MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dalam Rumahtangga, Bukan Tentang Siapa Betul Siapa Salah

August 15, 2023

Belajar minta maaf walaupun tak bersalah atau tak tahu apa kesalahan kita. Minta maaf bukan semata-mata sebab kita bersalah. Tapi sebagai tanda merendah diri, dan kurangkan ketegangan dalam rumahtangga.

Itu antara tip rumahtangga supaya kekal harmoni, berdasarkan 20 tahun pengalaman kami dalam berumahtangga... 

More...

Ketika masih saling menyayangi

Dalam rumahtangga ni jangan ambil kisah siapa betul siapa salah. Yang ambil kisah sangat "siapa betul, siapa salah" tu hanya untuk pasangan yang nak cari jalan perceraian sahaja.

Atau tak lebih dari sekadar nak mempertahankan ego sahaja.

Tapi kalau masih saling menyayangi, minta maaf tu lebih baik walaupun tak bersalah atau tak tahu apa kesalahan kita.

Sebab tak kisah siapa betul siapa salah, tapi bila Tuhan ambil semula orang yang kita sayang, kita akan menderita macam nak gila... 

Walau apapun kekhilafan yang berlaku, kena ingat yang dialah orang yang berjuang susah payah bersama kita. Dialah yang jaga dan uruskan banyak hal dalam hidup kita.

Ingatlah, dia teman setia kita

Dialah yang mengandung dan bertarung nyawa lahirkan anak-anak kita. Dialah yang menampung kekurangan kita. 

Dan yang paling penting, dialah yang sentiasa menyokong ketika tak ada siapa yang mempercayai kita!...

Pengalaman saya pernah terpisah selama 2 tahun (akibat dipenjarakan) dari isteri benar-benar mengajar saya; dalam rumahtangga bukan tentang siapa betul atau siapa salah. Yang paling penting kita masih saling menyayangi dan mencintai...

Kena banyak give & take. Belajar berlebih kurang dan sentiasa bertarik tali supaya setiap kali keadaan tengah tegang, jangan sampai putus... InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
15 Ogos 2023
28 Muharram 1445H

#TipSuamiIsteri #Throwback

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>