[Kemaskini 18 November 2024]
Orangnya hebat, tapi tak tahu manfaatkan kekuatan dia.
Sebaliknya Dia lebih banyak berkeluh kesah dengan kelemahan, berbanding memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi.
Akhirnya, dia tak ke mana. Padahal, Tuhan dah bagi pakej yang cukup untuk dia berjaya.
Kisah budak kampung hebat
Masa di universiti (UiTM Machang, Kelantan) dulu, saya ada seorang sahabat yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah luar bandar di Kelantan.
Dia budak kampung di Kelantan, tapi hebat dalam subjek English, iaitu subjek yang paling digeruni oleh budak-budak kampung di Kelantan macam saya.
Yang saya rasa kagum, dia tahu dan boleh bercakap samada English American ataupun British.
Pasal grammar tu tak payah cerita... Dia boleh hurai lagi bagus dari lecturer yang ajar subjek English di universiti!
Cuma kekurangan dia; dia lemah subjek-subjek yang melibatkan kira-kira macam Matematik. Itu kelebihan saya...
Kalau subjek menghafal, bahasa, management, itu semua dia score! Tapi kalau subjek Matematik, Akaun, itu giliran saya!
Kalau datangnya subjek bahasa atau perlukan menghafal, menghurai, memang saya agak kecut perut dengan dia.
Tapi saya fikir, saya akan kuat dengan subjek yang saya kuat, dan yang lemah tu saya buatlah seadanya...
Dan akhirnya, saya juga ‘dinobatkan’ sebagai best student untuk batch pengajian ketika tu! (Alhamdulillah...)
Kuatkan diri dengan apa yang kita kuat
Cuma apa yang saya kesian, sahabat saya tu putus asa separuh jalan.
Menjelang final exam semester pertama, dia jadi macam orang tak betul.
Dia terlalu nak berjaya dan nak jadi terbaik dari yang terbaik, sedangkan saya cuma nak jadi diri saya sahaja.
Saya nak jadi terbaik dengan apa yang saya ada sahaja.
Hujung semester pertama dia berhenti belajar sebab nak ambik STPM sebab lebih cepat boleh complete pengajian ke peringkat "bachelor degree" berbanding ambik "diploma" katanya.
Dia tak sabar...
Tapi bila dia fikir balik, dia ambil langkah yang silap... Dia cancel ambik STPM, dan masuk balik belajar. Final exam dia skip dan terpaksa repeat semester 1 balik.
Sedangkan saya dapat score 4.0 (four flat) masa semester 1!
Masa saya di semester 2, dia masih di semester 1. Dia mengeluh sepanjang masa dengan subjek yang dia lemah sampai akhir sekali, dia jadi gila!
Terpaksa berhenti belajar, masuk hospital sakit jiwa...
Bongkar kekuatan, jangan pedulikan kelemahan
Dan berita terakhir yang saya dapat, dia mati kemalangan masa kakaknya bawa dia merawat penyakitnya tu di Shah Alam.
Dia keluar sendirian dari rumah, tapi orang jumpa dia mati di Nilai (Negeri Sembilan)...
Innalillahi wa inna ilaihi rooji’uun... Mudah-mudahan Allah menempatkan beliau bersama para solihin...
Nasib beliau sungguh menyedihkan...
Ini satu daripada banyak kisah yang saya tengok sendiri terjadi pada orang yang saya kenal.
Orang yang Tuhan berikan kelebihan, tapi dia tak ‘hargai’ dan manfaatkan kelebihan tu. Sebaliknya duduk mengeluh dengan kekurangan.
Sedangkan Tuhan bagi setiap orang cukup pakej untuk berjaya, cuma pakej setiap orang tu berbeza.
Tuhan bagi pakej cukup untuk berjaya
Saya ada ramai kawan yang pandai berniaga, tapi bisnes mereka tak ke mana berbanding kami suami isteri yang memang tak pandai berbisnes asalnya.
