Bukan sebab pandai helah marketing. Bukan. Itu bukan faktor penting kejayaan sesebuah bisnes. Tak pandai boleh belajar, tapi kalau tak jujur, itu susah diperbetulkan...
Ciri-ciri paling penting sesebuah bisnes bertahan lama ialah syarikat itu mestilah syarikat yang baik, didirikan oleh orang yang baik-baik.
Tak kisah apa background bangsa atau agama foundernya.
More...
Riwayat bisnes dan foundernya
Kata Pn Ainon Mohd (Guru Bisnes), riwayat hidup sesebuah syarikat sangat berkait rapat dengan nama baik Founder syarikat tersebut.
Bila Founder adalah orang yang baik-baik, maka dia akan bangunkan bisnes tersebut ikut prinsip hidup dia sendiri.
Syarikat tersebut akan tetap dengan prinsip buat perkara yang betul walaupun hasilnya mungkin memakan masa;
- Tak menipu dan berbohong kepada customer
- Tak menindas pekerja
- Tak lari dari bayar hutang kepada supplier / vendor
- Tak menipu dan bergaduh sesama partner
- Tak bermusuh atau bercakap buruk tentang pesaing
Reputasi yang baik itulah aset penting untuk sesuatu bisnes bertahan lama.
Ia sesuai dengan prinsip penting yang saya selalu sebut-sebut iaitu, “buat perkara yang betul dengan sabar”…
Buat perkara betul dengan sabar
Jangan sesekali fikir ambil jalan short-cut (buat perkara yang tak betul) walaupun ianya berkesan dan pulangannya banyak.
Jauhi dosa-dosa dalam bisnes. Kena ingat, dosa-dosa yang kita buat dalam bisnes akhirnya akan menghantui kita satu hari nanti...
Jadi jangan buat...
Tetaplah buat perkara yang betul... Cepat atau lambat, kita tetap akan berjaya, insyaAllah.
“… dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka dia telah berjaya dengan kejayaan yang agung (Syurga)” (Surah Al-Ahzab 33 : 71)
- Baca artikel : Buat Apa Yang Betul Dengan Sabar
Kenali founder sebelum berpartner
Bila nak berbisnes atau berpartner untuk jangka panjang, perhatikan dulu peribadi founder sesebuah syarikat tersebut.
Kalau kita orang baik, tapi berpartner dengan orang yang tak baik, nama baik yang kita bina selama ni boleh tercemar!
Nak bina nama baik memakan masa, tapi boleh hilang sekelip mata!
Syukur, alhamdulillah... Rezeki saya bersama dengan Public Gold sejak 2010 lagi; sebuah syarikat yang baik, bersama Founder yang baik, dan team yang baik-baik.
Mudah-mudahan bisnes kami jadi rahmat buat masyarakat dan kepada dunia... InsyaAllah...