2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM

by on September 2, 2011

Post image for 2 Petanda Asas Menilai Sesuatu MLM

Macam ni Zul. Saya ni memang beli satu produk makanan MLM ni. Sebenarnya beli memang untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Disebabkan bila jadi ahli ia lebih murah, jadi saya jadi ahli. Tapi orang atasan saya explain tentang bonus, bila kita dapat ambik orang jadi bawah kita. Jadi untuk mencapai bonus-bonus tu, kita kena cari ahli sebanyak mungkin.. Tapi saya terfikir pulak, kalau terlibat dengan bisnes MLM macam ni, dan ia adalah system pyramid, rasa macam penah dengar benda ni tak halal, jadi takut nak telibat dengan bisnes ni. Ada rasa nak cuba, tapi kalau benda tak halal, tak nak la ambik rezeki yang tak berkat walaupun keuntungannya banyak…

Apa pendapat awak?”

Pertama sekali saya explain dulu dari sudut bisnes. Bisnes sebenar MLM bukan dengan cara cari-cari orang duduk bawah kita untuk kita naik. Secara mudahnya, MLM yang betul ialah:

Langkah #1: Kita suka produk dia. Pendek kata, kalau tak jadi ahli pun, memang kita beli. (Self-use)

Langkah #2: Kita kongsikan pada kawan-kawan macam mana produk tu pun boleh bagi manfaat pada mereka. (Retailing)

Langkah #3: Bila dapat income dari no. 2 tadi sebab membantu orang lain dapat manfaat yang sama, bantu pulak kawan-kawan lain yang nak dapat extra income macam kita dengan bantu dia buat no. 1 dan no. 2 dengan betul. (Networking)

Itulah cara yang betul buat MLM.

Cara cari-cari orang sebab kita nak naik adalah cara yang salah. Cara ni bukan sahaja tak berkesan, bahkan ia menjejaskan kredibiliti kita dengan kawan-kawan. Sebab salah cara lah ramai orang buat MLM hilang kawan, hilang ‘maruah’, hilang nama, hilang duit, hilang masa bahkan hilang kerja pun ada.

Hukum Bisnes MLM

Kedua dari sudut hukum, belum ada pakar muamalat Islam yang bagi pengesahan halal kepada mana-mana bisnes MLM kecuali Storm Readers di bawah Telaga Biru. Itu setakat apa yang saya tahu. Walaupun macam tu, tak bermaksud MLM lain tu haram. MLM lain banyak yang belum ada kesedaran dan kesungguhan untuk dapatkan pengesahan halal atas banyak faktor.

So, kalau nak buat MLM, kita kena faham isu syariahnya dulu. Biarlah kita buat bisnes YANG HALAL dan dengan CARA HALAL supaya dapat hasil yang berkat. Bukan sebab tu jer, lagi penting ialah bisnes ni kita nak cerita pada kawan-kawan. Apa akan jadi kalau kita cerita bisnes yang kita pun tak pasti ianya halal dan betul-betul bagus? Kalau kita pilih MLM yang ‘berdosa’, mengerakkannya ialah seolah-olah menyebar luaskan lagi dosa. Kesan bisnes MLM ni bukan kecik, perkembangan dia jauh lebih pantas dari bisnes-bisnes biasa. Sebab tu banyak syarikat marketing berbondong-bondong tukar modus operandinya kepada MLM.

Dua Petanda Asas Menilai MLM

Isu syariah saya tak dapat huraikan kat sini, cuma saya boleh bagi 2 petanda penting untuk menilai sesuatu MLM iaitu:

Petanda #1: Produknya di beli dengan tujuan sebenar. Pendek kata, kalau jual kepada bukan ahli pun, orang sanggup beli sebab produknya memang bermanfaat dan harganya juga munasabah.

Petanda #2: Pendapatan hanya diperolehi dengan cara menggerakkan produk, bukan atas kepala yang kita rekrut. Pendek kata, kalau tak ada seorang pun yang join network kita pada bulan tu, kita masih boleh dapat income sebab produknya memang betul-betul boleh digerakkan. Rekrut orang dalam bisnes MLM sebenarnya bukanlah untuk dapat income ‘taja kepala’, tapi untuk membuka cawangan baru yang turut menggerakkan produk dengan lebih banyak. Ia proses mencari business partner. Bukan dengan tangkap muat orang yang berduit (atau layak buat loan) masuk bawah kita untuk kita makan komisyen atas dia.

