MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Fokus Pemilikan Harta, Bukan Keuntungan Sementara

March 4, 2015

Ada seorang businessman jutawan datang jumpa saya berbincang perancangan untuk tukar sebahagian daripada hartanya kepada bentuk emas. Selepas berjumpa saya, beliau buat pembelian pertama sekitar RM200,000. Tapi sasaran beliau yang sebenar ialah sekitar RM1 juta. Kami bersembang tentang simpanan emas dan hartanah. Satu persamaan antara saya dan dia ialah, kami fokus PEMILIKAN HARTA, bukan “buy low sell high”. Kalau sekadar “buy low sell high”, kita cuma boleh jana “temporary profit” (keuntungan sementara). Lepas jual, dapat untung, dan HABIS! Selepas tu nak buat apa?

Strategi keuntungan jangka pendek begitu akhir sekali membuatkan kita tak memiliki harta. Kekayaan kita makin susut sedangkan harta-harta yang kita jual akhirnya jadi milik orang lain. Bila berlaku krisis ekonomi, kewangan kita turut sama berkrisis sebab kita tak ada harta.

Harta Kita Jadi Milik Orang

Krisis ‘jual harta’ begini banyak berlaku terutamanya dari kalangan kita orang Melayu. Bila beli hartanah sebagai contohnya, harga naik, kita pun jual, jual, jual! Akhir sekali apa yang kita ada? Tanah dan harta kita sudah jadi milik orang, dan kita salahkan bangsa lain yang memilik banyak harta.

Ada satu taman perumahan tempat kawan saya tinggal, katanya perancangan membina surau di tempatnya terpaksa dibatalkan. Kalau ikutkan pemaju, dekat dengan rumah beliau akan dibina sebuah surau. Tapi disebabkan harga rumah di kawasan itu naik mendadak, kebanyakkan pemilik Melayu Muslim jual rumah-rumah mereka! Sekarang majoriti yang tinggal di situ adalah non-muslim! Dan memang logiklah kalau perancangan pembinaan surau di situ dibatalkan sebab kawasan itu bukan lagi jadi ‘milik kita’.

Warrant Buffet Tak ‘Main Saham’

Saya terbaca tentang strategi Warrent Buffet yang dianggap pelabur terhandal dalam pasaran saham. Sebenarnya, Warrent Buffet bukan beli saham sekadar “buy low sell high”. Beliau bukan sekadar beli SAHAM, tapi beliau beli BISNES itu sendiri. Beliau tak ‘main saham’. Matlamatnya ialah, MEMILIKI BISNES sebagai salah satu bentuk harta dengan membeli saham-saham syarikat-syarikat yang bagus. Ia adalah PELABURAN JANGKA PANJANG yang akhir sekali membuatkan beliau jadi antara orang yang terkaya di dunia!

Apa yang boleh saya simpulkan, kalau pelaburan kita sekadar “buy low sell high”, kita masih lagi berada dalam ‘rat race’ (perlumbaan) yang tiada garisan penamat. Kita akan penat mencari kekayaan yang tiada kesudahan. Kita akan sentiasa bergantung kepada “active income” untuk hidup sedangkan orang kaya-kaya, mereka fokus kepada “passive income”.

Jaga Pokoknya dan Makanlah Buahnya

Jadi kalau simpan dalam Tabung Haji, fokus tambahkan simpanan sebanyak mungkin. Kalau simpanan cukup RM1.2 juta, secara mudahnya kita dapat ‘makan’ dividen RM60,000 setahun bersamaan RM5,000 sebulan. Kalau beli saham, beli saham syarikat yang bagus-bagus dan ‘makanlah’ dividennya sahaja. Kalau beli hartanah, fokus tambah pemilikan hartanah dari semasa ke semasa. Kalau nak ‘makan’, ambil keuntungan duit sewaannya sahaja. Kalau beli emas, jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang. Anggaplah emas itu sebagai ‘insuran’ kekayaan kita. Letak matlamat untuk tambah kepingan emas dari semasa ke semasa. Bukan sekadar “buy low, sell high”.

Fokus tambah harta hingga ia mampu menjana pendapatan

Dan kalau buat bisnes, upgrade bisnes kita tu sampai boleh jadi harta yang dapat menjana pendapatan berterusan; sediakan SOP kerja, setup sistem, dan bina network ejen bebas supaya bisnes dapat jalan terus tanpa kehadiran kita. Fokus tanam dan jaga ‘pokok-pokok’ kekayaan kita itu supaya berkembang besar dan teguh. Kita cuma akan kutip hasil bila ianya sudah ‘berbuah’ lebat. Jangan sesekali gatal tangan ‘memetiknya’ kalau pokok tu baru sahaja nak berbunga!

“The rich buy assets,
the poor only have expenses,
the middle class buy liabilities they think are assets” – Robert T. Kiyosaki

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
4 Mac 2015
13 Jamadil Awal 1436

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • untuk jangka masa yang panjang asb loan atau membeli emas secara GAP setiap bulan adalah terbaik? saya rasa macam nak stop asb loan yang saya buat selepas 3 tahun ni dan konsisten beli emas GAP setiap bulan. Boleh tuan berikan pendapat tuan mengenai perkara ini?

  • Assalamualaikum en Zul…
    Makin lama ikut blog en Zul…makin rasa ketinggalan tentang dunia kekayaan….Sekarang ni saya dalam langkah untuk melangsaikan hutang….target 5 tahun habis hutang…..insyaallah….mungkin en.Zul Ada nasihat untuk saya bina kekayaan….

    • Wslm En. Amezat,

      Tak apa. Mulakan langkah dari sekarang dan letakkan matlamat yang sesuai. Saya yakin, at least 5 – 10 tahun akan datang kewangan kita akan jadi lebih baik, insyaAllah. Perjalanan yang 1000 batu itu tetap bermula dengan langkah pertama.

  • assalam tuan,
    setelah baca blog tuan, byk pmasalan saya tentang kaedah pyimpanan . walaupun baru bmula 3 bln saya dpt buat peyimpanan emas bernilai rm5k. walaupun nampak sedikit tapi sudah byk bagi saya. sebab klau buat simpanan dulu cara tunai..cepat sgt cair. Alhamdulilah blum terfikir untuk jual balik emas. fokus untuk tambah dari masa ke semasa. Terima kasih Ya Allah. Mohon tuan doa permudahkan urusan sayA. wassalam

  • Artikel yang bagus. Salah satu sebab ‘orang kita’ cepat tergadai harta sebab rambang mata nampak duit banyak. Padahal bila dah jual, sudah tidak akan dapat harta yang sama.

    Biarlah itik bertelur emas. Jangan dibunuh itik untuk lebih telur.

    Terima kasih tuan.

  • Salam tuan…

    Sejak dua hari lps sy terjumpa blog tuan dan berminat utk hidup bebas hutang n financial freedom.mmg dh lama berhasrat utk menyimpan duit dlm bentuk emas.sy kenal pg melalui sahabat sy dan telah mbeli emas 1g dgn beliau.namun setelah mbaca blog tuan,sy dapati tuan lebih meyakinkan.aim sy buat ms ni 1g emas sebulan sb saya bergaji kecik dan selalu berhadapan masalah br seminggu gaji duit dh abih.sy berazam utk paksa diri beli emas 1g sebulan.sy juga bercita2 utk jd dealer satu ari nanti.jika sekarang saya beli dan daftar nm tuan sebagai introducer,tuan akn guide saya,betul?namun jika rezeki saya dpt menjadi dealer adakah tuan msih akn guide saya?atau mcm bile dh jd dealer,umpama mcm anak y dh kwen,xlg mendapat support dr ibubapa?maaf jika soalan saya agak xrealistik.terima kasih

    • Wslm Pn Razfura,

      Alhamdulillah.

      Boleh letak nama saya sebagai introducer. InsyaAllah saya akan guide setakat apa yang saya tahu.

      Untuk dealer, memang saya sediakan platform bimbingan khas. Hanya untuk dealer-dealer di bawah bimbingan saya sahaja. Customer dan dealer saya adalah tanggungjawab saya.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >