Wednesday, July 6, 2011

Langkah Pertama Menyimpan RM1 Juta!

Sabtu lepas (25 Jun 2011), saya join talk Fahrin Ahmad vs. Irfan Khairi. Talk tentang kejayaan, kewangan dan motivasi. Masing-masing bercakap tentang kejayaan dari perspektif masing-masing. Salah satu survey menarik yang dibuat, IK minta semua peserta berdiri.

Dia tanya, kalau hilang pekerjaan, siapa boleh survive cuma 1 bulan? Sila duduk. Kurang 3 bulan? Sila duduk. Kurang 6 bulan? Sila duduk. Nah... cuma tinggal tak lebih 20% peserta yang masih berdiri - mampu survive lebih 6 bulan kalau hilang pekerjaan! 80% yang duduk tu akan hilang segala-galanya kalau hilang perkerjaan atau hilang upaya untuk bekerja dalam masa 6 bulan! Mengerikan. Mereka akan 'mati' sebelum mati... Kereta mewah tu kena tarik. Rumah yang dibanggakan tu kena sita. Anak bini yang disayangi kena kejar along. Astro Beyond tu tak payah la cerita... (",)

Majoritinya tak ada simpanan yang cukup walaupun keretanya bergaya, handphone canggih, rumahnya besar, lengkap dengan perabot yang cantik dan TV LCD lagi. Tapi mereka tak ada simpanan at least 6 bulan pendapatan. Tahap kewangan mereka boleh dikategorikan "kewangan tak selamat".

Lebih Berdisiplin Bila Ada Matlamat

Pada saya, kewangan adalah soal survival, bukan untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan kaya. Untuk capai sesuatu tahap kewangan, kita perlu jelas tahap mana yang kita nak capai. Sejak tahun 2005, saya tetapkan matlamat kewangan seperti berikut:
  1. Bebas dari segala hutang.
  2. Simpanan 3 bulan pendapatan.
  3. Simpanan 6 bulan pendapatan.
  4. Simpanan 9 bulan pendapatan.
  5. Simpanan 1 tahun pendapatan.
  6. Cukupkan dana; pergi haji dan membeli rumah kedua.
  7. Simpanan RM1.2 juta. Financially free!
Masa tetapkan matlamat tu, kami ada macam-macam hutang. Pendapatan pun masih di bawah paras kemiskinan. Income cuma RM1,750 jer masa tu, belum tolak EPF dan ansuran PTPTN. Isteri pula tak bekerja dan kami duduk di KL!

Tapi sekarang, alhamdulillah, kami dah separuh perjalanan. Bebas dari segala 'hutang' dengan sedikit simpanan. Kad kredit tak ada. Kereta habis bayar. Hutang PTPTN habis bayar. Personal loan tak pernah buat. Perabot rumah dan barang elektrik, semuanya kami beli secara tunai. Kolum sebelah liabiliti akaun kami tak tahu apa yang nak ditulis. Semuanya duduk sebelah aset dan harta walaupun tak banyak. Kami benar-benar peace of mind... Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah...

Kerana Ada Matlamat, Terpaksa Kekang Nafsu Berbelanja

Bila ada matlamat kewangan, kita akan lebih berdisiplin untuk menyimpan. Nafsu berbelanja terpaksa dikekang. 

Bila nak tukar cassette player kereta kepada CD player, ish... simpanan aku belum cukup. Bila rasa nak tukar kereta baru, ish... kereta ni boleh pakai lagi. Bila nak buat kitchen cabinet, ish... tak apalah... lagi pun bukan lama nak duduk rumah ni. Bila teringin nak melancong jauh-jauh, ish... melancong dekat-dekat sudah lah... balik kampung tengok parents lagi bagus. Daripada beli itu, beli ini, lebih baik simpan duit cukupkan 6 bulan, 9 bulan, 1 tahun, dan 1 juta dulu!

