MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dua Amalan Penting Untuk Ada Lebih Banyak Waktu

October 30, 2023

“Solat awal waktu atau solat lewat, tetap kena solat juga. Tapi solat awal waktu lebih baik. Jadi, why not disiplin diri dengan solat awal waktu?”

Itu antara tazkirah yang pernah sahabat saya sampaikan ketika kami bersembang tentang keberkatan hidup.

More...

Mendahulukan waktu untuk Tuhan

Sejak dengar tazkirah (peringatan) tersebut, saya paksa diri solat awal waktu. Dengar sahaja azan berkumandang, terus bergegas untuk solat (kecuali keadaan tak mengizinkan).

Saya tak tahu apa pengalaman orang lain, tapi pengalaman saya, lepas disiplinkan diri solat awal waktu, saya terasa waktu lebih lapang.

Lebih banyak urusan dapat diselesaikan dalam sesuatu tempoh masa yang sama, dan waktu terasa lebih panjang... Alhamdulillah...

Saya tak pasti, adakah itu tandanya keberkatan waktu bila kita mendahulukan waktu untuk Tuhan?

Lagi satu amalan penting untuk ada lebih banyak waktu dan lebih produktif, ialah tidur awal dan bangun awal pagi.

Tidur awal, bangun awal

Kalau tak ada apa-apa urusan penting lepas isyak, lebih baik terus tidur dan bangun awal pagi. Bangun selewatnya pukul 5.00 pagi.

Saya tertarik dengan sharing daripada Tuan Faizan Dusuki (pemilik Rasa Catering Putrajaya) dalam catatan Facebook beliau baru-baru ini.

Katanya, ketika beliau nekad nak ubah kehidupan, nak keluar dari zon selesa, nak bina bisnes yang boleh berkembang dan berdaya saing, perkara pertama yang beliau buat adalah ubah diri menjadi seorang yang "Morning Person”...

Masuk tidur awal (lepas solat Isyak), dan bangun di awal pagi (sebelum subuh)...

Ajaibnya, bila beliau ubah rutin begitu, beliau ada masa yang mencukupi untuk mengatur kehidupan dan bisnes.


Ada cukup masa untuk beribadah, cukup masa untuk solat berjemaah di surau, ada cukup masa untuk mengurus bisnes dan keluarga... Serta merta hidup beliau berubah 360° katanya!... Seriously! 💪🏻

Ubah rutin kehidupan

Jadi pesan beliau kepada mereka yang selalu rasa masa tak cukup, tak ada masa, dan banyak benda lagi selalu menyalahkan masa... Cubalah ubah rutin kehidupan...

Katanya, ybah diri sendiri lebih mudah dari mengubah dunia... Kalau diri sendiri pun kita gagal ubah, macam mana nak mengubah dunia?...

Mudah-mudahan catatan saya kali ini jadi muhasabah kepada diri saya dan sahabat pembaca juga.

Supaya kita dapat penuhkan hidup kita dengan banyak amalan yang baik-baik sebagai bekalan untuk kita ke Syurga... Amin YRA... 

Zulkifli
Cyberjaya
30 Oktober 2023
15 Rabiul Akhir 1445H

Dari Abu Shafwan Abdullah bin Busr Al-Aslami r.a, Dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sebaik-baik manusia ialah mereka yang panjang umurnya, dan baik (pula) amalannya" (HR Tirmizi - Sahih[Rujukan - Riyadus Solihin Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 110]
Daripada Abu Barzah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. tidak suka tidur sebelum melakukan solat Isyak, dan tidak suka bercakap-cakap setelah melakukan solat Isyak (Muttafaqun 'Alaih) [Rujukan - Riyadus Solihin Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 1052]
Daripada Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas'ud r.a., dia berkaya; Aku bertanya kepada Nabi s.a.w., "Amalan apakah yang paling disukai Allah s.w.t.?" Baginda menjawab, "Solat pada waktunya". Aku bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?". Baginda menjawab; "Berbakti kepada kedua-kedua orang tua". Aku bertanya lagi, "Kemudian apa lagi?". Baginda menjawab; "Berjihad (berjuang) di jalan Allah s.w.t" (Muttafaqun 'Alaih) [Rujukan - Riyadus Solihin Karya Bestari, cetakan 1 - 2017, halaman 255]

Tuan Faizan Dasuki ni kawan lama saya ketika saya baru aktif sebagai dealer Public Gold pada tahun 2010. Kami sama-sama ikuti trip insentif PGLS Cape Town dan Jepun.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>