MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold

September 1, 2014

[Kemaskini 1 Jun 2021] Ramai yang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri.

Kalau masuk Akaun Emas di bank, banyak yang tak patuh syariah

Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas.

Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM100 sahaja sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk dan kaedah pembelian yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP).

Akaun Emas GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah di mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula. Ini cara membeli emas yang paling mudah, paling murah, dan paling penting, ianya patuh syariah!

Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

Walaupun namanya “Akaun Emas” tapi hakikatnya ia adalah emas fizikal. Beli emas, dan dapat pegang emas fizikal. Bukan sekadar tengok nombor dalam akaun macam kebanyakkan akaun emas di bank.

Kita boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri pada bila-bila masa. Paling minimum item gold bar 1 gram.

Apa yang paling best, kita boleh beli dengan bajet minimum RM100 setiap kali belian. Jadi kita boleh jadikan emas ni sebagai salah satu bentuk simpanan setiap bulan. Setiap kali dapat gaji, potong minimum RM100 untuk disimpan ke dalam Akaun Emas GAP.

Pengalaman saya dan majoriti penyimpan emas di bawah bimbingan saya, simpanan di Akaun Emas GAP ini jauh lebih berkesan berbanding simpan duit dalam akaun bank. Kalau dah simpan duit bertahun-tahun tapi duit simpanan asyik bocor je, tukarlah pulak cara menyimpan. Simpan dalam bentuk emas pulak.

Nanti sekejap je duit simpanan tu jadi banyak! InsyaAllah.

Kelebihan Akaun Emas GAP

Berdasarkan pemerhatian saya sehingga tahun 2021, boleh dikatakan lebih 80% pembeli emas Public Gold lebih suka beli emas melalui Akaun Emas GAP berbanding beli terus emas fizikal beli melalui kaedah konvensional (diistilahkan sebagai “Outright Purchase”).

Inilah kaedah beli dan simpan emas PALING MUDAH, dan PALING MURAH di Malaysia buat masa ini. Dan paling penting ianya PATUH SYARIAH.

Ini saya senaraikan beberapa kelebihan Akaun Emas GAP:

1️⃣ Boleh mula beli & simpan emas fizikal secara online dengan bajet minimum RM100. Kalau nak top-up, minimum RM100. Maksudnya boleh top-up RM100, RM101, RM102 dan seterusnya.
2️⃣ Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.
3️⃣ Emas tu boleh simpan dengan Public Gold secara PERCUMA. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan. Tiada yuran simpanan dikenakan.
4️⃣ Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
5️⃣ Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.
6️⃣ Boleh minta Public Gold poskan emas terus ke rumah melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit) atau keluarkan dari mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia pada bila-bila masa.
7️⃣ Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil gold bar 1 gram, paling besar emas 1 kilo. Item dinar pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.

Apa Yang Perlu Tahu Tentang GAP

Apa yang perlu tahu tentang Akaun Emas GAP:

  • Emas yang kita beli itu ialah emas berketulenan 999.9 (24 karat).
  • Item emas fizikal paling kecil yang boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP ialah gold bar 1 gram. Paling besar gold bar 1 kilogram.
  • Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma sebaiknya tinggalkan baki 1 gram pada setiap masa akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua emas dalam akaun tanpa sebarang baki, ia ditanggap tutup akaun. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” (atas setiap keping emas) sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
  • Untuk minta Public Gold poskan emas (melalui servis GIT), caj penghantaran dikenakan sebanyak RM10 (Semenanjung Malaysia) atau RM20 (Sabah & Sarawak). Setiap bungkusan pos dihadkan 21.25 gram (5 dinar). Ianya dilindungi insuran.
  • Untuk ibubapa, boleh buka Akaun Junior untuk anak berumur bawah 18 tahun. Satu anak satu akaun. Syaratnya cuma mesti ada MyKid, dan kena daftar akaun bersama ibu atau bapa atau penjaga. Pilih salah satu sahaja. Kalau daftar bersama ibu, maksudnya hanya ibu sahaja yang boleh buat segala urusan jual beli.
  • Kaedah belian ini disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

gold bar 1 gram public gold lbmaGold bar LBMA 1 gram Public Gold edisi standard.

Syarat dan terma Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold, ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ini sangat bermanfaat bagi sesiapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi bimbang nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di luar negara atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet minimum RM100 sebulan. Ia boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM100 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Melalui Akaun Emas GAP (Cara Mudah & Cepat)

Kalau dah ready nak buka Akaun Emas GAP, ikut langkah di bawah ni:

#1 – Daftar Akaun Public Gold

Sila KLIK untuk daftar percuma dan buat belian Akaun Emas GAP secara online dan ikuti tip penting ini:

  • Ketika mendaftar, pastikan tick checkbox yang tertulis “Generate PG Code”. Dan pastikan buat belian dalam waktu 24 jam setelah membuat pendaftaran. Jika tidak, akaun anda akan dibekukan.
  • Bagi yang pernah membeli emas dengan Public Gold sebelum ini, tak perlu buat pendaftaran baru. Gunakan saja “PG Code” sedia ada.

#2 – Buat Belian Pertama

  1. Setelah daftar tunggu 10 – 15 minit dahulu, kemudian terus login website Public Gold, dan klik butang merah yang tertulis “GAP Buy Now“.
  2. Sekiranya ada notification untuk “update profile”, sila abaikan dahulu. Anda boleh terus membuat belian dan bayaran. Kerja update profile tersebut boleh dibuat kemudian.
  3. Kemudian klik butang hijau yang tertulis “Go To New Site” > Klik “Buy GAP Now” pada butang merah disebelah gambar emas 1000 gram.
  4. Mode of Payment, sila klik “Pay Online (FPX)” sekiranya anda menggunakan perbankan online. Ini cara paling mudah dan cepat membuat bayaran dan pembelian emas anda lebih cepat disahkan oleh Public Gold. Pilih mode of payment “Bank In” hanya jika anda tidak mempunyai kemudahan perbankan online sahaja. Saya tidak galakkan kaedah ini kerana proses pengesahan pembelian akan mengambil masa agak dalam 3 – 4 hari.
  5. Selesai.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu belian anda dikreditkan ke GAP Statement anda paling lewat dalam masa 4 hari bekerja.

Kalau buat bayaran menggunakan “Pay Online (FPX)“, hanya beberapa jam sahaja.

Untuk semak GAP Statement:

  1. Login website
  2. Klik My GAP
  3. Klik Go To New Site
Contoh apa yang dipaparkan dalam Akaun Emas GAP. Baki terkini dalam akaun 65.6744 gram.

Cara Keluarkan Emas Fizikal

Emas itu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, ada 2 cara:

#1 – Servis Penghantaran Emas Ke Rumah

Dalam bahagian My GAP, klik butang “GIT Withdrawal” untuk minta PG poskan emas ke ke rumah.

#2 – Ambil di Branch PG Terdekat

Cara kedua, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan BOOK APPOINTMENT dulu untuk mereka simpankan stok / item yang anda nak keluarkan itu.

1 dinar (4.25 gram) Public Gold versi 2020 ini boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP.

Saiz sebenar 1 dinar emas Public Gold versi 2020. Ketulenan 999.9, berat 4.25 gram setiap keping.

1/2 dinar (2.125 gram), ketulenan 999.9. Boleh juga dikeluarkan dari Akaun Emas GAP.

Gold bar Bunga Mas 100 gram, 50 gram, 20 gram, dan 10 gram. Ketulenan 999.9. Boleh dikeluarkan melalui Akaun Emas GAP.

Saiz sebenar gold bar Bunga Mas 100 gram, ketulenan 999.9. Boleh dikeluarkan dari Akaun Emas GAP. Lagi besar saiz emas, lagi kuat auranya. Lagi cepat simpanan anda akan bertambah, insyaAllah.

gold bar 999 24k lmba public goldAntara item gold bar LBMA yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti. Item yang boleh dipilih gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram. Emas LBMA ini agak susah mendapat stok semenjak wabak Covid-19 melanda dunia kerana ia ditempat dari Turki.

dinar emas 24k 999 public goldBoleh juga keluarkan dalam bentuk dinar LBMA; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram. Emas LBMA ini agak susah mendapat stok semenjak wabak Covid-19 melanda dunia kerana ia ditempat dari Turki.

design gold bar 1 gram public goldBoleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

emas public gold premium ogos 2017Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

emas gold bar public gold 1 gram 5 gram lbmaBerdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 5 keping, maka cajnya RM10 x 5 keping = RM50. Kalau keluarkan gold bar 5 gram sekeping, maka cajnya cuma RM10 x 1 keping = RM10. Lagi besar saiz item yang dipilih, caj premium lebih murah.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 019-336 8009 atau klik www.wasap.my/60193368009 . InsyaAllah saya boleh guide.

Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP:

Wassalam.

Zulkifli
Cyberjaya
Kemaskini 1 Jun 2021 (artikel asal 1 September 2014)

[Artikel ini dikemaskini pada 1 June 2021. Sebahagian Blog Comment di bawah ini mungkin tidak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

About the author 

  • […] Sekarang, Public Gold keluarkan produk terbaru yang diberi nama Gold Accumulation Program (GAP) untuk memudahkan kita menyimpan emas walaupun dengan modal sekecil RM150. Skim belian GAP ni mirip Akaun Emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH). Kita boleh beli emas sekecil 1 gram, dan boleh tambah simpanan dari masa ke semasa dengan gandaan 1 gram. Yang paling best, emas tu kita boleh simpan dengan Public Gold secara percuma! Untuk faham lebih lanjut tentang skim pembelian secara GAP, boleh baca artikel saya “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“. […]

  • salam tuan,
    perkongsian yang menarik.. nak tanya sikit.. untuk emas gap nie.. biasa kalau kita hendak jual balik pada public gold.. boleh ke..? berapa nilai spread nya..? ada kah follow gold bar spread..?

    Terima Kasih

      • Assalamualaikum Tuan. Terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih sebab selalu bekongsi ilmu & info yang baru.

        Berdasarkan artikel tuan ni, saya ada 2 persoalan.

        1. ‘Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) sahaja’.

        Adakah ini bermaksud GAP tidak mempunyai sijil patuh syariah ? Saya tahu Public Gold secara keseluruhan mempunyai sijil patuh syariah tetapi adakah GAP termasuk sekali ?

        2. ‘Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.’

        Kalau terus walk-in, memang tidak boleh ambil terus ? Adakah setiap cawangan Public Gold menyimpan emas atau hanya meyimpan bila kita call untuk ambil ?

        Mohon maaf jika pertanyaan saya ini seperti cuba menghukum, saya cuma keliru dan ingin tahu sahaja. Terim kasih.

        • Wslm En. Abdul Rashid,

          1. GAP Public Gold dah lama patuh syariah, sebab tu saya boleh recommend sejak 2014 lagi. Saya tak akan sesekali recommend apa sahaja yang tak patuh syariah (haram) dalam mana2 penulisan dan talk saya. Cuma official announcement tentang shariah certification untuk GAP akan dibuat dalam masa terdekat. Dijangka pada 11 November 2017. Tunggu je.

          2. Boleh pergi terus kalau ambil apa-apa item emas yang ready stok. Kalau nak stok yang tak ada lagi di branch tersebut, boleh collect di branch lain (kalau tak nak menunggu). Kalau tak nak ambil di branch lain, tunggu je stok yang dihantar dari HQ.

          Emas GAP tu boleh dikeluarkan di mana2 18 branch seluruh Malaysia pada bila2 masa. Cuma nature of transaction emas, mana2 peniaga emas pun tak akan simpan emas berlonggok2 di kedai atas isu keselamatan dan kos penyimpanan. Emas Public Gold disimpan di Public Safe di Penang. Branch hanyalah distribution centre sahaja.

          Stok memang sentiasa ada, tapi ikut apa yang ada je kalau tak nak call dulu untuk reservation dulu. Sama macam kedai emas. Stok ikut apa yang ada je. Kalau nak stok yang tak ada, kena tunggu shipping dari HQ. Nak mudah, baik call & reserve stok dulu sebelum datang.

  • […] Itulah 6 tips penting cara simpan emas dengan selamat. Kalau sahabat belum nampak tips ni sebagai penyelesai, mungkin boleh pertimbangkan beli emas Public Gold dan simpan terus dengan Public Gold secara percuma! Dapatkan maklumat lanjut tentang pembelian kaedah Gold Accumulation Program (GAP). […]

  • Assalamu’alaikum, pa pndpt e.zul if sy bli emas utk 5-15 thun yg utk long term saving, kfh ke or emas fzikal? Sy dlm pertimbangan uyk beli emas smonan jgka msa pnjg…tq

      • saya prefer emas GSR atau GCP kerana pemilik nya beragama Islam dab berbangsa Melayu. Public Gold milik Cina. Lebih afdal jika kita menggalang agama sendiri daripada menggalang kaum lain.

        • Itu terpulang. Tak pernah ada larangan dalam agama untuk bermuamalat. Hatta Rasulullah sendiri berumalat dengan Yahudi walaupun sahabat Baginda sendiri ada yang berniaga. Saya tak kisah berusniaga dengan siapa pun. Siapa yang lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walaupun bukan muslim.

          Dalam pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold platform jual beli emas paling telus dan trusted di Malaysia. Dari sudut operasi, saya boleh katakan Public Gold lebih “muslim” berbanding ramai peniaga muslim yang guna sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri.

          • Betul tu Tuan. Buat apa kita dahulukan bangsa kalau deal kita lebih terjamin dengan orang yang jujur dan amanah. Tak semestinya bangsa lain, agama lain kita tak boleh percaya.

            Lagi2 Public Gold tu memang ownernya cina tapi staffnya ramai yang melayu.

  • salam.. kalo resit atm cmtu lama2 akan pudar, so nti cmne nk amik emas kalo resit xklear..? tnjuk ic je bole x untuk verify yg tu kite punye..?

  • Salam En. Zul,

    1. Kalau kita withdraw 1 gram emas fizikal dari GAP, berapa transportation cost yang dikenakan?

    2. Untuk emas 1 gram, adakah kita akan dapat 1 gram flexibar atau 1 gram PG LBMA bar?

    Thanks 🙂

  • En zul..sy nk tanya bkaitan pelaburan emas yg tgh hot skrang..yg kt kn dahulukan sejumlah wang n dlm ms 5 hari kt dpt smula pulangan modal..n kt dpt lagi cam dividen la utk tempoh 5 bln..ap pndpt encik zul ttg pelaburan nie..utk makluman en sy br nk bjinak dlm pelaburan emas

  • Wah satu alternatif pada mereka yang berbajet kecil.

    Boleh ke saya buat potongan gaji terus ke akaun public gold tadi untuk membeli emas GAP?

  • Assalamualaikom wbkth En Zul…
    Akaun public gold ni macammana? Ada buku ke atau apa-apa yang menunjukkan transaksi Debit dan Kredit? Atau just simpan sendiri semua slip-slip bayaran dan resit GAP?
    Lagi satu bolehke kalau pengeluaran itu bukan dalam bentuk emas sebaliknya ambil tunai?

    Maaf atas persoalan ini.

  • salam Tuan Zulkifli, adakah cara ni mengikut syariah compliance? especially pembeli boleh keluarkan fizikal di mana- mana caw. ( mungkin sy confused di situ).

    thanks,

    • Wslm En. Zulhilmi,

      Kalau beli mengikut gram, ianya patuh syariah. Kalau simpan duit RM100 dan gandaan RM50, ianya tak patuh syariah. Itu berdasarkan feedback yang saya dapat dari mereka yang mahir dalam muamalat. Keluarkan di cawangan mana-mana tak ada masalah. Sama macam emas KFH.

  • saya nak tanya, dlm link yg en zul beri tu, pembelian minimum dlm gandaan rm100 atau rm50 sahaja.

    mcm mana nak beli 1gm, jika gandaan rm100 atau rm50 sahaja, sedangkan 1gm sekarang rm140.00/gm.

  • Asalamualaikum ustaz zul.

    sy telah membuat pembelian GAP mengikut syarat dari PG..ini bermakna pembelian saya yang pertama bermula RM 100 dan pembelian kedua dalam gandaan RM 100.Apa yang saya baca pembelian saya sudah tidak mematuhi syariah.

    Bagaimana pembelian saya sekarang ini?

    Bolekah PG menerima pembelian ini mengikut harga gram semasa..(seperti contoh ustaz beri)

    Maaf kepada soalan ini…

    • Wslm En. Rosdi,

      1. Apa yang saya tahu, memang tak patut syariah kaedah macam tu. Sebab tu saya dan beberapa Master Dealer PG minta PG bagi option untuk beli mengikut gram. Dan akhirnya PG setuju. Alhamdulillah.

      2. Belian yang lepas tu tak apa. Istighfar dan cuba tanya branch PG yang En. Rosdi berurusan untuk top-up duit supaya genapkan mengikut gram.

      3. Belian seterusnya, pastikan mengikut harga per gram.

  • Salam En.Zul

    Berdasarkan penerangan dari En.Zul transporation cost RM5 akan dikenakan untuk keluarkan GAP 1gram. Macam mana sekiranya saya telah membeli GAP sebanyak 20gram@lebih dan memohon untuk mengeluarkan emas tersebut berapakan transporation cost yang perlu saya bayar. Mohon pencerahan…

  • Assalamualaikum en zul..
    Saye msh krg jelas tentang patuh atau tidah patuh syariah ketika membeli emas gap ni.. Klu kite nak mule dgn 1gram.. Kite mesti byr ikut harga semase.. Sbg cth 1g-rm141kan.. 5g-rm705.. Kite mesti byr genap2?

  • Salam.. Mana lebih baik beli gold bar secara GAP atau beli dinar secara easy payment (ansuran) kalau ada bajet yg sama sbb x jauh beza kan?

    • Wslm Pn. Haini,

      Dua-dua ada kelebihan. Kalau nak lebih untung (susut nilai lebih rendah), beli 1 dinar secara EPP. Kalau beli GAP, boleh beli ikut bila-bila masa kita ada duit. Tak perlu ikut jadual ansuran macam EPP.

  • Assalamualaikum,
    Saya ni masih kurang arif tentang pelaburan emas tetapi berminat nak join pelaburan ni.tp boleh ke encik explain sikit mcm mana klu kita nk generate income yg consistent dgn pelaburan emas ni?

    • Wslm En. Adri. Emas ni lebih kepada simpanan. Kalau nak generate income, kena jadi dealer dan berniaga emas. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20k dalam satu resit. Mulai esok, kena beli RM300k baru layak jadi dealer.

      • Kena beli RM30k (bukan RM300k) dalam satu resit baru layak kan jadi dealer Tuan Zulkifli… Saya bercadang nak buat personal loan untuk membeli emas dan menjadi dealer. Selepas layak jadi dealer mungkin saya tunggu emas naik dan jual semula emas-2 tersebut dan dengan keuntungan jual semula itu saya bayar semula personal loan tu. Apa pendapat Tuan Zulkifli? Saya serius nak menjadi dealer PG. Dan nak mohon bimbingan Tuan.

  • Salam En. Zul

    Adakah emas 1 gram yang dikeluarkan dari seal nya akan jadi emas secondhand dan PublicGold akan mengenakan susut nilai yang tinggi apabila dijual balik nanti?

  • assalamualaikum.
    Maaf atas pertanyaan. Saya tak cukup faham lagi, kalau saya beli emas. ikut step yg tuan beri, bank in duit / maybank2u transfer, saya perlu bayar ikut nilai harga semasa. dalam tempoh berapa lama saya akan dapat emas. boleh dapat emas terus (delivery) atau saya perlu pergi ambil sendiri di cawangan.

    • Wslm Pn. Nurul.

      Emas tu puan boleh bagi Public Gold simpanan atau boleh ambil sendiri. Tak ada delivery, puan kena datang ambil emas tu di office Public Gold terdekat. Boleh ambil bila-bila masa, tapi sebelum datang, call dulu supaya mereka reserve stock.

  • Salam Tuan Zul,

    Kalau sy nk beli 1gram atau lebih then sy nk simpan sendiri terus, mksd ny xperlu bg PG simpan.

    Blh x tuan?

    terima kasih.

  • Salam En. Zul…sy bru je join GAP,
    1. klu sy nk buat penambahan, kne sms PG NEW or acc. PG yg ade kat penyata?
    2. cth klu sy nk withdraw 20g dr acc. GAP dlm bentuk gold bar/coin boleh x?

  • salam en.zul, nak tanya mengenai skim pelaburan emas yang banyak sekarang ni, kawan2 saya pon ada perkenalkan tapi bila fikir balik macam takut je kne tipu sbb katanya jika beli minumum 1,500k, kemudian masuk pendapatan hingga rm400 setiap minggu. betul ke ni?

  • Assalamualaikum. Antara 22K dinar public gold dan 24K GAP, yang mana satu lebih sesuai untuk pelaburan jangkamasa panjang: untuk persaraan dan pendidikan anak2 pada masa hadapan memandangkan property sekarang ni terlalu mahal for investment?

    • Wslm Pn. Isma,

      Apa item terbaik tu bergantung kepada bajet. GAP sangat sesuai untuk mereka yang bajet kecil dan tak nak simpan sendiri emas tu. Puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap paling baik). Nanti saya syorkan item terbaik sesuai dengan bajet puan. InsyaAllah.

  • salam.. sy brminat nk beli emas melalui skim GAP ni.. jd sy nk tanye klu PG simpan emas yg kite beli ade keuntungan ke yg kte dpt dr simpanan dr PG tu? lg 1 mcm mne nk jana pendapatan dr skim GAP ni?

  • Salam.. Sy ada baca PDF bg GAP tu.
    Cuma yang muskil, dlm PDF tu min simpanan adalah 1g dlm acc. Tapi di awal artikel Tuan tulih tiada simpanan min.
    Boleh jelaskan. TQ

    • Wslm En. Adi,

      Emas tu memang boleh keluarkan semua. Cuma bila keluarkan semua, akaun tu dikira tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold caj RM20. Saya syorkan tinggalkan baki at least 1 gram. Kalau nak keluarkan semua, saya syorkan tak perlu buka GAP. Buat belian biasa jer.

  • Sy berminat utk beli 1 gram emas melalui skim GAP ni. Sy baru ja nak
    Mula beli. Sy tak faham sangat. Boleh Bantu sy? Whatsapp KT no ni
    0134318202.

  • Salamunalaik Tuan…
    boleh tak minta tuan elaborate dan explain lebih lanjut untuk statement Tuan di atas ni “Untung rugi tu bergantung pergerakan sebenar harga emas. Kita dapat untung bila harga naik melepasi susut nilai e.g. 1 gram = 8%”

    Syukran

  • Salam.sy nk tanya kalau kita dah ada beberapa keping gold bar dan tak nak simpan sendiri boleh ke kita masukkan gold bar tu dlm acc GAP tu?

  • En Zul saya ada niat nak beli emas gajibulan ni utk 1dinar bape harga skrg, saya minta pertolongan EnZul tuk pembelian pertama ni- KL

  • Tkasih atas jwp.pada pandangan en berapa g kita ada berbaloi utk kita simpan di syarikat safety ?adakah public gold ada perkhidmatan menyimpan?

  • Salam En. Zul.
    saya selalu baca blog tuan. Saya dah buat kajian hampir 2 3 minggu untuk mencari maklumat tentang emas ini. Bila saya tengok GAP tu, saya berminat. Kalau saya nak buat pembelian pertama, saya letak En. Zul sebagai introducer boleh? boleh En. Zul bantu saya dengan modal yang rendah?
    nombor saya : 010 616 3349
    saya dah save nomber en. Zul.
    terima kasih.

  • Salam en zul.
    Sy ditawarkn dinar public gold n harganya jualannya kurang rm10 dr pg sell.sy bkn pelanggan pg.bgaimna & bolehkah saya nk mnjual emas itu ke pg.

    Terima kasih.

