Masa harga emas RM158/gram takut nak beli, tapi bila harga dah melepasi RM185/gram, baru kelam kabut nak beli. Itulah yang saya perhati kebanyakan sikap mereka yang baru berjinak-jinak dengan emas.
Nak tengok bukti harga emas naik dulu, baru nak beli. Padahal, gold historical price kita boleh cek bila-bila masa di www.kitco.com. Bahkan sejarah harga emas sejak 30 tahun lepas pun boleh tengok.
Itulah buktinya.
Ramai juga bila saya cerita pasal emas, mereka ingat saya nak berniaga, nak ambik untung atas kawan. Padahal, itu semua untuk kebaikan dia. Tak nak beli dengan saya pun tak apa, beli lah dengan dealer lain.
Tapi ambil la masa sikit untuk faham pentingnya simpan emas. Kalau tak penting, Kerajaan Kelantan (PAS) tak akan keluarkan dinar emas pertama di Malaysia walaupun dapat banyak tentangan daripada Kerajaan Persekutuan (BN) sejak tahun 2006 lagi.
Akibat Tunggu Harga Paling Rendah
Keduanya, yang paling ramai ialah yang nak tunggu harga emas jatuh baru nak beli! Sedangkan dia sendiri pun tak tahu berapa rendah yang dianggap "harga rendah" yang dia nak beli tu.
Ramai yang pesan pada saya “nanti harga emas turun bagi tahu yer..”.
Tapi bila harga emas turun, ramai yang teragak-agak untuk beli sebab takut turun lagi.
Akhir sekali, masa emas memuncak macam hari ni (i.e. 9 Ogos 2011, harga emas melepasi USD1,750 seauns), baru ramai kelam-kabut nak beli emas, sebab takut emas naik lagi.
Lepas dah 11 bulan jadi dealer emas ni, kalau orang tanya saya bila masa terbaik beli emas (fizikal)?
Jawab saya, bila ada duit yang tak pakai dalam masa dua tahun ke atas. Daripada duit tu terbiar dimakan inflasi 10% setahun, lebih baik simpan emas yang purata kenaikannya dalam beberapa tahun ni sekitar 15% – 20% setahun.
Serik Bermain Harga Emas
Jangan tunggu harga paling rendah sebab penganalisis teknikal harga emas yang paling pakar pun tak dapat buat ramalan tepat turun naiknya harga emas.
Saya pernah ada pengalaman dah.
Masa harga emas turun pada Januari 2011 (Hari Raya Cina), saya jual semua emas saya kononnya nak beli balik bila harga emas turun lebih rendah. Sebab memang pun menurut pakar analisis harga emas, emas akan turun banyak lagi.
Masa tu, harga emas sekitar RM149/gram.
Jadi saya jual kesemuanya. Habis...
Faktor ‘Fundamental’ Luar Jangka
Lepas raya Cina, berlaku pergolakan di Mesir dan Timur Tengah! Ketidaktentuan politik dunia (geopolitik) tu menyebabkan harga emas tak jadi turun. Ia terus, naik, naik, dan naik!
Saya pun panik, dan cepat-cepat beli balik pada harga RM155/gram. Saya rugi 4% (jumlah kesemuanya RM800)! Saya terkena...
Kononnya nak belajar manipulate naik turun harga emas, tapi rugi... Nasib baik saya adalah dealer emas, kerugian tu dapat cover balik dengan insentif hasil jualan emas.
Satu pelajaran yang saya dapat.
Jangan bermain dengan turun naik harga emas sebab tidak ada pakar yang dapat ramalkan pergerakan harga emas dengan tepat.
Ramalan-ramalan yang mereka buat akan tersasar bila berlaku perubahan ekonomi dan politik luar jangka seperti pergolakan Mesir dan timur tengah (Februari 2011), bencana alam seperti tsunami dan letupan stesen janakuasa nuklear di Fukushima (Jepun, Mac 2011) dsb.
Bila semua tu berlaku, orang akan selamatkan kekayaan mereka dengan membeli emas dan harga emas akan melambung.
Fokus Simpanan Jangka Panjang
Saya cuma perlu yakin, harga emas akan naik dalam jangka panjang.
Iaitu disebabkan faktor inflasi dan ketidaktentuan nilai duit kertas dalam jangka panjang.
Antara faktor yang sangat pasti membuatkan harga emas dalam trend menaik untuk beberapa tahun mendatang ialah matawang dollar US semakin lemah disebabkan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.
Bila negara-negara tu ‘bangkrap’, orang tak nak pakai dah duit kertas dollar US! Seluruh dunia akan selamatkan kekayaan mereka kepada duit yang paling stabil dalam sejarah manusia iaitu emas!
