MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Budapest 2026: Suami Isteri Bahagia, Tak Semestinya Kena Sentiasa Bersama

September 5, 2026

Walaupun pergi trip sama-sama, tapi saya dan isteri jarang sekali bergerak ke sana sini bersama. 

Saya dengan cara saya.
Dia dengan cara dia dan geng dia. 

Sebab minat kami tak sama. 

More...

Apa yang saya enjoy bila travel 

Benda yang saya enjoy setiap kali trip ialah berjumpa dengan team, mengopi dan berbual untuk berkenalan dengan lebih dekat... Sambil brainstorm idea pasal bisnes. 

Kalau sendirian, saya suka lepak buat kerja, ataupun membaca sambil pekena secawan kopi... 

Benda yang kurang minat sepanjang trip ialah shopping, ambil foto/video, buat konten dan bermain...

Malah kalau berlebihan, saya jadi stress dan mood saya boleh berubah... 

Ia kontra dengan isteri saya. 

Biarkan buat apa yang dia suka

Jadi untuk pastikan kami sama-sama happy, saya prefer kami buat hal masing-masing sepanjang trip... Bila kami berjumpa balik, kami berjumpa dengan perasaan happy dengan cara masing-masing... 

Sepanjang trip #PGLSBudapest2026, jarang sekali kami bergerak ke sana sini berdua... Kami cuma ada bersama hanya masa dalam cruise ataupun dalam bas saja. 

Sebaik saja keluar dari cruise dan turun dari bas, masing-masing bawa haluan sendiri... 

Isteri saya dengan geng dia... Saya buat hal saya... 

Sebab saya nak isteri saya happy... Dan saya juga happy... 

Hormati “happiness” pasangan 

Saya fikir, untuk kekal bahagia, kita kena respek "happiness" pasangan kita sendiri... Tak semestinya setiap masa kena sentiasa bersama-sama...

Yang sentiasa kekal bersama ialah ikatan hati yang saling mencintai, saling menghormati, saling mempercayai dan saling menghargai... 

Mudah-mudahan dengan cara begini, rumahtangga kami sentiasa bahagia dan diberkati...

Amiin...

#TipSuamiIsteri 

Zulkifli 
Cyberjaya 
4 September 2026 
21 Rabiul Awwal 1448H

P.S. Ini foto sebaik saja kami sampai di Marbach dari Vienna, Austria untuk naik cruise bergerak ke Linz (Austria). 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}