Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

by on October 12, 2015

Post image for Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

Saya tertarik dengan tulisan Tuan Syarif Jamil tentang betapa pentingnya LANGKAH PERTAMA untuk berjaya dalam pelaburan emas (serta dalam apa juga bidang sekalipun). Apa pun yang kita nak buat, langkah pertama paling penting;

Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1000 batu itu, langkah paling susah ialah langkah pertama sebab momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakkan orang ‘putus-asa’ ketika mereka masih di tahap “langkah pertama”. Pendek kata, mereka sudah tewas ketika masih belum benar-benar bermula lagi…

Langkah Pertama Pelaburan Emas

Dalam konteks pelaburan emas;

  • Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi belum bermula. Hanya bila sudah bermula sahaja, baru kita faham harga tinggi rendah sebab kita sudah ada BENCHMARK tersendiri.
  • Kita lambat faham tentang ILMU PELABURAN EMAS itu sendiri selagi tak bermula. Mungkin ada guru emas dah terangkan panjang lebar, tapi kita susah hadam penerangan tersebut selagi tak bermula.
  • Selagi tak bermula, kita susah faham segala PROSEDUR berkaitan dalam jual beli emas.

Bermula Dulu Dengan Kecil

Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan blog atau facebook guru-guru emas, kemudian terus bermula dengan bajet kecil.

Mulakan dahulu walaupun dengan coin 1 dinar atau gold bar 1 gram. Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama untuk BELAJAR, dan untuk merasai, bukan untuk jana keuntungan lagi.

Bila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas dihadapan kita untuk terus maju, insyaAllah. Waktu dah mula ‘nampak’ tentang emas, kita perlu ADJUST halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil untuk capai matlamat tersebut.

Langkah Pertama Menuju Kejayaan

start to be great zig ziglarSaya perhati, mereka yang berjaya sangat pantas memulakan langkah pertama. Mereka tak akan ambil masa terlalu lama untuk berfikir dan bermula. Mereka tak akan tunggu segalanya ‘sempurna’ dahulu barulah nak bermula sebab sikap “prefectionist” itu membuang banyak masa. Bila dapat sesuatu idea yang bagus, mereka dapatkan ilmu asas dan terus bermula.

Itu salah prinsip yang saya belajar dari Dato’ Louis Ng, iaitu pengasas Public Gold, syarikat pelaburan emas fizikal no. 1 di Malaysia. Saya boleh katakan Public Gold syarikat yang paling terkehadapan dalam industri Investment Precious Metal (IPM) di Malaysia.

Public Gold syarikat tempatan pertama mengeluarkan gold bar dan silver bar di Malaysia. Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang menjalankan jual beli emas mengikut real-time harga emas dunia. Di waktu banyak company emas masih terkial-kial tentang perlaksanaan GST awal tahun 2015, Public Gold telahpun mendahului syarikat lain dengan mengeluarkan produk bebas GST di Malaysia!

Dan dalam perancangan, banyak lagi perkara baru yang akan dimulakan oleh Public Gold. Pendek kata, Public Gold menjadi leader dalam industri emas pelaburan di Malaysia. Saya perhati, prinsip yang digunakan oleh Dato’ Louis ialah “mulakan dahulu, adjust kemudian”.

Masalah Akan Selesai Dengan Masa

Dalam memulakan langkah, semestinya akan ada masalah dan hiccup sana sini. Sewaktu Dato’ Louis baru mendapat idea untuk mewujudkan akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dari satu konferens di luar negara, Public Gold terus mulakan program GAP SECARA MANUAL! Waktu itu belum lagi ada sistem untuk GAP. Staff Public Gold terpaksa memprosesnya secara manual. Memang banyak masalah dan banyak komplen, tetapi akhirnya Sistem GAP dapat dibangunkan dan sudahpun siap.

dato louis ng pengasas public goldKalau dahulu, penyimpan emas GAP hanya boleh semak baki dalam akaun melalui email yang Public Gold hantar, tetapi sekarang sudah boleh semak GAP Statement di website sahaja.