Amalan Tak Sihat Dalam MLM

Ketiganya, kena hati-hati bilamana sesuatu MLM tu hidup mati hanya fikir cari orang downline, downline, downline. Bisnes macam tu biasanya skim cepat kaya yang bertopengkan MLM. Sebab nak dapat lesen, terpaksalah adakan produk, tapi produk bukanlah perkara penting dalam bisnes tu. Bisnes MLM yang sihat perlulah balance antara jualan peribadi (menggerakkan produk dengan cara sebenar) dan merekrut pengedar baru (melebar luaskan networking).

Kekadang kita pun keliru sebab terlalu banyak MLM. Semuanya ada dakwaan yang bagus-bagus. Jadi, untuk memudahkan sahabat menilai sesuatu MLM samada ianya (1) MLM yang ‘betul’, (2) MLM yang ‘salah’, (3) MLM yang betul tapi dijalankan secara salah, di sini saya senaraikan beberapa amalan yang tak sihat yang perlu sahabat semua awasi iaitu:

  1. Produk tak berapa penting. Jualan peribadi tak diberi perhatian.
  2. Head-hunting. Sebahagian besar gerak kerjanya ialah merekrut downline baru.
  3. Front-loading. Perlukan modal yang besar untuk sertainya (sebab kena beli stok banyak).
  4. Pinjaman. Untuk sertainya, anda perlu buat pinjaman disebabkan faktor no. 3 di atas.
  5. Menjanjikan pendapatan tetap. Tak ada bisnes yang boleh jamin ‘fixed income’. Semuanya ada turun naiknya.

Kalau sahabat-sahabat dapat menghidu ciri-ciri di atas, sila fikir 20 kali sebelum join supaya kita tak hilang duit, hilang kawan dan yang paling penting, hilang maruah! Untuk rujukan lanjut tentang MLM ni, saya suggest baca artikel ni:

Saya rasa, artikel-artikel tu sedikit sebanyak menjawab persoalan asas tentang MLM. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
10 Ogos 2011
10 Ramadhan 1432

Artikel berkaitan:

{ 48 comments… read them below or add one }

1 Anonymous January 3, 2012 at 7:53 am

En Zul

apa komen anda dengan website aidid muaddib membongkarkan permasalahan MLM ni..

http://aididmuaddib.blogspot.com/

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2012 at 1:51 am

Wslm tuan,

Bagus apa yang dibongkarkan tu. Memang MLM ada dua jenis iaitu MLM Palsu (skim cepat kaya bertopengkan MLM) dan MLM Sebenar. MLM yang tak lulus 2 syarat yang saya gariskan dalam artikel ni bagi saya ialah MLN palsu. Mereka bukan berniaga, tapi skim cepat kaya yang bertopengkan MLM.

MLM sebenar sangat mulia bisnesnya, bahkan mungkin lebih mulia daripada bisnes lain yang saya akan kupas di artikel lain bila berkesempatan, insyaAllah.

Saya berani syorkan bisnes MLM yang sebenar sbb tokoh besar seperti Kiyosaki dan Azizi Ali (pakar kewangan peribadi) syorkan perkara sama.

Wallahu a’lam.

Reply

3 Anonymous February 23, 2012 at 9:31 pm

salam….apa pndapat anda tntg MLM dlm score A?

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie March 6, 2012 at 4:42 am

Wslm.

Bagi saya, MLM Skor A tu bagus dari sudut produknya sebab ia genuine produk. Dari sudut bisnes tu pun ok kalau orang yang join tu beli produk memang untuk guna produk pendidikan tu untuk tujuan sebenar, bukan sekadar syarat untuk join ‘skim’ bisnes.

Wallahu a’lam.

Reply

5 Rassendyll Rudolf March 7, 2012 at 1:48 am

Tq atas info Mohd Zulkifli Shafie.
Nampaknya saudara menyokong Perniagaan MLM ini dan positif tentangnya.Bukan macam Aidid yang semua MLM dia nak jatuhkan.
Sebab saya ni pengedar ScoreA, dan Saudara juga menyokong ScoreA
Terima Kasih.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 7, 2012 at 10:09 pm

Alhamdulillah Rassendyll Rudolf. Mungkin Sdr. Aidid ada pengalaman buruk2 belaka tentang MLM. MLM ada sisi gelap, ada sisi cerahnya, tapi yang gelap tu memang lebih banyak dari yang cerahnya. Asalkan buat MLM dgn 2 syarat dalam artikel ni, insyaAllah, bisnes tu akan jadi bisnes yang sihat. Produk mesti genuine, dan digerakkan dengan cara yang genuine.

Reply

7 Anonymous June 17, 2012 at 11:28 pm

Salam en zul, sy nak tny pasal mlm monavie. Adakah ianya halal disisi islam. Sy berminat jugak nk sertai. Tp marketing plan die suruh carik org bwh dahulu kemudian baru jual barang. Sy bace kat blog aidid dan mcm2 die kutuk psl monavie ni.. Sokong org kafir la ape la smpai sy cuak pulak.. Bole en zul tolong jelaskan.. Maklumlah sy ni buta skit dlm hal2 bisnes ni tp taknak la jlnkan bisness yg tak halal.. Thanks

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2012 at 12:29 am

Wslm tuan/ puan,

Saya tak berani kata halal atau haram. Cara MLM yang tulen ialah pakai produk dulu, bila kita puas hati, then recommend pada orang lain. Bila kita dah dapat income dari jualan, then baru start expand network.

Macam kita buka kedai jugalah. Pertama kita buka kedai pertama dulu. Bila kedai pertama dah ada regular customer, dan establish, then baru kita buka cawangan baru untuk kembangkan bisnes. Kalau kedai pertama pun tak boleh jana income lagi, pelik la kalau terus buka banyak cawangan baru.

Saya tak nampak bisnes MLM yang cari orang dulu baru jual produk sebagai MLM yang sihat.

Wallahu a’lam.

Reply

9 Anonymous February 7, 2013 at 9:52 pm

assalam, apa pendapat anda tentang MLM ini http://www.dchl.com.my/index.asp

tq

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie February 12, 2013 at 10:27 am

Wslm. Saya tak pernah study detail pasal MLM DCHL tu, cuma tuan kena pasti 2 perkara yang saya highlight dalam artikel ni untuk pastikan ianya MLM tulen ataupun MLM ‘palsu’. Wallahu a’lam.

Reply

11 anonymous October 28, 2013 at 4:11 pm

Bagaimana pula dgn Shaklee?

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2013 at 7:39 pm

Shaklee produk ok. Produk tulen, dan dijual dengan tujuan sebenar. Cuma pastikan kumpulan yang menjalankanb bisnes tu pun dijalankan dengan cara yang betul, bukan front-loading. Wallahu a’lam.

Reply

13 Ifsya December 31, 2013 at 2:47 pm

Salam En Zul,

Bagaimana dengan Syarikat Mc Ocean?sy diberitahu,syarikat ini telah dirasmikan oleh Menteri KPDNKK baru baru ini.Adakah dia MLM yang tidak halal?

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie January 1, 2014 at 7:49 am

Wslm Pn. Ifsya,

Puan nilaikan 2 kriteria yang saya maksudkan ni. Jangan kira siapa yang rasmikan sebab ada syarikat emas yang pernah di serbu BNM, tapi yang merasmikan pembukaanya ialah Tun Dr. Mahathir. Bagi saya, perasmi tak ada masa untuk semak perjalanan bisnes tu secara teliti. Mereka cuma menilai secara surface jer untuk datang perasmian.

Wallahu a’lam.

Reply

15 fiza January 8, 2014 at 1:23 pm

Salam Pn Ifsya, sy adalah salah seorg pengedar untuk produk-produk keluaran Sykt McOcean. Alhamdulillah sepanjang penglibatan saya selama 3 tahun dalam perniagaan bersama sykt ini, saya secara peribadi tidak menjumpai istilah “MLM tidak halal”. Kerana semua pengedar akan diberi latihan dan ilmu yang secukup dan sepatutnya tentang bagaimana cara untuk memasarkan produk-produk bagus yang telah dikeluarkan dan dalam masa yang sama boleh membina rangkaian Network mengikut sistem yang telah disediakan (dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa). Jadi saya mencadangkan Puan untuk meneliti produk-produk yang dipasarkan dan memahami sistemnya terlebih dahulu supaya Puan lebih faham dan untuk memudahkan Puan membuat keputusan..insyaAllah..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Zul kerana telah menulis artikel yang mudah untuk difahami dan sangat memberi manfaat.

Saya bersetuju dengan pendapat dan padangan Tuan bahawa perniagaan atau second-income adalah bagus dan sangat penting untuk membantu kita menyelesaikan masalah kewangan diri dan keluarga.

Semoga lebih banyak ilmu bermanfaat dapat dikongsi bersama dan dapat membantu kita semua untuk mencapai “financial freedom” dan menjadi insan cemerlang. insyaAllah…

-pn fiza-

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie January 8, 2014 at 2:59 pm

Terima kasih puan Fiza kerana bagi pencerahan tentang Sykt McOceen. InsyaAllah ia bermanfaat untuk pembaca.

Reply

17 nashar May 10, 2014 at 11:15 am

Salam en zul tentu tahu mengenai tune talk tone excel (mlm juga tapi produk jualan nya simkad) boleh tahu pandangan en zul berkenaan? bis ni

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2014 at 12:05 pm

Wslm En. Nashar,

Saya ada dengar tapi saya tak berapa tahu. Tapi asasnya sama. Produknya mesti digerakkan dengan tujuan sebenar.

Reply

19 nashar May 10, 2014 at 6:30 pm

Terima kasih Tuan,melihat kepada artikel tuan saya yakin dengan bisnes yang saya lakukan.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2014 at 6:50 pm

Alhamdulillah. Saya doakan Allah memberkati usaha yang En. Nashar lakukan. Amiin ya Allah.

Reply

21 nashar May 10, 2014 at 6:32 pm

Saya ada memetik point-point dalam artikel Tuan dengan menyatakan sumber dari blog Tuan Zul.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2014 at 6:50 pm

Silakan En. Nashar. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

23 nashar May 10, 2014 at 10:25 pm

Terima Kasih Tuan Zul

Reply

24 haeida May 25, 2014 at 12:45 pm

sangat-sangat berguna bagi orang yang cari second income..;)

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2014 at 4:14 pm

Alhamdulillah..

Reply

26 Faisz September 1, 2014 at 9:50 am

Terima kasih en Zul atas perkongsian yg bermanfaat ini (^_^)

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2014 at 10:20 am

Alhamdulillah.

Reply

28 umi September 4, 2014 at 12:42 pm

Asslm.ustaz. macamana dengan syarikat bumiputra ana edar.?

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2014 at 4:14 pm

Wslm Pn. Umi,

Saya tak tahu pasal syarikat tu. Puan kena semak berdasarkan ciri-ciri yang saya tekankan ni.

Reply

30 rohana arifin October 1, 2014 at 7:06 am

Apa pndapat cik zul tentang amway??

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie October 1, 2014 at 5:21 pm

Amway setakat yang saya perhati, ok.

Reply

32 cik liz November 8, 2014 at 7:54 pm

sya dh diperknalkan dgn bisnes mc ocean & sd group..tapi sya masih ragu2 dan skrg tgh buat penelitian dan mndngar pendapat org lain ttg bisnes ni..harap blah mmbantu sya..

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie November 9, 2014 at 8:16 pm

Cik Liz, maaf saya tak tahu pasal company tu. Kena nilaikan ciri-cirinya.

Reply

34 Rusyaidi Pauzi June 11, 2015 at 3:04 pm

Assalamualaikum Ustaz Zulkifli.

Saya nak tanya tentang perniagaan MLM yang menjual produk emas. Timbul kemuskilan apabila ada dalam garis panduan perniagaan MLM oleh JAKIM yang meletakkan syarat bahawa kriteria barang yang dijual mestilah bukan terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak. Boleh rujuk : http://www.zaharuddin.net/images/garis_panduan_mlm_20111.pdf muka surat 16.

Sekian, terima kasih.

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2015 at 8:39 pm

Wslm En. Rusyaidi,

Betul, saya pernah terbaca tulisan Ustaz Zaharuddin, MLM yang menjual emas mungkin bermasalah dari sudut hukum.

Reply

36 Hafizah November 5, 2015 at 2:24 pm

Salam En. Zul,

Saya pun ada kemusykilan yang sama seperti yang diutarakan oleh En. Rusyaidi. Berdasarkan syarat tu, “Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba.”, adakah bermaksud jual beli emas secara tangguh sahaja yang tak boleh atau emas dan perak ni memang tak boleh dijadikan produk untuk MLM? Ape pendapat En. Zul? Terima kasih.

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie November 5, 2015 at 2:49 pm

Hukum emas perak berbeza dengan produk lain puan. Isunya emas dan perak.