Puncanya, mereka terlalu LAYAN kelemahan. Sepanjang masa dok cakap dan mengeluh pada apa yang dia lemah.
“I tak boleh buat bisnes sebab husband / wife tak support!”
“Saya tak boleh buat bisnes sebab ada anak-anak kecik”
“Saya tak boleh buat bisnes sebab sibuk kerja”
“Saya tak bolah buat bisnes sebab tak ada modal”
Bila kita fokus pada kekurangan dan kelemahan, kita akan jadi lemah... Tapi kalau fokus pada kelebihan dan kekuatan, kita akan jadi kuat... InsyaAllah...
Tuhan tak bagi semua perkara kepada semua orang. Tapi Tuhan dah bagi pakej kekuatan dan kekurangan yang cukup untuk kita berjaya.
Kalau kita bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi, dan manfaatkan sebaiknya, kita juga akan berjaya, insyaAllah...
Jangan layan sangat masalah tu sebab sepanjang masa Allah akan bagi kita masalah. Nabi yang Tuhan sayang pun Tuhan bagi banyak 'masalah' dalam hidup, inikan pulak kita orang biasa...
Buat bodoh dengan masalah
Masalah tak akan berhenti... Selagi hidup, kita tak akan sunyi dari masalah...
Lepas selesai satu masalah, Tuhan akan bagi masalah yang lain pulak. Masalah akan sentiasa ada sampailah kita mati sebab Tuhan dah bagi tahu, hidup ni adalah untuk Dia uji siapakah yang lebih baik amalannya.
Kalau kita tunggu semua masalah selesai baru nak bermula dan berjaya, alamatnya sampai bila-bila kita tak akan bermula...
Cuba perhatikan betul-betul, siapa yang tak ada masalah?
Kita fikir orang kaya tu tak ada masalah... Padahal orang kaya tu lagi banyak masalah daripada kita.
Kita fikir ustaz ustazah tak ada masalah, sedangkan mereka pun ada banyak masalah...
Cuma bezanya, orang berjaya tak layan masalah. Mereka lihat masalah sebagai peluang dan cabaran untuk jadikan diri mereka lebih baik.
Sebaliknya orang biasa suka layan masalah.
Kita kuat bila fokus pada kekuatan
Bila ada masalah, dia mengeluh di Facebook dan media sosial...
Bila ada masalah, asyik terfikir-fikir dan mengeluh sepanjang masa...
Dalam tak sedar, dia sedang melemahkan diri sendiri dengan kelemahan sendiri.
Padahal, kalau dia buat bodoh sahaja (dengan kelemahan / masalah), dia jadi semakin kuat.
Bila ada masalah, carilah jalan penyelesaian... Dan manfaatkan segala kelebihan yang Tuhan bagi untuk atas masalah tersebut...
Kalau nak diikutkan, kami pun susah nak menjalankan bisnes - untuk bina masa depan kami sekeluarga.
Orang yang ada anak dua (2) orang pun dah mengeluh tak ada masa, penat dengan kerenah anak... Inikan pulak kami yang ber-anak lima (5) orang (buat masa sekarang)!
Nak hantar anak ke rumah orang bila nak keluar buat bisnes, siapa berani ambik lima (5) orang anak kecik sekaligus?
Nak hantar dekat keluarga, keluarga pun jauh...
Tapi kami buat bodoh sahaja dengan masalah. Buat apa yang termampu, selebihanya kami serahkan kepada Tuhan.
Kalau nak disenaraikan masalah, kami boleh buat senarai panjang untuk masalah kami untuk tak libatkan diri dengan bisnes...
Tapi itu sebenarnya cara membunuh diri! Kita boleh mati sebelum mati kalau dok layan masalah...
Dalam 'Masalah', Najdah Untung 200%!
Bulan puasa hari tu, Najdah (isteri saya) jual biskut raya.
Semua orang hairan macam mana Najdah boleh buat biskut sambil layan kerenah anak-anak bulan puasa?
Nak kena hantar dan ambik Aisyah (anak sulong) di sekolah...
Nak kena siap-siap Aisyah dan Amal (anak keua) pergi sekolah.
Nak kena keluar beli baking ingredient. Nak kena dukung Fathi (anak ke-4) dan Hifdzi (anak ke-5) sekali gus setiap kali keluar rumah.
Bila bawak kereta, Hifdzi nak duduk atas riba. Kereta pulak manual, bukan automatik! Macam mana yer? (Saya pun buntu)...
Kalau ikutkan susah, memang tak berniaga la jawabnya.
Tapi Najdah buat bodoh sahaja dengan kesusahan tu. Buat sahaja apa yang boleh, minta Tuhan tolong yang selebihnya...
Senaraikan Kekuatan, Manfaatkan Kekuatan
Akhir sekali, alhamdulillah... Banyak betul rezeki Najdah dalam masa dua (2) minggu terakhir Ramadhan hari tu... Betul-betul luar jangkaan saya.
Keuntungan sebenar yang dia dapat lebih 200% dari apa yang saya jangka.
Dengan duit biskut raya itu lah Najdah buat beli baju raya kami sekeluarga. Dapat pulangkan balik 100% modal asas yang saya pinjamkan dari core bisnes kami.
Dapat tambahkan ‘duit poket’ untuk mentua di kampung. Beli hadiah raya untuk anak-anak sedara. Dan 1/10 dimasukkan ke dalam tabung infaq. Alhamdulillah...
Duit lain tak kacau pun...
Apa yang saya nak syorkan sahabat semua ialah buat satu senarai panjang kekuatan atau kelebihan yang Allah bagi pada kalian.
Kemudian, manfaatkan kekuatan tu betul-betul...
Kalau ada masalah, carilah jalan keluar... Buat apa yang boleh, selebihnya serah pada Tuhan. InsyaAllah, Tuhan akan lorongkan jalan keluar untuk kita semua...
Manfaatkan Bisnes Untuk Mendapat Taqwa
Kejayaan sebenar kita dalam berniaga bukanlah berapa banyak duit yang kita dapat, tapi siapa kita jadi lepas lalui proses berniaga tu.
Susah payah dalam berniaga tu adalah proses untuk kita jadi orang lebih baik; lebih bertaqwa...
Duit tu cuma ‘reward’ atas kejayaan kita memperbaiki diri. Ia bukan kejayaan sebenar sebab duit tu akhir sekali kita akan tinggalkan.
Tapi diri kita inilah yang kita akan bawa balik pada Tuhan nanti...
Moga dengan berniaga juga kita dapat jadi muslim dan mukmin yang lebih baik di sisi Tuhan, insyaAllah.
Kesimpulan
- Setiap orang Tuhan bagi pakej yang cukup untuk berjaya. Tapi pakej setiap orang tu berbeza. Tuhan jadikan setiap orang tu hebat, tapi kehebatan setiap orang tu berbeza.
- Selagi hidup, kita tak akan terlepas daripada masalah. Masalah adalah sebagian daripada kehidupan.
- Kalau fokus pada kekuatan dan kelebihan yang kita ada, kita akan jadi kuat. Tapi kalau asyik fokus, fikir atau layan kekurangan dan kelemahan, kita akan jadi lemah.
- Semua masalah yang Tuhan bagi adalah proses untuk jadikan kita lebih baik. Selagi tak melibatkan dosa, masalah bukanlah sebenar-benar masalah.
- Orang berjaya ialah orang yang tahu memanfaatkan kelebihan yang Tuhan bagi, dan menjadikan setiap masalah yang datang sebagai proses untuk membentuk diri.
Wallahu a’lam...
Zulkifli
Damansara Heights
5 September 2011
7 Syawal 1432H
Artikel berkaitan:
- Kita Tak Berlumba Dengan Sesiapa, Tapi Diri Sendiri
- Apple Lebih Berjaya Kerana Dia Tak Berlumba Dengan Microsoft!
- Nak Berjaya, Jangan Baca Berita, Jangan Tengok TV!
- Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian
- Perfectionist Membuang Masa
- Tak Perlu Kesempurnaan Untuk Berjaya
- Tiada Istilah Terlambat Untuk Buat Perkara Yang Betul
fuuhh terasa di motivasi diri baca entry ni
Alhamdullillah Goblogz.. puji-pujian bagi Allah. 🙂
Blog yang sangat bagus. Salam perkenalan.
Alhamdulillah encik kerani berjaya, salam ukhuwwah.. 🙂
thanks bro..
You are most welcome. Alhamdulillah…
assalamualaikum…
terima kasih..
membantu menaikkan lagi semngat saya ni …
insya-ALLAH,blajar di atas kaki sendri…
Wslm Yaya,
Alhamdulillah… puji-pujian bagi Allah… T.kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni..
the best entry..meremang bulu roma….betul …kita kena tulis keistemawaan kita…bila kita tengok kelemahan kita jer kita jadi makin lemah…seperti dalam buku secret….law of attractions……..yusri gombak
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Moga ianya bermanfaat untuk En. Yusri, insyaAllah.
comel-comel anak en zul dan pn najdah..merekalah pembakar semangat.kan?harapan saya agar suami saya bersedia berhijrah bersama-sama saya..saya dah puas kerja makan gaji.
Tq Pn. Nurul Ain. Memang anak-anaklah pembakar semangat kami. Bagus tu, mulakan bisnes sendiri. Mulakan secara part-time dulu pun ok. Saya pun masih bekerja, tapi buat bisnes dengan full-time mentality. InsyaAllah.
True..meremang bulu roma skejap..ni bru nk reda.. 😉 alhamdulillah..artikel2 tuan memg sgt2 membantu..thx
Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog saya yang seadanya ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah dengan izin Allah akak ditakdirkan terjengah page ni.. Semoga dapat memberikan paradigma baru dalam hidup akak.. tahniah buat adik dan isteri.. terima kasih atas perkongsian..
Alhamdulillah kak… puji-pujian bagi Allah.
[…] Manfaatkan Kekuatan, Jangan Pedulikan ‘Masalah’ […]
penulisan yang bagus..
Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Terima kasih Pn. Siti Hamidah kerana berziarah ke blog ni. Moga ianya bermanfaat, insyaAllah.
mmg betul sangat anta coret artikel ni, saya dah melalui bagaimana bile buat x tau je dengan masalah…keep up dengan bis…masalah terasa jadi bukan maslah…
alhamdulillah..tq tuan zul…artikel ni remotivate me….
Alhamdulillah… 🙂
Baru terjumpa blog ni..mcm brtemu satu sinar..bertuahnya tuan..mnjdi insan brmanfaat utk org lain…alhamdulillah..sgt mberi inspirasi…dh hmpir sminggu sy bc artikel d blog ni stiap hari
Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.
assalamualaikum…byk kata2 bermanfaat, memberi semangat dan ilham..boleh copy paste ka utk tatapan rakan2 yg lain d fb dll media? terima kasih
Wslm.
Silakan Pn. Norazmah.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum Tuan Zul…..
Nak share boleh….saya suka baca blog tuan Zul..Sangat2 memberi motivasi kepada saya….
Wslm Pn Mariam,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
asalamualaikum dan salam sejahtera…
Terbaik….5 star.. satu perkongsian yang sangat seimbang untuk dunia dan akhirat….
terima kasih pada penulis nya…
Perkongsian ini telah memberi satu inspirasi yang secara menyeluruh…
Alhamdullillah….amin
Wslm Tuan RMZ,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum..
Terima kasih kerana menginfakkan nasihat yg sangat berguna disaat saya memerlukan.. Jazakallahu khaira.. Ameen…
Wslm Pn. Maz,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.