MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Keputusan Meeting, Keputusan Paling Hampir Pada Yang Tepat!

September 11, 2026

Kita tak tahu apa keputusan yang paling tepat. 

Tapi yang pastinya, keputusan yang dibuat dalam meeting bersama adalah keputusan yang paling hampir kepada yang tepat. 

Sebab masing-masing meluahkan pendapat dan perspektif masing-masing tentang apa yang terbaik buat kami. 

Ada yang nampak dari sudut A.
Ada yang nampak dari sudut B. 

More...

Maka setelah ambil kira pelbagai pendapat, akhirnya kami capai kata sepakat. 

Dan itulah keputusan yang kami galas bersama untuk cipta masa depan bersama. InsyaAllah... 

Dah lama kami tak meeting sampai malam

Dah lama kami tak meeting sampai malam.

Tapi kelmarin, #G100x5GLeadersForum berlangsung daripada pukul 10.30 pagi sampai 9.00 malam!

Alhamdulillah, kami selesai update action plan yang lebih jelas untuk capai #MisiUbahHidup1000Keluarga dan #RoadTo100Diamond.

Ini adalah rutin bulanan kami.

Rutin untuk pastikan kami semua sentiasa “realigned” dan “on track” dengan misi besar kami.

Dan paling penting, untuk terus berikan yang terbaik buat mereka yang mempercayai dealership dan leadership kami.

Apa-apa masalah, kami bincangkan bersama

Apa-apa masalah, kami bincangkan bersama.

Walaupun masing-masing pegang jawatan dan portfolio yang berbeza dalam team, hakikatnya dalam kalangan kami tak ada siapa yang dianggap boss, dan tak ada siapa dianggap orang bawahan.

Kami semua sama.

Business partner.

Kami saling bergantungan — interdependent.

Masing-masing menyumbang kelebihan masing-masing, dan dalam masa yang sama menumpang kelebihan orang lain.

Kami bekerja tanpa gaji

Kami bekerja tanpa gaji.

Orang luar mungkin nampak kami banyak "menyumbang" kepada team.

Tapi hakikatnya, masing-masing tak rasa diri banyak menyumbang pun. Sebaliknya, kami rasa kamilah yang banyak "menumpang" kekuatan orang lain untuk grow.

Itulah yang menjadikan kerja kami makin mudah dan perjalanan kami makin cepat.

Sebab akhirnya...

Tak ada siapa yang lebih hebat atau lebih kuat daripada kekuatan kita bila bersama.

Alhamdulillah.

Bermesyuarat juga sifat orang beriman

Mudah-mudahan amalan meeting kami ni selaras dengan salah satu sifat orang beriman sebagaimana Allah gambarkan dalam Al-Quran:

“...dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka...”

— Surah Asy-Syura, ayat 38

Zulkifli
Cyberjaya
11 September 2026
28 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}