"Kalau nak pergi beli kasut bagitahu la. Hafiz boleh advise mana kasut sesuai untuk running"
"Kalau salah beli, nanti boleh injured (cedera). Dulu Hafiz dah pernah injured sebab pakai kasut yang salah"
Hafiz (adik saya) cek kaki saya. Katanya saya kena pakai kasut jenis "ArchFit". Yang ada lekuk dekat tengah tu. Barulah tak sakit kaki...
More...
Tiba-tiba Mama yang sedang memasak tu mencelah,
"Sebenarnya kaki mudah rasa sakit tu sebab ada duit..."
Haha... Betul juga... ðŸ¤ðŸ˜…
Bila berduit, lain justifikasinya
Dulu bertahun-tahun saya cuma ada 2 pasang kasut je. Satu kasut kerja, satu kasut casual. Dua-dua warna hitam - supaya sesuai dengan semua jenis pakaian.
Kasut kerja untuk pergi kerja.
Kasut kasual tu guna untuk pelbagai; naik motor, bersukan, jalan-jalan...
Dua pasang dah cukup.
Tapi sekarang... Aah... Saya pun tak ingat berapa pasang kasut yang saya ada.
Kasut kerja sahaja saya ada 4 pasang. Untuk urusan lain, lain kasutnya.
Untuk pergi mengopi, kasut lain. Untuk exercise, lain... Untuk bermotorsikal, lain... Untuk travel, lain pulak...
Aduhnya... Banyaknya kasut saya... Takut jatuh membazir (duit yang disia-siakan).
Semua justifikasi pun betul
Setiap kali nak beli kasut baru, mesti ada justifikasi. Justifikasi tu semua betul-betul belaka...
Semalam pergi beli kasut baru di EON Mall Kota Bharu, sebab kasut lama (yang saya pakai tiap-tiap pagi untuk exercise) tapaknya dah haus...
So terpaksa beli baru...
Walhal masih ada 2 pasang lagi (seingat saya) kasut sukan di rumah. Yang satu kasut sukan saya cuma pakai bila nak travel. Sambil travel sambil exercise.
Lagi satu kasut sukan dah lama tak pakai. Rasa ketat... Sakit kaki bila exercise...
Masing-masing ada justifikasi yang betul untuk beli lagi satu kasut sukan baru...
Kenapa dulu bertahun-tahun cukup cuma 2 pasang kasut tapi sekarang 5 pasang pun tak cukup?
Sebabnya sekarang ada duit... Bila ada duit, dan bila pendapatan meningkat, keinginan kita pun akan meningkat.
Pendapatan meningkat, keinginan pun meningkat
Kita buat keputusan dengan emosi (untuk berbelanja), lepas tu kita justifikasikan dengan logik. Apa pun justifikasi kita, semuanya betul untuk menyedapkan hati.
Tiada siapa boleh bantah...
Pakar kewangan pun tak boleh bantah dan jangan cuba-cuba bagi saranan supaya "menabung dulu belanja selebihnya" sebab justifikasi kita adalah betul belaka (untuk kita).
Tapi akhir sekali, itulah keadaan kewangan kita hari ni.
Berapa banyak tabungan dan harta kita ada, berapa banyak hutang yang kita tanggung hari ni, itu semua hasil yang kita kumpul bertahun-tahun lamanya.
Keadaan kewangan kita 5 - 10 tahun akan datang, ia bergantung pada sikap dan tabiat kita hari ni.
Berbelanja yang nampak kecil, hutang yang kecil-kecil, tapi bila dikumpul bertahun-tahun lamanya, jumlah akhirnya besar juga...
Prinsip betul kalau nak kaya
Sebenarnya nak berbelanja berapa banyak pun tak ada masalah.
Tapi kalau nak kaya, tak kisah berapa besar pun income kita hari ni, kita tetap kena pegang pada prinsip yang disarankan oleh guru-guru kewangan, "menabung dulu, berbelanja selebihnya".
Menabunglah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan (sebagai permulaan), dan belanjalah selebihnya.
Kalau tunggu duit lebih baru nak menabung, alamatnya sampai bila-bila pun kita tak akan ada duit lebih untuk menabung.
Sebab bila pendapatan kita meningkat, keinginan kita pun sama meningkat.
Kasut yang dulu (waktu tak ada duit) okay jer kita pakai pun akan mula rasa sakit-sakit kaki bila ada duit (dalam akaun)... 😂
Begitulah...
Zulkifli
Pasir Mas
19 Jun 2024
12 Zulhijjah 1445H
"Nak tahu berapa banyak duit yang disia-siakan, tengoklah barang-barang di rumah yang tak dimanfaatkan. Kabinet dan almari yang penuh tu, itulah gambaran sebenar kemampuan kita menabung dan bina harta untuk masa depan sebagai muhasabah untuk kita." - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 Jun 2024
Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji. Tapi berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji. Ketika ada gaji, buat tabungan, bina harta dan tutup hutang secepat mungkin. Ia bakal menentukan berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 11 Oktober 2024