MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sebelum Beli Emas, Pilih Dealer Terlatih Lagi Bertanggungjawab

June 16, 2024

Saya kesian... Tapi terpaksa minta maaf. Saya bukan customer service Public Gold yang patut layan semua - yang bukan customer saya. 

Banyak feedback saya terima, penyimpan emas Public Gold terkapai-kapai dibiarkan oleh dealer dia. Tak diberikan servis...

Contact tak berbalas. Kalau tanya, dia tak tahu apa-apa.

More...

Susah dapat dealer tak aktif

Kalau jawab pun tak membantu. Support group tak disediakan. 

Bila ada masalah dengan transaksi, dia tak dapat selesaikan.

Nak dapatkan ilmu tentang emas, terkapai-kapai... Terpaksa merayau-rayau cari ilmu.

Dealer dia bukan sahaja tak bagi servis, tapi tak sediakan support system untuk dia jadi penyimpan emas berilmu.

Maka dia terpaksa dapatkan belas ihsan dealer-dealer aktif yang lain.

Jadi macam mana jalan keluarnya?

PERTAMA, kalau dah lama tak aktif (lebih 12 bulan tak ada transaksi jual atau beli), Public Gold bagi peluang untuk tukar introducer kepada dealer lain.

Pindahkan akaun ke bawah dealer aktif

Carilah mana-mana dealer aktif yang rasa selesa berurusan dengan dia, bagitahu dia nak tukar introducer kepada dia.

Dia boleh bantu. InsyaAllah. 

Syaratnya, kena buat belian minimum 1 dinar (4.25 gram) atau 5 gram - nilai dalam RM2000.

Macam mana nak tukar introducer (dealer)?

Tanya dealer baru tu. Kalau dia pun tak tahu cara tukar introducer, baik jangan tukar kepada dia. Dia pun sama dengan dealer yang lama - tak tahu apa-apa.

Nanti lepas tukar introducer, dia pun akan tinggalkan customer dia, sama macam introducer lama.

KEDUA, sebelum pilih mana-mana introducer (dealer) baru, cuba stalk medsos dia.

Stalk medsos bakal introducer (dealer)

Cuba tengok, dia jenis datang training atau tak.

Join training tu tanda dia serius belajar upgrade diri sendiri supaya dia dapat berikan servis terbaik untuk penyimpan-penyimpan emas di bawah dia.

Kalau tak nampak dia jenis rajin datang training, maksudnya dia bukan dealer yang serius. 

Jadi jangan perjudikan masa depan dengan dealer yang tak serius nak berikan servis kepada kita.

Lupakanlah nak lantik dia sebagai introducer, walaupun dia ahli keluarga ataupun kenalan sendiri. Dia pun nanti tak akan membantu. 

Sekadar nak komisyen sahaja. Tapi tak berminat berikan servis terbaik.

KETIGA, kalau dah jumpa dealer yang aktif, terlatih, dan bertanggungjawab, contact dia dengan merendah diri.

Merendah diri dengan dealer yang baik

Jangan contact dia macam dia tu customer servis.

Kenapa?

Dealer-dealer yang bagus selalunya dah ada banyak customer yang dia kena berikan servis. 

Pendek kata, dia tak terdesak untuk dapatkan customer. Dia memilih-milih siapa yang bakal jadi customer dia.

Kalau dia rasa tak selesa dengan mana-mana bakal customer, dia akan reject awal-awal!

Customer dia dah ramai, duit dia dah banyak, buat apa dia layan orang yang membuatkan dia sakit kepala? 

Bila bersikap rendah diri dan dia terima jadi customer dia, kita akan dapat banyak kelebihan.

Kelebihan dapat dealer bertanggungjawab

Dia akan bagi servis terbaik dengan penuh rasa tanggungjawab.

Dia sediakan SUPPORT GROUP supaya dapat banyak ilmu dan info tentang emas dan PG. Dalam tu akan ada banyak penyimpan emas berpengalaman. 

Pendek kata, tanya apa sahaja soalan, banyak yang akan membantu.

Kalau ada hiccup dalam transaksi, dia akan bantu settlekan dan memudahkan urusan kita. 

Bagi dealer yang ada terlalu ramai customer, mereka siap bayar PA (Personal Assistant). Kalau dia tak sempat bantu, PA akan akan tolong backup.

Urusan kita akan jadi sangat mudah... InsyaAllah...

Peluang akses ke program ilmu

Dan melalui dealer aktif, customer dia berpeluang akses banyak PROGRAM ILMU untuk kaya dengan emas, samada seminar, ataupun webinar secara percuma!

Dah la kita tak perlu bayar dia sebagai dealer, tapi kita dapat banyak support yang mahal secara percuma!

Ingat, bukan emas menjadikan kita kaya. Tapi ilmu.

Cara paling mudah nak dapat ilmu dan bimbingan yang betul tentang emas ialah pilih introducer (dealer) yang betul - terlatih, komited dan bertanggungjawab.

Kalau salah pilih introducer, mungkin banyak urusan akan jadi susah. Sebab setiap dealer cuma bertanggungjawab kepada customer dia masing-masing.

Kalau bukan customer dia, itu bukan tanggungjawab dia.

Respek dan hargai kebaikan dealer lain 

Sebab dia bukanlah staff “customer servis” yang dibayar untuk servis sesiapa sahaja customer Public Gold.

Tapi kalau dia bagi kebaikan (walaupun kita bukan customer dia), hargailah dia. Itu ihsan daripada dia.

Kalau buat dia macam customer service, memang selalunya dia akan terus block! Sebagai pengajaran kepada orang yang tak tahu berterima kasih. 

Sebab dia pun manusia yang ada hati dan perasaan macam kita... 

Daripada dia melayan orang yang tak tahu berterima kasih, baik dia layan beribu-ribu customer dia sendiri.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
16 Jun 2024
9 Zulhijjah 1445

Ini kes register dengan kawan sebagai Introducer (dealer). Tapi kawan sendiri tu tak function. Tak tahu nak settle masalah customer dia sendiri.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>