Emas Penyelamat Bencana Kewangan

by on January 25, 2014

Post image for Emas Penyelamat Bencana Kewangan

Harga emas dah naik sekitar 8% berbanding Disember 2013. Bulan lepas harga 1 dinar serendah RM550, tapi hari ni sekitar RM595. Siapa yang beli bulan lepas, dah boleh jual dan dapat untung. Kalau beli untuk dapat untung TUNAI, jual sekarang dan dapatkan untung dulu. Selagi tak jual, memang tak akan merasa untung. Jangan tamak sebab tak siapa tahu “how high is high”. Kalau dah “high”, jual jer dulu. Jangan tunggu harga paling tinggi. Kalau ada rezeki, beli balik bila harga emas turun. Gunakan teknik sebagaimana dalam artikel saya “Teknik Mengambil Untung Pelaburan Emas”.

Walaupun harga emas naik, saya jenis beli dan simpan jer. Saya lebih suka harga emas turun sebab saya jadikan emas sebagai pelindung kekayaan. Bila harga emas turun, maksudnya kita boleh tambah simpan emas lebih banyak. Kalau orang tahu emas dan sejarah matawang, dia akan takut simpan kekayaan dalam bentuk duit kertas (dan aset kertas yang lain termasuk saham dan unit trust). Risiko duit kertas jauh lebih besar berbanding risiko menyimpan emas. Duit sebenar adalah emas, bukan duit kertas yang kita pakai hari ini. Hakikatnya, duit kertas nilainya pada emas, bukan emas nilainya pada duit kertas.

Risiko Besar Simpan Aset Kertas

Duit kertas yang kita pakai hari ini asalnya adalah VOUCHER mewakili emas. Tapi sejak Perjanjian Bretton Wood ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, duit kertas tak ada kena mengena lagi dengan emas. Amerika dengan secara rasminya putuskan hubungan antara emas dan duit kertas US Dollar. Jadi kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpan duit kertas akan lingkup dulu.

Cuba kaji balik apa berlaku masa Krisis Kewangan Asia tahun 1997. Ringgit Malaysia jatuh lebih 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan! Daripada RM2.50 untuk USD1 kepada RM4.70! Memang betul duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya dah hilang separuh. Orang luar boleh beli kekayaan negara kita dengan separuh harga jer masa tu.

Exchange rate RM US sebelum gawat 1997Ringgit Malaysia sekitar RM2.50 untuk USD1 sebelum krisis kewangan.

Exchange rate RM US selepas gawat 1997Ringgit Malaysia pernah tersungkur hingga RM4.70 untuk USD1 ketika gawat 1997

Tapi sesiapa simpan emas, kekayaan mereka tak terjejas pun kalau berlaku ketidakstabilan begitu. Ringgit jatuh, harga emas naik. US Dollar jatuh, harga emas lagi naik. Dan lepas tahun 1997 barulah Tun Dr Mahathir sedar sistem duit kertas sangat tidak adil dan menyarankan DINAR EMAS sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa. Dan tahun 2000 baru Bank Negara keluarkan syiling emas pertama negara yang dinamakan “Kijang Emas“.

Emas Sebagai “Wealth Protection”

Jadi bagi saya, beli emas sekadar “buy low sell high” tu bersifat sementara jer. Kuasa sebenar emas jauh lebih besar dari itu. Negara-negara kuasa besar dunia jadikan emas sebagai rizab terbesar negara dan tak pernah risau harga emas jatuh, sedangkan negara-negara kecil macam Malaysia simpan kertas hijau (US Dollar) sebagai rizab terbesar negara. Bila berlaku ketidakstabilan ekonomi negara atau dunia, negara kecil akan lingkup dulu sedangkan negara besar yang ada rizab emas senang bangkit semula. Itulah yang dimaksudnya emas sebagai “WEALTH PROTECTION”.

rizab simpanan emas negara duniaUS adalah penyimpan emas terbesar dunia. 70% daripada rizab negara US disimpan dalam bentuk emas. Ini berdasarkan senarai World Gold Reserve.

