MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Untuk Kaya, Jangan Peduli Apa Orang Kata

August 24, 2015

Antara kebocoran besar kewangan ialah membeli kereta yang lebih dari keperluan sebenar. Beli bukan benar-benar untuk keperluan, tetapi untuk jaga "status". Antara rahsia saya lebih cepat bebas hutang sebab saya tak berhabis duit untuk beli kereta. Saya beli cukup-cukup untuk keperluan sahaja, dan tak fikir sangat soal "status" walaupun ketika saya sudah pun berduit.

Sewaktu saya mula-mula bekerja dahulu, lebih 7 tahun saya pakai kereta Nissan Sunny (3rd hand). Saya rasa, tak ada eksekutif muda di KL yang pakai kereta sebegitu waktu itu. Dan itu sahajalah kereta yang saya ada waktu itu, tetapi yang lebih penting, kereta tu dah habis bayar, dan boleh bergerak dengan baik untuk balik kampung dan pergi ke mana-mana seluruh Malaysia.

Kereta Hanyalah Kereta

Kalau orang lain pakai kereta boleh sampai ke kampung, kami pun sampai juga. Kalau orang lain boleh sampai ke mana-mana tempat, kami pun sampai juga. Kereta orang lain ada air-cond, kereta kami pun ada air-cond juga. Tetapi bila orang lain kena bayar bank setiap bulan, kami cuma isi petrol untuk bergerak sahaja! Sebab hutang kereta dah habis bayar...

Jadi kenapa nak peduli apa orang kata kalau kereta biasa-biasa pun sudah cukup untuk keperluan kita?

Bukannya kereta kita tak ada tayar, kan? Bukannya kereta kita tak ada bumbung. Dan bukannya kereta kita ganggu orang lain. Untuk orang berniaga kecil-kecilan seperti saya, tak perlu tunjuk kereta apa yang kita pakai sebab orang nak beli produk dan servis kita je pun. Bukannya pembeli itu nak naik kereta kita, kan?! 😉

kereta pertama nissan sunny

Inilah kereta pertama saya, saya gunakan hampir 9 tahun. Saya beli harga RM15,500 (pinjaman), habis bayar tak sampai 3 tahun, dan telahpun saya jual. Saya beli kereta 'baru' dengan cc lebih besar, tetapi harganya tak lebih RM15,500 juga! Dan saya masih pakai hingga ke saat saya menulis artikel ini... 😉

PTS 9 Strategi Ikat Perut

Saya perhati orang berjaya, mereka "ikat perut" untuk berjaya. Mereka tak peduli pun apa orang kata.

Letak Kepala Terus Lena

Dalam hal kewangan, jangan peduli apa orang kata. Ramai yang sanggup berhabis duit dan berhutang semata-mata nak jaga "apa orang kata". Akibatnya, diri sendiri yang menanggung 'azab'nya. Sedangkan apa yang lebih penting, kita tak pinjam duit orang, dan orang itu pun bukannya akan hulurkan duit bila kita susah, kan? Jadi apa nak dirisaukan dengan apa orang kata?

Kekayaan itu ialah apa yang kita RASA (dalam hati), bukannya apa yang ORANG KATA. Orang boleh mengata apa sahaja, tapi yang merasai dan menanggungnya akhirnya adalah kita sendiri juga. Dalam buat apa sahaja keputusan kewangan, fikir kesannya kepada KITA sendiri, bukan untuk 'menutup' mulut orang. Biar apa pun orang nak kata, tetapi yang lebih penting, bila letakkan sahaja kepala di bantal, kita boleh tidur lena... Peace of mind.... InsyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
24 Ogos 2015
10 Dzulkaedah 1436H

(Kredit foto : news.rice.edu)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Orang kita lebih pentingkan “Ish, apa orang kata nanti.” Bukan orang lain yang bayarkan pun kereta kita. Orang kita lebih menjaga hati orang lain dari keselamatan kita sendiri dalam bab macam ni.

  • nissan sunny kereta pertama abah saya, beli 15k tahun 93 cash, .. masa tu kereta Wira baru keluar…smua org surh beli kereta wira…dia ckp taknak brhutang.. buat rumah dgn duit simpnan….skr dia dh pncen,. 5 thun sblm pncen sy trjmpa slip gji hnya 1200 sje…bru perasan sptutnya sya jdikn abah saya roolmodel…dia seorg yg bebas beban hutang dri muda..

  • Alhamdulillah..sejak mengikuti laman web Encik Zul lebih setahun yang lalu, banyak perkembangan positif dalam urusan kewangan saya. Malah, keinginan untuk ‘berlebih-lebih’ seolah semakin padam. Dan sekarang tak sabar lagi menunggu pinjaman kereta langsai tahun hadapan, Insya Allah. Nak merasa guna kereta ‘free’. 🙂

    Terima kasih Encik Zul. Semoga Allah merahmati hidup Encik Zul dan keluarga..

  • as salam en zul,
    maaf lari topik..sy cuma nak bertanya, en zul ad info x mane nk dptkan buku “Jutawan Dari Planet Jupiter”? sy dh cuba cari on9, dan juga dkedai2 buku,tapi x dpt, dh x ad stok.klu ad info, mnta bgtau ye.terima kasih.

  • Terima kasih atas Perkongsian. Abah sy pun sorang yg tak suka berhutabg. Kereta abah dr dulu smpai skrg x pernah beli kereta baru. Semua 2nd hand dan x berhutang..hee

  • Assalammualaikum Encik Zul ,
    Saya masih setia dengan Kenari saya even ramai ckp saya dh layak tukarkan kepada sebuah Honda City atau Honda Civic.

    Saya selalu ckp dengan kawan2 saya , jika pihak syarikat kasi free, then saya akan memandu jenama itu, kalau saya kena beli dan bulan2 byr …saya akan meletakkan ianya adalah satu kehendak ,bukannya keperluan sbb my Kenari sgt seronok dipandu, kereta bebas dari ikatan bank.

    Kenari saya setakat ini Alhamdulillah …12 tahun sudah
    Saya hrp Kenari ini elok2 selalu, dpt menyampaikan saya dan family ke destinasi dituju dengan selamat .

    Apa jua kata orang ….saya tolak tepi .
    bukan tidak mahu berkereta mewah …tapi setiap org berkereta semua impikan mahu habis cepat byr hutang kereta …mahu kereta itu jadi milik mrk . bukan milik bank.

    -Biasa nan Luar Biasa –

  • Salam tuan.saya tertarik dengan topik tuan.saya baru berkerja dalam 2tahun.setaip kali pay day n slip gaji di tangan.saya mencari kereta di internet.pengaruh rakan sekerja n naluri jiwa muda.tapi bila saya bagitahu niat pada mak saya.dia sangat2 menentang sampai merajuk lah jugak.akhirnya saya mengalah saya pakai kereta arwah abah dan saya laburkan duit saya yg pada mula nya utk beli kereta ke asb.tapi kdg2 rasa nak berkerte baru tu tetap ada lagi2 melihat saudara yg baru berkerja sebulan bergaya dgn krte bru bila balik kampung.tapi nak wat mcm mana.sabar jelah.sy nk tnya pendapt tuan.sy gemar mengumpul emas.sikit2 jela.sy cenderung ke arah emas physal sprti gelang rantai n cincin.adakah cara sy itu betol atau sebaliknye.harap tuan respond pertanyaan saya ini.semoga tuan terus berjaya dunia dan diakhirat.

    • Wslm En Salleh,

      1. Mana-mana orang berjaya, mereka amalkan strategi “ikat perut” buat sementara waktu. Jadi kena bersabar.

      2. Kalau nak simpan emas, barang kemas tak sesuai sebab (1) harga lebih mahal, dan (2) spread lebih tinggi. Kalau nak simpan, simpan gold bar dan dinar sahaja.

  • as salam tuan..saya nak tanya, kawan saya ada jual produk emas syarikat amethyst yang famous sekarang nih..saya tengah berfikir sama ada nak beli gold bar @ dinar emas dan sedikit barang kemas..persoalannya,boleh dipercayai ke syarikat tu?apa patut saya buat? atau emas public gold lagi terjamin ketulenannya?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >