1.5g untuk GAP kekal aktif kan?

Kemudian next pembelian cuma bayar lebih daripada 1g untuk genapkan baki. betul tak?

Reply

397 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2016 at 12:26 am

Wslm Pn. Farah,

1. Spread 8%. Nak senang kira, refer harga GAP harian, tolak 8%.

2. Betul puan.

Reply

398 Rizal sham March 16, 2016 at 12:01 am

As salam En Zul , boleh beri contoh mudah macamana simpanan emas ni boleh memberi keuntungan ? Saya berminat nak buat simpanan GAP dalam jangka masa panjang . Untuk skim persaraan . Minta panduan .Terima kaseh .

Reply

399 Mohd Zulkifli Shafie March 16, 2016 at 4:56 am
400 sue March 22, 2016 at 12:24 pm

Assalamualaikum,
Macam mana nak tutup akaun GAP?

Reply

401 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2016 at 5:27 pm

Wslm Pn. Sue,

Keluarkan semua emas dalam akaun GAP. Bagi tahu kepada office PG.

Reply

402 muhammad June 9, 2016 at 10:24 am

saya merujuk kepada soalan farah:
2) Kalau sy nak keluarkan emas dari akaun GAP yang contohnya dah 10g, instead of pilih 1g goldbar x 10 keping, saya boleh pilih 1 dinar x 2 keping dan masih berbaki 1.5g untuk GAP kekal aktif kan?

1.bagaimana nak tukarkan 1 dinar x 2 keping tu tetapi biarkan PG yang simpan?
2.Dinar tu tidak di bawah GAP, begitu?
3.bagaimana menjual secara online

Reply

403 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2016 at 4:58 pm

2) Betul.

1. GAP tu beli GRAM, bukan beli ITEM. Item tu hanya kita decide masa nak keluarkan emas tu.
2. 1 dinar = 4.25 gram.
3. Login web > My GAP > Sell Back

Reply

404 muhammad June 9, 2016 at 10:25 am

saya merujuk kepada soalan farah:
2) Kalau sy nak keluarkan emas dari akaun GAP yang contohnya dah 10g, instead of pilih 1g goldbar x 10 keping, saya boleh pilih 1 dinar x 2 keping dan masih berbaki 1.5g untuk GAP kekal aktif kan?

1.bagaimana nak tukarkan 1 dinar x 2 keping tu tetapi biarkan PG yang simpan?
2.Dinar tu tidak di bawah GAP, begitu?
3.bagaimana menjual secara online

terima kasih

Reply

405 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2016 at 4:58 pm

2) Betul.

1. GAP tu beli GRAM, bukan beli ITEM. Item tu hanya kita decide masa nak keluarkan emas tu.
2. 1 dinar = 4.25 gram.
3. Login web > My GAP > Sell Back

Sama-sama.

Reply

406 Nurfarahana June 16, 2016 at 4:17 pm

Salam tuan. Saya nak bertanya, saya telah mendaftar untuk program GAP, tapi waktu pendaftaran saya tidak menyatakan introducer (waktu tu baca melalui PG sahaja dan tidak kenal mana2 dealer PG). Macam mana kalau saya nak update tuan sebagai introducer, boleh bantu?

Reply

407 Mohd Zulkifli Shafie June 16, 2016 at 9:58 pm

Wslm Pn. Nurfarahana,

Boleh letak introducer hanya bila puan nak upgrade sebagai dealer. Bila nak upgrade, puan contact saya 019-336 8009. Nanti saya akan guide, insyaAllah.

Reply

408 firdaus ismail July 17, 2016 at 9:46 am

salam tuan,

saya sudah join GAP,tapi saya masih meragui tentang GAP. kalau beli mesti beli mengikut gandaan harga 1 gram, itu saya faham, tetapi saya bagi contoh real case yang saya hadapi, pernah saya beli GAP 1gram, masa request dkt website untuk sampai ker comform status tu kadang2 mengambil masa sampai 1 hari, sudah jadi delay,dan lagi satu,patut PG kena beritahu dekat mana emas GAP itu disimpan, contoh nya saya pilih Branch Sungai Petani. so emas saya hanya ada di situ. Tapi tuan cakap boleh ambil dimana2 cawangan, means emas tu maybe tiada. Adakah itu patuh syariah?