  • Assalam encik zulkifli, saya ad pertanyaan ttg GAP ni, andai kata sy baru membeli emas 1g yg bernilai rm137 pd tarikh 25/9/2014, kalau sy nk jual balik utk dpt kan smula pulangan pd masa akan dtg adakah harga jualan tu tertakluk juga pada harga pasaran yg ditunjukkan dlm website public gold tu? mohon pencerahan. sy agak kurang faham untuk perkara ini. terima kasih.

  • Assalamualaikum wbkth Tuan Zul.. Saya ingin bertanya : 1) sekiranya saya membuat GAP, dalam tempoh setahun saya masih ingin menambah nilai gramnya sehingga satu target yg saya kehendaki.. Adakah emas GAP tersebut dikira semasa pengiraan zakat emas simpanan saya nanti?..

  • Salam…sy berminat dengan skim gap ni…tp sy xde asas lngsung ttg emas…bleh dptkn maklumat lanjut…modal kecik je tp minat beli setiap bln…harap encik dpt bantu…0179671274

  • Minta jelaskan cara lock harga.

    Macam mana procedure kita lock harga sebelum buat bayaran?
    Di website Public Gold harga brubah setiap 20 saat. Mohon penjelasan En.Zul

  • Assalamualaikum Tuan Zulkifli,
    Saya telah pun membuat pembelian gap 1 gram dan telah pun menerima penyata pembelian.
    Soalan saya, untuk pembelian yang seterusnya, adakah dalam penyata pembelian akan menyatakan nilai terkumpul yang telah dibeli?
    Sebabnya, saya ada membuat pembelian untuk kali kedua sebanyak 1 gram, dan penyata pembelian yang saya terima tidak mengatakan nilai terkini yang saya ada (iaitu 2 gram), ia cuma mengatakan nilai yang saya beli yang terkini, iaitu 1 gram.
    Mohon tuan berikan pencerahan tentang ini, sebab saya andaikan untuk pembelian seterusnya, dalam penyata pembelian akan menunjukkan jumlah keseluruhan yang ada.

    • Wslm En Shahreen,

      Saya difahamkan, setiap pembelian, Public Gold akan keluarkan penyata hanya untuk pembelian tersebut.

      Jumlah terkumpul tu Public Gold akan hantar monthly statement.

      In future, kita boleh semak baki terkini melalui sistem. Public Gold tengah develop sistem untum GAP bernilai RM600k sekarang.

  • As salam En Zul,,saya baru sahaja membeli emas 1grm melalui kawan saya..Dia sebagai introducer saya, persoalan saya berapakah komisen yang diterima oleh introducer tersebut bagi setiap pembelian 1grm.. Dan lagi satu saya pon berminat nak jadi introducer kerana ramai kawan saya yang berminat nak beli emas mcm saya..Bagaimanakah caranya? harap en zul dapat membantu saya..no tel saya 013-3207242 boleh whtsaap saya..

    • Wslm En. Azmi,

      Introducer dapat komisyen samaada 1%, 1.5% atau 2% mengikut tahap dealership masing-masing. Untuk jadi introducer, En. Azmi kena jadi dealer. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30,000 dalam satu resit. En. Azmi boleh contact introducer En. Azmi untuk jadi dealer. Saya percaya, beliau boleh bantu, insyaAllah.

  • Salam tn…sy berminat dengan skim gap ni…tp sy xde asas lngsung ttg emas… bleh dptkn maklumat lanjut…modal kecik je tp minat beli setiap bln…harap encik dpt bantu…013-4928788

  • Salam En. Zul,

    Boleh terangkan perbezaan keuntungan untuk belian GAP dan Dinar PG..mana yg lebih untung utk dijual kembali ? brapa kah nilai susut bagi kedua-dua nya?

    • Wslm Puan,

      1. Dari sudut keuntungan tu bergantung susut nilai emas tu. GAP tu sebenarnya kaedah belian, bukan item emas tu sendiri. Bila beli emas melalui GAP, kita diberi pilihan untuk keluarkan emas dalam bentuk gold bar 999.9. Buat masa ni, Public Gold ada item dan susut nilai;

      1 gram (8%)
      10 gram (8%)
      20 gram (6%)
      50 gram (5.5%)
      100 gram (5%)
      250 gram (4.5%)
      500 gram (4.5%)

      2. Antara gold bar dengan dinar, bagi saya dinar lebih untung sebab susut nilai lebih rendah. Katakanlah bajet puan RM3,000, puan boleh beli samada gold bar 20 gram (6%) x 1 keping, atau coin 5 dinar (5.5%) x 1 keping.

      Wallahu a’lam.

  • Salam Encik Zul, saya budak baru belajar tentang pelaburan emas. Modal saya kecil dan macam mana untuk saya mulakan pelaburan emas? apa yang perlu saya lakukan.?

  • Sekiranya sy membeli GAP 1 gm sebanyak sepuluh kali. Maka total pembelian sy adalah 10g. Sekiranya saya nak keluarkan, boleh x sekiranya sy ingin keluarkan dlm bentuk 1x10g bar instead of 10x 1 gm? Mohon pencerahan.

  • Assalamualaikum En Zul,
    saya ada beberapa soalan..
    1. Sy berumur 21tahun, boleh ke menyertai program GAP ini?
    2.Ada tak seminar atau sebagainya mengenai program ini? rasa kurang yakin untuk mulakan dgn ilmu yg kosong mngenai emas.
    3.Bajet minimum sy dlm rm200 sebulan..apakah cara terbaik utk sy mulakan?
    Tq

    • Wslm En Zulhilmi,

      1. GAP boleh join walaupun umur 21 tahun.

      2. PG memang anjurkan seminar hampir setiap minggu di setiap cawangan. Boleh cek jadual seminar di web Public Gold, bahagian Event > Seminar .

      3. Kalau bajet tu, boleh mulakan dengan 1 gram. Untuk pembelian emas melalui GAP ni, ikut jer step yang saya tunjukkan dalam artikel ni.

      Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call).

  • Assalamualaikum wbkth Tn Zul..

    Sekiranya saya seorg Dealer PG dan membuat GAP, boleh kah saya keluarkan emas saya dlm nilai 1 gram (beberapa keping) dan jual kepada pelanggan2 saya yg xberkemampuan beli dlm nilai yg besar?

  • Salam En. Zul..

    Jika saya ingin membeli emas utk program GAP ini buat kali pertama, adakah saya perlu mendaftar atau membuka akaun dulu? atau terus membuat bayaran dah kira buka akaun?

    • Wslm En. Amzar,

      Untuk pembelian melalui GAP, ikut jer panduan yang saya sediakan dalam artikel ni. Bank in duit dulu mengikut harga di website, lepas tu baru send maklumat. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya.

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Baru2 ni saya ada beli 25 pcs gold bar pamp suisse lady fortuna 1g pada harga RM165/gram. Total bayaran adalah RM4125. Saya beli gold bar 1g kerana bagi saya lebih mudah untuk jual semula memandangkan saya boleh buat bidding secara online dan harganya mampu beli bagi kebanyakan orang. Saya nak tanya, apakah langkah terbaik bagi seorang yg baru nak berjinak2 dgn pelaburan emas ni? Melalui pemerhatian saya, harga gold bar 1g bagi PG, KFH dan PAMP adalah berbeza. Kenapa ye? Adakah disebabkan branding atau purity? Rasanya gred 999 jugak, tapi berbeza harga. Mohon penjelasan.

    • Wslm Pn. Nazirah,

      1. Memang harga gold bar 1 gram boleh buat profit dengan bidding secara online. Itu ikut kebijaksanaan puan untuk menjual.

      2. Harga setiap gold bar memang bebeza walaupun berat dan ketulenan semuanya sama. Mereka berbeza sebab kos pengeluaran berbeza dan kadar penetapan untung juga berbeza.

  • Assalamualaikum En. Zul,

    Terima kasih atas perkongsian ilmu tuan. Sangat membantu bagi kami yang ingin menceburi pelaburan emas.

    Saya ingin bertanya mengenai GAP. Jika kita dah beli 1 gram pada belian pertama, adakah saya perlu beli pada setiap bulan dan apa yang akan berlaku jika saya tidak aktif dalam GAP?

