MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kita Tak Perlu Sentiasa Melabur Untuk Jadi Lebih Kaya

October 15, 2023

Bukan macam kebanyakan yang kita fikir. Nak kaya, kena melabur... Tapi sebenarnya "kita tak perlu sentiasa melabur". Itu antara nasihat Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan) yang saya sentiasa ingat. 

Bila melabur, rugi dalam tangan, tapi untung belum tentu. Bagi kebanyakan orang, dia sebenarnya lebih kaya kalau tak melabur. Sebab duit dia lebih banyak dah lebur gara-gara melabur.

More...

Lebih kaya kalau tak melabur

Kalau kira balik pengalaman bertahun-tahun rugi dalam pelaburan, mungkin dah berpuluh ribu (bahkan beratus ribu) duit lebur gara-gara melabur...

Kalau guna duit tu untuk beli emas, mungkin dah ada beratus gram emas. Bahkan mungkin dah cecah 1 kilogram emas!

Jadi nasihat saya, ambillah tempoh bertenang. Ada masanya duit kita lebih baik disimpan jer dulu terutamanya untuk dana kecemasan. Ada ketikanya kita perlu fokus langsaikan hutang-hutang negatif dulu.

Semua tu kita kena ambil kira yang mana perlu didahulukan berdasarkan situasi kewangan kita sendiri.

Bagi yang berpendapatan besar

Bagi yang berpendapatan sederhana (M40) dan tinggi (T20), mereka mungkin lebih kaya hanya dengan RESTRUCTURE (susun semula) kewangan yang sedia ada; 

  • kurangkan perbelanjaan yang membazir, 
  • jual barang-barang tak perlu yang cuma menyemakkan rumah,
  • buangkan komitmen hutang yang tak perlu,
  • dan tingkatkan simpanan hanya gunakan pendapatan sedia ada.

Tak melabur pun, kita boleh adakan tabungan yang kukuh, dan penuhkan tangki kekayaan dengan cepat. Kita cuma kena ada ilmu, dan bertaubat dari dosa-dosa kewangan yang lalu. Kita akan jadi lebih kaya, insyaAllah...

Bagi yang berpendapatan kecil

Bagi yang berpendapatan kecil, mereka kena fokus TINGKATKAN PENDAPATAN dulu. Jangan sibuk nak melabur.

Kalau modal pelaburan pun tak seberapa, kalau untung pun tak kaya raya pun... 

Kalau dah adjust sana sini, duit tetap tak cukup juga... Lebih baik pergi cari kerja yang boleh bagi gaji lebih baik, tingkatkan skill kerja sedia ada supaya majikan sanggup bayar gaji lebih tinggi, buat kerja overtime, atau mulakan bisnes sendiri secara part-time.

Buat bisnes kecil-kecilan pun tak ada. Atau gunakan masa lapang tu untuk jadi Grab rider atau driver.

Dapat extra beberapa ratus sebulan, itu jauh lebih baik daripada tunggu keuntungan dalam pelaburan yang tak seberapa tu. Melabur dengan modal tak seberapa, kalau untung pun tak kaya juga...

Bagi yang belum cukup simpanan

Pra-syarat nak melabur, kena ada duit lebihan. Lebihan daripada tabungan 6 - 12 bulan gaji.

Kalau duit simpanan kecemasan 3 bulan gaji pun belum ada, aduh... Itu belum masanya untuk melabur.

Duit yang ada tu, fokus cukupkan simpanan kecemasan, dan tingkatkan simpanan dulu. Jangan cuba-cuba melabur dengan duit simpanan kecemasan... Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran...

Bila dana kecemasan dah cukup, pendapatan pun lebih besar yang membolehkan menabung dengan baik setiap bulan, dan dah ada duit lebihan dari simpanan 6 - 12 bulan gaji, itulah waktunya kita patut laburkan duit-duit lebihan yang ada.

Daripada duit simpanan tu terbiar dimakan INFLASI, lebih baik ia dilaburkan.

Laburkan dengan ilmu tentunya...

Nasihat jujur, jangan kecil hati...

Saya masih ingat satu pasangan suami isteri datang jumpa saya pada tahun 2014. Datang mengopi untuk sembang pasal kewangan mereka dan "pelaburan" emas.

Walaupun saya bukanlan penasihat kewangan bertauliah, tapi berdasarkan situasi kewangan mereka, saya berikan nasihat yang jujur; "jangan sibuk melabur".

Kedua, jangan sesekali mulakan bisnes dengan modal yang besar, kononnya nak nampak gah. Kalau modal dia hangus, taklah sampai tangan pun hangus terbakar sekali! Kalau jatuh pun, mudah untuk dia bangkit balik. InsyaAllah...

Mulakan secara kecil-kecilan dulu. Belajar kembangkan duit kecil sampai jadi besar dulu...

Jadi ejen produk direct selling atau buat dropship dulu pun tak apa. Dengan modal tak sampai RM500, dia berpontensi jana pendapatan lebih baik berbanding tunggu kenaikan gaji 10 tahun bekerja... InsyaAllah...

Hasilnya, ini feedback yang saya terima. Dia ikut jer nasihat saya walaupun sedikit berkecil hati dengan nasihat jujur saya... Alhamdulillah...

Zulkifli
Cyberjaya
15 Oktober 2023
30 Rabiul Awwal 1445H

Feedback yang saya terima lepas beberapa minggu mereka jumpa saya.

“Bila ada masalah kewangan, jangan sesekali melabur. Melabur bukan untuk orang yang nak cari duit lebih. Tapi untuk yang ada duit lebih. Bila melabur, rugi dalam tangan. Untung belum tentu. Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita tak sanggup lebur.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>