MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Elak Rasa Kecewa Bila Orang Tak Membeli Dari Kita

November 15, 2023

Saya terbaca satu posting; seorang ejen hartanah frust sebab client yang dia bagi consultation, tapi akhirnya membeli direct daripada developer. Dia melepas komisyen yang bukan sediki tentunya.

Saya tahu banyak peniaga lain yang jadi ejen pun pernah lalui pengalaman ni. Banyak peniaga yang kecewa bila kena macam ni, khususnya mereka yang baru nak berniaga.

Untuk elakkan kekecewaan ni, saya nak share pengalaman saya 20 tahun dalam bisnes. Yang mana, kebanyakan bisnes saya adalah jadi ejen jual produk syarikat lain.

More...

Bermula jadi ejen Amway (direct selling), Era Edar, UNIFI, dan macam-macam. Dan sekarang saya bersama Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia) yang mana hari ni sudah lebih 400,000 customer di bawah saya dan team saya G100 Network.

Saya bukan sahaja ejen, tapi juga saya melatih ribuan ejen Public Gold di bawah saya.

Ini 4 nasihat saya;

#1 - Rejection adalah perkara normal dalam bisnes

Nasihat pertama, kena terima hakikat, "rejection" adalah perkara normal dalam bisnes. Bakal customer (prospek) dapatkan nasihat kita, tapi lepas tu dia pergi beli dengan orang lain. Itu normal...

Ada juga bakal customer yang dapatkan nasihat dari orang lain. Tapi lepas tu dia datang beli (closing) dengan kita. Itu juga perkara normal. 

Jadi kita "give and take"-lah.

Mustahil semua yang contact kita 100% akan beli dengan kita. Berapa besar kadar kejayaan, itu sangat bergantung kepada skill kita untuk CLOSING... Itu skill yang boleh dipelajari dan patut ditajamkan bagi sesiapa yang terlibat dalam dunia sales (jualan).

#2 - Rezeki kita Tuhan sudah tentukan 

Nasihat kedua, kena ingat rezeki kita Tuhan sudah tentukan. Bermula dari roh kita ditiupkan ke dalam jasad, sudah ditentukan rezeki kita (termasuk ajal dan jodoh kita).

Kalau ianya sudah rezeki kita, tak ada siapa boleh ambil. Ianya tak akan ke mana. Tapi kalau ianya dah memang Tuhan tetapkan itu rezeki orang lain, kita pun tak boleh ambil. 

Jadi setiap kali datang kecewa, ingatlah ianya bukan rezeki kita. Tuhan sediakan rezeki yang lebih baik untuk kita kalau kita sentiasa bersyukur dan bersabar.

#3 - Naikkan NILAI diri, dan jual nilai diri kita  

Nasihat ketika, pastikan diri kita bernilai tinggi. Sentiasa naikkan NILAI diri, dan jual sekali nilai diri kita kepada customer, bukan sekadar jual produk.

Kita kena ingat, bila berjual beli, sesiapa pun akan fikirkan keuntungan diri sendiri. Kita beli sesuatu produk, sebab kita nakkan keuntungan kepada kita, bukan sebab nak bagi keuntungan kepada peniaga.

Kita (peniaga) fikir komisyen kita. Customer fikir penjimatan dia. Kalau dia boleh jimat berpuluh ribu (tanpa melalui kita), kenapa patut dia bayar lebih?

Bukan sahaja dia, kita pun fikir perkara yang sama (sebagai pengguna).

Jadi sebagai peniaga apa perlu kita buat? Kita kena pastikan NILAI yang kita berikan tu lebih mahal dari HARGA yang dia bayar.

Berikan NILAI lebih dari HARGA dibayar

Contohnya, siapa yang jadi customer Public Gold di bawah dealership saya, saya tahu dia akan dapat NILAI yang lebih mahal dari komisyen yang saya terima. Antaranya;

  1. Dia dapat servis dari ejen yang dah well-trained, berpengalaman luas, trusted dan komited berikan servis kepada dia. Pendek kata, kalau dia ‘tidur’ dan datang balik pun, saya masih ada di sini untuk berikan servis kepada dia, insyaAllah. Saya bukan ejen yang jenis touch n go! Bukan.
  2. Dia akan dapat ilmu dan bimbingan terus dari dealer yang sudah 13 tahun berpengalaman, yang sudah membimbing ribuan penyimpan emas secara peribadi. Dia akan dapat ILMU yang sangat mahal dari saya. Bukan sekadar ilmu transaksi jual beli emas, tapi macam mana nak kaya dengan emas, bahkan sampai tahap financial freedom pun saya ready untuk guide dia. InsyaAllah.

Dengan nilai yang ada pada diri saya, kalau dia jadi customer saya, saya tak kaya pun. Kalau dia tak jadi customer saya pun, saya tak miskin. InsyaAllah. 

Tak perlu mengemis dengan sesiapa

Tapi kalau dia pilih jadi customer saya, dia dapat peluang yang besar jadi kaya dengan ilmu, bimbingan, dan support yang saya dan team sediakan untuk dia. InsyaAllah...

Pendek kaya, kalau dia buat keputusan tak nak jadi customer saya, saya tak rasa kecewa. Sebaliknya saya rasa dialah yang rugi sebab dia dapat semua perkara tersebut dari saya tanpa perlu keluarkan duit satu sen pun!

Dia tak bayar saya, tapi Public Gold-lah yang bayar saya untuk berikan servis dan bimbingan kepada dia.

Dengan kata lain, kalau kita tahu diri kita memang BERNILAI tinggi, kita tak akan mengemis dengan sesiapa.

Take it, or leave it!... No heart feeling... Haa... Gitu! 😅

#4 - Tuhan tak akan sia-siakan kebaikan kita

Nasihat saya yang ke-4 (terakhir), kena sentiasa ingat Tuhan tak akan sia-siakan kebaikan yang kita buat walaupun sebesar zarah. Setiap kebaikan yang kita buat, Tuhan PASTI (ya, pasti... tanpa ragu-ragu lagi) akan balas dengan 10 - 700 kali ganda kebaikan... Bahkan lebih!...

Tuhan itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui...

Bila berbuat baik kepada customer (atau bakal customer), ingatlah Tuhan pasti balas kebaikan kita dari jalan yang kita tak sangka-sangka.

Bila berbuat baik kepada manusia, harapkanlah balasan dari Tuhan. Bukan harapkan manusia yang balas.

Kalau kita hanya harapkan manusia yang balas, nescaya kita pasti akan kecewa. Kerana Tuhan sentiasa ulang-ulang dalam Al-Quran bahawa hanya sedikit sekali manusia bersyukur (berterima kasih), dan tahu bersyukur...

Teruskanlah buat kebaikan dalam bisnes. Boleh jadi kita buat baik kepada customer A, tapi Tuhan akan balas kebaikan kita melalui customer B. Bahkan pasti ada customer yang pergi cari ejen lain, tapi akhir sekali dia closing dengan kita! 

Yakinlah dan bersabarlah...

Jadilah peniaga bernilai tinggi

Pengalaman saya, kalau kita benar-benar mampu berikan nilai tinggi kepada customer dan sentiasa konsisten dalam bisnes, kebanyakan customer yang tinggalkan kita akan come back kepada kita juga bila dia ada masalah.

Cuma bila dia come back kepada saya, dia kena que panjang... Kalau saya ada 7,000 customer, giliran dia untuk dapat MASA saya (yang berharga) ialah yang ke 7001! Tak boleh potong que... 😅

Sebab tanggungjawab utama kita tentulah jaga dan berikan servis kepada customer kita sendiri. Umpanya sebelum kita sibuk jaga anak orang lain, keutamaan kita tentunya pastikan anak-anak kita cukup makan dan terjaga dengan baik dulu...

Begitulah... 

Zulkifli
Cyberjaya
15 November 2023
2 Jamadil Awwal 1445H

Bisnes mendidik saya lebih bersabar dengan kerenah manusia. Dah buat appointment dengan customer nak pergi rumah dia, sampai rumah dia, dia keluar pulak dah. Jadi saya tunggu depan pintu rumah dia sampai dia balik. Masa ni baru nak belajar berniaga.

Motor kapcai ni saya pasang 3 box. Box belakang dan kiri kanan. Saya rasa seluruh KL Selangor, mungkin ada seorang dua je buat macam ni waktu tu. Nak hantar barang guna kereta tak berbaloi dengan kos. Hantar dengan motor untuk jimat kos.

Hadis - Rezeki kita Tuhan sudah tentukan

'Abdullah bin Mas'ud (Semoga Allah meredhainya) melaporkan: Rasulullah (ﷺ), yang jujur dan penerima kebenaran memberitahu kami, katanya,

"Penciptaan kamu (manusia) dikumpulkan dalam bentuk air mani di dalam rahim ibu kamu selama 40 hari, kemudian ia menjadi sesuatu yang melekat dalam tempoh yang sama, kemudian ia menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus seorang malaikat yang meniupkan roh kepadanya;

dan (malaikat) diperintahkan untuk mencatat 4 perkara mengenainya: Rezekinya, tempoh kehidupannya (di dunia ini), perbuatannya; dan sama ada dia akan bahagia atau sengsara

Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia yang sebenarnya! Sesungguhnya, salah seorang di antara kamu akan melakukan amalan penghuni Syurga sehingga hanya tinggal satu hasta di antara dia dan Syurga itu, apabila apa yang telah ditakdirkan akan terjadi dan dia akan melakukan amalan penghuni Neraka sehingga dia memasukinya.

Dan salah seorang di antara kamu akan melakukan amalan penghuni Neraka sehingga hanya tinggal satu hasta di antara dia dan Neraka. Kemudian dia akan melakukan amalan penghuni Syurga sehingga dia masuk ke dalamnya."

(Al-Bukhari dan Muslim) [Rujukan : Riyadhus Solihin, hadis ke-396)

Hadis - Pahala digandakan 10 - 700 kali ganda

'Abdullah bin 'Abbas (Semoga Allah meredhainya) melaporkan:

Rasulullah (ﷺ) menyatakan bahawa Allah, yang Maha Mulia, berfirman:

"Sesungguhnya, Allah (SWT) telah memerintahkan agar amalan baik dan buruk ditulis. Kemudian Dia menjelaskan dengan jelas bagaimana cara (untuk menulisnya):

Sesiapa yang berniat untuk melakukan amal baik tetapi tidak melakukannya, maka Allah mencatatnya baginya sebagai satu amal baik penuh, tetapi jika dia melaksanakan niatnya, maka Allah Yang Maha Tinggi, mencatatnya baginya sebanyak 10 hingga 700 kali ganda, dan bahkan lebih. Tetapi jika dia berniat untuk melakukan perbuatan jahat dan tidak melakukannya, maka Allah mencatatnya dengan-Nya sebagai satu amal baik penuh, tetapi jika dia berniat dan melakukannya, Allah mencatatnya sebagai satu perbuatan jahat."

(HR Bukhari dan Muslim) [Kitab Riyadhus Solihin, Hadis no. 11]

“Rezeki tak semestinya dalam bentuk harta kekayaan. Ada ketika Tuhan berikan kita rezeki dalam rupa "kebijaksanaan" mengurus pendapatan. Walaupun pendapatan tak sebesar mana, tapi hidup kita serba cukup dengan apa adanya. Alhamdulillah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 16 November 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>