Gara-gara nak jimat beberapa ringgit, sebenarnya ada risiko besar yang mungkin bakal ditanggung oleh mereka yang berjual beli emas dari tangan individu yang tak dikenali.
Silap hari bulan, bukan sahaja kena tipu, tapi boleh sampai masuk ke 'dalam' (lokap atau penjara)!
More...
Ramai tak tahu risiko
Bagi siapa yang suka beli emas dari penjual individu, saya nasihatkan sila hati-hati. Risikonya sangat besar yang ramai orang tak tahu.
Sebagai dealer emas yang berpengalaman sejak 2010, jujurnya saya tak berani beli emas dari penjual individu. Selain takut kena tipu, saya takut terbeli emas yang sudah disenarai-hitamkan, samada emas curi atau hasil rompakan.
Setiap gold bar atau dinar, ada tertulis nombor siri pada emas dan sijil ketulenan tu. Kalau terbeli emas yang sudah dilaporkan sebagai emas curi yang dah jadi kes polis, nanti panjang cerita!
Risiko terbeli emas curi
Pertama, Public Gold (atau pengeluar asal) tak akan beli balik emas yang sudah dilaporkan sebagai emas curi. Kedua risikonya lebih besar, iaitu kita sekali boleh dituduh terlibat ataupun bersubahat dalam kes jenayah - dan boleh masuk ke 'dalam'!
Ini lebih berat.
Memang kebanyakan orang tak tahu. Tapi saya share berdasarkan kes yang pernah terjadi. Dan kes macam ni bila ada yang terkena, orang tak share kepada sesiapa. Sebab aib.
Persoalannya, boleh ke kita cek samada emas yang kita beli (dari pembeli individu) tu bukan emas curi?
Jawabnya "tak boleh".
Dituduh bersubahat kes jenayah
Kalau emas kena curi atau rompak, pemilik asal akan buat report polis. Dan salinan report tu mereka akan dihantar kepada Public Gold.
Tapi pihak Public Gold sekarang dah tak dedahkan maklumat tu macam apa yang Public Gold buat pada tahun 2012, iaitu ketika branch Public Gold masih tak banyak.
Kalau emas tu bermasalah, pihak Public Gold akan tolak untuk beli balik emas tu kalau emas tu bermasalah. Sebab barang tu nanti akan jadi barang kes polis.
Saya kenal beberapa orang yang pernah kena tahan polis sebab beli emas curi. Dan waktu saya terpenjara 2 tahun dulu pun, saya kenal seorang yang kena penjara sebab beli emas hasil rompakan.
Walaupun dia tak merompak, tapi dituduh bersubahat dengan perompak!
Di bawah pemantuan BNM
Sebenarnya penipuan dan kes dalam jual beli emas terlalu banyak. Tapi ianya tak didedahkan sebab nak jaga aib orang yang terkena tu.
Dealer-dealer Public Gold yang jenis jual beli emas direct daripada pembeli individu pun banyak yang dah kena. Kena tipu dengan pembeli. Yang kena tipu dengan penjual pun banyak.
Sebab tu saya sentiasa ingatkan supaya jual beli direct dari trusted company. Bukan jadi penjual individu.
Lagi satu kena ingat, jual beli emas ni dalam pemantuan BNM.
Sebab tu bila beli emas dengan Public Gold, Public Gold nak sahkan IC pembeli dulu baru boleh dapatkan emas. Sebab emas selalui digunakan sebagai alat untuk sorokkan duit hasil aktiviti haram e.g. duit rasuah, curi, rompakan dsb.
Medium gubahan wang haram
Jadi individu yang bermasalah ni, mereka tak akan jual direct kepada company macam Public Gold sebab nanti rekod jual beli mereka kena trace oleh BNM. Mereka akan jual kepada pembeli-pembeli secara off-record.
Tahun 2012 dulu Public Gold pernah keluarkan senarai item yang kena black-list sebagai panduan untuk dealer. Sebab waktu tu branch Public Gold belum banyak lagi. Jadi dealer Public Gold terpaksa berurusan dengan pembeli individu.
Senarai item yang bermasalah itupun pihak Public Gold cuma keluarkan untuk pengetahuan dealer-dealer sahaja.
Tapi sekarang jual beli emas sangat mudah. Tak perlu lagi dapatkan emas dari tangan dealer sebab branch Public Gold dah banyak. Kaedah jual beli bukan lagi melalui dealer, tapi direct dengan Public Gold.
Itu cara paling selamat untuk semua. InsyaAllah.
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
11 Ogos 2023
24 Muharram 1445H
- Contoh emas palsu yang didedahkan oleh makmal SIRIM - FB
- Jangan beli emas dari orang sembarangan - FB (2014)
- RM500,000 lesap terperdaya sindiket jual jongkong emas - Sinar Harian (2023)
- Modus operandi penipuan jual beli emas - FB Syukor Hashim (2023)
- Kenapa saya tak sarankan berjual beli emas dari tangan ejen? - FB (2021)
- Hati-hati dengan 'advisor' kewangan - FB (2023)
Artikel berkaitan:
- Jangan Beli Emas Dari Orang Sembarangan. Besar Risikonya!
- Tip Elak Terbeli Emas Palsu dan Risiko Dipenjarakan!
- Emas Menjadikan Penyimpannya Lebih Kaya
- 5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!
- Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal
- Emas Penyelamat Bencana Kewangan
- 10 Kesilapan Pelabur Emas!
- Test Ketulenan Emas Dengan Logik