MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Balik Raya Naik Bas, Alternatif Lebih Mudah dan Lebih Jimat

June 20, 2024

Besok pagi dah nak raya (Raya Haji 2024), petang ni baru kami sekeluarga bergerak balik kampung... 

Lepas harga diesel dinaikkan (kerajaan laksanakan subsidi bersasar), kos minyak makin tak berbaloi untuk drive sendiri. Kos diesal van kami (80 liter satu tangki penuh) naik lebih 50%. 

Maka naik bas lah alternatif yang lebih menjimatkan... 

More...

Tak sanggup hadap jem

Tapi sebenarnya kami naik bas sekeluarga bukan pasal duit. Tapi nak jimat masa dan tenaga. 

Saya tak sanggup nak hadap jem musim perayaan.

Kalau bukan musim perayaan, perjalanan dari Cyberjaya ke kampung (di Pasir Mas) ambil masa 8 jam. Musim perayaan, boleh pergi 12 jam. Bahkan ada yang kena sampai 23 jam!

Saya tak sanggup...

Kalau nak kena drive lebih 2 jam pun saya dah rasa tak berbaloi (dengan masa saya), apatah lagi nak kena hadap jem musim sampai berjam-jam.

Memang tak sanggup...

Habis masa atas jalan tu satu hal... Badan penat lagi satu hal...

Bila sampai ke kampung atau balik ke rumah (di Cyberjaya), perlukan masa extra untuk rehat pulak satu hal...

Jadi saya pilih naik bas lebih mudah, lebih jimat tenaga dan masa.

Bukan sekadar duit, tapi masa dan tenaga

Dari rumah saya di Cyberjaya ke Putrajaya Sentral cuma 15 minit. Kos tiket sekitar RM500 sehala untuk 10 orang kami sekeluarga.

Berbaloi... Alhamdulillah...

Yang penting saya boleh berehat sepanjang perjalanan dan tak perlu bimbang nak hadap jem.

Bahkan sepanjang atas bas, boleh buat banyak kerja.

Idea nak menulis datang mencurah-curah sambil menikmati panaroma indah sepanjang perjalanan. Alhamdulillah... 

Masa atas bas tu saya dapat perkara yang lebih bermanfaat.

Satu hari nanti bila ECRL dah siap, saya rasa makin ramai pilih public transport untuk balik beraya. Makin kuranglah kesesakan jalan raya bagi yang nak balik kampung di Pantai Timur. InsyaAllah...

Zulkifli
Express Mutiara
16 Jun 2024
9 Zulhijjah 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>