Menurut Sheikh Imran Hosein dan Mike Maloney (pakar sejarah matawang), petanda-petanda ekonomi hari ni menunjukkan mawatang dollar US hampir runtuh dan pasti runtuh.
Cuma masa sahaja yang menentukannya.
Masa Terbaik Membeli Emas
Jadi, lepas setahun perhatikan naik turun harga emas, saya tak berani buat andaian bila harga naik, bila harga turun.
Nasihat saya, kalau ada duit yang tak pakai dalam masa dua tahun, belilah emas. Beli emas fizikal. Daripada simpan duit, lebih baik simpan emas.
Jadikan emas sebagai sandaran kepada duit sebagaimana yang dibuat oleh negara-negara di dunia sebelum tahun 1971 dulu. Setiap duit kertas yang nak dicetak, mereka akan sandarkan kepada emas sebab emas adalah penyimpan kekayaan paling ampuh dari sebarang bencana ekonomi.
Wallahu a’lam.
terbaik..nak beli tapi tgh kmpul duit lg
beli pakai maybank GIA ok tak? sebab nak beli gold bar mahal lak.. kalo beli maybank GIA, 1 gram bleh beli lagi..
Gobloz,
Thanks Goblogz… ada RM850 dah boleh dapat 1 dinar.. ada duit jer terus beli, jgn tunggu2.. hari tu saya ada kawan nak jadi dealer PG.. dia baru ada RM10,000. Nak kumpul RM20,000 dulu baru nak beli emas.. tapi harga emas naik, naik, naik.. masa dia mula2 nak beli tu, RM10,000 tu cukup utk beli 3 keping gold bar 20g.. tapi bila harga naik, dia cuma boleh beli 2 keping jer.. so, dengan berapa duit yang ada, beli jer dulu setakat boleh.. jgn simpan lama2 takut rugi..
Kalau boleh saya tahu, apa nama betul Goblogz.. saya lebih selesa sebut nama betul sbb nama tu adalah doa.. 🙂
Yop,
Yop boleh baca preview saya ttg Gold Investment Account di link ni;
http://www.mohdzulkifli.com/2011/04/gold-saving-account-atau-emas-fizikal.html
Moga bermanfaat utk Yop… InsyaAllah.. 🙂
Nama saya Mohd Rusydi Alias, kawin 2009 dulu saya jadikan 4 dinar (RM503 : 1 dinar) PG sbgai mas kawin. baru 2 minggu lepas saya beli lg 1 dinar (RM815). dalam 2 tahun ni saya buat x endah je pasal emas ni.. bila masuk paper pasal emas ni dah naik gila2.. baru saya terhegeh2 nak simpan emas.
Oh, ye ke Rusydi.. maksudnya, Rusydi ni lagi otai lagi dari saya. Saya baru beli emas masa 1 Oktober 2010.. 🙂
Saya terlewat dari Rusydi tentang Public Gold. Dulu, saya cuma tahu Dinar Kelantan jer. Nak beli, tapi payah nak dapat supply masa tu. Asyik tangguh2.. bila terbaca di http://www.jutawanemas.com, baru saya beli emas.
Alhamdulillah.. 🙂
Dari segi ilmu sya rasa akhi lg otai, dah khatam dah saya bca blog akhi. Skang ni tringin plak nak simpan silver
Saya otai dari sudut ilmu.. Rusydi otai dari sudut pengalaman.. kalau jadi dealer emas tu, Rusydi senang nak share dgn orang tu.. :).. Silver pun bagus Rusydi.. kenaikannya 2,3 kali lagi cepat daripada emas.. utk orang baru, saya boleh suggest beli Silver Bar Public Gold, ataupun Dirham Kelantan.. dua2 pun bagus..
Skg ni, harga pun tgh cantik.. naik tak, turun pun tak… biasanya, kalau macam ni, bila2 dia akan naik kalau ada fundamental factor yang trigger..
Salam tuan, saya berhasrat nak beli emas. Yang saya ketahui hukum beli beli tidak boleh ditangguhkan proses pembelian emas. Ini boleh jatuh kepada hukum haram termasuklah kaedah ‘lock harga’ yang tuan katakan. Setahu saya, ‘lock harga’ miripnya sama dengan penangguhan proses pembelian emas. Mohon pandangan tuan. -Anis, Bangi-
Wa’alaikumussalam Pn. Anis,
Alhamdulillah.. bagus tu bila mula menyimpan emas. Pasal hukum lock harga, setakat penelitian saya, ia belum dikira aqad jual beli. Isu penangguhan sebenar ialah jangka waktu PENYERAHAN DUIT & BARANG mesti berlaku dalam masa 3 hari. Itu berdasarkan parameter terbaru fatwa kebangsaan.
Maksudnya, bila kita buat bayaran, penyerahan barang (atau hak ke atas barang) perlu berlaku dalam masa 3 hari. Dalam urus niaga Public Gold, bila kita buat payment, hak ke atas item yang kita order tu telah berpindah secara automatik. Kita boleh claim emas tu tanpa apa2 halangan daripada Public Gold bila kita ada bukti bayaran dan Sales Order.
So, isu penangguhan tu tak berlaku sebenarnya. Pn. anis boleh rujuk Parameter Terbaru Fatwa Kebangsaan di link ni; http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1008-majlis-fatwa-syarat-halal-bagi-pelaburan-emas.html
Wallahu a’lam.
Salam. Saya nak tanya, baru ni isteri telah gadai barang kemasnya di arrahnu. Hasil gadai tu dia beli emas yang lain. Emas yang baru tu saya cadang nak gadai dan tebus emas sebelumnya. Nanti gadai balik emas tu ditempat yang lain dan beli emas yang lain. Dan begitu lah seterusnya. Apa pendapat cik Zul. Soalan kedua apa untung nya menyimpan emas di maybank
Salam. Saya nak tanya, baru ni isteri telah gadai barang kemasnya di arrahnu. Hasil gadai tu dia beli emas yang lain. Emas yang baru tu saya cadang nak gadai dan tebus emas sebelumnya. Nanti gadai balik emas tu ditempat yang lain dan beli emas yang lain. Dan begitu lah seterusnya. Apa pendapat cik Zul. Soalan kedua apa untung nya menyimpan emas di maybank
Salam. Saya nak tanya, baru ni isteri telah gadai barang kemasnya di arrahnu. Hasil gadai tu dia beli emas yang lain. Emas yang baru tu saya cadang nak gadai dan tebus emas sebelumnya. Nanti gadai balik emas tu ditempat yang lain dan beli emas yang lain. Dan begitu lah seterusnya. Apa pendapat cik Zul. Soalan kedua apa untung nya menyimpan emas di maybank
Wslm Suyas,
Sekarang ni teknik beli, gadai, beli, gadai, dan beli lagi tak sesuai sebab harga emas agak volatile (tak setabil) sejak 6 bulan ni. Orang yang amalkan teknik tu sangat berisiko.
Pajak emas sekarang ni hanya sesuai untuk peniaga jer sbb dia boleh jana keuntungan secara konsisten.
Kedua, emas maybank tu ialah akaun simpanan emas. Ia bukan emas fizikal. Pada saya, emas fizikal lagi bagus dari akaun simpanan emas.
bak kate pokli.com ape brg beli nasi ayam dpt kertas tulis’NASI AYAM’ tul tak?
hakim pg
post yg sangat menarik.bole sy copy paste utk my blog? http://pickmatch-hani.blogspot.com/
Betul tu Hakim PG. Silakan Hani. Blog Pn. Hani pun menarik, tahniah.
Salam encik Zul,saya mula dgr about emas ni 2008..tapi saya masih blur,takde ilmu,so never invest in it.then since few months ago bila ada seorang kawan cerita mengenai emas ni,then saya realize yg sy dah terlewat..so sy start dgn akaun emas ..tapi as I read through many artikel,sy dapati emas fizikal is much better.alhamdulillah sy ingin serius skrh investing in gold.cuma saya nak tanya..mana lebih baik: beli large amount one shot..or…berdikit2…thanks
– Nur –
Wslm Pn. Nur. Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Masih belum terlewat lagi Pn. Nur. Harga emas akan pergi jauh lagi dari harga sekarang. At least dia akan naik 100% dari harga sekarang dlm masa 4 – 5 tahun akan datang.
Beli sikit2 pun ok Puan Nur. Boleh buat dollar cost averaging. Tapi saya beli lump sum jer coz automatik jadi dealer. Boleh dapat komisyen disamping menyimpan emas.
oh..if beli lump sum otomatik jadi dealer ke..if kita yg nak jadi dealer.. if beli 100k,tapi tak jadi dealer ada ke gitu? -Nur-
Nur, kalau beli tak nak jadi dealer pun boleh. Mintak dealer lain yang uruskan bagi pihak kita. Keistimewaan jadi dealer ialah kita dapat komisyen atas setiap belian.
Salam. Saya suda membuat pesanan 3 gold bar 20g. Masih ada bajet RM20k lagi.Berminat mahu terus jd dealer tapi dmaklumkan datang ambil barang sendiri d sarawak coz d tawau belum ada wakil PG. Boleh tolong beri saya nasihat or cadangan?
Wslm Tuan/puan.
Saya beberapa idea.
(1) Cari dealer PG di area Tawau. Contact dealer, dan dia akan order dgn public gold atas nama tuan/puan. Lepas tu dia akan bagi stok 20k yang punya dan puan kena isi authorisation form. Nanti dia akan ambik stok atas nama tuan/puan utk replace stok dia.
(2) Tuan/puan ada tak kawan yang turun KL? Kalau ada, boleh deal dengan saya. Saya boleh kirimkan stok melalui dia. Benda ni kena discuss in detail.
(3) Tuan/puan ada turun Kota Kinabalu tak? kalau ada, boleh deal dengan dealer saya di KK. Dia boleh bantu sebab dia selalu ulang alik datang KL.
Untuk discuss further, boleh contact saya; ibnushafie@gmail.com atau 019-3368009.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum zulkifli…
Email saya kelisahitam_se@yahoo.com kerja di serdang selangor…
Nak mintak tolong ajar/guide…aper2 jerla yg berkaitang ngan pelaburan emas ni secara lebih detail….saya dah tak snggp lagi hidup susah tlg yer
Wslm tuan Zarr Noh,
InsyaAllah, saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. Tuan boleh download ebook percuma “5 Minit Review Tentang Emas” disebelah kanan bahagian atas blog ni. InsyaAllah, tuan akan dapat panduan cara pelaburan dengan betul, selamat & menguntungkan.
Kalau keluar dari kesempitan, bagi saya pelaburan bukan jalan terbaik. Saya syorkan tuan mulakan bisnes sendiri. Untung dari bisnes jauh lebih tinggi dari apa juga jenis pelaburan.
Tapi sebelum mulakan apa juga bisnes, laburkan dulu dalam ILMU dgn beli buku berkaitan, hadir worksyop, seminar yang berkaitan. Itulah pelaburan lebih menguntungkan!
Wallahu a’lam.
Salam,nk minta pendapat en.zul…
Skrg nie saya ada lbh krg 50k dlm asb, saya ingat nk labur dlm emas, so blh tolong guide pelaburan mana satu yng plg baik untuk masa skrg….
Wslm tuan,
Sekarang ni harga emas tengah rendah. Masa yang sangat baik untuk memulakan pelaburan emas. Kalau nak untung cepat untung, saya syorkan tuan beli kesemuanya syiling 10 DINAR Public Gold. Spread / susut nilainya cuma 5%. Harganya sekitar RM7,270 untuk satu syiling 10 DINAR. RM50k tu boleh dapat dalam 7 keping.
Bila tuan buat belian RM50k, maksudnya tuan secara automatik jadi dealer dan mendapat komisyen 1% atas belian, dan 0.5% setiap kali jual balik emas kepada PG. Maksudnya, spread sebenar tuan cuma 3.5% (5% – 1.5%). Bagi saya, spread 3.5% tu sangat rendah berbanding mana-mana emas pelaburan di pasaran.
salam tuan…saya bercadang untuk membeli emas 250g adakah sekarang masa terbaik utk beli,,,terima kasih
Wslm tuan,
Harga sekarang turun sikit berbading minggu lepas. Agak baik untuk membeli. Saya syorkan beli emas untuk jangka panjang, at least untuk jangka masa setahun. Emas 250g tu bagus sebab spreadnya cuma 4.5% i.e. lebih cepat untung.
Wallahu a’lam.
Salam,saye nk tanye brape had umur untuk mnjadi seorg ejen emas?
Wslm,
Saya tak pasti berapa had umur, tapi kalau ikut common rule mana-mana bisnes sekalipun, umur 18 tahun ke atas boleh jadi ejen. Kalau tuan nak jadi ejen, sms/ emailkan detail pada saya, nanti saya rujuk pada PG, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
salam, nak tanya kalau saya ada dalam rm5k brape gram emas saya dapat and sesuai ke masa sekarang ni utk saya mulakan pelaburan emas?saya baru nak mencuba xpernah lgi cuba…thanks.
Wslm En Radzlan,
Bajet RM5k tu boleh dapat 7 keping coin 1 dinar. Sekarang 1 dinar RM708. Harga emas baru start naik sikit minggu ni lepas sebulan lebih turun ke paras terendah berbanding 2012. Saya rasa ini timing yang baik untuk bermula.
Wallahu a’lam.
salam abg zul..kalau beli 1 dinar PG,ade resit belian n surat dia mcm mana ek..tapi dinar PG kalau
nak jual pun kena jual kt PUBLIC GOLD ker..??
Wslm.
Kalau beli memang ada resit dan sijil ketulenan sekali. Kalau nak jual, boleh jual balik pada Public Gold atau dealer Public Gold.
salam semua..waktu terbaik untuk memborong emas adalah sekarang. saya bukanlah technical analyst tetapi saya perhatikan graf metatrader mencatat spot paras terendah sejak April 2011! mungkin ini adalah impak dari kejatuhan sistem monetary di Eropah iaitu Cyprus khususnya. Wallahu’alam..