    Terima kasih

  • Assalam En Zul,

    Maaf saya bertanya, apa perbezaan antara GAP dgn LBMA. Kenapa harga LBMA RM160 sedangkan GAP RM140 sedangkan kedua-duanya 1g.

    • Wslm Pn. Marina,

      Sebenarnya Public Gold tak jual gold bar 1 gram. Sebab tu tak dipublish harga gold bar 1 gram di website. Yang Public Gold publish cuma GAP. Pasal asalnya, gold bar 1 gram LBMA hanya untuk pembelian GAP sahaja. Tapi disebabkan banyak permintaan untuk beli terus (tanpa GAP), Public Gold jual juga sebagai item aksesori yang mana harganya dah fixed RM160. Harga Public Gold akan semak kalau berlaku kenaikan harga emas secara ketara.

  • Assalamualaikum ,

    1. Biasanya berapa lama PG ambil masa utk update statement online GAP.
    2. Saya perasan akaun bank GAP lain dr yg biasa untk payment. Macam mana kalau tersilap bank in ke akaun belian biasa?

    Tq

  • Assalamualaikum En.Zul

    Nak tanya kalau kita nak jual balik GAP macam mana caranya lagi pun kat web PG tak dinyatakan harga Jual balik GAP?mohon pencerahan. Terima Kasih

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Adakah sekarang ini selepas 48 jam Public Gold tidak lagi menghantar penyata GAP melalui email setelah pembelian telah dibuat. Memandangkan sekarang sudah ada penyata GAP secara online di laman sesawang Public Gold?
    Saya telah membuat dua pembelian GAP tetapi tidak dapat penyata GAP melalui email.
    Mohon pencerahan.

    shahreen

  • Salam,

    Saya nak tanya En.Zul, kalau saya beli emas pada bulan 3/11/2013 bilakah saya perlu membayar zakat ke atas emas tersebut. Mohon penjelasan dari En.Zul, Terima kasih.

  • Salam Tuan Mohd Zulkifli Shafie,

    Bolehkah saya tahu siapakah yang menentukan polisi syariah produk Gap PG ini? Kalau di KFH, penasihat syariahnya yang tentukan kaedah Bai’ As-Sarf & Qardh untuk akaun simpanan Gold-i. Mohon pencerahan. Terima kasih, Wassalam.

  • Assalamualaikum,

    Boleh x tuan bagi pencerahan sikit pasal pelaburan emas ni, saya memang x tau langsung pasal pelaburan ini. terima kasih

  • Salam Tuan,

    Apa yg saya faham dari artikel ni adalah GAP ni ada menawarkan perkhidmatan untuk simpanan sekiranya ada membeli emas dalam gandaan 1 gram. Bagaimana untuk emas dinar? Adakah terdapat perkhidmatan simpanan untuk emas dinar di PG?

  • Assalamualaikum Tuan,
    Saya sbnrnya sdh lama follow blog tuan utk dptkan pencerahan mengenai pelaburan emas. Ilmu yg dikongsikan oleh tuan sangat membantu. Skrg sy br ada keyakinan utk memulakan simpanan emas. Saya brhajat utk memulakan dengan pembelian secara GAP. Saya memerlukan tuan utk jadi introducer saya. Boleh ke tuan?
    Skrg ni kita dah bole semak penyata GAP secara online kan. Bagaimana dengan username dan pasword. Adakah saya perlu daftar online ke atau bagaimana caranya utk kita akses ke situ? Trm ksh diatas perhatian tuan.
    Ni no cantact saya: 0193135242 Nisha

  • salam en zul. sy budak baru. sy nak tahu, kalau terlibat dengan jual beli emas, mcm mana kita nk tahu bila patut jual atau hold?

  • Salam, nak tanya lebih sikit. nasih kurang paham tentang permohonan gap. boleh beritahu no supaya saya boleh whatsapp? termasuk country code sekali ye. saya dri brunei.

  • salam tuan, baru selesai buat pembelian pertama GAP 1gram. sy jadikan tuan sbg introducer sy setelah membaca kesemua isi kandungan blog tuan . semoga sy istiqamah membuat pembelian 1gram sebulan. InsyaAllah

  • Assalamualaikum….
    Nk tau. Klu Mcm luar Dr penang, klu nk join kena buat Mcm mana….

    Pastu contoh beli utk 1g, goldbar tu akn dihantar kepada buyer, or Mcm mana?

    And..berapa Harga utk 1g sekarang?

    Blh Tuan whatapps sy, nk minta pencerahan skit ag…
    0195588901
    Leh detailkan x..
    Tq

  • salam,
    sy ingin mohon bantuan dr pihak tuan yg pakar ni.
    sy berminat nk tukar saving ank2 dr RM kepd ems..
    katalh jumlah saving tersebut ckup untuk beli emas fizikal seberat 50g tetapi
    sy nmpk GAP lebih selamat sbb kita boleh simpan di PG..
    tetapi kalau nk jual balik susut nilai pd ems 1g adalh tinggi (8% )…
    1. adakah ini bermakna jika mahu jual ems GAP perlu dilakukan pada jumlah berat yg tinggi agar susut nilai rendah…

    2. adakh lebih baik beli sahaja ems fizikal 50g tersebut dr bt GAP 50 unit..

    sbb sy dlm dilema sm ada nk beli ems fizikal or GAP

    terima kasih…

      • salam,
        sy pn dlm dilema yg sama seperti puan Shuhaida samada beli gold bar 50g or beli scara gap 50g.

        tetapi apa yg saya faham, contoh kita telah beli 50g scara Gap, kita juga boleh ambil emas tu dalam bentuk gold bar 50g means nilai spread nya pn sama iaitu 5.5%. so sy rasa beli scara gap lebih bagus.

        cuma yg bezanya contoh hrga gold semasa 4 jan 2014 (gap) rm142\g. 142*50g=rm7100. kalau beli terus emas fizikal gold bar 50g Rm7013.

        so kesimpulannya beli melalui GAp mahal Rm87 utk 50g gold bar tetapi dpt simpanan percuma.

        betul ke apa yg saya faham ni cik Zulkifli?

    • salam,
      sy pn dlm dilema yg sama seperti puan Shuhaida samada beli gold bar 50g or beli scara gap 50g.
      tetapi apa yg saya faham, contoh kita telah beli 50g scara Gap, kita juga boleh ambil emas tu dalam bentuk gold bar 50g means nilai spread nya pn SAMA iaitu 5.5%. so sy rasa beli scara gap lebih bagus.
      cuma yg bezanya contoh hrga gold semasa 4 jan 2014 (gap) rm142\g. 142*50g=rm7100. kalau beli terus emas fizikal gold bar 50g Rm7013.
      so kesimpulannya beli melalui GAp mahal Rm87 utk 50g gold bar tetapi dpt simpanan percuma.
      betul ke apa yg saya faham ni cik Zulkifli?

  • Assalamualaikum En Zul,

    Saya berminat untuk membuat simpanan emas secara konsisten menerusi GAP. Namun saya bimbang jika saya telah membuat pembelian yang banyak tanpa menukarkannya kepada emas fizikal dan sesuatu terjadi kepada syarikat ini, adakah terdapat insurans yang dapat menjamin simpanan saya ?

    Terima kasih.

      • Salam en.
        Mohon pencerahan insurans tersebut. Dan mohon lampirkan sebarang dokumen b&w yg menyatakan gap dilindungi insurans berikutan ianya tidak dimaklumkan di laman web rasmi pg
        Sekian.ws

        • Wslm Puan,

          Emas GAP di simpan dalam Public Safe Deposit Box. Safe Box itu dilindungi insuran, bukan insuran untuk setiap pembeli. Bila dapat GAP Statement, itu jaminan hak emas kita yang disimpan oleh Public Gold.

          Saya syorkan, puan beli dan simpan sendiri dulu. Bila puan dah kenal dan confiden dengan Public Gold, baru simpan dengan Public Gold. GAP hanyalah OPTIONAL, bukan wajib. Itu hanya untuk memudahkan sesiapa yang tak nak simpan emas tu sendiri.

