MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kalau Yakin Produk Kita Memang Bagus, ‘Kompanglah’ Kuat-kuat!

August 27, 2023

“Kalau produk  yang kita jual, atau servis yang kita sediakan memang dapat bantu selesaikan masalah orang lain, kenapa perlu segan atau berdiam diri? Beritahulah kepada dunia!” 

Itulah lebih kurang apa yang saya faham dari mesej yang nak disampaikan Grant Cardone, seorang billionnaire dalam bukunya bertajuk “Be Obessed or Be Average”

Malu, segan dan kurang yakin untuk promosikan produk. Itu perasaan yang semua orang rasa masa baru-baru belajar nak buat marketing dan sales. Khususnya orang introvert macam saya.

More...

Punca kurang yakin buat sales...

Tapi bila fikir dalam-dalam, kenapa nak malu? Kenapa rasa kurang yakin kalau produk kita benar-benar bermanfaat dan dapat selesaikan masalah orang lain?

Kita cuma kena tahu siapa target market (bakal pembeli), dan pastikan mereka tahu macam mana produk kita dapat selesaikan masalah mereka.

Kerja-kerja buat sales jadi susah kalau kita sendiri tak yakin dengan produk kita. Dan kita tak tahu siapa target market kita.

Kalau fikir nak jual produk yang tak bermanfaat kepada orang yang tak memerlukan, kerja sales memang akan susah dan tentunya kita tak yakin promosikan produk kita!

Tapi kalau kita betul-betul yakin produk kita memang dapat selesaikan masalah orang lain, dan kita tahu siapa yang akan dapat manfaat daripada produk tersebut, maka kerja marketing dan sales akan jadi lebih mudah.

Rasa segan tu memang ada mula-mula nak menjual, tapi taklah sesusah apa yang kita fikir.

Produk bagus tak bermakna tanpa sales

Walaupun memang kita diajar supaya merendah diri dan tak menunjuk-nunjuk dalam budaya Melayu supaya dilihat lebih sopan. Tapi dalam bisnes tak boleh malu-malu dan merendah diri.

Terutamanya kalau yakin, produk dan servis kita dapat selesaikan masalah orang lain dan kita tahu yang kita dapat 'deliver' dengan cara terbaik untuk customer kita.

Kalau tak, nanti orang tak tahu tentang produk kita... 

Sebagus mana pun produk (ataupun servis), kalau tak diwar-warkan kepada orang lain dengan mempromosikan secara agresif dan marketing yang berkesan, produk tu tak berikan apa-apa makna. Useless!

Kalau benar-benar produk kita berkesan, kita kena agresif tunjukkan bukti, dan tunjukkan testimoni (secara jujur). Dan war-warkan ke seluruh bakal customer kita tiap-tiap hari sampai mereka ingat tentang produk kita.

Sentiasa over-promises, over-deliver!

Kalau kita diam dan tak tunjukkan bukti, orang tak berani nak mencuba! Jadi masalah mereka akan kekal bermasalah. 

Asalkan apa yang kita offer tu benar-benar boleh selesaikan masalah orang lain, kita kena 'bising'! 'Kompang' kuat-kuat supaya orang tahu kita ada produk yang dapat selesaikan masalah mereka. 

Dan yang paling penting, kita benar-benar "deliver" apa yang kita janjikan itu!

Bagi Grant Cardone, "under promise, over deliver" tu menunjukkan kita tak yakin dan kita tak perform sehabis baik. Sebaliknya kita kena "over promise" dan pastikan kita sentiasa "over deliver"!

Barulah kita kita akan berkembang dengan besar dan cepat, insyaAllah...

Itulah antara mesej penting yang saya belajar dari tulisan Grant Cardone, dari bukunya bertajuk “Be Obessed or Be Average”.

Mudah-mudahan tip ringkas ni bermanfaat bagi siapa yang nak terlibat untuk buat sales. InsyaAllah.

"I am never moderate or conservative when selling, marketing, or branding... When I overpromise, I am obligated to overdeliver..." - Grant Cardone

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
27 Ogos 2023
10 Safar 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>