Tak pernah berhenti belajar. Saya belajar, isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain juga belajar.
Saya terus belajar untuk tingkatkan ilmu kewangan, bisnes dan kepimpinan. Manakala isteri saya belajar bahasa. Beliau sangat sukakan bahasa.
Sekarang beliau sedang belajar bahasa Korea secara langsung dari guru di Korea. Belajar online setiap minggu secara 1-1 dengan guru.
Bersungguh-sungguh dia belajar macam dia nak masuk exam. Padahal pengajian dia ni memang langsung tak ada exam. Tapi sebab minat, dia belajar bersungguh-sungguh tanpa dorongan dari sesiapa.
More...
Saya berbeza. Saya bukanlah seorang yang minat belajar bahasa.
Subjek bahasa agak mencabar bagi saya. Subjek Bahasa Melayu pun saya dapat C waktu SPM dulu. (Tapi Bahasa Arab saya dapat A, itupun setelah dirawat oleh guru dalam kelas ICU... )
Sebaliknya saya minat nombor. Subjek matematik itu 'kacang' saja bagi saya.
Lepas habis belajar di universiti, saya terus belajar tentang nombor (kewangan) sampai sekarang. Selain nak tingkatkan kewangan saya, ia memang bidang yang saya minat.
Bila minat, yang susah pun tak terasa susah sebab kita tak pernah rasa bosan untuk terus explore.
Untuk berjaya dalam hidup, kita tak boleh sesekali berhenti belajar. Sekali kita berhenti, kemajuan kita pun akan turut sama berhenti.
Bak kata bijak pandai;
"Once you stop learning, you start dying" - Albert Einstein.