Reply

409 Mohd Zulkifli Shafie July 19, 2016 at 5:15 pm

Wslm En. Firdaus.

Bila kita beli GAP, kita bukan beli ITEM, tetapi kita beli GRAM. Emas itu disimpan secara PUKAL di Public Safe Penang. Item tu kita belum decide lagi. Masa nak buat pengeluaran baru kita decide. Kita boleh keluarkan emas tu dari mana-mana branch. Bila kita keluarkan, maka portion yang akan dikeluarkan daripada simpanan pukal tersebut.

Kaedah ini patuh syariah.

Kalau ikut parameter majlis fatwa kebangsaan, 3 hari masih di terima, tetapi proses PG hanya ambil masa 2 hari bekerja. Hari cuti memang tak dikira sebab kelewatan itu bukan yang disengajakan.

Wallahu a’lam.

Reply

410 mahadi August 14, 2016 at 2:40 pm

Klu kite keluarkan emas lbma 1 gram, lepastu kite nk jual smula kt PG, adakah diterima? Berapakah spread PG Buy utk emas fizikal 1 gram? sbb kt web PG hanya ade harga PG Sell shj utk 1 gram..

Reply

411 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2016 at 10:27 pm

Confirm terima.

Spread 8%.

Reply

412 Ain August 31, 2016 at 5:40 pm

Assalamualaikum tuan, sy berminat ngan GAP ni. Nak beli sikit2. Camner yer? Wassap sy 0163378182

Reply

413 Mohd Zulkifli Shafie August 31, 2016 at 8:30 pm

Wslm Pn. Ain,

Ikut je step yang saya tunjukkan dalam artikel ni . Atau terus wassap saya 019-336 8009.

Reply

414 Ina September 11, 2016 at 6:26 am

Salam, sy nak minta pendapat, skrg hrga emas dh mencecah rm187, dh terlalu tinggi, mungkin ke dia akan naik atau turun semula sebab sepanjang yg sy tgk, hrga emas ni turun naik. Sy baru je beli 1 gram dan buka akaun gap beberapa hari lepas. Tq ..

Reply

415 Mohd Zulkifli Shafie September 11, 2016 at 7:03 am

Wslm Pn. Ina,

Harga masa depan saya sendiri tak pasti. Kalau beli untuk simpanan jangka pajang, beli jer tanpa perlu tengok harga sangat sebab kita beli emas fizikal. Harga memang akan ada turun naik dalam jangka pendek. Lepas beli, harga emas turun lebih rendah daripada harga kita beli, itu saya jamin.

Sejak saya beli emas tahun 2010, belum pernah lagi saya jumpa orang beli emas lepas tu harga naik dan tak turun-turun dah lepas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

416 Jamilah Ismail September 26, 2016 at 10:29 pm

Aslm. Dlm gap ada purchase , buy back dan transfer. Macam mana kegunaan transfer tu.

Reply

417 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2016 at 3:30 pm

Wslm Pn. Jamilah,

Transfer tu fungsinya untuk pindahkan ke akaun orang lain. Cuma buat masa sekarang, ia masih belum berfungsi, kecuali untuk transfer kepada PG sebagai bayaran apa-apa program anjuran PG.

Reply

418 Mohamed Razi October 2, 2016 at 8:10 pm

En Zul..menarik apa yg en ceritakan ttg perniagaan emas ni..bagaimana dgn perkembangan semasa perniagaan..saya agak berminat.tk

Reply

419 Mohd Zulkifli Shafie October 5, 2016 at 6:57 am

Salam En. Razi,

Alhamdulillah, Public Gold sekarang baru buka cawangan terbaru di Jakarta, Indonesia. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

420 Asy October 7, 2016 at 10:09 am

Assalamualaikum.