Reply

38 key September 28, 2015 at 9:31 am

salam en zulkifli, saya nak tanya pendapat encik tentang powergold. apa yg sekadar saya google sahaja katanya yang di banned oleh BNM tu powergold999.com and lagi satu tu. bukan powergold.biz . tapi saya risau andaikata mereka hanya menukarnama sahaja kepada yang batu. untuk kepastian, benarkah emas daripada amethyst gold creation itu tulen?

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie December 25, 2015 at 7:25 am

Wslm En. Key,

Saya rasa dari sudut ketulenan tu tak ada masalah.

Cuma dari sudut bisnes, saya pun tak pasti dengan Alert List BNM tu.

Reply

40 munira October 15, 2015 at 10:34 pm

apa pendapat encik zul tentang powergold? adakah itu juga MLM?

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie October 16, 2015 at 6:24 am

Pasal Power Gold, lebih baik rujuk terus ejen mereka untuk dapatkan info penuh. Cuma kalau puan beli emas untuk dapatkan harga tertinggi bila jual balik nanti, semak 5 kriteria penting sebagaimana dalama artikel saya di link http://www.bit.ly/kriteriaemas .

Reply

42 lina April 21, 2016 at 10:19 pm

Salam en Zul,

Nak tanya pendpt ttg biz RCC Stevia. Saya asalnya
jadi member dgn pakej plg rendah sbb nak dpt harga murah utk next purchase. Saya mmg tgh cari stevia sbg pengganti gula. Kebetulan ada kawan promote. Bila dia cerita jadi ahli dpt harga murah saya tak ragu2 terus jadi ahli sbb mmg taknak pakai gula dah. Masa tu xde niat nk bisnes.

bila dah guna sy dpt rasa byk kesan positif. .saya mula minat nak biznes. Upline cerita pakej lain..paling besar pun rm980 dpt 21 botol stevia. Kelebihan nya income lebih laju dgn pakej besar ini sebab seolah2 beli 7 cawangan kedai stevia. Saya tak pk pjg sgt utk pilih pakej ini sbb saya mmg nk pakai stevia tu. Kalau biznes tak jalan pun saya tetap nak pakai produk tu.

Tapi sy risau juga sebab utk dpt income byk mmg kena dptkan ahli..dan ahli dibawah sy pun kena dptkan ahli baru income kita sbg upline ni boleh jadi banyak. Jadi mcm head hunting lah pulak. Cumanya produk tu mmg produk sangat baik..sy sendiri ada lebih kurang 10 testimonial yg boleh saya kongsikan pd org ramai..byk perubahan pd kesihatan sy dan keluarga. Dan ttg jadi ahli kebanyakan org tak de masalah pun utk jadi ahli sbb selain dpt harga murah dapat juga benefit lain spt khairat kematian dan bantuan musibah.

apa pendpt en Zul ttg biznes ini..

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie April 22, 2016 at 1:38 am

Wslm Pn. Lina,

Daripada pengalaman puan tu, produk tu dijual beli dengan tujuan sebenar. Asalkan ia dijual beli dengan tujuannya yang sebenar, saya nampak ianya tak ada masalah.

Reply

44 Miss Fadel September 16, 2016 at 10:46 pm

Assalamualaikum.

Apa pendapat tuan tentang MLM Young Living?

Saya suka dengan produk-produknya kerana memberi manfaat kepada kesihatan dan keselesaan saya dan keluarga dan saya terasa ingin berkongsi dengan orang lain sambil berbisnes MLM.

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie October 15, 2016 at 10:45 am

Wslm Miss Fadel,

Maaf saya tak tahu pasal MLM tu.

Kalau puan suka produknya, ia produk yang bagus untuk puan niagakan, insyaAllah.

Reply

46 Kashful anuar December 8, 2016 at 2:52 am

Assalamualaikum . Saya beli produk gc Tea iaitu teh hijau yg bercampur dan setia dll dan produk ini mmg baik itu kesihatan. Ia bawah syarikat rashwealth. Sistemnya juga seperti mlm iaitu cari org bawah itu kembangkan dan kita dapat bonus. Apa pendapat tuan?

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 8:42 am

Wslm En. Kashful,

Saya tak pasti pasal syarikat tu. Kalau ia memenuhi dua kriteria yang saya maksudkan dalam artikel ini, selalunya ianya ok.

Reply

48 Kashful anuar December 8, 2016 at 2:54 am

*gc Tea campuran teh hijau, daun stevia dll…

Reply

Leave a Comment

{ 4 trackbacks }

Previous post:

Next post: