Dapur tak berasap, orang kata tak ada duit. Itu dulu... Tapi dunia dah berubah.
Dapur tak berasap, tak semestinya sebab tak ada duit. Boleh jadi sebab duit dia terlalu banyak, ataupun masa dia terlalu berharga. Sampaikan nak habiskan masa untuk memasak dah tak berbaloi lagi untuk dia.
Lebih baik dia beli jer kalau nak makan.
More...
Orang lain fikir nak jimat duit
Dah banyak wanita-wanita (murid-murid saya) yang saya kenal dah kurang memasak. Bahkan ada yang dah beberapa tahun tak memasak - termasuk isteri saya.
Bukan tak nak memasak, tapi mereka rasa tak berbaloi masa mereka habiskan untuk memasak.
Beli lebih jimat. Jimat duit, jimat masa...
Orang biasa cuma kira, berapa kos duit terpaksa dia keluarkan kalau dia masak sendiri. Dan berapa pulak kos duit kalau dia beli. Yang mana lebih murah, itu dianggap jimat...
Dari satu perspektif, itu betul.
Tapi lagi satu perspektif, mereka tak kira kos duit. Tapi kos masa.
Orang kaya fikir nak jimat masa
Orang kaya, masa dia lebih mahal dari duit dia. Orang kaya, dia tak kisah bayar lebih mahal, atau upah orang lain buat kerja untuk dia.
Asalkan masa dia tak habis pada perkara-perkara yang tak bernilai tinggi untuk dia buat sendiri.
Kalau orang yang pendapatan dia cecah RM20,000 sebulan, kos masa dia satu jam ialah RM113.
Dia buat duit RM113 sejam.
8 jam sehari, pendapatan dia RM904 (RM113 x 8 jam).
Kalau dia kerja 22 hari sebulan (tolak Sabtu Ahad), income dia RM19,888 (RM904 x 22 hari).
Income dia lebih kurang RM20,000 sebulan!
Kira nilai masa setiap jam
Kalau guna sejam untuk memasak, dia terlepas RM113.
Kalau 2 jam habiskan masa beli barang dapur, memasak, dan kemas-kemas lepas memasak, dia terlepas RM226.
Kalau dia order makanan dari Grab Food, dia mungkin kena keluarkan kos tak sampai RM50 sekali makan satu keluarga.
Walaupun orang anggap dia bayar lebih mahal, tapi sebenarnya dia jimat RM176 (RM226 - RM50) - sebab tak memasak!
Banyak tu....
Daripada dia memasak, lebih baik dia gunakan waktu dia tu untuk buat perkara yang lebih bermanfaat, dan bernilai tinggi untuk kehidupan dia.
Seorang guru yang ada ratusan murid contohnya...
Impak masa setiap jam
Daripada dia memasak selama 1 jam, keluar rumah cari barang masak dan sebagainya, lebih baik dia ruangkan waktu untuk sampaikan ilmu.
Dengan 1 jam tu, berapa ratus jiwa dan keluarga yang dapat manfaat daripadanya.
Bahkan dengan masa 1 jam, berapa besar duit yang masuk ke poket dia gara-gara buat perkara bernilai tinggi dalam hidup dia.
Orang macam tu, berbanding dia masak untuk diri dia dan keluarga dia, lebih baik dia order Grab Food saja.
Order sahaja apa yang dia suka.
Walaupun nampak dia banyar lebih mahal, tapi hakikatnya, dia jimat duit dan jimat masa yang sangat banyak...
Zulkifli
Cyberjaya
28 Januari 2024
17 Rejab 1445H
“Kerja kuat macam mana pun, setiap kita cuma ada waktu kerja 24 jam sahaja sehari. Antara rahsia orang kaya semakin cepat kaya sebab mereka tahu jana pendapatan dan gandakan kekayaan menggunakan MASA dan DUIT orang lain.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 27 Januari 2023