Duit yang kita ada hari ini, bukan untuk bermewah-mewah. Tapi untuk hidup seadanya hari ni dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya... Biarlah tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya! (",)

Jom menyimpan!

Zulkifli
Damansara Heights
27 Jun 2011
25 Rejab 1432

p.s. Langkah pertama menyimpan RM1 juta ialah "Tetapkan Matlamat RM1 juta"! Azizi Ali ambil masa 13 tahun untuk mencapai nilai bersih RM1 juta. Dan 10 tahun kemudian untuk gandakannya kepada RM5 juta. Semuanya bermula dengan menetapkan matlamat!

Artikel berkaitan:

19 comments:

  1. Hebat!! Alhamdulillah !! inilah bukti Allah itu ARRAHMAN...

    ReplyDelete
  2. Nice Bro... Sy baru belajar pasal ilmu ini..
    alhamdulillah.. Insyaallah.. sedang mengejar matlamat pertama...
    Saving for at least 6 month income!!! ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah. Moga Allah berikan hasanah dunia & akhirat kepada kita semua. Amiin..

      Delete
  3. Saya masih dalam usaha membebaskan diri dari hutang. Selain doa, saya telah berusaha berjimat cermat dan berjaya melangsaikan beberapa hutang personal loan termasuk 1 kad kredit (terus tutup).Sekarang tinggal 3 personal loan, hutang kereta dan rumah. Target saya untuk selesaikan 2 personal loan hujung tahun ini, insyaallah. Saya menyimpan wang di Tabung Haji RM1,000sebulan dan target saya nak simpan sampai cukup 6 bulan gaji menjadikannya RM45K(untuk emergency fund dan menunaikan haji) Dalam masa yang sama saya simpan RM300 dalam ASB. Simpanan ini khas untuk tabungan menyelesaikan baki hutang yang ada, lebih cepat daripada sepatutnya i.e 1 personal loan (tamat pada 2016, kereta (tamat 2016) dan rumah (2026). Selama ini simpanan saya tiada hala tuju bila join perbincangan di fb DEBT Free beliau suggest kita wujudkan tabung simpanan khas untuk emergency fund, pendidikan anak, persaraan baru saya tersedar. Saya pun buat analisa simpanan saya menggunakan kiraan Microft Excel, penjimatan gaji setelah setle hutang lepas dan campur savings tabung haji dan ASB, InsyaAllah saya dapat menyelesaikan pinjaman-pinjaman ini lebih awal iaitu personal loan boleh selesai dalam tempoh 2 tahun saja lagi (2014), kereta selesai setahun awal (2015)-(kereta Saga flx je loan asal 4 tahun je) dan selepas itu saya boleh tumpukan untuk settle loan rumah dan dijangka fully settle pada tahun 2018. (untuk makluman kiraan ini adalah kiraan gross tidak dicampur anggaran bonus atau dividen).

    Saya plan bagi tujuan persaraan untuk simpan dalam akaun emas KFH secara konsisten 1-2 gm setiap bulan.

    Soalan saya jika saya simpan dinar setiap bulan mulai sekarang untuk menggantikan ASB bagi tujuan menjadikannya simpanan khas untuk settle hutang dan persaraan, rasa2 tuan mungkinkah saya boleh settle rumah lebih awal dari tahun 2018? Untuk makluman tuan baki loan rumah saya adalah +-RM150k (govt loan 5%)sepatutnya tamat bayar pada 2026

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tahniah. Saya kagum dengan azam dan perancangan tuan untuk bebas dari segala hutang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa peace of mindnya hidup orang yang bebas hutang, walaupun hidupnya tak nampak gah macam orang kaya-kaya.

      Saya personally memang lebih yakin simpan emas untuk settlement hutang dan dana persaraan. Memang itulah yang saya buat.

      Dengan pengumuman ekonomi terbaru di US i.e. QE3 - US akan print & inject lebih banyak duit kertas ke dalam pasaran untuk tangani masalah hutangnya, saya yakin harga emas akan melonjak lebih jauh dari sekarang. Dan inilah yang dikatakan oleh pakar sejarah matawang, Mike Meloney sebagai "the greatest wealth transfer in history".

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Saya pernah melanggan majalah Personal Money. Ada seorang financial planner jutawan berbangsa India di Malaysia (tapi tak ingat nama) masih pakai kereta proton iswara buruk..tapi duit dan asset berjuta-juta tapi tetap humble. kalau kaya buat apa nak tunjuk2..tunjuk lebih2 kena rompak lagi tak berbaloi..Bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan bersedekah itu lebih baik dari berjoli..

      Delete
    3. Setuju tu tuan. Kewangan yang sihat ni sebenarnya bukan apa yang orang lain 'nampak', tapi apa yang kita 'rasa'. Walaupun orang nampak kita biasa-biasa jer, yang penting, hati kita senang... :)

      Delete
  4. Saya bercadang nak beli dinar pada Januari tahun depan memandangkan harga emas sekarang amat tinggi dan dijangkakan harga emas turun setiap awal tahun. Adakah tindakan ini betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berdasarkan pemerhatian saya, harga emas turun sikit pada awal tahun berbanding bulan November - Disember sebelumnya. Tapi tak siapa boleh pasti berapa tinggi harga emas akan cecah tahun 2012, dan berapa rendah dia akan turun pada awal 2013.

      Lepas pengumuman ekonomi di US dua minggu lepas, US buat keputusan akan cetak duit lagi yang akan melonjakkan harga emas sepertimana berlaku lepas pengumuman sama dibuat tahun 2008.

      Kalau saya ditempat tuan, saya akan beli emas sekarang sebab pelaburan emas fizikal ni kita tak takut harga emas jatuh. Atau kalau tuan nak lebih berhati-hati, beli sebahagian dulu. Kalau ia terus naik, at least tuan dah beli sebahagian. Kalau ia turun pun, tuan boleh top-up lagi simpanan dengan duit yang masih berbaki pada harga lebih rendah.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  5. Salam..encik zul izinkan saya share artikel2 encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Pn. Norule,

      Silakan, moga bermanfaat, insyaAllah.

      Delete
  6. sgt menarik perhatian artikel ni.bru terbuka minda sikit untuk sy prepare kewangan untuk masa depan.lgkah pertama sy, kurangkan bli barang2 yang tak berfaedah dan menyimpan setiap bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan, beli barang yang kita perlu jer. Yang tak perlu tu lupakan dan tambahkan simpanan. Simpanan ni penting untuk kita hidup hari ni dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya.

      Delete
  7. salam abg zul..sy bruhbis belajar dan bru bekerja 1tahun jagung didamansara,skrg ni ada hutang motor jer,kereta xbeli lagi..sbb sy rase xpakai kereta,dmansara jem woo..hehe,sy suka kmpul emas,soalan sy,lebih selamat kumpul dinar emas atau barang kemas..??sy ni bujang,gf pun takda..senang nak menyimpan..saran abg sgt diperlukan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm,

      Kalau untuk simpanan, saya prefer beli Dinar sebab susut nilai lebih rendah (lebih cepat untung). Barang kemas lebih kepada perhiasan. Dari aspek penyimpan, sama jer. Wallahu a'lam.

      Delete
  8. Assalamualaikum

    Blh sya tahu, simpanan 3 bulan pendapatan tu maksudnya mcm mana?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm Tuan,

      Maksudnya jumlah simpanan sepatutnya bernilai 3 pendapatan. Katakanlah gaji tuan RM5,000 sebulan. Maksudnya, tuan perlu ada simpanan at least RM15,000 sebulan untuk emergency. Katakanlah hilang pekerjaan, maksudnya tuan masih boleh survive 3 bulan tanpa bekerja.

      Wallahu a'lam.

      Delete