MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hembus Nafas Terakhir Dengan Kebaikan, Bukan Bersama Impian

August 31, 2023

Saya tengok dia happy, saya pun rasa happy... Dia happy dengan 'adik-adik' dia yang happy berjalan. Saya happy buat kerja-kerja saya.

Saya bukan jenis kaki berjalan. Saya kaki duduk rumah, kaki kerja, tapi feel good bila dapat jumpa orang yang terkait dengan misi dan makna hidup saya.

More...

Jumpa murid-murid saya.
Jumpa customer.
Jumpa partner bisnes.
Dan jumpa kenalan dan orang yang saya sayangi...

Itulah yang membuatkan saya happy...

Bukan tentang destinasi

Kalau saya pergi berjalan makan angin, bukan destinasi tu yang penting. Tapi dengan siapa saya pergi. Itu paling penting! 

Bayangkan waktu saya sibuk sampaikan seminar hampir setiap bulan bersama #PublicGoldIndonesia (tahun 2017 - 2018), tak pernah sekali pun saya pergi melencong makan angin sambil seminar! Tak pernah walaupun sekali!

Ke mana-mana tempat saya pergi, saya cuma sampaikan seminar, coaching, mengopi dengan team dan murid-murid saya, balik hotel dan terbang balik ke rumah!

Dan selalunya sebaik sahaja habis program, saya terus berkejar ke airport untuk balik rumah!

Macam tak enjoy life kata orang...

Cara enjoy yang berbeza

Tapi sebenarnya itulah life yang saya enjoy. Sampaikan ilmu, sebarkan kebaikan, dan buat yang terbaik untuk orang yang saya sayang...

Supaya ketika saat saya hembuskan nafas terakhir, saya pergi tinggalkan 1001 kebaikan dan kenangan...

Bukan pergi bawa bersama impian yang tak kesampaian... InsyaAllah... 

"Wahai jiwa yang tenang... Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku" (Surah Al-Fajr 89 : 27 - 30)

Zulkifli
Cyberjaya
31 Ogos 2023
15 Safar 1445H

#TipKejayaan #MembangunDiri #TipSuamiIsteri

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>