          • TK atas makluman.
            Utk mkluman tuan, faktor utm sy brminat dgn gap adlh krn bajet yg kecil dan mrancang utk mngeluarkan dinar apbl tlh ckp gm dlm tempoh ms pnjg (membuat sy khuatir akan fizikal emas yg msh berada dlm smpnn gap skiranya sesuatu trjd kpd sykt ini).

              • Nak terus keluarkan 1 dinar juga akan mengambil masa yg lama skiranya bajet stiap bln sy utk gap hny brjmlh rm200.
                Utk itu saya prlukan kpastian samada emas gap dijamin hak milik pembeli skiranya syarikat mengalami masalah d kendian hari.

                • Kalau macam tu jangan beli lagi. Simpan duit dulu. Dah cukup baru beli.

                  Public Gold dah jual lebih 4 tan emas sejak 2008. 100% pembeli dapat emas mereka masing-masing. Track record itu bagi saya sudah cukup meyakinkan. Yang di maksudkan “masalah di kemudian hari” itu pun kita tak tahu sejuah mana masalah itu. Hatta duit dalam bank pun tak boleh dikeluarkan kalau ada masalah sebagai mana berlaku di Greece hari tu.

  • […] Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item. […]

  • Assalam..

    saya nak tanya contoh saya menyimpan cara GAP lepas tu saya nak keluarkan 1 dinar bila dah cukup gram boleh ke??

    contoh: setiap bulan 1g, lepas 5 bulan dah 5 g..dan saya nak keluarkan 1 dinar emas (4.25g) boleh ke camtu??maksud baki saya akan ada 0.75g la kan..

  • Assalam tuan..

    Saya berminat dgn pelaburang emas public gold tapi cuma satu yang saya tak faham. Misalnya, hari ni saya check harga emas GAP 1g adalah RM151.00. so kalau saya nak beli emas 1 g kena bayar RM151.00 atau bayar harga genap seperti RM150, RM200? Maaf atas soalan yg kurang bernas. Mohon pencerahan terima kasih

  • salam,
    tuan, saya cuma nak bertanya. Saya ingin membuat pembelian emas gold bar dari seorang penjual ni, tetapi penjual hanya ingin membuat serahan secara maya.

    soalan saya, adakah saya perlu membuat akaun GAP utk mbeli dari beliau?
    Jika tidak perlu akaun, adakah saya boleh mengeluarkan kesemua belian saya tu?

    • Wslm En. Zulhilmi

      1. Apa maksud serahan secara maya?

      2. Kalau GAP, Public Gold bagi GAP Statement, boleh cek dalam website. Emas tu benar-benar wujud dan kita boleh ambil bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.

  • Salam tuan,

    Just nak bertanya, pd masa sekarang ni banyak penjual emas secara online yg menjual simpanan emas mereka sendiri terus kepada pembeli termasuklah emas PG. Harga yg ditawarkan lebih rendah dr market price. Apakah kriteria yg perlu dipastikan sebelum membeli emas2 tersebut untuk mengelakkan kerugian apabila kita hendak menjual emas tu semula kepada PG ?

    Adakah tuan tahu mana2 group whatsapp / telegram/ facebook yang membuat jual beli emas PG secara terus kepada public yang boleh dikongsikan bersama?

    wassalam

    • Wslm En Wan,

      1. Kalau bernasib baik, dapat harga lebih murah. Kalau tak bernasib baik, duit kena tipu atau dapat emas yang condition tak elok atau item yang Public Gold blacklist. Beli emas melalui deal facebook banyak penipuan. Saya pernah tulis isu ini dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/01/5-tips-elak-penipuan-jual-beli-emas.html

      2. Saya tak buat jual beli emas yang deal online. Dan saya tak berani recommend. Kekadang beli emas dengan Public Gold sendiri jauh lebih murah terutamanya gold bar 1 gram. Saya perhati, orang yang tak tahu tentang GAP Public Gold akan beli gold bar 1 gram di facebook sedangkan harga PG tawarkan lebih murah.

  • Assalamualaikum En Zul,

    Saya berminat nak beli emas secara GAP dan simpan di PG. Saya nak tanya, sekiranya berlaku kematian macam mana ahli keluarga saya nak keluarkan emas? Akaun GAP boleh letak penama tak? Terima kasih.

    • Wslm Puan,

      Kalau berlaku kematian, prosesnya sama dengan akaun bank. Pentadbir harta pusaka boleh datang tuntut. Kalau datang ke office Public Gold, staff akan bagi Registration Form. Dalam tu dia minta maklumat waris.

    • Salam En. Haziq,

      Proses untuk shariah compliance tak semudah ambil perkerja baru. Banyak urusan perlu diselelaikan, antaranya mencari TEAM ilmuan yang qualified dan certified yang bersedia jadi penasihat, menyemak semua SOP sedia ada, mencadangkan improvement untuk semua SOP, persetujuan imbuhan kepada panel syariah dll. Paling cepat pun boleh selesai dalam tempoh 6 bulan. Itupun kalau tak ada hicup sana sini.

      Kalau Bank Negara syaratkan institusi kewangan Islam untuk adakan penal syariah, BNM pun bagi masa beberapa tahun sampai full-compliance. Inikan pula syarikat Public Gold yang SECARA SUKARELA untuk jadikan ia patuh syariah. Buat masa sekarang, tak ada mana-mana syarikat jual beli emas di Malaysia yang ada majlis penasihat syariah. Yang ada sebelum ni, banyak penal syariah tarik diri sebab mereka hanya “mempergunakan” penasihat syariah untuk lariskan jualan, bukan untuk betul-betul patuh syariah.

      Prinsip Public Gold, kalau buat sesuatu, mesti buat betul-betul. Bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

  • Salam..

    Encik zul..adakah belian dgn system GAP ni patuh syariah?..sebab kita dah bayar..tapi barang bukan dpt hari itu jugakkan..lagi satu kalau kata ianya mcm khf..cara khf lepas kita beli emas tu.dorang akan tunjuk emas tu pada kita kemudian baru tanya kita nak simpan atau bawak balik..jadi bagaimana?

    • Wslm En. Hadi,

      Kaedah belian GAP mengikut gandaan 1 gram confirm patuh syariah. Saya dah merujuk beberapa pakar muamalat Islam tentang proses GAP ni. Kalau belian GAP mengikut RM100 tu, itu memang tak patuh syariah. Tentang serahan on the spot atau kemudian secara fizikalnya, itu bukan isunya sebab “constructive possession” memang diharus oleh syarak. En. Hadi boleh ikuti penjelasan isu ni oleh Ustaz Nazri Chik di link http://youtu.be/csF9P-RVAOY. Rujuk minit ke-49.

      Sebenarnya Public Gold dah anjurkan Seminar Prinsip Syariah Dalam Jual Beli Emas pada 1 Januari 2015 lepas. Masa tu, semua pihak berpeluang menyemak sejauh mana jual beli emas Public Gold patuh syariah dari penal yang memang ahli penasihat syariah Islamic Financial Institution. Kekadang nak jelaskan pasal syariat secara umum begini susah orang nak faham sebab asas muamalat Islam pun ramai yang tak faham.

      Saya syorkan En. Hadi hadir ke Seminar Urusniaga Emas Patuh Syariah yang akan diadakan pada 4 April 2015 di Masjid Shah Alam. Ada 6 ahli muamalat Islam yang berkredibiti akan jadi panel dalam seminar tersebut. Boleh daftar di sini http://www.alamseminar.com/ .

      • Apa yg saya faham dekat website youtube tu, mcm dia kata lepas beli emas, emas kita mmg dah confirm ada dekat sesuatu tempat and emas tu mmg kita punya(mungkin dah set no siri), contohnya Penang. Kalau nak ambil, boleh pergi ambil atau pos. Tapi, emas Public Gold ni, lepas beli 1g GAP, kita boleh ambil di mana2 cawangan PG. Saya rasa, ada beza kat situ.

        Saya agent PG gak, tapi, masih kurang clear lagi mengenai GAP ni. Agak2 tuan, dengan apa yg saya ckp tu, mcm mana yer.

