MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bahagia Bukan Tunggu Kaya, Tapi Syukuri Apa Yang Kita Ada

October 18, 2023

Kali terakhir waktu PKP dulu... Saya ajak keluar pun, selalunya dia lebih suka duduk di rumah... Bila dia ajak pusing-pusing lepas kami ke pasar malam Putrajaya semalam, ibarat orang mengantuk disorongkan bantal...

Saya bawa dia pusing-pusing area Putrajaya menikmati pemandangan dan landskap yang serba hijau... Tenangkan mata sambil ingat balik memori kami dulu yang selalu ke sana sini cuma bermotorsikal...

More...

Menggamit kenangan lalu

Dulu naik motor sebab memang itu sahajalah yang saya mampu... Tapi sekarang naik motorsikal sekadar menggamit kenangan lalu... Zaman kami berjuang bersama-sama ubah kehidupan kami sekeluarga...

Kalau boleh, saya elak untuk bermotorsikal dengan dia. Kecuali untuk jalan-jalan ambil angin petang-petang...

Dulu pernah kami accident waktu kami nak pergi kerja... Waktu tu dia tengah mengandung anak pertama... Alhamdulillah kandungan selamat... Walaupun masih berparut di siku dia kesan kemalangan tersebut...

Waktu muda dulu, kalau terjatuh motor pun cepat baik... Kesannya tak lah teruk sangat... Tapi bila usia dah 40-an, kita tak lagi macam waktu muda dulu... 

Naik motor kapcai lama sikit pun dah sakit pinggang... Inikan pula kalau terjatuh motor...

Kecapi sekarang, jangan tunggu kaya

Jadi nasihat buat pasangan muda, enjoylah kehidupan di zaman muda. Berbahagia bersama pasangan masing-masing walaupun belum ada apa-apa.

Bahagia bukanlah kena tunggu banyaknya harta...

Tapi sama-sama nikmati apa yang kita ada. Dan hargai pasangan kita ketika dia masih ada di sisi kita...

Banyak daripada kita ambil mudah pasangan kita... Hinggalah dia terpisah sementara atau selamanya dari kita...

Orang bahagia bukanlah yang memiliki segalanya... Tapi mensyukuri apa yang dia ada dan bersabar dengan apa yang dia belum ada...

Siapa yang sentiasa bersyukur dan bersabar, dialah yang sentiasa bahagia... 

Zulkifli
Cyberjaya
18 Oktober 2023
3 Rabiul Akhir 1443H

#TipSuamiIsteri#IslahDiri

Orang bahagia bukanlah yang memiliki segalanya. Tapi dia tahu hargai apa yang dia ada. Dan bersabar apa yang belum ada.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 13 April 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>