MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Naik Grab Bukan Sebab Banyak Duit, Tapi Masa Lebih Berharga

October 21, 2023

Berpagian lagi nak kena masuk KL. Ada event #PGMall di Berjaya Times Square Hotel, KL pukul 10.30 pagi itu.

Kalau masuk KL, saya memang pakai driver je. Driver Grab datang ambil depan rumah, dan drop saya terus di lobby hotel. Tak perlu serabut dengan jalan jem, nak cari parking. Nanti bukan sahaja habis duit, tapi habis masa. 

Sepanjang perjalanan, saya dan isteri selalunya akan manfaatkan waktu untuk berehat ataupun settlekan beberapa urusan bisnes secara online. 

More...

Bukan sebab banyak duit

Dulu saya fikir, kebanyakkan pemilik bisnes besar pakai driver sebab mereka banyak duit. Tapi rupa-rupanya silap. 

Ianya bukan tentang duit, tapi tentang MASA.

Masa mereka lebih berharga berbanding duit mereka.

Walaupun mereka sebenarnya boleh je drive sendir. Tapi ianya tak berbaloi. Lebih baik mereka buat perkara yang lebih bernilai tinggi. Orang kaya bekerja 5% - 20%, tapi menghasilkan pendapatan 100%

Mereka fokus buat perkara yang bernilai tinggi, selebihnya mereka akan BELI MASA orang lain untuk tolong buatkan. 

Dan itulah juga sebab kenapa saya jarang drive, kecuali untuk ke tempat yang dekat-dekat sahaja. 

Naik public transport

Kalau memang perlu drive jarak jauh ke tempat yang susah nak reach dengan flight, selalunya isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain sahaja yang akan drive.

Kalau nak ke tempat yang memang jauh, saya akan ambil flight. Kalau tempat yang dekat, Grab sudah memadai buat masa sekarang.

Cuma kalau hari-hari yang saya ada waktu lapang, saya akan naik MRT (atau public transport lain) yang jauh lebih murah. Supaya saya juga dapat rasa apa yang orang kebanyakan rasa. 

Barulah bila bercakap tentang kewangan, lebih mudah saya kaitkan dengan situasi semasa dan berpijak di bumi yang nyata. Sebab kesusahan yang saya rasai zaman dulu mungkin dah tak sama dengan kesusahan zaman sekarang.

Dunia semakin baik

Walaupun dunia sudah berubah, saya dapati hari ini jauh lebih baik bebanding dulu.

Susah zaman sekarang sebenarnya jauh lebih senang berbanding susah zaman dulu. Alhamdulillah...

Maka manfaatkanlah kemudahan yang ada hari ini untuk jadi lebih baik, dan berbuat lebih banyak kebaikan. InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
22 Oktober 2023
7 Rabiul Akhir 1445H

#IslahDiri #TipKekayaan

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>