MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Demi Bebas Dari Hutang, Ahli Sukan Ini Jual Kereta Mewahnya

November 17, 2023

"Besi buruk bergerak" kata beliau. Kos bulanan yang dia kena tanggung untuk beli dan beli Toyota Vellfire hampir RM5,000 sebulan. Padahal dia cuma pakai tak sampai 10 kali dalam sebulan. Pakai jarang-jarang.

Bila dia buat keputusan lepaskan Vellfire tersebut, dia rasa sungguh lega!... Jimat RM5,000 sebulan. Hidup dia tentang tanpa hutang...

More...

Itulah yang saya pernah rasa ketika saya bebas hutang tahun 2007 dulu. Rasa lega dan happy tu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ketika tu usia saya 27 tahun. Belum kaya, tapi bebas dari hutang.

Ini sharing dari Tuan Azmeer Yusof (bekas player bola sepak Kuala Lumpur) di Facebook beliau pada 15 November 2023 lepas, tentang bagaimana dia buat keputusan untuk lepaskan Vellfire dia untuk hidup lebih tentang dan lebih happy;

“BESI BURUK BERGERAK.

Saya letak downpayment kereta ini RM50,000. Beli plat number hampir RM10,000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5,000. Total RM65,000.

RM65,000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65,000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.

Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak.

Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi pula kini saya tinggal di Kuala Lumpur.

SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA.

Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3,300. Roadtax + insurans hampir RM10,000 setahun.

Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘ kejayaan ‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini.

Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.

Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5,000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.

Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI.

KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN” 

- Azmeer Yusof, 15 November 2023

Mudah-mudahan sharing beliau dapat bagi pelajaran untuk kita.

Seperti mana yang saya pernah sebut;

"Bila beli kereta, pastikan kereta tu jadi hamba kita. Bukan kita jadi hamba kereta! Kereta tu sepatutnya memudahkan urusan kita, bukannya membebankan kita untuk membeli dan membelanya!"

Allahu 'alam.

Zulkifli
Cyberjaya
17 November 2023
4 Jamadil Awwal 1445H

“Kereta makin mewah bukan bermaksud bertambah kaya. Kalau beli kemewahan dengan hutang, itu tak lebih dari sekadar simbol kekayaan palsu. Kalau dibayar secara tunai, atau dengan passive income dari harta yang dia miliki, itu petanda dia memang orang kaya.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 2 April 2024

“Kekayaan; apa yang kita simpan. Kemewahan; apa yang kita belanjakan. Sebelum bermewah, binalah kekayaan dulu sampai mampu bayar kemewahan tanpa perlu kerah kudrat lagi. Selagi kena kerah kudrat, itu belum masanya nak bermewah. Bina kekayaan dulu.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Oktober 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>