MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

3 Rahsia Jadi Kaya Dan Kekal Kaya

Letak je duit dalam pelaburan sekian-sekian, nanti auto kaya!... Lepas tu goyang kaki tunggu kekayaan datang bergolek-golek... 

Itu mustahil... Tak ada siapa yang jadi kaya dan kekal kaya dengan cara macam tu.

Mindset macam tu namanya "mentaliti judi". 

More...

Siapa tak buang mentaliti judi tu, selagi tu dia tak akan kaya. Bahkan duit dia akan lebur berkali-kali dalam skim cepat kaya (cepat lingkup)...

Perhatikan 3 Perkara

Nak kaya, pertama kena tukar MINDSET. Kena berfikir macam orang kaya berfikir... 

Kedua, kena ada ILMU. Kita kena tahu apa yang orang kaya tahu... 

Ketiga, kena buat buat perkara yang betul (apa yang orang kaya buat) secara konsisten, berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan dan bertahun-tahun.

Kita kena buat apa yang orang kaya buat sampai ianya jadi TABIAT dalam diri kita. Maka barulah kita akan dapat apa yang orang kaya dapat. InsyaAllah...

Nak jadi kaya ni tentang UBAH DIRI, bukan ubah poket. Duit yang banyak pun akan habis kalau dalaman diri kita masih lagi miskin. 

Nak jadi kaya, kita akan 'berperang' dengan diri sendiri untuk ubah diri kita jadi orang yang lebih baik dari sudut mindset, ilmu, dan tabiat (kebiasaan). 

Selagi 3 perkara tu tak diubah, kita akan struggle untuk cari duit, dan kekayaan yang banyak tak akan datang kepada orang yang dirinya KOSONG... 

Ubah 3 Perkara

Macam mana nak ubah diri?

Pertama, hentikan semua input sampah yang masuk dalam fikiran. Jangan benarkan sampah masuk dalam otak kita. 

Stop ikuti konten-konten negatif yang tak bermanfaat.

Kedua, masukkan input-input yang baik dalam fikiran.

Mulakan tabiat membaca buku, datang kelas, dan follow konten-konten yang mendorong kita untuk jadi orang kaya yang baik-baik.

Nak kaya, kita kena obses untuk terus belajar dan dapatkan ilmu-ilmu baru supaya kita sentiasa kekal relevan.

Ketiga, ubah "circle". Ubah lingkungan pergaulan... 

Dengan siapa kita berkawan rapat hari ini akan berikan kesan besar kepada masa depan kita. 

Bak kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, kalau kita berkawan rapat dengan 5 jutawan, kita akan jadi jutawan yang ke-6! InsyaAllah...

Circle Kita, Masa Depan Kita

Jadi bila datang kelas-kelas kewangan, bisnes atau pelaburan, ambil peluang dapatkan kenalan baru yang ada misi yang sama kita - nak jadi kaya. 

Cuba ambil phone dan cek, berapa nombor telefon jutawan yang ada dalam phone book masing-masing? Dan adakah jutawan tersebut save nombor telefon kita? 

Kalau belum, pergi masuk circle yang betul...

Kalau tak dapat berkawan rapat dengan jutawan pun, berkawan rapatlah dengan mereka yang rapat dengan jutawan!

InsyaAllah satu hari nanti kekayaan yang banyak akan mengalir kepada kita...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
20 Mei 2023
29 Syawal 1444H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>