Happy wife, happy life! InsyaAllah... Waktu isteri saya cakap nak join trip 'adik-adik' dia ke Korea, saya terus setuju. Langsung tak banyak soal! Sebab saya tahu itu salah satu impian dia sejak 2 tahun saya terpenjara...
Sebaik sahaja saya keluar penjara, saya tengok isteri saya keadaan mental dan emosi dia sangat tak okay. Dia sangat sensitif, mudah menangis, mudah merajuk dan cepat marah...
More...
Minat dia pada Korea
Saya tengok dia seolah-olah kecewa dengan diri dia sendiri dan Malaysia...
Dan satu perubahan besar, dia hari-hari tengok cerita Korea.
Phone dia pun dah ubah semuanya ke bahasa dan tulisan Korea... Kalau tengok phone dia, saya memang stress dan langsung tak faham!
Dia cakap pada saya, dia nak pindah ke Korea. Dengan apa yang terjadi kepada kami selama 2 tahun, dia sungguh kecewa dengan Malaysia... Saya tahu dia sudah buat sehabis baik sampai kami tak tahu dengan siapa lagi kami boleh percaya dan harapkan...
Saya tak membantah
Itulah sebab saya tak membantah hasrat dia...
Saya iyakan sahaja cakap dia sebab saya tahu mental dan emosi dia sedang tak okay... Saya cuma pesan pada dia, bagi saya masa 3 tahun untuk saya kukuh kewangan kami sekeluarga, lepas tu terserahlah kepada dia...
Lepas setahun, barulah saya dapat beliau dalam keadaan diri beliau sebelum saya dipenjarakan. Sudah boleh gelak ketawa dengan saya. Dan saya dah boleh mula mengusik dan menyakat dia!... 😂
Dia kembali normal walaupun belum 100% okay...
Waktu tu baru saya boleh mula neutralkan dia.
Neutralkan dia tentang Malaysia
Kenapa dia nak migrate ke Korea? Adakah di sana tak ada masalah dan tiada orang jahat?
Sebenarnya di mana-mana pun sama. Kita akan sentiasa nampak rumput hijau di seberang sana lebih baik dari padang rumput di tempat kita...
Memanglah nyamuk ada di mana-mana. Tapi kelambu kita tak bersalah...
Malaysia negara yang baik. Tempat selesa bagi orang yang susah untuk berteduh... Negara tempat tumpah darah kita yang patut kita bangunkan dan jaga bersama-sama...
Bila kerap ke luar negara, saya lebih faham sebenarnya Malaysia negara yang sangat baik.
Cuma kalau kerosakan berlaku, ianya gara-gara orang politik yang kemaruk dapatkan tampuk kuasa yang disokong oleh pentaksub masing-masing. Meletakkan kepentingan puak lebih utama dari kepentingan sebenar rakyat dan negara...
Tanggungjawab pada tanah air
Saya fikir saya tetap kena jadi sebahagian mereka yang bekerja membina negara (tanpa nama) supaya masyarakat jadi lebih baik dengan apa yang saya ada...
Kalau saya dapat bantu masyarakat Malaysia jadi lebih baik walaupun cuma 1%, itupun sudah memadai...
Dengan kemudahan yang ada hari ini, saya tetap boleh teruskan kerja-kerja saya menulis dan sampaikan ilmu untuk mendidik masyarakat menjadikan kewangan dan ekonomi mereka lebih baik, kalaupun berada di Korea sekalipun, insyaAllah.
Saya tetap support impian isteri saya untuk dia pergi ke Korea...
Happy wife, happy life!
Saya bagitahu dia, bagi peluang saya kerja kuat cari duit untuk dia... Supaya dia mampu pergi Korea balik hari! Haha...
"Huh... Pergi Korea balik hari buat apa!", balas dia... 😂
Sekarang saya happy tengok dia dengan adik-adik dia di Korea... Dia happy pergi berjalan ke tempat yang dia suka... Saya happy bekerja di Malaysia untuk support dia...
Saya percaya, "happy wife happy life!"... InsyaAllah...
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-66!
Zulkifli
Cyberjaya
31 Ogos 2023
14 Safar 1445H
#TabahHadapiMusibah #TipSuamiIsteri
- Isteri saya dan impiannya ke Korea - FB Najdah
- Kisah bagaimana idea trip ke Korea bermula - FB Hafizah
- Bukan destinasi itu yang penting, tapi dengan siapa kita pergi - FB Zareen
Artikel berkaitan:
- Pengalaman Penjara Mengajar Saya Erti Bersyukur
- Momen Paling Indah Saya Bersama Isteri
- Emas Menyelamatkan Saya Ketika Akaun Bank Dibekukan
- Nilai Sejambak Bunga Buat Isteri
- “I Love You” Bukan Sekadar Kata-kata
- Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah
- Hembus Nafas Terakhir Dengan Kebaikan, Bukan Bersama Impian