'Bertuahlah' kalau orang kata mulakan bisnes dengan mudah sebab bisnes memang susah, PERMULAANNYA….
Kami dulu tak tahu bisnes, tersilap langkah, tersalah tindakan, tersakitkan hati orang, terpush orang, tersilap bahasa, tersilap strategi, terhabis duit (rugi), rasa lemah semangat, dan rasa putus asa... Itu memang biasa masa mula-mula buat bisnes dulu. Tapi Tuhan Maha Pemurah. Dia pun kesian tengok kita bersusah payah cari rezeki. Lepas susah, dia bagi senang. Lepas senang, dia bagi susah. Susah dan senang yang silih berganti itulah cara Tuhan mendidik kita...
Semunya Susah, Permulaannya…
Sebenarnya, bukan bisnes jer yang susah. Apa-apa pun susah masa nak BERMULA. Nak drive kereta pun susah masa mula-mula dulu. Tersalah masuk gear, terlanggar pasu, nak tekan brek tapi tertekan minyak, nak masukkan gear pun terfikir-fikir, tersondol kereta orang, tergesel dinding garaj, terlupa tutup lampu sampai kong bateri kereta dan macam-macam lagi… Itulah masa baru-baru nak pandai kereta… Tapi sekarang, sambil drive silap boleh makan-makan, balas sms, ribakan anak, bahkan bancuh susu anak pun boleh!… (",)
Masa baru kawin pun susah… Tak pandai ambik hati isteri, tersakitkan hati isteri, tersakitkan hari mentua… Bila baru dapat anak, huh…. lagi la haru biru… Bawa anak tersadung pintu, terhantuk anak di pintu kereta… terlena tidur sambil suapkan susu botol dimulut anak yang tak sampai seminggu hingga biru muka anak tu tersedak susu… tersilap tak ambil perhatian pemakanan isteri masa mengandung anak pertama sampai terjejas kesihatan anak semasa lahir… huh… macam-macam susahnya berumah tangga… Tapi sekarang, insyaAllah semuanya in control…
Semuanya Bermula Langkah Pertama!
Itulah proses nak bermula… Langkah pertama memang susah… Tapi langkah yang 1000 tu tetap bermula dengan langkah pertama… Bagi sesiapa ‘lepas’ langkah pertama, bersiap sedialah menerima amanah sebuah kejayaan… Bagi yang ‘give-up’, kejayaan hanyalah sebuah ilusi…
Wallahu a’lam.
“Relitinya, anda akan gagal sekali atau beberapa kali dalam kerjaya jualan anda. Malangnya, kegagalan itu selalunya berlaku diperingkat awal (sahaja!)” – Azizi Ali, Jutawan Ekstrem
Zulkifli
Damansara Damai
6 Disember 2011
11 Muharam 1433
Artikel berkaitan:

No comments:
Post a Comment