Masa cari foto-foto lama hari tu, terjumpa foto candid ni bertarikh 19 Jun 2011 - ketika usia saya nak masuk 31 tahun.
Tengah baca buku "Nota Jutawan, Nota Kewangan", tulisan Tuan Irfan Khairi, sambil tunggu anak sulong tengah solat...
Dulu bila nampak jer buku yang ada tajuk "jutawan", saya mesti belek dan baca.
More...
Keinginan Kuat Nak Jadi Jutawan
Sebenarnya sejak saya baca buku "Jutawan Dari Planet Jupiter" pada tahun 2003 lagi, saya teringin sangat nak jadi jutawan.
Walaupun ketika itu saya masih B40, masih pakai kereta buruk (Nissun Sunny silver kat belakang tu), masih naik motor kapcai ke sana ke mari, dan masih belum bebas dari hutang.
Macam mana nak jadi jutawan sedangkan kita tak tahu apa jutawan buat sampai mereka jadi jutawan?
Sebenarnya jawapannya sudah ada dalam buku-buku yang mereka tulis.
Kita cuma kena rajin baca buku untuk bongkar rahsia setiap jutawan ni.
Saya baca banyak buku yang ditulis oleh jutawan pada ketika itu. Antaranya Tuan Azizi Ali, Dato Dr Rusly Abdullah, Irfan Khairi, dan Robert T. Kiyosaki tentunya...
Jalan Short-Cut Jadi Jutawan
Sebenarnya setiap satu buku yang kita baca, kita dapat pendekkan waktu sekurang-kurangnya 10 tahun berbanding kita belajar dari kesilapan sendiri untuk faham.
Sebab setiap buku yang ditulis, selalunya penulis tu sudah ada 10 tahun pengalaman dalam bidang yang mereka tulis.
Bila membaca buku, kita tak perlu ulangi kesilapan mereka, dan kita dapat tahu jalan short-cut yang mereka sudah lalui berbanding kita cuba-cuba explorenya sendiri.
Itulah sebab kenapa saya tekankan kepada semua murid-murid saya dalam #G100Network supaya membaca, membaca dan membaca...
Sampailah membaca tu sudah jadi salah satu daripada 8 tabiat orang kaya yang tak boleh ditinggalkan lagi...
Ketika itu, kejayaan hanya persoalan masa jer. InsyaAllah.
Allahu a'lam.
Zulkifli
Cyberjaya
10 April 2023
19 Ramadhan 1444H
- Waktu terbaik membaca ialah waktu tak produktif - FB Mohd Zulkifli Shafie
- Selesaikan masalah kewangan dengan membaca - FB Mohd Zulkifli Shafie
- Labur RM700 beli buku untuk tingkatkan diri - FB PG G100 Dealers (Private Group)
“Di zaman orang tak minat membaca, bacalah 10 buah buku dalam sesuatu topik dan share ilmu tersebut di medsos. Nescaya kita dianggap paling pakar dalam topik tersebut. Sejarah menunjukkan generasi berilmu akan lebih kaya, lebih berkuasa.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 November 2023