*teringin nak tambah stok tapi sayang kena sediakan duit untuk sambut ‘orang baru’..InsyaAllah
Wslm En. Omar,
Terima kasih atas perkongsian. Memang ini kesinambungan krisis kewangan eropah tahun lepas. Kali ni mangsanya ialah Cyprus. Mereka terpaksa jual 13 tan emas yang berada dalam simpanan negara untuk selamat daripada bankrup. Emas ialah talian hayat terakhir untuk selamatkan kekayaan.
Wallahu a’lam.
Terima kasih En. Zul atas idea emas adalah aset lindung nilai. Kejatuhan harga emas ini adalah petanda baik untuk harga emas melonjak ke puncak yang baru. Wallahu a’alam
Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.
Salam. adakah boleh membeli emas dgn ‘lock harga’ dan bayar dahulu?brg akan dpt smgu slps pmbayaran.
Wslm tuan,
Memang itu cara terbaik. Lock harga dulu melalui dealer, lepas tu selesaikan bayaran berdasarkan email Sales Order daripada staff Public Gold. Barang boleh ambil bila-bila masa lepas bayar tapi jangan lewat 2 bulan. Sebelum datang, call dulu takut2 stok habis di branch.
Wallahu a’lam.
Assalam tuan,
saya ingin melabur dalam perniagaan emas utk 100k beli emas dinar atau emas 250g.minta tunjuk ajar tuan.
Terima kasih
wasalam
Wslm tuan,
Kalau modal RM100k, saya syorkan beli Gold Bar 250 gram (susut nilai 4.5%) kesemuanya. Kalau nak cukupkan amaun supaya jadi RM100k, saya syorkan tambah coin 10 Dinar (susut nilai 5.0%).
Mengikut kira-kira saya pada harga sekarang (26.5.2013), boleh dapat samada:
Pilihan 1 : Gold bar 250g x 3 keping (RM110,322)
Pilihan 2 : Gold bar 250g x 2 keping + coin 10 Dinar x 5 keping (RM103,653)
Kalau tuan nak beli, saya syorkan place order hari ni sebab menurut analisis, harga akan naik mulai pagi esok bila ‘market’ dibuka. Dan menurut analisis, possibility harga emas turun cuma RM7 per gram berbanding potensi naik RM52 segram. Tapi ia cuma analisis dan tak semestinya tepat. Saya sekadar memaklumkan apa yang saya tahu.
Wallahu a’lam.
Assalam Tuan,
Bagaimana kalau 100k untuk pelaburan perak adakah keuntungan
nya lebih baik dari emas dan cepat.
Terima kasih tuan untuk informasinya.
wassalam
(1) Harga silver lebih volatile (tak stabil)
Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, silver naik 100%. Masa tu ramai orang beli silver. Lepas tu dia jatuh balik 50%.
(2) Potensi lebih besar
Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas. Ini disebabkan ia diperlukan untuk industri, sedangkan dah tak ada lombong silver, dan silver biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebagaimana emas sebab kosnya yang tinggi.
Kedua, nisbah emas : silver sekarang ni sekitar 1 : 60. Satu Oz emas boleh beli 60 oz silver. Nisbah ini dijangka naik kepada 1 : 16 sebagaimana sebelum tahun 1970-an dulu.
(3) Silver lebih rendah kecairan
Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat kita boleh jual silver kecuali kepada pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.
Silver tak boleh dipajak sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di Penang jer yang terima pajak silver, itu pun silver keluaran Public Gold sahaja.
(4) Penyimpanan lebih susah
Silver ni berat. Dari sudut penyimpanan agak susuh berbanding emas. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Tuan kena sewa Safe Box yang besar baru sesuai untuk simpan silver.
Dari sudut simpanan saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance baru beli silver. Saya simpan 70% emas, 30% silver.
Wallahu a’lam.
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik Membeli Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik Membeli Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik Membeli Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik Membeli Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik Membeli Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik Membeli Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas? […]
Salam
saya ingin bertanya, untuk memulakan perniagaan emas ini perlu ada modal rm 15k ker?
saya berminat, namun untuk mendapat modal sebesar itu kurang mampu. Tapi dalam simpanan saya ada 3 dinar emas.
mohon pendapat.
terima kasih
Wslm Pn. Siti,
Untuk jadi dealer emas Public Gold, kena buat belian RM20,000 dalam satu resit. Tapi bulan ni Public Gold buat promosi. Beli emas 916 (dinar, i-series, d-series) bernilai RM15,000, maka automatik jadi dealer Public Gold. Kalau tak cukup modal, puan boleh kumpulkan order kawan-kawan sampai cukup RM15,000.
[…] Bila Masa Terbaik MEMBELI Emas […]
assalam, saya nak tanya tuan ada dealer di johor atau penang tidak?
boleh beri detail dealer. saya jarang ke KL.
Wslm,
En. Faiz contact saya 019-336 8009 (call / sms / wassap). Nanti saya bagi info. InsyaAllah.
Assalamualaikum…
Sy ada soalan skit….jika di ar rahnu…mereka terima x goldbar utk dipajak gadaikan….bole sy tau apakah kelebihan membeli emas delay….berisiko atau bagus utk jgka pnjg…..tq….
Wslm Pn. Siti Nurbayah,
1. Ada ar-rahnu terim, ada yang tak terima gold bar. Puan kena semak dengan ar-rahnu tu bila nak pajak. Kalau gold bar Public Gold, Ar-Rahnu yang terima Pos Malaysia, Bank Rakyat, Ar-Rahn PKB, Ar-Rahnu Express, Ar-Rahnu Koperasi Tentera.
2. Setakat apa yang saya kaji, saya syak emas delay tu money-game skim cepat miskin. Pulangan yang dijanjikan sangat tinggi dan tak masuk akal. Mereka boleh bagi sekitar 70% setahun. Pelabur terhebat Warrent Buffet pun surrender. Beli emas, tapi emasnya tak dapat kalau nak dapat imbuhan sedangkan bayaran penuh telah pun dibuat, duit kita mereka hold berbulan-bulan. Saya nasihatkan jauhi skim macam tu. Beli emas, pastikan dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Boleh dikatakan semua pelaburan emas yang menjanjikan income bulanan sebelum ni lingkup.
Wallahu a’lam.
Salam…saya nak minta maaf,cuma ingin bertanya..saya memang cetek pengetahuan tentang emas/dinar yg sedang diperkatakan..tp sy amat tertarik dgn semua artikel yg encik tulis dan menjadi motivasi dalam diri saya.
Saya ingin bertanya tentang apa kelebihan memiliki physical gold berbanding membeli gold investment di bank? Sedangkan physical gold memerlukan tempat yg selamat untuk disimpan. Manakala gold investment hanya simpan buku sahaja..sekian,terima kasih.
Wslm Pn. Lia,
Majoriti mereka yang expert tentang emas prefer beli emas fizikal. Beli emas, dapat emas. Emas tu memang wujud depan mata. Tapi kalau akaun emas, kebanyakkannya emas memang tak wujud. Beli emas, dapat kertas. Emas memang tak wujud.
Kelebihan emas fizikal, kita boleh manfaatkan emas tu untuk dapatkan pinjaman bercagar bila diperlukan. Keduanya, kalau harga emas jatuh macam mana pun kita tak risau sebab kita pegang sendiri emas tu. Emas memang ada ditangan. Ketiga, dari sudut psikologi, bila dah mula simpan emas, orang tu akan beli lagi emas. Dia ada motivasi untuk kumpul harta. Bila nak jual dia rasa sayang sebab emas tu cantik dan manusia memang sukakan emas. Bila dia terpaksa jual, dia akan cari duit untuk beli balik emas tu. Lama-lama penyimpan emas fizikal jadi lebih kaya sebab dia ada tabiat orang kaya-kaya iaitu mengumpul harta.
Kalau akaun emas, bila harga emas turun macam ni, penyimpannya confirm rugi. Yang ada hanyalah kertas dan nombor. Dia tak boleh dapatkan pinjaman ar-rahnu untuk rolling duit tu sebagaimana penyimpan emas fizikal. Orang simpan akaun emas, dia tak ada motivasi kumpul harta macam penyimpan emas fizikal.
Itulah secara ringkasnya.
Wallahu a’lam.
Saya masih seorang pelajar kolej, 20. Saya nampak pelaburan emas ini sangat bagus. Insyallah bila untung asb nanti, saya nak beli emas. Boleh ke saya jual emas (bila harganya naik) untuk top up asb saya supaya dapat selesai segera loan ini? soalan yang sangat newbie. baru nk belajar selok-belok finance. tq.
Boleh Cik Lily. Emas tu boleh dijual pada bila-bila masa.
Bagus tu, pelajar kolej dah start belajar tentang kewangan peribadi.
Sy nk bertanye risk emas delay walaupun ada agreemnt black n write…nsht tuan patut ke saya joint invest cmni….
Saya tak syorkan beli emas tapi emas tak dapat. Ia sangat berisiko walaupun ada agreement melainkan investment di bank.
Assalamualaikum tuan..saya baru nak berjinak2 dgn pelaburan emas..tp saya cuma ada 10k untuk permulaan modal..sy cuma ingin tahu..brp kita dapat bulan2 dan mcmana proses pemindahan dividen..adakah melalui akaun bank ataupun cash? Minta pandangan tuan..terima kasih
Wslm En. Putra,
Pelaburan emas tak ada pendapatan bulanan macam dividen. Ia macam beli barang kemas di kedai emas jer. Emas tu kita simpan sendiri. Untung hanya bila jual emas tu masa harga emas naik jer.
Assalamualaikum en zul.
Adakah harga emas skrg masih murah?
Wslm En. Saiful,
Kalau dibandingkan 3 tahun harga emas, harga sekarang sangat murah. Untuk maklumat lanjut, En. Saiful boleh rujuk graf sejarah harga emas di http://goldprice.org/gold-price-history.html.
Assalamualaikum. Sy mempunyai 200g brg kemas di ArRahnu yang sy bl melalui agen 30:70. Setiap 6 bulan saya akan pening memikirkan upah simpan yang perlu dibayar. Saya pohon pandangan En Zul bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini? T.kasih.
Wslm Pn. Zaiton,
1. Apa yang puan perlu tahu, lagi lama puan simpan dalam ar-rahnu, lagi tinggi kosnya yang puan perlu tanggung.
2. Kalau boleh buat persoalan loan untuk terus emas tu, saya rasa itu lebih baik. Nanti bila harga sesuai, puan boleh jual balik emas tu untuk settle persoanal loan tu.
Wallahu a’lam.
Saya ada minat nak invest dalam Public gold dalam jumlah 10k, tapi saya tak tahu nak beli product mana lebih untung? saya cadang simpan satu tahun dan jual lepas itu beli balik satu tahun.
Saya syorkan En Eddy tambah bajet dalam RM1,000 lagi. Beli 10 dinar x 2 keping. Itu item paling cepat untung dengan bajet tu.
salam tuan
saya berminat sangat nak melabur dalam emas dengan 20000 ribu sy patut beli emas ataupun dinar? harap membantu
Wslm Pn. Zuliana,
Kalau dgn bajet tu, itu paling untung beli coin 10 dinar x 3 keping atau 4 keping sebab itu item susut nilai paling rendah dengan bajet tu.
terima kasih ats info
n nak jd dealer kena masuk brp ribu?
Sama2 puan. Sekarang ni beli RM30k automatik jadi dealer.
Salam tuan, saya akan tamat degree pada december 2015 inshAllah. Buat masa ni saya ada kerja part time dan cadang nak simpan monthly 200rm mulai skrg sampai la dh dpt kerja betul2 nnt pun, melalui pelaburan emas, ok ke? Dari segi hasil & keuntungannya dll? Sori soalan takde ilmu langsung psl hal ni 😀 Tq in advance!
Wslm Cik Sakinah,
Saya syorkan simpan duit tu dulu. Tak perlu melabur lagi. Pelaburan paling untung graduan baru bagi saya ialah ilmu. Beli dan baca buku-buku kewangan. Hadir mana-mana seminar kewangan dan pelaburan yang bersesuaian. Nanti Cik Skinah tahu kat mana nak ‘letak’ duit tu nanti, insyaAllah.
Tuan,
Assalamualaikum, berkenaan dinar 22k yang sudah dibeli, adakah saya perlu menukarkannya kepada 24k LMBA atau simpan sahaja.mana yang terbaik
Salam En. Nasir,
Public Gold galakkan tukar kepada dinar 999.9. Untuk dinar 916, mungkin susut nilai akan naik lepas perlaksanaan GST.
Assalamualaikum saya masih2 berjinak dlm pelaburan emas,soalan saya jika berurusan dgn public gold ni jika harga emas tinggi public gold akn ambil semula ke?tq
Wslm Pn. Amy,
Public Gold jamin beli balik emas tu bila-bila masa samada harga tinggi atau rendah.
Assalam. Sy ada beberapa persoalan dan kemusykilan:
1) Sy ada skim pinjaman ASB-CIMB sebanyak RM50ribu selama 17 tahun sejak 2011, dgn byrn bulanan RM420. Memang dpt dividen & bonus setiap tahun dlm RM3K hingga RM4K. Setelah sy kira betul2, setiap tahun sy byr bulanan lebih drpd div & bonus yg diterima. Sy bercadang nak batalkan shja pinjaman tersebut dan beli syiling 1 dinar setiap bulan, tapi dibantah isteri kerana takkan dpt pinjaman semurah itu lagi sebab faktor umur dan lagi pinjaman bkenaan telah diinsurankan, sbgmana pinjaman ASB isteri sy juga. Apakah lebih baik saya batalkan pinjaman ASB-CIMB saya itu dan mula beli emas 1 dinar setiap bulan?
2) Sy telah melabur dlm Koperasi Ktgn Kjaan N.Melaka sejak 2001 dan jumlah terkumpul dlm RM10K. Sy dapati dividennya sgt rendah dan kurang memberangsangkan. Sy bcadang utk keluar dan tamatkan keahlian dgn byrn bulanan kira2 RM60 selama ini, dan berkira2 utk mbeli emas sbg pelaburan dgn duit Koperasi itu ataupun melabur dlm ASB yg mberi div dan bonus yg konsisten. Isteri sy kurang bsetuju lagi dan mengatakan supaya teruskan saja pelaburan dlm koperasi, sbg pelbagaian pelaburan. Sy mjadi serba salah dan ragu2 dgn tindakan yg perlu diambil.