Urusan jual beli Public gold hanya gunakan Maybank sahaja ke?

Reply

421 Mohd Zulkifli Shafie October 10, 2016 at 7:16 am

Wslm,

Apa-apa bank pun tak apa. Asalkan duit tu masuk ke akaun Public Gold (Maybank dan Public Bank).

Reply

422 Nurul Izatiez Binti Kadiri October 23, 2016 at 12:35 pm

Assalamualaikum En Zulkifli, sy agak berminat utk join pelaburan emas ni. Klu agak letak nama En Zulkifli sbg introducer x pa ke? Jadi sy ikut step mcm dalam gambar je la kan? Terima kasih

Reply

423 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2016 at 8:19 am

Wslm. Tak apa Pn. Nurul. Ikut jer step dalam artikel ni.

Reply

424 noorli November 18, 2016 at 1:42 pm

Assalamualaikum,
Saya dah registrar dan berminat nak beli sikit guna GAP. Bila saya click MY GAP, keluar ‘Your PG Code is not valid or not found. Please contact our service centre”. maksudnya apa? saya perlu masukkan dulu wang ke akaun maybank public gold?

Reply

425 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2016 at 6:55 am

Wslm Pn Noorli,

Untuk GAP belian pertama, tak perlu register. Ikut je terus step yang saya tunjukkan dalam artikel di link http://www.bit.ly/beliemasgap .

Reply

426 EJA November 30, 2016 at 2:40 pm

Assalamualaikum..
Berminat selepas baca info pelaburan emas dari page encik ni. Saya ingat nak letak nama encik sebagai introducer. Boleh kan?

Reply

427 Mohd Zulkifli Shafie December 1, 2016 at 6:42 pm

Wslm.

Boleh Pn Eja.

Silakan.

Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Reply

428 afitah December 18, 2016 at 8:39 pm

Salam tuan.
Saya nak tanya
1. Bilakah masa yang paling sesuai untuk beli emas?
2. Bar gold atau dinar, yang lebih menguntungkan untuk pelaburan?

Reply

429 Mohd Zulkifli Shafie December 19, 2016 at 7:18 am

Wslm Pn. Afitah,

1. Masa paling sesuai untuk penyimpan emas ialah bila ada duit untuk simpanan jangka panjang. At least untuk 2 – 3 tahun.

2. Dinar dan gold bar sama sahaja dari sudut potensi pelaburan.

Reply

430 sarah January 9, 2017 at 1:14 pm

Asslmkm en zul..no tlpn gap yg tertera kat atas tu masih valid x ..no yg patut diinform slps pbelian..sy cnfirm je

Reply

431 Mohd Zulkifli Shafie January 10, 2017 at 4:03 pm

Wslm Pn. Sarah,

Masih valid.

Reply

432 Hafiz January 15, 2017 at 3:02 am

Assalamualaikum….nak tanya,sebagai contoh,dulu kita acc gap,tapi dah lama kita tak buka dan lupa terus password dan nama,bolehkah kita buka akaun yang baru

Reply

433 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:43 am

Wslm En. Hafiz,

Boleh activate account lama. Contact office Public Gold, bagi no ic, minta mereka cek PG Code dan resetkan password.

Reply

434 shafa April 7, 2017 at 1:59 am

Umur brpa bole join? kalau 20 bole ke en zul

Reply

435 Mohd Zulkifli Shafie April 7, 2017 at 10:54 am

Akaun Emas GAP sesiapa pun boleh. Baby pun boleh, asalkan ada Mykid.

Reply

436 haikal July 2, 2017 at 12:00 am

Assalamualaikum , en zul

Kenapa untuk item 1g, 1/2 dinar , 5g ada dua harga?
Kenapa beli dengan GAP lebih murah, tapi dengan retail mahal.

Reply

437 Mohd Zulkifli Shafie July 3, 2017 at 10:32 am

Wslm En. Haikal,

Beli je mengikut GAP. GAP tu bukan beli item, tapi beli GRAM. Item tu kita decide masa nak keluarkan emas tu.

Harga “suggested retail price” tu bagi saya nak beli item 1g, 1/2 dan 5g terus tanpa melalui GAP.

Reply

438 'Ismat Hazim July 3, 2017 at 7:44 am

Assalamu’alaikum wbt En Zulkifli.

Saya teruja dengan Public Gold yang menyediakan perkhidmatan GAP ni. Terima kasih kpd tuan kerana berkongsi. Saya ada satu persoalan:

Kalau kita dah keluarkan emas drpd akaun GAP dlm bentuk emas fizikal, boleh ke kita masukkan semula ke dalam akaun GAP tu. Contoh kita dah keluarkan gold bar 10g, jadi dalam akaun GAP kita akan ditolak 10g kan. Kemudian lepas 2 bulan kita nk masukkan semula emas fizikal tu dlm akaun GAP. Adakah diterima, dan brp caj yg dikenakan? Atau Public Gold akan beli dulu emas tu ikut harga spread dan jual balik ikut harga harian GAP?

Mohon penjelasan drpd tuan. Terima kasih.

Reply

439 Mohd Zulkifli Shafie July 3, 2017 at 10:34 am

Wslm En. ‘Ismat.

Alhamdulillah.

Kalau dah keluarkan, tak boleh masukkan balik. Yang boleh cuma jual je dan beli balik.

Reply

440 'Ismat Hazim July 4, 2017 at 12:07 am

Oh, begitu. Baik, terima kasih tuan atas penjelasan.

Reply

441 Mohd Zulkifli Shafie July 4, 2017 at 6:56 am

Sama-sama En. Ismat.

Reply

442 Grey July 5, 2017 at 3:48 am

Katakan selepas beberapa bulan mengumpul, saya keluarkan emas fizikal 10g dari akaun gap. Kemudian, saya nak beli dan kumpul emas semula dalam akaun gap, (cth: 1g setiap bulan), adakah saya akan dikenakan caj simpanan? Tq.

Reply

443 Mohd Zulkifli Shafie July 6, 2017 at 8:13 am

Kalau tak tinggal baki walaupun 1 gram, akaun tu jadi tak aktif. Bila beli semula melalui Akaun Emas GAP, Public Gold akan caj activation fee RM50.

Reply

444 rizuwan July 13, 2017 at 9:42 am

Salam Tuan,

Apakah jaminan akaun GAP ini tuan, katakanlah jika satu masa nanti PG terpaksa menutup operasi perniagaan, Adakah PG juga dilindungi oleh PIDM, mohon pencerahan dari tuan.

terima kasih

Reply

445 Mohd Zulkifli Shafie July 18, 2017 at 8:33 am

Wslm En. Rizuwan,

Apa sahaja akaun emas (hatta di bank sekalipun) tak ada PIDM.

Cuma untuk GAP lebih selamat sebab ia disimpan oleh Trustee company di Singapore. Iaitu pihak 3rd party, bukan oleh Public Gold. Anything happen kepada Public Gold, emas kita ada dengan trustee company tu.

Reply

446 Mohd Shaiful August 2, 2017 at 2:06 pm

Salam Tuan,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada setiap ilmu yang Tuan kongsikan selama ini. Di sini saya ingin bertanya kepada Tuan bagaimana caranya untuk saya kembali mengaktifkan akaun GAP saya?,saya difahamkan caj rm50 akan dikenakan untuk mengaktifkan semula akaun GAP ini.

Terima kasih

Reply

447 Mohd Zulkifli Shafie August 3, 2017 at 6:02 am

Wslm En. Shaiful,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel di sini bermanfaat.

Untuk aktifkan semula akaun GAP yang tiada baki walaupun 1 gram, cuma bayar RM50 je untuk activation fee. En. Shaiful boleh contact branch Public Gold terdekat untuk activation.

Reply

448 ji September 5, 2017 at 7:14 am

harini harga emas pg 1 gram 250. sungguh menyesal tak beli masa 2014 :(

Reply

449 Mohd Zulkifli Shafie September 6, 2017 at 11:37 am

Beli melalui Akaun Emas GAP. Hari ni tak sampai pun RM210 (termasuk caj premium di Semenanjung).

Reply

450 asrul September 15, 2017 at 9:27 am

salam tuan zul,

Nak bt pertanyaan psl akaun GP ni.

contohnya saya sudah kumpulkan sejumlah 10g emas dlm GAP dan saya telah kluarkan/tukarkan kpd 10g emas fizikal. Tetapi beberapa bulan kemudian sy membuat keputusan utk tidak memegang emas fizikal ini dan ingin meletak/menukar kembali 10g fizikal emas ini ke dlm 10g GAP akaun. Jadi boleh ke saya tukar kembali kpd 10g GAP? Bgaimana caranya dan apa kosnya?

Terima kasih

Reply

451 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2017 at 8:38 am

Wslm En. Asrul,

Kalau dah keluarkan emas fizikal, tak boleh masukkan balik ke dalam Akaun GAP. Cuma boleh jual je. Kalau jual kemudian masukkan balik ke akaun GAP, akan rugi spread sekitar 9%. Jadi saya tak advise macam tu.

Reply

452 Diana September 15, 2017 at 5:33 pm

Salam tuan, semalam saya berjaya buat GAP dan pembelian gram atas talian. Saya ikut cara yang tuan ajar. Alhamdulillah menjadi. Terima kasih

Reply

453 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2017 at 8:36 am

Wslm Pn. Diana,

Alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Kalau ada apa-apa persoalan, puan boleh wassap saya bila-bila masa di 019-336 8009. InsyaAllah.

Reply

454 Khai September 21, 2017 at 3:10 am

Salam Tuan

Saya dah berjaya buat pembelian melalui GAP tapi saya rasa saya tersilap. Sebabnya saya baca minimum boleh beli bermula RM 100 dan RM 100 itu utk 0.5g lebih kurang. Tak cukup 1g=tak patuh syariah dah lah kan?

Dan juga bila beli tak cukup 1g, jadi akaun GAP kira tak aktif lah ye sebab bila saya buka My GAP keluar “Your PG Code is not valid or not found. Please contact our service centre”.

Adakah boleh saya beli lagi 0.5g utk cukupkan 1g dan seterusnya akaun akan jadi aktif semula?

Reply

455 Mohd Zulkifli Shafie September 21, 2017 at 6:17 am

Wslm En. Khai,

Valid dan sudahpun disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold.

Untuk pembeli GAP kali pertama, En. Khai ikut step yang saya tunjukkan dalam posting di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Reply

456 Johari September 25, 2017 at 11:00 am

Salam tuan.. saya akan join insyaAllah.. nak tanya bolehke jadi dealer melalui gap? trime kasih.. :)

Reply

457 Mohd Zulkifli Shafie September 25, 2017 at 6:00 pm

Wslm.

Boleh En. Johari.

Reply

458 Shuhairi October 24, 2017 at 3:48 pm

Assalam Tuan,

Terima kasih atas perkongsian maklumat yang sangat berguna berkenaan pelaburan emas Public Gold.
Saya baru selesai buat bayaran online utk 1g GAP dan ikut semua step yang tuan sediakan.

Reply

459 Mohd Zulkifli Shafie October 24, 2017 at 4:08 pm

Wslm EN. Suhairi,

Alhamdulillah.

Tahniah sebab bermula.

Reply

Leave a Comment

{ 20 trackbacks }

Previous post:

Next post: