MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Harga Apa Yang Kita Bayar, Nilai Apa Yang Kita Dapat

March 30, 2018

Sudah 2 jam beli kopi dan duduk di sini, tapi kopi tu belum saya minum lagi walaupun seteguk.

Harganya segelas Rp. 57.000 (bersamaan RM16), saya dapat bukan sekadar kopi. Tapi saya dapat sofa dan meja selesa untuk buat kerja-kerja saya.

Ada power plug, internet tanpa had, dan suasana kondusif - tak bising dan tak lemas asap rokok macam kedai mamak. 

HARGA ialah apa yang kita bayar. NILAI ialah apa yang kita dapat.

Bandingkan harga vs nilai 

Mahal atau tidak sesuatu barang yang kita beli, jangan hanya lihat pada harganya, tapi lihat juga pada NILAInya. Itulah sebab kenapa mee goreng di pasar malam lebih rendah harganya berbanding mee goreng di restoran.

Mee goreng di pasar malam, nak jumpa udang seekor atau potongan ayam pun susah. Dengan harga yang kita bayar, itulah NILAI yang kita dapat.

Pembeli yang bijak bukan sekadar tengok pada harga, mereka akan kira pada VALUE FOR MONEY.

Dalam bahasa kita, ianya BERBALOI ataupun tidak. 

Mahal atau murah, ia bukan sekadar HARGA. Tapi yang lebih penting ialah apa NILAI yang kita dapat dengan harga yang kita bayar.

Penentu mahal ataupun murah

Kalau nak beli, tengok apa nilai yang kita dapat berbanding harga yang kita bayar.

Bagi yang nak berniaga, tengok apa nilai yang kita akan berikan kepada customer berbanding harga yang kita kenakan.

Itulah kayu ukur yang tepat nak tahu mahal ataupun murah. 

Saya tak ke Starbuck kalau sekadar nak minum kopi. Ia mahal kalau hanya untuk minum kopi. Kopi yang saya buat sendiri di rumah lebih sedap dari beli di Starbuck.

Saya selalu ke Starbuck kalau nak mengopi; berjumpa, dan berbual-bual dengan customer, business partner, dan kawan-kawan dalam suasana yang santai, kondusif dan tiada gangguan.

Pada saya HARGA yang saya bayar BERBALOI dengan NILAI yang saya dapat. 

Allahu a'lam.

Zulkifli
Jakarta
30 Mac 2018
13 Rejab 1439H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>