Dan jangan terkejut, tak lama lagi emas dalam akaun GAP boleh dipindahkan ke akaun GAP orang lain, sepertimana memindahkan duit melalui online transfer sahaja! Di waktu itu, emas sudah boleh menggantikan duit kertas sebagai medium of transaction, insyaAllah. Itulah impian sebenar kerajaan negeri Kelantan sewaktu mula-mula pelancaran Dinar Kelantan tahun 2006 dahulu. Ianya bakal direalisasikan oleh Public Gold, insyaAllah…

Masalah Bukan Masalah

Kesilapan ramai orang untuk berjaya ialah menghadap masalah sebagai masalah. Masa banyak terbuang dengan masalah, padahal banyak masalah yang sebenarnya ia bukan masalah, tetapi ia petanda kita sedang maju ke hadapan.

Semasa baru memulakan akaun emas GAP, banyak juga komplen pembeli; mereka lambat terima GAP Statement daripada Public Gold. Masalah itu hanyalah masalah “teknikal” sahaja, bukan masalah “integriti” (seperti penipuan). Ia disebabkan permintaan GAP terlalu banyak, tetapi staff yang memprosesnya hanya beberapa orang sahaja di HQ. Masalah itu akhirnya selesai bila Public Gold agihkan tugas memproses daripada HQ kepada semua Branch. Dan ia jadi lebih efisyen bila tambahan pembelian boleh dibuat terus melalui website, tanpa perlu hantarkan belian secara manual.

Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

Maksudnya, apa pun masalah, jangan berhenti di situ. Jangan buang masa menghadap masalah hingga membantutkan usaha untuk terus maju. Jalan terus disamping menyelesaikan masalah tersebut. Masalah akan tetap selesai dan yang penting, kita dapat terus maju, insyaAllah…

Apa pun usahakan ke arah kejayaan, jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dahulu, adjust kemudian. Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
11 October 2015
28 Zulhijjah 1436H

{ 9 comments… read them below or add one }

1 nadia abdullah October 12, 2015 at 8:39 am

sy sangat bersetuju dengan pernyataan En Zul..

“perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2015 at 8:21 am

Alhamdulillah… Sebagai peringatan untuk saya juga.

Reply

3 Roslizan Mohd Yusof October 13, 2015 at 5:34 am

Alhamdulillah,

terima kasih tuan atas pencerahan..

sangat2 bermanfaat

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2015 at 8:21 am

Alhamdulillah…

Reply

5 azwan October 13, 2015 at 9:41 am

Saya amat setuju dengan tuan, tak kira dalam bidang apa pun, pengetahuan melalui pembacaan sahaja tidak bernilai apa – apa tanpa merasai sendiri atau melakukan apa yang dipelajari. Langkah pertama tidak semestinya sempurna, tapi itulah tanda kita telah bermula. Kemana hala tujunya, kita masih ada banyak ruang dan peluang untuk perbetulkan. Terima kasih tuan atas perkongsian ini.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2015 at 8:21 am

Alhamdulillah. Peringatan ini untuk saya juga.

Reply

7 Mohd Zahran October 19, 2015 at 8:12 am

Memang betul apa yang tuan zul kongsikan..Dalam kebanyakan perkara yang kita ingin lakukan, memulakan sesuatu yang baru adalah sesuatu yang ‘menakutkan’, ‘tak tahu’ dan ‘tak biasa’ kerana kita sudah terbiasa dan berasa sudah berada dalam zon selesa.

Pemikiran-pemikiran begini harus di ketepikan untuk memulakan ‘langkah pertama’ yang diperlukan untuk memulakan sesuatu yang baru.

Sekadar perkongsian saya 😉

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2015 at 8:22 am

Terima kasih En. Zahran atau perkongsian tersebut.

Reply

9 Joharie November 8, 2015 at 5:08 pm

…”” Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud….”

…memang dengan ungkapan ini…termasuk juga hal2 yang lain..

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: