MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Kualiti Terpenting Berjaya Dalam Bisnes

November 4, 2016

Pesan En. Syukor Hashim yang merupakan salah seorang guru bisnes saya, katanya kualiti paling penting untuk berjaya dalam bisnes ialah kejujuran. Bila orang mahu berurusan dengan kita, mereka menilai kita samada “boleh dipercayaai” atau “tak boleh dipercayaai”. Itu penilaian pelanggan yang paling penting supaya setiap duit yang mereka bayar adalah berbaloi.

Berbaloi bukan bermaksud murah, tapi NILAI yang diberikan itu lebih tinggi dari HARGA yang dikenakan. “Harga” ialah apa yang kita bayar, manakala “nilai” ialah apa yang kita dapat.

Semalam saya pergi baiki van di satu kedai “wiring” di Pasir Mas sebab masalah bateri selalu habis. Bila pomen cek bahagian pengecas bateri yang dipanggil “alternator”, katanya ia masih ok, tetapi bateri tak masuk cas. Bila dia cek lebih terperinci, katanya “alternator” yang digunakan di van saya itu tak cukup kuasa berbanding saiz van itu. “Alternator” sekarang pakai 90 amp, sepatutnya kena gunakan alternator yang 110 amp atau 140 amp.

Poket Sendiri vs Poket Pelanggan

Maka kalau kedai biasa, penyelesaianya ialah tukar “alternator” yang kuasa lebih besar. Kosnya RM500 lebih kalau jenama biasa atau RM1,500 lebih kalau jenama original.

Pomen itu bagi tahu katanya, sayang kalau nak tukar baru sebab alternator yang saya pakai sekarang sangat baru dan “original”. Memang betul, saya baru tukar baru dengan kos RM1,700 awal tahun hari tu di satu worskop di Sri Damansara, Selangor.

Jadi dia tolong cuba test sana-sini, kot-kot boleh cari alternatif lain yang lebih murah. Akhir sekali dia jumpa penyelesaian yang menjimatkan, iaitu hanya perlu tambah “wayar bumi”, dan tak perlu tukar “alternator” baru! Lepas pasang wayar bumi tambahan, dia test balik, alhamdulillah, masalah yang membelengu fikiran saya tentang van ini (sudah beberapa bulan) akhirnya selesai!

Caj yang dikenakan hanyalah RM25!

Aduh, kenapa murah sangat? Dalam fikiran saya, sekurang-kurangnya saya perlu berhabis RM2,000 untuk selesaikan masalah ini… Walaupun dia cuma minta RM25, tetapi saya hulur sahaja RM50, dan tak perlu bagi duit baki. Keep the change!

Cari Bahagia Dalam Berniaga

Pomen Cina itu ucapkan “terima kasih, terima kasih”. Sebenarnya, sayalah yang sepatutnya berterima kasih sebab dia tolong selesaikan masalah van saya ini. Dengan NILAI yang saya dapat, saya sanggup bayarnya dengan HARGA lebih mahal dari apa yang diminta. Bahkan kalau orang tanya saya, saya boleh syorkan sesiapa sahaja yang ada masalah “wiring” kereta untuk pergi ke kedai itu. Jujur dalam berikan servis terbaik adalah kualiti yang susah kita jumpa dari kalangan peniaga.

Saya percaya, sesiapa yang berniaga begini, dia pasti akan maju. Cepat atau lambat, hanya masa sahaja yang menentukannya. Bukan sahaja boleh dapat duit yang banyak dan rezeki melimpah ruah, tetapi yang lebih penting, hidupnya akan bahagia. Sesiapa yang membahagiakan orang lain, Tuhan pasti kembalikan kebahagiaan itu kepadanya kembali, insyaAllah.

Zulkifli
4 November 2016
4 Safar 1438H
Pasir Mas, Kelantan

[Kredit foto : scape]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Assalam en. zul,
    Betul!..bila kita terasa mndpt nilai yg lebih. kita tak akan sayang utk mmbayar lebih.
    terima kasih atas perkongsian. akk sentiasa ternanti nanti artikel yg en zul tulis. semuanya mmberi manfaat dan panduan.

  • alhamdulillah en.zul jumpa kedai yang berbaloi-baloi.

    kedai yang bagus sampai bila-bila kita ingat dan akan promote dengan sedara mara. tapi kalau kedai yang hampeh, kita akan promote jugak tapi promote supaya jangan pergi hehe

  • Tn Zul, zaman sekarang memang sukar untuk cari peniaga yang jujur seperti dalam artikel ini. Walaupun beliau bukan Islam tetapi akhlak beliau mirip ajaran Islam.

    Peniaga yang jujur akan bersama-sama Nabi SAW di dalam syurga kelak.

    Moga Allah buka kan hatinya untuk memilih Islam dalam hidupnya, Insya Allah.

  • xperlu entry pjg berjela2, cukup dgn isi yang ringkas dan bermanfaat.

    moga en.zul sentiasa update setiap hari blog yg perlu dibaca ini

    terima kasih

  • “Sesiapa yang membahagiakan orang lain, Tuhan pasti kembalikan kebahagiaan itu kepadanya kembali, insyaAllah.”
    Saya pegang perkara ni, semuanya milik Allah, jadi balasan baik Allah la yang kita pasti akan dapat.

  • Assalamualaikum Encik Zul ,

    Benar.

    Situasi ini kerap berlaku pada saya. kejujuran membuatkan kita sendiri akan ulang ke kedai yg sama juga kita akan promote kedai mrk kpd org lain.

    MAHAL NILAI KEJUJURAN!

  • Assalamualaikum, saya pun pernah alami situasi sama. Pomen tersebut guna gam baiki kerosakan tersebut dan tak perlu tukar barang. Alhamdulillah dah lebih 1 tahun saya guna dan masalah pun tak berulang upah pun dia tak tetapkan. Dan paling penting dia sanggup lewatkan plan untuk untuk berhari raya pada pagi tue untuk tolong saya dan family baiki kerosakan kereta kami. Rasaya kalu bagi rm500 pun saya sanggup , sebab sparepart kereta memang mahal, lastly saya bagi upah baiki rm50 pada dia. Respect pada mereka yang jujur dan bersikap benar .

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >