Sejarah menunjukkan mereka yang membaca (berilmu) akan lebih kaya dan akan 'menguasai' golongan yang tak membaca. Coretan ringkas Tuan Azizi Ali tentang perkara ni benar-benar membuatkan saya tersentak!
Tahu membaca, tapi tak membaca, tak jauh bezanya dengan orang yang tak tahu membaca!
Kita fikir "membaca" tu sebagai perkara biasa jer. Tapi sebenarnya tidak. Membaca tu sebenarnya perkara besar yang akan mendorong kemajuan dalam tamadun manusia.
Membaca Sebagai Tebusan Tawanan
Mungkin itulah sebab kenapa salah satu syarat yang Nabi s.a.w. letakkan untuk bebaskan tawasan perang ialah tawanan perang tersebut kena ajar anak-anak umat Islam supaya tahu membaca.
Sejarah 1400 tahun lalu, mengajar kemahiran membaca tu sesuatu bernilai tinggi sampai boleh dijadikan nilai tukarkan untuk bebaskan diri dari jadi tawanan perang!
Dalam catatan Tuan Azizi tersebut, katanya sehingga kira-kira seratus tahun yang lalu, hanya golongan bangsawan, yang berkuasa dan yang kaya sahaja yang pandai membaca.
Beliau ulang tersebut; sehingga kira-kira seratus tahun yang lalu, hanya golongan bangsawan, yang berkuasa dan yang kaya sahaja yang pandai membaca.
Hanya Untuk Golongan Bangsawan
Jadi sementara mereka menjadi lebih bijak, baik dan bagus kerana dapat menimba ilmu, rakyat biasa masih lagi terpinga-pinga dalam kegelapan.
KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN BERMAKNA KURANGNYA KEMAJUAN DAN KURANGNYA HARTA KEKAYAAN.
Kita semua tahu orang Mesir purba menggunakan tulisan berbentuk simbol (hieroglyphs).
Apa yang ramai orang tak tahu, cuma kurang daripada 3% daripada penduduk Mesir purba yang boleh membaca tulisan tersebut!
Mereka yang boleh membaca terdiri daripada keluarga diraja, paderi-paderi dan pegawai-pegawai awam. Rakyat jelata yang lain semuanya buta huruf!
Golongan Membaca Lebih Berkuasa
Mungkin inilah satu sebabnya kenapa keturunan firaun memerintah Mesir selama 3,000 tahun! Mereka yang membaca (berilmu) akan lebih kaya dan akan 'menguasai' golongan yang tak membaca dengan mudah.
Jadi kalau nak kaya dan berkuasa, kita tak ada pilihan lain. Kena membaca. Jadikan membaca sebagai budaya.
Cuma apa yang setiap kita kena ingat, baca buku tak semestinya kena baca sampai khatam. Fokus kita baca buku untuk PENINGKATAN DIRI dalam beberapa aspek kehidupan kita, bukan untuk jawab exam.
Ada buku yang kena baca sekarang. Ada buku yang kena baca kemudian. Dan ada buku kita jadikan rujukan bila ada apa-apa persoalan yang perlukan jawapan.
Cara Baca Buku Berkesan
Tabiat saya, bila dapat buku baru, ini yang akan saya buat:
- Baca cover depan dan belakang. Dari situ kita akan faham apa yang nak disampaikan dalam buku tersebut, dan menilai samada buku tu relevan untuk saya ataupun tidak. Kalau relevan, saya teruskan bacaan. Kalau tak relevan, saya tinggalkan terus...
- Baca "table of content" (senarai kandungan). Dari situ, kita akan nampak lebih jelas topik yang akan dibincangkan dalam buku tersebut. Saya akan cari topik yang menarik minat saya untuk tahu dan faham.
- Baca "sub-topic" - Kita akan lebih zoom in untuk dapat tahu lebih mendalam topik perbincangan. Supaya mudah pilih topic mana yang utama untuk saya baca dan faham.
- Pilih bahagian yang mahu di baca. Pada tahap ini, saya akan buat keputusan, adakah buku tu saya perlu baca sekarang, atau baca kemudian, atau cuma fokus baca dan fahamkan beberapa topik sahaja dulu. Yang lain tu saya baca kemudian, atau jadikan sebagai rujukan bila perlu.
- Skip topik yang bukan keutamaan untuk baca sekarang, atau tutup buku dan baca buku seterusnya.
Inilah tip ringkas macam mana cara saya baca buku untuk tingkatkan kehidupan.
Kalau nak pastikan sentiasa ada peningkatan dalam hidup, tak ada pilihan lebih baik. Kita kena jadikan membaca sebagai budaya. Tak akan sama mereka yang membaca dengan yang tak membaca. Iqra'...
“Rich people have small TVs and big libraries, and poor people have small libraries and big TVs”. - Zig Ziglar
Zulkifli
Cyberjaya
14 Ogos 2023
27 Muharram 1445H
“Di zaman orang tak minat membaca, bacalah 10 buah buku dalam sesuatu topik dan share ilmu tersebut di medsos. Nescaya kita dianggap paling pakar dalam topik tersebut. Sejarah menunjukkan generasi berilmu akan lebih kaya, lebih berkuasa.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 November 2023
Ilmu penyuluh hidup. Lagi banyak ilmu, lagi teranglah masa depan. Tanpa ilmu, masa depan nampak gelap. Nak ubah hidup, mulakan dengan obses mencari ilmu dan jangan berhenti belajar. Kalau tak belajar, kehidupan akan mengajar kita dengan lebih banyak kesilapan. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 21 Oktober 2024
Coretan FB berkaitan:
- The power of education by Nelson Mandela - FB (2013)
- Orang kaya banyak membaca. Ia rahsia sejak beratus tahun dahulu - FB Azizi Ali Mentor Wang (2015)
- Cara nak membaca buku dengan lebih cepat - FB (2021)
- Asas mendapat ilmu tetap kena membaca - FB Nik Hasyudeen (2024)