MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Berjaya Bukan Tak Pernah Jatuh, Tapi Tak Pernah Mengalah

November 16, 2023

Kalau nak berjaya, tak boleh takut untuk jatuh (gagal).

Orang berjaya bukan tak pernah jatuh, tapi tak pernah mengalah. Setiap kali jatuh, dia akan bangkit.

Jatuh lagi dia bangkit lagi!

More...

Sampailah akhirnya dia berjaya.

Itulah nasihat yang sering saya titipkan kepada murid-murid saya, khsususnya yang "pandai". 

Orang pandai selalu takut buat silap.

Kesilapan dirasakan macam satu musibah yang patut dihindari.

Akhirnya dia tak bergerak ke mana-mana.

Sebab hanya orang yang tak buat apa-apa sahaja tak pernah buat silap.

Tapi tak buat apa-apa itu sendiri sebenarnya kesilapan yang lebih besar.

Kapal dibina bukan untuk berlabuh di pelabuhan. Tapi untuk belayar di lautan luas yang penuh dengan gelombang yang kadang-kadang menakutkan.

Keluarlah dari pelabuhan dan berlayarlah...

Zulkifli
Cyberjaya
16 November 2023
3 Jamadil Awwal 1445H

#MembangunDiri

“Orang berjaya bukanlah tak pernah down. Tapi tak pernah give-up! Mereka down berkali-kali. Tapi setiap kali down, mereka bangkit. Bila down lagi bangkit lagi. Mereka tak pernah give-up sampailah mereka berjaya!” - Mohd Zulkifli Shafie, www.mohdzulkifli.com 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>