Sedikit sejarah tentang duit kertas. Tahun 1944 lepas perang dunia ke-2, negara-negara dunia buat perjanjian untuk mewujudkan sistem kewangan antarabangsa baru yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods. Dalam perjanjian tu, US Dollar dijadikan mawatang antarabangsa dan ditetapkan nilainya USD35 bersamaan 1 oz emas. 1 oz bersamaan 31.1 gram. Maksudnya, USD35 adalah VOUCHER untuk ditukar dengan 1 oz emas dalam simpanan US. Tapi bila ekonomi US tertekan lepas lalui peperangan yang panjang dengan Vietnam (1956 – 1975), US putuskan hubungan US Dollar dengan emas bagi membolehkan US mencetak duit kertas ‘sesuka hati’ sebagaimana biasa dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu. Kalau dulu, duit kertas tak boleh dicetak melebihi rizab emas yang mereka ada.

Duit kertas US Dollar emasSemasa US Dollar disandarkan kepada emas, duit kertas US tertulis “redemable in gold on demand at the United States Treasury, or in gold or lawful money at any Federal Reserve Bank”. Maksudnya, duit ini adalah voucher emas. Duit sebenar hakikatnya adalah emas.

Duit Kertas Adalah Voucher Emas

Bila emas dan US Dollar dah tak ada kena mengena, itu peluang US manipulate duit kertas mereka. Kalau sesebuah negara cetak duit sesuka hati, maka akan berlaku hiper inflasi, tapi US Dollar tak berlaku begitu sebab ia digunakan untuk dagangan antarabangsa. Jadi seolah-olah US boleh beli kekayaan kita dengan hulurkan kertas hijau US Dollar sahaja yang dia sendiri cetak tanpa disandarkan kepada aset fizikal yang sebenar.

duit matawang pisangDuit kertas yang dicetak tanpa disandarkan dengan aset fizikal pasti berakhir nasibnya seperti Matawang Pisang yang tidak lagi bernilai. Duit ini pernah digunakan pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Atuk kita pasti pernah alami zaman di mana duit kertas tak lagi bernilai.

Matawang negara-negara lain termasuk Malaysia hakikatnya adalah terbitan US Dollar sebab negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara. Kalau sebelum 1971, memang logik la mereka simpan US Dollar sebab US Dollar masa tu adalah VOUCHER mewakili emas. Menyimpan US Dollar seolah-olah kita simpan emas. Tapi sekarang, US Dollar hanya kertas hijau yang tak ada kena mengena lagi dengan emas. Bahkan nilai US Dollar dan duit kertas yang lain boleh hilang nilainya serendah nilai tisu tandas kata Tun Dr. Mahathir.

utusan 2 november 2010 dollar tisu tandas dinar emas tun mahathirDinar emas penyelesaian terbaik bila krisis kewangan kata Tun Dr. Mahathir

Dan itulah sebab utama kenapa saya tukarkan duit simpanan jangka panjang dari Tabung Haji kepada emas sebagaimana artikel saya “Selamatkan Simpanan Kepada Emas!”. Saya nak selamatkan kekayaan dari bencana kewangan yang pasti datang tanpa amaran!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Januari 2014
23 Rabiul Awwal 1435

(Kredit foto : wikipedia, pelaburanemaspublicgold)

{ 41 comments… read them below or add one }

1 nashar January 27, 2014 at 3:46 pm

bila masuk unsur sejarah mesti ada pengajaran di sebalik sesuatu peristiwa

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2014 at 11:34 pm

Betul tu En. Nashar.

Reply

3 SHARIZAL MAZALAM January 27, 2014 at 3:52 pm

ASSALAMUALAIKUM ENCIK ZUL..! SAYA BARU AJER MULAKAN SIMPANAN EMAS SAYA..! RASA RALAT JUGA SEBAB BARU BERMULA..! BILA SAYA CONGAK2 ALANGKAH UNTUNGNYA KALAU SAYA MULA LAMA DULU KETIKA USIA MUDA BARU BERKERJA..! TAPI TAK MENGAPALAH BIAR LAMBAT ASALKAN SUDAH MULA MENAPAK..! SAYA PUN DAH JOINT SYARIKAT EMAS GCP SEBAGAI DEALER..! ENCIK ZUL RASA MACAMANA OK TAK..?

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2014 at 5:52 pm

Wslm En. Sharizal,

It’s ok. Tiada istilah terlambat untuk buat sesuai yang baik. Apa yang penting, En. Sharizal dah bermula. Emas GCP pun ok, cuma susut nilai dia tinggi yang melambatkan penyimpan dapat untung. En Sharizal boleh baca perbandingan yang saya buat susut nilai emas yang ada di Malaysia. http://www.mohdzulkifli.com/2012/07/perbandingan-spread-emas-di-malaysia.html. Lagi satu, kalau tak silap saya dia ada yuran hangus RM1,000 untuk jadi dealer. Itu merugikan bagi saya.

Setakat ni, emas paling baik untuk simpanan di Malaysia ialah emas Public Gold. Senang beli, senang jual, untungnya maksimum berbanding emas-emas yang ada di pasaran.

Wallahu a’lam.

Reply

5 azlin January 27, 2014 at 4:53 pm

salam.
saya berminat nak beli dinar.
dgn 1k yg saya ada.
pendapat encik?

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2014 at 5:47 pm

Wslm Pn. Azlin,

Kalau bajet RM1k, boleh mulakan dengan coin 1 dinar.

Reply

7 azlin January 27, 2014 at 6:24 pm

Tq encik zulkifli.
sebenarnya sy terbaca artikel mengenai encik dlm hmetro online.
pastu terus google blog encik.
banyak ilmu baru yang sy dpt.
saya nak tnya pndpat encik.
saya nak mulakan beli emas tapi lepas baca tulisan encik saya kena langsaikan hutang dulu.
saya ada wat pinjaman kne byr 480.
kereta 506.
asb loan 594.
gaji 2500.

Wajar tak saya nak bli coin 1 dinar dulu?

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2014 at 8:06 pm

Oo.. Ok Pn. Azlin. Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat untuk puan, insyaAllah.

Boleh mulakan beli coin 1 dinar dulu sebagai motivasi menyimpan emas. Selebihnya fokus langsaikan hutang dulu.

Reply

9 azlin January 27, 2014 at 8:43 pm

Oke. Tq encik.
semoga Allah memberkati encik sekeluarga.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2014 at 10:28 pm

It’s ok puan. Amiin ya Allah.

Reply

11 Hidayah February 5, 2014 at 4:46 pm

Maaf Encik Zul saya nak bertanya, apakah maksudnya jika saya mempunyai hutang kereta dan personal loan yg membawa kepada pembayaran bulanan selama beberapa tahun(yang agak lama), tidak sesuai untuk melabur emas? terima kasih.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie February 5, 2014 at 6:20 pm

Pn. Hidayah,

Tak perlu tunggu habis semua hutang baru beli emas. Beli dulu tak apa sebab ia boleh jadi motivasi untuk kumpul harta. Cuma kalau banyak sangat hutang-hutang yang memiskinkan kita (macam personal loan, kad kredit, hutang kereta), keutamaannya ialah langsaikan hutang dulu. Dah settle hutang, baru fokus kembangkan kekayaan.

Wallahu a’lam.

Reply

13 Puan Hafizah January 27, 2014 at 10:34 pm

Assalamualaikum…
Saya ada emas perhiasan…nak jual dan nak beli coin dinar…PG beli ke emas perhiasan..atau saya terpaksa jual di kedai emas?

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie January 27, 2014 at 11:33 pm

Wslm Pn. Hafizah,

Boleh bawa emas tu ke ofis Public Gold. Bagi tahu nak trade-in untuk beli emas Public Gold. Kalau trade in begitu harganya lebih untung berbanding jual di kedai emas. Puan boleh pergi mana-mana cawangan Public Gold. Bila nak buat belian nanti, boleh letak nama saya sebagai dealer / introducer supaya senang saya bantu follow-up dengan Public Gold bila perlu. Mohd Zulkifli Shafie, kod PG002369, 019-336 8009. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya terus.

Reply

15 Nizam January 29, 2014 at 3:47 am

Salam en Zul
Nak tanya sikit . .
Saya plan nak beli emas tapi bila pikir2 balik katakan saya beli emas masa pada harga rendah lepastu jual balik bila harga naik. Lepas kita jual emas tu dapat balik duit fiat yang kononnya takda nilai tu ( bijak pandai cakap masuk Ar Rahnu??? ). Lagi satu nak protect kekayaan bagaimana . .berapa banyak gold saya harus beli untuk survive bila wang fiat dah takda nilai nanti dan waktu tu nak beli barang kat pasar boleh ker hulur gold tadi .
Ermm . .patut tak dealer emas ni nasihatkan para suami belikan barang kemas untuk isteri dulu ( kalau takderler ) sebelum suruh diorang beli dinar .
sekian.
sekian.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie January 29, 2014 at 7:18 am

Wslm En. Nizam,

1. Emas boleh dijadikan “simpanan”, dan boleh dijadikan “pelaburan”. Bagi mereka yang jadikan emas sebagai pelaburan, matlamat mereka ialah memaksimumkan duit fiat. Bagi yang jadikan emas sebagai simpanan, matlamat mereka ialah memaksimumkan pemilikan emas. Mereka nak kumpul gram atau kepingan emas. Walaupun mereka jadikan emas sebagai pelaburan, tapi ia jauh lebih selamat berbanding pelaburan berbentuk aset kertas seperti unit trust, saham dsb bila berlaku bencana kewangan.

2. Berapa banyak emas yang perlu ada untuk protect kekayaan? Itu terpulang kepada masing-masing. Saya tukar simpanan jangka panjang kepada emas. Kalau ada duit yang saya tak tahu bila nak pakai, saya beli emas.

3. Boleh ker beli barang kat pasar hulur emas? Bila berlaku bencana kewangan, semuanya akan jadi huru harta hatta orang yang ada emas berkilo-kilo pun akan jadi huru-hara juga. Tapi siapa ada emas, kesusahan waktu tu taklah sesusah orang yang tak ada emas. Orang ada emas masih ada harta yang bernilai, tapi orang yang tak ada emas hilang segala-galanya. Cuba tengok negara-negara yang berlaku huru-hara dan peperangan, apa lagi kekayaan mereka yang tinggal selain daripada emas? Tengok apa berlaku pada pelarian Vietnam dulu. Tanah, rumah, kebun, duit-duit kertas semuanya habis. Yang mereka bawa lari hanyalah kepingan-kepingan emas jer.

4. Patut ker nasihat suami beli barang kemas? Itu terpulang. Bagi siapa beli emas untuk perhiasan atau hadiah untuk isteri, beli barang kemas. Tapi kalau nak simpan kekayaan, beli emas pelaburan seperti dinar dan gold bar. Kalau nak beli barang kemas kesemuanya, berapa banyak sangat isteri nak pakai? Bahkan ramai perempuan hari ni takut nak pakai barang-barang kemas. Ada emas tapi terpaksa simpan. Dan ramai juga orang perempuan memang tak minat pakai barang kemas, termasuk lah isteri, emak dan emak mentua saya sendiri. Kalau belikan barang kemas pun, ia tak begitu bermakna bagi mereka. :)

Wallahu a’lam.

Reply

17 norisa February 1, 2014 at 8:16 pm

Salam, betul tu emas perhiasan wanita boleh memudaratkan. Mudah jadi target penyamun.

Reply

18 Azharina February 2, 2014 at 8:03 am

Assalamualaikum En. Zul,
Terima kasih atas perkongsian, lg byk saya baca, lg byk yg saya tak tau dan nak tau. Tun Dr M pernah bg saranan utk guna emas dlm perdagangan antarabangsa, tp utk kegunaan domestik agak kurg praktikal krn nilai yg terlibat hanya sedikit. Namun simpanan emas individu sbg ‘wealth protection’ sememangnya masih relevan. Saya nak minta pandangan En. Zul ttg perkara berikut:

1. Mantan PM kita sendiri yg galakkan penggunaan emas tp gold reserve kita tak lah sebesar mana dibandingkan negara jiran spt Thailand, Filipina dan Indonesia. Ada tak usaha dr pihak berkait nak menambahkan rezab emas negara kita sebenarnya?

2. Dlm perdagangan antarabangsa, berapa % urusan barter/perniagaan antara Msia dan negara lain benar2 melibatkan wang dinar/emas? Tak pernah nampak lg negara2 kaya minyak quote oil price dlm dinar, sebaliknya USD 😉

3. Drpd report gold reserve di atas, saya percaya x termasuk emas pegangan individu krn itu hanyalah jumlah hak negara yg dilaporkan. Adakah pengiraan pernah dibuat oleh pengeluar2 emas dlm negara ni ttg jumlah yg ‘tak dilapor’ tu.

Sebarang pandangan amat saya hargai, dan saya sokong usaha En. Zul tingkatkan kesedaran org kita dlm penyimpanan emas. Terima kasih

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie February 6, 2014 at 7:58 am

Wslm Pn. Azharina,

1. Saya tak pasti tentang usaha tambahkan rizab emas negara. Tapi “insider info” yang saya dapat, rizab emas negara sebenarnya lebih besar daripada apa yang kerajaan kita declare.

2. Tak ada negara yang buat dagangan dengan emas. Dagangan antarabangsa menggunakan USD. Kalau ada mana-mana negara nak tukar dagangan pakai emas, nanti nasibnya macam Libya. Tentera US akan “turun” dengan pelbagai alasan sebab USD adalah nyawa US. Mana-mana negara yang nak tukar dagangan antarabangsa daripada USD kepada emas, negara tersebut akan jadi musuh US.

3. Memang report gold reserve tu tak termasuk pegangan individu. Itu cuma rizab negara. Kerajaan China galakkan rakyat-rakyatnya simpan emas. Anything happen kepada dunia, China senang bangkit.

Wallahu a’lam.

Reply

20 Najwa Zakaria February 5, 2014 at 12:25 pm

En Zul,

Mana lebih baik, beli dinar public gold atau buka akaun emas di KFH.

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie February 5, 2014 at 6:17 pm

Pn. Najwa,

Masing-masing ada kelebihan. Emas KFH boleh simpan emas tu dengan KFH percuma. Emas Public Gold boleh dimanfaatkan untuk dapatkan pinjaman ar-rahnu. Emas KFH tak boleh pajak sebab emas dia berseal. Kalau seal tu di buka, KFH tak terima dah emas tu. Kena jual sebagai used gold dengan potongan 25%.

Reply

22 Mohd azmir February 6, 2014 at 11:50 am

Salam en zul…nk tnya berkaitan pelaburan emas..bru2 ni ada rakan ajak melabur utk emas klu xsilap utk 1gram rm165 n bln2 kita akn dpt rm12 utk satu gram emas yg kita beli.tp emas tu syarikat yg pegang(syarikat apa sy xcheck lg)klu sy ambl utk 100gram sy akn dpt lbh krg rm1200 sebulan…blh percaya atau tidak cara pelaburan tersebut….? 2.cadangan encik utk sy brkaitan emas,sbb sy bru nk start..cara mcmmana lbh baik?mcm encik kata melabur dlm public gold,keuntungan nya kita dpt mcmmana?adakah bln2 atau kita just simpan ja…mintak pencerahan brkaitan public gold…tq…..sgt2 ingin tahu.

