Sehari sebelum raya hari tu, saya pergi tengok kebun tembikai Abah. Orang Kelantan panggil buah "Timun Cina". Ataupun sebut "Timun" jer.
Sekarang ni Abah tiap-tiap hari jual buah timun ni. Orang datang beli direct dari kebun.
Timun ni isinya kuning. Rasanya lebih manis dari timun merah tu.
Waktu mula-mula Abah tanam dulu asalnya tak menjadi. Lepas Abah berguru dengan mereka yang berpengalaman tanam timun, barulah menjadi.
More...
Mencuba Formula Sendiri
Abah orang educated. Dia tak terima bulat-bulat formula yang orang kampung bagi.
Jadi Abah cuba-cuba modify formula tanam timun, kononnya nak dapatkan hasil lebih baik.
Malangnya tak menjadi...
Abah explore lagi...
Akhirnya Abah dapatkan nasihat daripada mereka yang lama bekerja dengan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, dan baca buku-buku tentang penaman timun.
Lepas baca buku, barulah Abah dapat kefahaman yang lengkap dan formula yang lebih baik macam mana nak hasilkan timun yang berkualiti yang baik.
Rasanya lebih sedap dan lebih manis dari yang biasa, lebih baik dari apa yang dia belajar sebelum ni... Alhamdulillah...
Saya fikir, nak tanam timun (yang kita nampak semudah campak biji timun) pun kena berguru dan baca buku barulah menjadi...
Inikan pula kita nak bebas masalah kewangan dan bina kekayaan. Lebih-lebih lagilah kena berguru dan membaca...
Kuncinya Pada Guru dan Buku
Nak berjaya dalam apa bidang sekalipun, bila berguru, kita akan lebih cepat faham.
Tapi selalunya kefahaman tu tak lengkap kecuali bila kita baca buku (yang berkaitan). Dengan membaca, kefahaman kita akan lebih lengkap dan lebih tersusun... InsyaAllah.
Nanti barulah apa yang kita buat tu akan lebih menjadi berbanding mereka yang tak belajar dan tak membaca...
Kalau nak berjaya dalam apa bidang sekalipun, tak boleh tidak melainkan kena berguru dan membaca.
Setiap permulaan, mesti bermula dengan ilmu.
Tak akan sama orang berilmu dengan yang tak berilmu...
Lepas dapat hasil jualan jual timun hari tu, Abah terus bawa cucu-cucu dia ke kedai... Belanja cucu-cucu - ikut apa yang mereka nak beli...
Happy cucu-cucu Abah bawa mereka keliling kampung... Alhamdulillah.