Semuanya cuma sementara. Harta, pangkat, kuasa dan kemasyhuran, semuanya tak akan kekal bersama kita.
Yang akan kekal bersama kita hanya kebaikan-kebaikan yang pernah kita buat.
Sebenarnya Tuhan tak bagi nikmat kepada kita, melainkan supaya kita bersyukur; gunakan nikmat-nikmat tersebut untuk kita berbuat baik. Kebaikan itu adalah pelaburan untuk kita dapat tempat yang lebih baik dan lebih kekal, iaitu Syurga.
More...
Tapi dalam kejar bahagian kita di Akhirat, jangan sampai lupa nikmati bahagian kita di dunia. Nikmatilah dan syukurilah apa yang Tuhan kurniakan...
Kita Tidak Akan Sesekali Dirugikan
Dia suruh kita berbuat baik sebanyak-banyaknya sebagaimana Dia limpahkan banyak kebaikan kepada kita tanpa berkira. (Surah al-Qasas 28 : 77)
Jadi hidup ni sibuklah berbuat baik.
Berbuat baiklah dalam apa juga aktiviti yang kita buat, samada kehidupan kita di rumah, di tempat kerja, dalam bisnes ataupun apa sahaja kerjaya kita. Setiap kebaikan yang kita buat, kebaikan itu pasti kembali kepada kita.
Kebaikan itu untuk diri kita sendiri, bukan untuk Tuhan.
Tuhan tak akan rugikan kebaikan itu walaupun sedikit...
Dua Kriteria Ahli Syurga
Bila sebut tentang ahli Syurga, dua ciri-ciri yang Tuhan sentiasa ulang-ulang dalam Al-Quran.
Pertama ialah beriman (percaya dengan penuh yakin) kepada Dia.
Tapi iman saja tak cukup, kena ada perkara kedua, iaitu amal kebaikan (amal soleh).
Dan amal kebaikan ni sangat luas! Bukan sahaja solat di atas tikar sejadah. Tapi mencakupi seluruh kehidupan kita. Daripada mata kita celik di waktu pagi, sampailah mata kita tertutup kembali.
Bahkan setiap semua orang rugi, kecuali setiap detik dalam hidup dia diisi dengan amal kebaikan.
Guru saya pesan, Syurga ada banyak pintu. Salah satu pintunya ialah menjadi peniaga yang jujur lagi amanah.
Sehingga Nabi s.a.w mengatakan yang bermaksud:
"Seorang ahli perniagaan yang jujur lagi amanah, dia akan bersama para nabi, siddiqin dan syuhada (di Syurga nanti)" (hadis direkodkan oleh At-Tirmizi).
Bisnes Sebagai Pintu Untuk ke Syurga
Ya, berbisnes pun boleh masuk Syurga. Bukan saja masuk Syurga, tapi peluang ditempatkan bersama golongan VVIP di Syurga hanya asbab berbisnes!
- Sila baca : Peluang Menjadi VVIP di Syurga
Maka atas kesedaran ini, murid-murid saya dealer emas Public Gold di bawah G100 Network sentiasa diingatkan supaya fokus buat kebaikan kepada semua.
Kebaikan itu pasti akan kembali kepada diri sendiri.
Jauhi dosa-dosa dalam bisnes. Dosa itu lambat laun akan menjatuhkan diri kita sendiri. Dosa-dosa itu pasti akan menghatui kita satu hari nanti.
Dunia pasti rugi, Akhirat apatah lagi...
Duit, harta, pangkat, dan nama, semuanya pasti tinggalkan kita bila tiba waktunya.
Tak perlu tunggu mati baru nak sedar.
Hidup Untuk Buat Baik
Pengalaman hidup dua (2) tahun terpenjara sudah cukup menyedarkan saya supaya saki baki hidup ini sepatutnya fokus berbuat baik saja.
Kejar apa yang kekal, dan jangan sampai 'tertipu' dengan nikmat dunia yang cuma sementara.
Orang yang hidupnya fokus pada duit (dunia), dia akan terlupa untuk buat perkara yang betul (berbuat baik).
Tapi siapa yang fokus berbuat baik (sesama manusia), dia akan sentiasa buat perkara yang betul.
Bila hidup hanya sibuk berbuat baik sesama manusia, duit (dan kebaikan dunia) pasti akan datang menyerah diri tanpa perlu kita mengejarnya lagi... InsyaAllah.
Dipulangkan 10 Kali Kebaikan
Sirah para sahabat Nabi Muhammad s.a.w sudah cukup membuktikan bahawa orang yang hidupnya sibuk berbuat baik itu akhirnya pasti berjaya. Dunia dan akhirat.
Dan memang itulah yang Tuhan janjikan berulang-ulang kali kepada kita dalam kitabNya Al-Quran.
Siapa yang berbuat baik, kebaikan itu pasti akan kembali kepadanya, sekurang-kurangnya 10 kali ganda dari kebaikan yang pernah dilakukannya.
Dia tidak sekali-kali akan merugikan kita.
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
7 Oktober 2023
22 Rabiul Awwal 1445H
#TazkirahDiri #TabahHadapiMusibah
- Kalau nak ada banyak duit, jangan kejar duit. Kejar buat kebaikan - Catatan Mr Saravanan

Fokus sebarkan kebaikan, kebaikan itu pasti kembali kepada kita. Itu nasihat yang saya sering titipkan kepada murid-murid saya.
“Jangan tunggu banyak duit baru nak berbuat baik. Sebaliknya buat baik sebanyaknya dulu (melalui apa yang kita usahakan). Nanti barulah duit yang banyak datang menyerah diri. Bila Tuhan suka, dan manusia pun suka, untung rugi tak perlu dirisaukan lagi.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 November 2023
“Bila buat kebaikan, jangan letak harapan manusia balas kebaikan kita. Kerana hanya sedikit manusia yang tahu berterima kasih. Haraplah kebaikan daripada Tuhan, kerana Tuhan tidak sesekali sia-siakan amal kebaikan kita.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Oktober 2023
“Keseronokkan dapat duit tu sementara saja. Tapi keseronokan buat baik tu kekal selamanya. Berlumba-lumbalah buat kebaikan dengan segala nikmat yang Tuhan kurniakan. Orang yang sibuk berbuat baik, hidupnya pasti akan bahagia. InsyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 4 November 2023
Coretan FB berkaitan:
Artikel berkaitan:
- Kejar Akhirat, Jangan Lupa Dunia...
- Jangan Sesekali Give-up Untuk Berbuat Baik
- Fitrah Manusia Baik, Hidup Kita Tenang Bila Buat Kebaikan
- Jadilah Sahabat, Bukan Salesman
- Bisnes, Peluang Berbuat Baik Sesama Manusia
- Kekayaan, Kemewahan dan Tanggungjawab
- Genggam Dunia, Kejarlah Akhirat
- Keluarkanlah Zakat, Allah Akan Lapangkan Rezeki