  • Salam en zulkifli…selepas setiap jam 12 mlm harga emas akan bertukar untuk GAP kan. Berapa standard range harga emas yg dikatakan murah dan sesuai utk dibeli?…terima kasih…

  • Assalaamu’alaikum En.Zul.

    Boleh tak saya nak tukar 5 keping gold bar PB 1g kepada 1 keping gold bar 5g PB di cawangan PB?

    Terima kasih.

  • Salam En Zul,

    Sya nak bertanyer…kerana saya memang zore dalam emas ni, baik bar atau perhiasan. Soalan saya ialah:

    1) Kalau saya join GAP adakah saya perlu komited setiap bulan untuk membeli emas, atau permulaan saya membeli 1g dan selepas itu terpulang pada saya untuk membeli atau tidak..

    2) Bolehkah bar yang sy beli dijual semula ke PG, contoh sy beli pd harga RM 141 dan selepas satu bulan harga emas menjadi RM150, adakah sy menerima RM150 apabila dijual pd PG.

    3) Adakah kedai pajak gadai selain bank menerima PG gold bar.

    4) Adakah blh dijual pada pihak ketiga contoh, saya beli 1g RM141 dan saya jual pada mana2 individu pada harga RM151, walau pun individu itu tidak memilik PG acc.

    Sekian terima kasih

    • Wslm En. Man,

      1. Terpulang bila-bila nak beli, atau bila-bila nak jual. Tak ada syarat.

      2. Boleh jual semula kepada Public Gold. Masa jual, refer harga “PG Buy” semasa di website wwww.publicgold.com.my. Kalau gold bar 1 gram, refer harga gold bar 10 gram dan bahagikan dengan 10.

      3. Kebanyakkan ar-rahnu terima emas Public Gold. Kedai pajai gadai konvensional pun terima, tapi ianya haram.

      4. Boleh, tak ada masalah. Itu emas kita, terpulang kepada kita nak jual kepada sesiapa. Asalkan ada orang sanggup membelinya.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tn zul.saya dah lama ade plan nak simpan emas ni.blog tn zul membantu tambah ilmu simpan emas especially program GAP ni nampak lebih mudah dan selamat.boleh ke saya nak jadikan tn zul sebagai introducer.

  • Salam EN Zul,

    Saya nak bertanya sikit mengenai GAP. SY baru nak berjinak dalam jual beli emas nie. Via GAP, boleh ke saya beli amaun yg kecil bila harga murah, dan jual kembali ke PG tanpa amik emas fizikal. Kiranya jual beli online je tanpa emas tu physically.

    Mohon pandangan En Zul

  • Assalamualaikum En Zul,
    terima kasih atas ilmu yang banyak dikongsikan. banyak manfaat dan ilmu dapat diperolehi. di laman web public gold ada promosi berkenaan GAP untuk kakitangan awam dan dpt jadi dealer hanya dgn 5k GAP. adakah ini tawaran baik sbb nk jadi dealer harus beli dlm satu resit 30k?
    Terima kasih

    • Wslm En. Hidayat,

      Betul. Promosi tu untuk kakitangan kerajaan. Tanpa promosi tu, kena beli RM30k dalam satu belian baru layak jadi dealer.

      Kalau En. Hidayat nak berniaga emas, lebih baik jadi dealer. Kalau untuk saving sendiri sahaja, saya rasa tak perlu jadi dealer sebab ada syarat requalification iaitu kena ada jualan RM10k untuk setiap tempoh 6 bulan untuk kekal jadi dealer. Kalau tak cukup jualan, Public Gold akan downgrade jadi customer biasa.

      Lagi pun, kalau tak jadi dealer pun, harga emas Public Gold memang dah cukup rendah berbanding kedai emas, dan spreadnya juga rendah.

    • Wslm En Shah,

      1. Untuk jual, wassap / mesej sahaja kepada no handphone office Public Gold terdekat. Nanti mereka akan proses.

      2. Kalau nak keluarkan emas fizikal, datang ke office Public Gold, tunjuk i/c je. Tapi sebelum datang, call dulu untuk mereka reserve stok.

  • salam..ada bbrp soalan
    1. kalau nk beli utk anak…so register guna nama anak ka mcm mana?
    2.kalau guna sistem GAP ni.. buka akaun guna nama sendiri.. apa pa berlaku pada kita..mcm mana waris nak dptkan balik pelburan?

    • Wslm Pn. Azimah,

      1. Betul, register atas nama anak beserta nama puan sekali (joint account). Masa belian nanti, berikan nama dan no. ic anak beserta nama dan no. ic puan sekali. Pastikan setiap anak gunakan email berbeza supaya dapat login website Public Gold untuk cek GAP statement nanti.

      2. Prosedurnya sama macam duit simpanan dalam bank. Pentadbir harta pusaka boleh tuntut bagi pihak si mati.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam…
    Saya nak sikit pencerahan bagi bukan warga Malaysia, boleh ambil GAP ke?..
    Boleh tak saya kontek whatsapp Encik Mohd Zulkifli Shafie.

    Terima kasih.

  • Assalam En. Zulkifli,

    Semoga dalam keadaan sihat walafiat.

    1. Boleh mohon pencerahan tentang nilai ‘spread’ untuk 1g PG. Dah cuba cek di web, tapi tak ada tulis untuk 1g, hanya 10g keatas.

    2. Antara beli emas PG 1gram tanpa join GAP dan join program GAP, mana lebih encik syorkan pada saya yang baru nak berjinak dalam emas ini.

    Terima kasih.

  • Assalamualaikum Tuan Zul,

    Berkenaan PG 1 gram kalau kita ada 20 keping yangg setiap satunya 1gram, boleh ke kita pajak di ar-rahnu? (cth: ar-rahnu Pos)
    Mohon pencerahan.

    terima kasih

  • Salam tuan.
    Pembelian emas PG GAP tak dikenakan gst?
    Kedua,pernah dengar program emas powergold?
    Mereka juga membuat programme serendah 1gram emas.Tetapi dikenakan gst.Product gold mereka bercetak Amethyst.Adakah terdapat perbezaan spread antara PG dan Amethyst?

  • Salam, tuan, saya baru nak bermula dengan pelaburan emas dan ada membeli dinar emas dan 1g emas daripada dealer public gold.

    1. Adakah lebih menguntungkan dengan menyertai Program GAP Public Gold atau hanya membeli emas 1g melalui dealer sbb saya lihat harga 1g emas 999 melalui program tu jauh lebih rendah daripada harga jika dibeli terus melalui dealer. Setahu saya untuk menjadi dealer public gold dan mempunyai akaun, minimum pembelian emas mestilah RM30k.

    2. Adakah dengan menyertai program GAP ini secara automatik, saya mempunyai akaun Public Gold dan boleh memantau jualbeli emas saya atau bagaimana.

    3. Adakah Public Gold ada dan akan membuat promosi kepada pelajar, kakitangan awam untuk menjadi dealer dalam masa terdekat ini? Mohon penjelasan daripada Tuan, Terima kasih.

    -hadi daripada bangi-

    • Wslm En. Hadi,

      1. Betul, beli melalui GAP jauh lebih untung. Untuk jadi dealer, kena beli RM30,000 dalam satu belian.

      2. Bila buka akaun GAP, akan dapat GAP Statement seperti statement bank. Boleh keep track rekod jual beli sebelum ini.

      3. Saya tak fikir Public Gold akan buat promosi itu dalam masa teredekat. Kalau ada pun, mungkin tahun 2016.

      Wallahu a’lam.

  • Slm.tuan, sy ada xxgm goldbar public gold, dlm smpnn sendiri. Sy risaukn kslmtnny. Mana lbh baik, simpan di safe deposit box @ jual kpd pg & masukkn dlm akaun gap sy ( duit hsil jualan itu) @ tuan ada cdgn lain yg lbh baik? Terima ksh

  • Salam En. Zul, selepas langkah #3 : Simpan GAP Statement dan Slip Bayaran, PG akan pos emas ke rumah atau saya kena datang collect? Bagaimana hendak membeli design birthday misalnya? Saya ada rujuk link facebook yang En. Zul bagi tapi masih keliru la sebab terlalu banyak post yang berupa iklan. Harap En. Zul dapat membantu. Terima kasih.

  • Salam en zul.

    saya nak tanya tentang SAP, lebih kurang sama konsep dengan GAP, min kita boleh keluarkan 1gram emas. untuk SAP ni boleh kah kita keluarkan min 10dirham perak?

  • Assalamuaikum tuan,

    Nak tanya, kalau sudah lebih dari 2 hari selepas sy buat pembayaran dan tiada respon dr pg, apa perlu sy lakukan? Sy letak pg sbgai introducer

  • Assalamualaikum En.Muhammad Zulkifli.
    Nak mohon pencerahan sedikit mengenai SAP.
    Adakah perlu register sebagai NEW atau di letakkan AC no. GAP (sekiranya ada).
    Jo

      • Terimakasih En Muhammad Zulkifli.
        1. Saya baru nak register, boleh saya letak En. Muhd Zulkifli sebagai introducer saya.

        2. Pencerahan mengenai mengeluar kan GAP (atau SAP), sebagai non Malaysian, cukup dengan IC yg di daftarkan (non resident).

        Jo

        • Sama-sama En. Joharie,

          1. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. En. Joharie boleh contact saya bila-bila masa kalau ada apa-apa persoalan tentang emas.

          2. Bawa ic dan passport untuk keluarkan emas / silver tu di office Public Gold.

  • Assalam tuan,

    Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat berguna pada laman ini. Saya telah membuat pembelian pertama emas menggunakan kaedah GAP dan telah menggunakan maklumat tuan sebagai introducer sebentar tadi. Maaf tidak memaklumkan terlebih awal tetapi saya ada cc kan emel berkaitan urusan tersebut. Thanks sekali lagi……

    • Wslm Pn. Sarina,

      Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat.

      Tak apa. Terima kasih atas kepercayaan kepada dealeship saya. Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas, puan boleh juga wassap terus kepada saya di 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

  • Salam Tuan Zulkifle,

    Saya berminat untuk memulakan simpanan emas ini dan setakat ini saya hanya mampu melalui GAP sahaja kerana baru mula bekerja.

    Soalan saya:

    1. Bagaimana cara untuk buka akaun GAP? Boleh melalui online atau perlu pergi ke cawangan PG?

    2. Adakah perlu bayaran lain untuk buka akaun GAP atau setelah pembelian pertama automatik akaun GAP kita akan dibuka?

    3. Berapa nilai susut untuk 1gram emas GAP kalau ingin jual semula kepada PG?

    Terima kasih tuan.

    • Wslm En Syazwan,

      1. Paling mudah buat online jer. Ikut jer step yang saya tunjukkan dalam artikel ini. Kalau nak pergi cawangan pun boleh tapi bagi saya menyusahkan sebab yang akan proses GAP ialah HQ, bukan Cawangan. Prosesnya tetap mengambil masa 2 hari bekerja untuk Public Gold keluarkan GAP Statement.

      2. Automatik akan dibuka.

      3. Spread 8%.

      Sama-sama En. Syazwan. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh terus wassap kepada saya. InsyaAllah saya dapat reply dengan lebih cepat.

      • terima kasih tuan,

        satu lagi soalan, kalau GAP ini kita sudah beli sehingga 10 gram misalnya, boleh ditukarkan kepada gold bar, wafer atau dinar?

        • Sama-sama En. Syazwan.

          Boleh keluarkan samada dinar atau gold bar, asalkan tak lebih dari jumlah gram yang kita beli. Dan paling baik tinggalkan 1 gram dalam akaun GAP supaya akaun kekal aktif. Kalau keluarkan semua, Public Gold anggap akaun tu tak aktif. Bila nak aktifkan semula, kena caj RM50.

  • Assalamualaikum Encik Mohammad Zulkifli
    Sekarang ada online GAP platform baru, dimana peserta boleh update pembayaran purchase info terus online.
    Selepas ni , tidak perlu kah email dan sms untuk penyata bank in?

    Terimakasih

  • …dan satu lagi…sales order tak ada lagi kena issue selepas ni seperti yang sebelum nya?

    Terimakasih atas pencerahan tersebut.
    wassalam.

  • Assalam En.Zulkifli,
    1. Saya baru buka reg website PG ni. Jika saya mahu buat GAP ni, selepas membuat pembayaran online,saya boleh cek status terus melalui website atau tidak?
    2. Jika saya lihat di website, bayaran adalah gandaan RM50. Kalau ikut cara en.Zul pula bole ikut harga contoh saya mahu beli 20G = RM151 x 20g =RM3020. Oleh itu pembayaran yang saya perlu buat adalah RM3020.

    Boleh minta pencerahan?

    • Wslm En. Sabri.

      1. Belum boleh lagi. Staff PG ambil masa 2 hari bekerja untuk update pembelian tu dalam website.

      2. Untuk pastikan belian tu patuh syariah, bayar mengikut gandaan harga 1 gram, bukan gandaan RM50. Kalau beli 20 gram hari ini, bayar RM3,020 (RM151 x 20g).

  • Assalam. En. Mohd zulkifli shafie. Sy brumur 19tahun. Bolehkah sy mula mmbuat simpanan emas dn mcm mna nk create account GAP ?

  • Asssalam,,,brother Zulkifli,,nama saya faris .Minggu lepas saya ada beli GAP RM150 = 1.0067 gram.So,kalau saya nak jual dalam 5 tahun akan datang,untung x?2nd)saya ni beginner n kalau saya dapat ajak kawan2 saya join GAP ni,ape feadah saya dapat?Thanks

  • Assalamualaikum akhi zul, ana nak mohon pencerahan. Kalau kita buat payment pada 9 julai, tapi sampai hari ni tiada call srpd public gold (23hb julai) kita perlu call ke mana ye? Saya tak beli sendiri. Tapi ada dealer hg tlg belikan utk 2nd time. Tapi bila saya tanya, tiada update drpd pihak PG dan dia. Akaun gap pun tiada sebarang penambahan jumlah simpanan.

    Mohon pencerahan. Jazakallah.

  • Assalamualaikum tuan zul . Selamat hari raya .

    Saya nak tanya tuan berkenaan dengan akaun GAP public gold .
    1. Contohnya , saya ada satu akaun atas nama saya sediri dan masih aktif .
    Sekiranya saya nak buka satu lagi akaun bersama untuk anak , boleh tak .
    Atau satu nama hanya boleh ada satu akaun ?
    2. Boleh tak saya buka satu akaun untuk setiap seorang anak saya . kiranya kalau anak saya ada 3 orang , nama saya sahaja ada 4 akaun termasuk akaun saya sendiri .

  • Salam..en saye br nak cuba membuat pembelian emas public gold ni..boleh ke saye buat traksaksi dr cimbclicks ke maybank???

  • Assalamua’laikum En Zul..
    Klau ac GAP ada 3gm dn nk tkar kpd emas fzkal 1/2 dnar..bleh ke..?nk tkar 2 kpg bar 1gm kene byr gold premium rm20 klau 1/2 dnar rm 10 je..tp baki GAP x smpai 1gm..sbb 1/2 dnar 2.125gm..

  • En Zul,

    1 Saya dah mula GAP utk anak², saya menyusul insyaAllah. Soal jawab dlm ni banyk membntu rungkai kekusutan utk beginner mcm saya.

    2 Saya cuma minta kepastian dri tuan, utk jual semula emas dr acc gap, kita rujuk pg buy gold bar 10 gram/10 ye ? spread nya 8% ?

    3 Jika kita jual secara runcit kpd customer di depn mata kita, dan satu hari customer tu nak jual pula ke pg boleh x ? sebb resit asal nma kita cuma dah dijual kpd dia.

  • Salam tuan. Saya ada buat pembelian 1g GAP 2 hari lepas lps saya baca2 di website tuan yg pembelian per gram ni patuh syariah. Tp hari ni ada yg inform saya utk patuh syariah, syaratnya beli emas, dpt emas on the spot (delay kalau courier tu kira tak pe). GAP ni dikatanya tak patuh syariah sbb urusan jual beli tu tertangguh, emas fizikal tu disimpan di PG. Boleh tuan bagi pencerahan? Terima kasih.