MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Duit Simpanan, Lebih Baik Tutup Hutang atau Dilaburkan?

February 7, 2024

Ada duit saving RM150,000, dan ada hutang RM80,000. Lebih baik tutup hutang atau laburkan?

Kalau tutup hutang, confirm hutang tu habis. Sebaliknya kalau labur, rugi dalam tangan tapi untung belum tentu.

Secara teorinya, laburkan dulu lebih baik. Nanti dapat keuntungan, gunalah keuntungan tu untuk bayar hutang. Nampak bijak, kan?

Tapi... Selalunya realiti tak macam tu...

Lebih kaya kalau tak melabur

Pengalaman saya sampaikan ilmu tentang kewangan sejak 2008 dan dapat banyak feedback, saya boleh katakan, banyak orang lebih kaya kalau dia tak melabur! 

Banyak orang duit yang dia laburkan tu akhir lebur dalam pelaburan. Faktor utama;

  1. Melabur tanpa ilmu. Buku pasal kewangan dan pelaburan tak pernah khatam, seminar dan kelas kewangan tak pernah join. Tapi tak sabar-sabar nak melabur.
  2. Melabur sedangkan dana kecemasan berjumlah 6 bulan gaji pun belum ada. Melabur sepatutnya kena guna "duit lebih". Kalau tak ada duit lebih, fokus menabung sahaja.
  3. Melabur guna duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat hanya sesuai diletakkan dalam ASB atau Tabung Haji sahaja. Tak sesuai dilaburkan.
  4. Melabur guna duit yang dia tak sanggup lebur. Sedangkan bila melabur, rugi dalam tangan, untung belum tentu. Kalau labur dengan duit yang tak sanggup lebur, kita tak dapat kawal emosi untuk buat keputusan yang betul.

Akhirnya, sudahlah duit yang dia laburkan lebur ke semuanya... Hutang pulak tak berbayar!... Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran... 

Kekalkan tabungan kecemasan 

Itulah sebab kenapa nasihat saya (secara umum), gunakan duit simpanan untuk bayar hutang lebih baik daripada dilaburkan. 

Sebelum tutup hutang-hutang yang ada, adakan dulu dana kecemasan berjumlah 3 bulan gaji (sekurang-kurangnya). Selebihnya barulah digunakan untuk tutup hutang.

Sentiasa kekalkan simpanan 3 bulan gaji sebagai dana kecemasan. Supaya kalau ada hal-hal kecemasan, kita tak perlu buat hutang baru. 

Selagi belum cukup tabungan kecemasan, banyak hutang ikut jadual jer dulu.

Tutup hutang, atau kekalkan pelaburan?

Bagi siapa nak buat pelaburan (berbanding tutup hutang), kena ambil kira samada keuntungan dari pelaburan tu lebih tinggi, atau penjimatan dari penyelesaian hutang lebih tinggi. 

Sebagai contohnya, kalau tutup hutang, kita dapat penjimatan 20% disebabkan dapat rebat buat full-settlement (pembayaran penuh).

Sedangkan potensi keuntungan dari pelaburan tersebut cuma 10%

Maka lebih baik duit tu digunakan untuk tutup hutang supaya dapat jimat 20% berbanding mengharapkan keuntungan cuma 10%. 

Nak tahu patut kekalkan duit dalam pelaburan atau tutup hutang, kena tahu berapa penjimatan kalau buat early settlement (tutup hutang lebih awal) dan berapakah potensi keuntungan dalam sesuatu pelaburan. 

Potensi keuntungan dari pelaburan

Menurut Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), ini kadar keuntungan daripada pelaburan untuk tahun 2023:

  • ASB - 5.25% (untung)
  • Fixed deposit - 3% - 4% (untung)
  • Pasaran Saham (Malaysia) - 2.34% (rugi)
  • Akaun Simpanan - 1% - 2% (untung)
  • Emas - 14.6% (untung)
  • Bitcoin - 154% (untung)

Jadi berdasarkan kadar keuntungan di atas, samada duit yang ada tu nak guna untuk tutup hutang ataupun buat pelaburan, saya boleh katakan, tutup hutang yang boleh bagi penjimatan 10% - 20% jauh lebih menguntungkan

Kalau tutup hutang, dah confirm hutang tu habis bayar. Tapi kalau melabur, untung belum tentu. Rugi tu dah memang dalam tangan.

Lagi besar potensi keuntungan, lagi besarlah risiko rugi yang bakal kita tanggung... Maka buatlah keputusan sebaik-baiknya...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
7 Februari 2024
27 Rejab 1445H

“Pelaburan tak sesuai untuk mereka nak cari duit lebih. Tapi untuk mereka yang ada duit lebih. Nak cari duit lebih, jangan melabur. Pergilah buat part-time, jadi rider atau bisnes sambilan. Tak ada pelaburan boleh mengatasi keuntungan bisnes walaupun bisnes kecil-kecilan.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 27 Mac 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>