MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Fitrah Manusia Baik, Hidup Kita Tenang Bila Buat Kebaikan

December 19, 2023

"Manusia secara fitrahnya adalah baik. Sebab itu sesiapa yang terlibat dengan perkara tidak baik, mereka akan sentiasa rasa tidak tenteram kerana mereka telah melawan fitrah. Kembali kepad fitrah = Tenteram" - Azri Walter

Saya setuju dengan coretan Tuan Azli Walter ni. 

Saya pernah bercakap sendiri dengan ramai bekas perompak ketika 2 tahun saya terpenjara.

More...

Kaya tapi tak bahagia

Walaupun duit mereka berlipat kali ganda banyaknya (lepas terjebak dengan aktiviti rompakan), tapi mereka akui hidup mereka tak bahagia. Sentiasa dirundung rasa resah dan bimbang. Hidup mereka tak bebas. 

Mereka takut nak hidup macam orang biasa. Tak boleh bebas bergerak dan beraktiviti sana sini... Tak bebas lepak dengan kawan-kawan, tak bebas untuk travel sana sini, bahkan tak boleh bersosial di medsos.

Duit banyak, duit yang banyak itu tak menambah rasa bahagia dalam diri mereka. Bahkan hidup sentiasa dalam keresahan.

Lepas bebas dari hukuman penjara, hidup mereka kembali tenang dan bahagia. Hidup jadi orang biasa-biasa dengan pendapatan tak seberapa (dari hasil usaha yang baik), itu benar-benar membahagiakan...

Kebaikan menenangkan, dosa meresahkan

Memang benarlah... Fitrah manusia itu baik, dan suci dari dosa.

Bila kita berbuat baik, hati kita menjadi tenang. Sebaliknya bila berbuat perkara yang tak baik, dosa dan kejahatan itu akan datang kembali kepada kita dan menghantui hidup kita. 

Maka jadilah orang yang baik-baik. Dan buat kebaikan sebanyak-banyaknya. Itulah jalan untuk hidup tenang dan bahagia...

Nawwas bin Sam'an (Semoga Allah meredhainya) melaporkan: Aku bertanya kepada Rasulullah (ﷺ) tentang kebaikan dan dosa, dan beliau berkata;

"Kebaikan adalah budi pekerti (akhlak) yang baik, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keresahan hati (bila engkau melakukannya), dan engkau tidak suka orang lain mengetahuinya (apa yang telah kamu lakukan tersebut)." (HR Muslim) 

[Riyadhus Solihin, 623], [Sahih Muslim, 2553]

Zulkifli
Cyberjaya
19 Disember 2023
7 Jamadil Akhir 1445H

 #IslahDiri #TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>