Mohon pandangan tuan
Wslm En. Sidek,
1. Pelaburan ASB secara pinjaman ni ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Kelebihannya; (1) pinjaman tu diinsurankan – kalau berlaku kematian ahli waris dapat duit tersebut, (2) dapat paksa diri menyimpan – kalau tak buat pinjaman, mungkin duit tu kita tak simpan. Kekurangannya; (1) ia mungkin menganggu untuk dapatkan pinjaman lain seperti membeli rumah dsb, (2) pelaburan itu ‘beku’ sebab duit itu kita tak boleh pusing – tunggi dividen sahaja. Itu terpulang kepada En Sidek samada nak teruskan atau tidak.
2. Saya tak pasti pasal Koperasi tersebut. Jadi saya tak dapat bagi pandangan yang mana lebih baik.
Wallahu a’lam.
Salam en zul,
1. Boleh tak saya tanya berapa harga minimun emas dan dinar di public gold kalau nak beli dan nk simpan?
2. Tlg betulkan anggapan saya, sy byk baca artikel dan soal jawab di ruang ini dan saya dapati bahawa bila kita cerita ttg keuntungan emas atau dinar di public gold ni maksudnya bkn la kita dpt apa2 dividen setiap bulan atau emas yg kitq simpan tu akan naik nilainyer… ianya bergantung naik turun harga dipasaran btul kan… cth kalo kita beli 1g = rm1 kemudian tgk nilai pasaran masa naik baru jual masa turun jgn jual lagi mcm tu ke? Dan lebih selamat urusan jual beli dgn public gold jugak …tlg btulkn pemahaman saya ini en zul kalo saya salah.
3. bagaimana nk maintain keuntungan kita secara tetap setiap bulan? Ada formula tak utk itu sbb saya yakin ramai diluar sana yg nak kan pulangan penyimpanan emas atau trade emas ni setiap bulan… kalo tak de ok tak pe la
4. Ada tak cara saya boleh hubungi en zul wassap ke wechat ke telegra ke atau email sbb lebih mudah saya nk bertanya apa apa ttg pelaburan emas dan silver ni.
5. Saya ada kurang dr 1k je boleh ke beli emas atau silver dkt public gold?
6. Mcm mana atau dkt mana dan apa yg perlu sy ambil tahu ttg naik turun emas atau silver ni.. ada web site kah?
Terima kasih
Wslm En. Saiful,
1. Item paling kecil gold bar 1 gram. Bajet bawah RM200 pun dah boleh dapat.
2. Betul, asasnya “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Tak ada pendapatan bulanan atau tahunan macam dividen.
3. Secara asasnya tak ada, kecuali berniaga emas. Boleh baca artikel saya tentang 3 cara asas menjana keuntungan dengan meas di http://www.mohdzulkifli.com/2014/10/3-strategi-asas-jana-keuntungan-pelaburan-emas.html .
4. Boleh terus wassap kepada saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply melalui wassap.
5. Dengan bajet RM1k, boleh dapat dalam 6 gram emas Public Gold.
6. Berita tentang naik turun harga emas dunia boleh baca berita-berita di http://www.kitco.com .
Saya baru ingin berjinak dalam membuat investment emas. Sekiranya sy mempunyai 10k berapa yg sy blh dpt.
Untung ke sekiranya sy hanya menyimpan dan sekiranya harga gold naik sy jual balik
Berapa gram tu bergantung berapa harga emas harian. Harga semasa boleh terus semak di http://www.publicgold.com.my .
Kalau simpan untuk tempoh 2 – 3 tahun, selalunya berbaloi. Tapi untung rugi sebenar bergantung ilmu kita sendiri tentang emas. Saya syorkan puan baca buku Wang Emas tulisan saya. InsyaAllah puan akan dapat kefahaman yang betul tentang emas.
Assalam en zul. Saya nak mohon pendpt. Saya bercadang hendak tukarkan simpanan anak di tabung haji kpd dinar. Wajarkah saya keluarkan semuanya atau separuh sahaja? Umur anak sudah capai 18 thn dan simpanan tersebut adalah lebih kepada utk menampung kos belajarnya. Saya juga risau dgn nilai ringgit yg semakin jatuh. Mohin pendapat dr tuan. Tkasih
Wslm Cikpuan Erin,
Untuk simpanan lebih dari setahun. Saya syorkan simpan dalam bentuk emas. Kalau kurang, tak perlu beli emas. TH dan ASB sudah sesuai.