Saya terbaca satu tip penting dalam buku Secrets of The Millionaire Mind katanya, orang kaya fokus kepada net worth (nilai harta bersih), sedangkan orang kebanyakkan hanya fokus kepada duit gaji bulanan sahaja. Maksudnya, orang kaya fokus jumlah kekayaan yang dia miliki, bukan sekadar duit gaji yang dia terima setiap bulan.
Bila fokus kembangkan harta, maka dia tahu, duit gaji yang dia dapat mesti digunakan sebaik mungkin untuk kembangkan kekayaan. Tapi bagi yang tak pernah ada idea pun apa yang dimaksudkan “net worth” (nilai harta bersih), maka duit gaji yang dia dapat akan dihabiskan sebab dia fikir, bulan depan dapat gaji lagi. Jadi jumlah harta tak bertambah dari bulan ke bulan. Yang bertambah hanyalah hutang dan komitmen perbelanjaan setiap bulan.
Makin Lama Makin Banyak Masalah Kewangan
Jadi sebab itulah makin lama bekerja, kekayaan tak bertambah sebaliknya makin banyak masalah kewangan sebab hutang dan komitmen perbelanjaan makin bertambah.
Dulu masa mula-mula bekerja, tak ada masalah kewangan. Masalahnya cuma duit gaji tak cukup untuk hidup lebih selasa. Bila dah lama bekerja, makin banyak masalah kewangan sebab makin besar gaji yang dia dapat, makin besar hutang yang dia buat!
Untuk perbetulkan balik masalah ni, mula dengan letak matlamat baru iaitu nak kumpul harta (net worth) dalam jumlah yang cukup untuk harta itu menjana pendapatan pasif tanpa perlu lagi bekerja.
Kumpul Sampai Cukup Pendapatan Pasif
Kalau siapa nak pendapatan pasif RM5,000 sebulan, maka saya kira-kira dia perlu letak matlamat memiliki harta bernilai RM1.2 juta. Harta itu mestilah disimpan dalam instrumen kewangan yang boleh menjana pendapatan pasif seperti ASB, Tabung Haji atau hartanah dengan anggaran keuntungan yang kita dapat sekitar 5% setahun.
Jadi bila ada matlamat RM1.2 juta, automatik kita akan fikir, sebahagian duit gaji mesti disimpan setiap bulan. Minimum 10% daripada gaji. Lagi baik, 30% dari gaji kasar. Bahkan lagi ekstrem, ada yang simpan sampai 50% dari duit gaji! Lagi banyak duit yang disimpan, lagi cepatlah capai matlamat RM1.2 juta itu, insyaAllah.
Bila dah ada simpanan lebih dari 6 bulan gaji, duit lebihan tu boleh digunakan untuk pelaburan. Selagi belum ada simpanan berjumlah 6 bulan gaji, sepatutnya kita tak sibuk lagi dengan apa-apa pelaburan sekalipun. Fokus simpan je dulu. Jangan melabur.
Tempat Terbaik Untuk Melabur
Bila simpanan bertambah, kita confirm bertambah kaya. Bila melabur, rugi dalam tangan tapi untung belum tentu. Jadi sebelum melabur, cukupkan dulu simpanan kecemasan berjumlah 6 bulan gaji.
Kalau pelaburan kita tak menguntungkan, sekurang-kurangnya kita tak terdesak untuk cairkan pelaburan tu sebab kita dah ada duit lain jika ada hal kecemasan.
Persoalannya, apa perlaburan paling baik?
Jawapannya, pelaburan terbaik ialah pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya. Dan sejauh mana kita dapat jana keuntungan dalam sesuatu pelaburan, bergantung sejauh mana ilmu kita tentangnya.
Berbezaan ketara orang biasa dengan orang kaya ialah bagaimana cara mereka berfikir dan melihat sesuatu. Buku Secrets of The Millionaire Mind ini membongkar rahsia cara orang kaya berfikir.
Nasihat Percuma Adalah Berbahaya
Jangan sesekali melabur di tempat yang kita tak tahu hujung pangkalnya. Kesilapan ramai orang, dia mengharapkan orang lain tolong laburkan untuk dia; harapkan broker saham, harapkan ejen unit trust, harapkan ejen emas, harapkan forex trader dan harapkan ejen produk pelaburan. Harapkan 100% tanpa dia sendiri tahu hujung pangkal pelaburan tu.
Sedangkan semua ejen-ejen tu harapkan komisyen jualan atas produk pelaburan tu sendiri. Jarang sekali jumpa ejen yang fikir untungkan kita sebagai pelabur. Mereka fikir nak jual lebih banyak sebab mereka dibayar komisyen lebih banyak!
Maka kalau kita harapkan ejen yang tolong buat untung untuk kita, maka itu kesilapan yang besar. Menurut Robert T. Kiyosaki, antara punca kebocoran kewangan kita ialah disebabkan terlalu percaya kepada ejen produk kewangan. Dalam buku tulisan beliau, beliau istilahkan sebagai “broker” dimana ia dari perkataan asal ialah “broke” (pokai)!
Kita Adalah Pomen Kewangan Sendiri
Jadi bila nak bina kekayaan, kita mesti ambil tanggungjawab sepenuhnya. Jangan harapkan orang lain. Kita perlu bantuan ejen-ejen produk kewangan untuk dapatkan info yang cukup tentang sesuatu pelaburan, tapi akhirnya kita perlu buat keputusan sendiri mengikut matlamat kewangan kita sendiri.
Kalau kereta rosak, kita boleh hantar ke workshop untuk mekanik tolong repairkan untuk kita. Tapi dalam bab kewangan, tiada sesiapa boleh tolong repairkan melainkan kita kena belajar dan repair sendiri.
Maka semuanya berbalik kepada ilmu. Letak matlamat kumpul kekayaan berjumlah RM1.2 juta. Seterusnya pergi cari ilmu bagaimana nak capai RM1.2 juta tu dengan lebih cepat dan selamat. Baca buku, datang seminar dan berkawanlah dengan mereka yang ada misi yang sama. InshaAllah saya percaya, cepat atau lambat, kita semua boleh mencapainya…
Zulkifli
Damansara Damai
13 Ogos 2017
21 Zulkaedah 1438H
[Kredit foto : lasvegasbookkeeping]
Buku The Secret of Millionnaire Mind banyak beri insiprasi pemikiran, sikap dan tindakan orang kaya.
Betul En. Azrin Ros.
Duit simpanan tuan mesti dah cecah 1.2 juta kan… ? Yelah sekarang dah tahun 2017.. dan saya mula ikut blog tuan sejak tahun 2008
RM1.2 juta tu mestilah dalam bentuk aset yang menjana pendapatan, e.g. Tabung Haji, ASB, Hartanah dsb. Emas tak termasuk. Kalau RM1.2 juta dalam bentuk wang simpanan, saya rasa agak berisiko dari sudut ketidaktentuan ekonomi dan politik. Aset macam hartanah tu lebih selamat dari sudut nilai jangka panjang.
Tapi nak bagi newbie senang faham, saya selalu cakap duit simpanan je dulu. Bila mereka dah belajar, mereka lebih tahu di mana sepatutnya mereka letak duit simpanan tu.
Terima kasih atas peringatan yg nilainya jutaan ringgit ini.
Alhamdulillah. Sama-sama SJ. Mudah-mudah bermanfaat, insyaAllah.
Saya dah lama mengikuti tuan..
Semakin lama semakin saya rasa tidak tahu..
Semoga Allah berikan kebaikan kepada tuan.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan blog ini bermanfaat untuk En. Hafiz. InsyaAllah.
yep, kita tak boleh mengharapkan ejen yang buat semua untuk kita…kita kena ilmu, ada ilmu barulah terang jalannya
Betul Pn. Siti Hazreen.
Assalamualaikum Encik Zul,
KIta adalah POMEN kewangan kita sendiri .
nak jadi POMEN bukan senang. kena ada ilmu .
nak ada ilmu memang betul kena bergaul dengan mereka yang ada ilmu ke arah itu.
Mohon terus melatih kami.
Terima kasih Encik Zul .
Kalau ilmu kewangan cetek, memang gaji takkan cukup sampai bila2… Bila gaji naik, kemahuan pun sama naik walaupun kenaikan gaji tu bukan banyak mana pun..
Assalamualaikum tuan,
aset RM 1.2 juta tu adakah termasuk wang simpanan atau semata-mata aset fizikal?
Bolehkah simpanan emas juga termasuk dalam jumlah aset tersebut?
Wslm En. Asri,
Itu aset yang menjana pendapatan seperti Tabung Haji, ASB, Hartanah dsb.
Emas tak termasuk sebab emas tak menjana pendapatan.
Baru 2 hari lepas saya baca tentang pemilik syarikat hartanah terkenal yang dikejar oleh LHDN. LHDN sita akaun simpanan tetap dengan bank luar sebanyak RM150 juta. Jika dicongak 3.5% pendapatan daripada simpanan tetap ini, dalam setahun dia goyang kaki je dah dapat RM5.25 juta! Sebulan RM437,500. Itulah cara orang kaya manipulate harta mereka dan mampu nak melancong, beli kereta mewah, makan di hotel2 mewah, kahwinkan anak secara besar-besaran dan sebagainya. Yang orang kita ni pelak harta ke mana, duit ke mana, hutang je lebih nak hidup macam diorang. sebab itulah yang kaya bertambah kaya kerana mereka ada ilmu, strategi.
Betul. 🙂
TQ for sharing
Artikel yg amat bermanfaat cikzul, tahniah, cikzul dimana nak dapatkan buku tu, saya cari dekat popular takde.
Banyak kedai buku ada sepatutnya. Popular, MPH, Kinokuniya.
Dalam bab menyimpan harta ni, simpanan baik dalam tabung haji,asb, hartanah, dan mineral (emas, perak,etc). Cuma share skit, desebabkan harga emas sudah volatile, jadi daripada emas tersebut saya jual lebih daripada separuh untuk pasaran saham.
Pasaran saham pulak kena la ada ilmu skit. Kalau tidak memang banyak rugi, sya 2 bulan pertama mmg bnyk rugi pasal tak berapa mahir lagi, 4-5 bulan baru cover rugi dan ada lah untung skit. Ubah teknik kepada investing. Pasal short term trader mmg risiko tinggi, tapi itulah yg orang Melayu suka pilih, itulah boleh cepat kaya (kalau luck dia tinggi, tapi biasanya sekali sekala je luck tinggi). Investment, cari company uptrend, risiko rendah dan untung yg progresive. ya betul, kena buat sendiri semua ni, mana boleh nak suruh orang dalam pelaburan.
Itulah serba sikit perkongsian pasal pasaran saham bursa malaysia ke, nasdaq ke dow jones ke, hangseng ke, smua kena ada ilmu dan buat sendiri.
tak sangka en zul dengan sibuk urusan seminar dan bisnes tapi masih dapat menghabiskan satu buku motivasi lagi tu…hebat sungguh pengurusan masa en zul..berbeza dengan kita orang yg makan gaji ni…kluar kje pagi dan hampir magrib baru smpai rumah dan malam mmg terlalu letih utk membaca wlau sehelai mukasurat buku..huhu
Alhamdulillah. Masa paling baik ialah masa sibuk. Waktu sibuk, kita lebih menghargai masa dan dapat selesaikan banyak urusan ketika sibuk berbanding ketika lapang.
[…] apa sahaja hutang yang membuatkan kita lebih miskin 5 tahun akan datang. Hutang tersebut menghakis nett worth kekayaan seperti pinjaman beli kenderaan, pinjaman peribadi, kad kredit dan pinjaman pelajaran. […]
Assalamualaikum wbt.
Saya memerlukan bantuan kewangan. Bagaimana saya ingin bantuan kewangan dari tuan. Saya memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM20,000.00 untuk melunaskan hutang-hutang along. Boleh ka tuan membantu saya. Ni nombor telefon saya 0124519456. Ni nombor akaun maybank saya 152068693987. Dengan bantuan tuan saya sentiasa berdoa agar datuk dimurahkan rezeki.