MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dealer Lama, Jangan Register Customer Kalau Tak Join Training

Saya terima banyak persoalan dari dealer lama Public Gold, "Kenapa lepas register customer tak dapat email PG Code?" 

Soalan tu jelas menunjukkan dealer tu tak tahu; sudah lama PG (Public Gold) tukar SOP register customer baru. Itu petanda jelas dealer tu dah lama tak join training. 

Bagi dealer lama yang nak register customer, pastikan aktif join training.

Lepas register customer, ada banyak lagi hal dealer nak kena guide dan bantu customer.

Semua orang akan susah

Kalau semudah register pun jadi cabaran, nanti akan ada banyak lagi hal yang akan menyusahkan customer dan diri sendiri. 

Dealer-dealer di bawah G100 Network, pastikan join Training PLT (PG Leadership Training) setiap bulan kalau betul nak bantu customer sendiri jadi penyimpan emas berilmu dan kaya dengan emas. 

Yang tak join training tapi tetap nak register customer, dia bakal menyusah customer dia dan menyusahkan semua pihak.

Lebih buruk lagi, dia dan customer dia akan menyalahkan semua pihak; salahkan staff Public Gold, salahkan semua 'uplines', bahkan yang menyalahkan dealer-dealer lain yang tak ada kena mengena (sebab tak nak membantu) pun ada!

Semua orang susah, gara-gara dealer yang tak join training.

SOP sudah banyak berubah 

Bagi mana-mana dealer lama yang nak register customer, saya nak bagitahu, SOP PG sekarang dah jauh beza dengan dulu. 

Dulu, kalau customer tak faham pasal transaksi dengan PG, boleh terus call branch atau datang walk-in terus ke branch terdekat. Staff tolong guide A - Z.

Tapi sejak jumlah customer PG dah lebih 500,000 (lepas Covid19), staff dah tak mampu nak guide customer macam dulu. Tak menang tangan...

No. telefon branch pun dah dipadamkan dari website Public Gold (sejak tahun 2021).

Sistem lama telahpun digantikan dengan sistem baru - Helpdesk.

[Setiap dealer kena mahir guna sistem Helpdesk untuk berkomunikasi dengan staff PG dan settlekan masalah transaksi customer]. 

Bukan lagi tanggungjawab staff 

Sekarang, staff PG hanya fokus transaksi jual beli sahaja, bukan lagi guide customer atau bagi informasi kepada customer.

Bahkan tugas follow-up dan settlekan masalah customer (kalau transaksi tu ada masalah) pun tugas dealer, bukan tugas staff. 

Staff settlekan transaksi. Kerja dealer kena bantu dan guide customer.

Jadi sekarang ni saya tak recommend sesiapa dealer registerkan customer kalau dealer tu tak join training. Sebab nanti dia akan menyusahkan customer dan menyusahkan semua pihak.

Jadi dealer Public Gold tak berbaloi, kecuali...

Kalau datang training tu jadi satu cabaran, refer sahaja customer baru tu supaya berdaftar di bawah dealer aktif lain. Supaya semua pihak pun happy. 

Jadi dealer PG tak berbaloi. Insentif kecil, tapi tanggungjawab besar - kena servis ramai customer.

Insentif 1% (Normal Dealer) atau 1.5% (Priority Dealer) sangat tak berbaloi, kecuali bagi dealer yang serius join training, dan sanggup ambil tanggungjawab membimbing dan berikan servis terbaik kepada customer sendiri. 

Baca penjelasan saya dalam artikel :

Sesiapa baru nak register sebagai penyimpan emas Public Gold, nasihat saya jangan register dengan dealer sembarangan (walaupun ahli keluarga sendiri sekalipun).

Pastikan berdaftar dengan dealer yang terlatih dan komited.

Kelebihan berdaftar dengan dealer terlatih

Banyak urusan jadi mudah bila jadi penyimpan emas di bawah dealer terlatih.

Harga jual beli dengan PG sama sahaja, samada berdaftar di bawah dealer atau tanpa dealer.

Bezanya, siapa ada dealer, dia dapat bimbingan dan servis percuma.

Penyimpan emas tak perlu bayar servis dealer, tapi pihak PG yang bayar insentif dealer tersebut tanpa kerugian sedikit pun hak sebagai customer.

Sebaliknya siapa tak ada dealer, dia akan rugi. Banyak yang menyesal sebab tak ada dealer yang boleh bantu. Banyak urusan dia jadi susah tanpa bimbingan dan bantuan daripada dealer terlatih.

Zulkifli
Cyberjaya
8 Mei 2024
29 Syawal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>