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie February 6, 2014 at 2:21 pm

Wslm En. Azmir,

Pelaburan emas sebenar macam beli barang kemas jer. Beli emas, dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Dan tak ada apa pulangan bulanan. Keuntungan tu hanya bila kita beli harga rendah, dan jual bila harga emas naik. Itu jer. Kalau beli emas, tapi syarikat yang pegangkan/ laburkan, risiko sangat besar. Kalau ikutkan kes-kes sebelum ni, banyak company macam tu diserbu Bank Negara dan duit pelabur habis lebur.

Cara terbaik, beli emas make sure dapat emasnya. Emas tu En. Azmir pegang sendiri. Untuk pilih emas terbaik untuk perlaburan, En. Azmir boleh ikut panduan dalam artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html .

Wallahu a’lam.

Reply

24 Nadri February 9, 2014 at 6:25 pm

As-salam tuan zul.

sya blm lg jd pelabur emas tp ada membeli bbrp gram brg kemas emas utk isteri & anak2.

Sya berminat utk membeli emas sbgi pelaburan & simpanan. Ada kwn mengesorkan beli emas berbentuk brg kemas secara online yg mana hrganya lebih rendah jika dibandingakan dgn kedai emas & tanpa upah. Risiko minima kerana belian secara COD.

Kwn saya jg ada mencdgkan agar emas yg dibeli dipajak dimana2 kedai pajak gadai utk mendptkan tunai. Dan tunai tersebut digunakan utk membeli emas lagi.

Persoalan saya, adakan kaedah ini biasa dilakukabn oleh pelabur emas & adakah iannya mengutgkan kerana kita kena bayar upah simpan?

Diharap tuan zul blh berkongsi pendapat.

Terima kasih.

Reply

25 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2014 at 10:48 pm

Wslm En. Nadri,

1. Barang kemas rugi kalau beli untuk investment. Saya pernah kongsikan tentang perkara ni dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/12/barang-kemas-vs-emas-pelaburan-mana-lebih-untung.html.

2. Teknik beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi tu dipanggil teknik manipulasi ar-rahnu. Teknik tu agak berisiko bila harga emas jatuh. Saya syorkan En. Nadri baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/10/tips-manipulasi-ar-rahnu-cara-selamat.html dan http://www.mohdzulkifli.com/2013/05/pajak-barang-kemas-adakah-ia-menguntungkan.html .

InsyaAllah, artikel-artikel tersebut dapat menjawab persoalan En. Nadri.

Reply

26 Nadri February 9, 2014 at 6:27 pm

Lagi satu persoalan.

adakah patut saya keluarkan wang simpanan anak2 di SSPN utk membeli emas? Ini kerana wang simpanan di SSPN dikecualikan cukai pendptan & dividen tahunan sekitar 4% setahun..

Reply

27 Mohd Zulkifli Shafie February 9, 2014 at 10:49 pm

Saya tak pasti mana yang terbaik, tapi saya buat simpanan emas & perak untuk masa depan anak-anak.

Reply

28 Mie February 10, 2014 at 4:47 pm

Salam.

En nadri boleh pertimbangkan semula untuk menggunakan wang simpanan SSPN tersebut, dari sisi luar, pelaburan emas memang memberikan pulangan lebih tinggi walaubagaimanapun, simpanan di SSPN tersebut boleh menjadi sebagai back-up andai terjadi apa-apa diluar jangkaan.

emas tetap kene beli, simpanan tunai tetap kene ada..

Reply

29 Mohd Zulkifli Shafie February 10, 2014 at 5:56 pm

Terima kasih En Mie atas pandangan.

Reply

30 muhamad arif asyraf bin mat zain August 11, 2014 at 11:11 pm

Assalamualaikum tuan,
Saya seorang pelajar universiti tahun 1,sy sdh lama berminat utk melabur dlm pelaburan emas fizikal ni,utk pengetahuan tuan sy ingn melabur dlm pelaburan ini kerana ingin menyelesaikan htang ptptn sejurus sahaja tamat belajar selam 4 thn,pelaburan ini pling sesuai utk pelajar kerana tidak mnggangu pelajaran,
Dgn modal 5k,sy ingn meminta pendpt tuan bgaimana utk memulakan pelaburan emas dgn berkesan,
Terima ksih atas pertolongan,,

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie August 12, 2014 at 7:15 am

Wslm En. Arif,

Dengan modal RM5k tu, saya syorkan beli 9 dinar. Itu item paling untung (paling rendah susut nilai) dengan bajet tu. Untuk buat pembelian, En. Arif boleh contact saya 019-336 8009 (wassap / sms). InsyaAllah saya boleh bantu.

Reply

32 fyza November 24, 2014 at 5:02 pm

Assalamualaikum w.b.t , izinkan saya share di FB

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2014 at 5:10 pm

Wslm. Silakan Pn. Fyza. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

34 SAIFUL MUSTAKIM BIN ISMAIL December 20, 2014 at 2:49 pm

Assalamualaikum Encik Zul. Terima kasih atas info yang sangat berguna dan penting. Boleh saya gunakannya untuk syer dgn keluarga dan sahabat saya? Mohon kebenaran.

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie December 20, 2014 at 8:10 pm

Wslm. Silakan En. Saiful. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

36 Rosliza December 23, 2014 at 9:32 am

Assalamuaalaikum tuan Zulkifli.. Saya selalu mengikuti blog tuan kerana banyak memberi panduan untuk saya menyimpan emas. Tujuan utama saya untuk menyimpan emas adalah melindungi RM saya. Saya masih terfikir-fikir samada nk join Public Gold atau Power Gold. Sebab saya lihat power gold banyak memberi intensif kepada ahli. Cuma power gold lebih pd online. Mohon pencerahan. TQ

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie December 23, 2014 at 12:57 pm

Wslm Pn. Rosliza,

Untuk pilih emas yang mana lebih baik, ini kriterianya:

1. Harga per gram rendah.
2. Susut nilai rendah.
3. Cawangan untuk jaul beli banyak.
4. Stok tiada had.
5. Jaminan dan syarat beli balik tak cerewet.

Boleh baca artikel saya di http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html .

Reply

38 aris March 16, 2015 at 8:57 am

Assalamualaikum tuan, info dan ilmu yg sgt bermenafaat, mohon copy tuan dan sy akan letak nama asal tuan sbg pemilik artikel ini..

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 5:15 am

Wslm. Silakan En. Aris. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

40 Haziqah Bt Mohd Sharif March 29, 2015 at 10:07 pm

Assalamualaikum. Sye ingin bertanya. Sye busia 23thn dan berminat tentang emas. Apa nasihat tuan bg sye muda mudi yg bru nk berjinak dgn emas. Pendapatan sye tidak la sebanyak mana. Untuk membeli dalam jumlah yg besar itu agak lama sye kna menyimpan dan sekiranya buat pinjaman sye bce di blog tuan tidak disarankn. Jd apakah penyelesaian dan nasihat yg tbaik dpt tuan berikan kpd sye. Terima kasih

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2015 at 4:11 am

Wslm Cik Haziqah,

Boleh bermula dengan menyimpan emas bajet sekecil 1 gram. Cik Haziqah boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/06/cara-mulakan-pelaburan-emas-dengan-modal-kecil.html .

Reply

Leave a Comment

{ 7 trackbacks }

Previous post:

Next post: