MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pentingnya Orang Muda Dalam Membina Team Yang Cekap

August 31, 2024

Saya yang paling berusia!

Syukur alhamdulillah... Saya dikelilingi team pemikir dan pelaksana dari kalangan orang muda 20-an dan 30-an. 

Mereka adalah barisan Leaders Council (LC) untuk #PGG100Network dan #5GAssociates.

Tak sama bekerja dengan orang muda. 

More...

Kombinasi pengalaman dan idea baru

Orang muda lebih kreatif, lebih up-to-date, dan gerak kerjanya lebih cepat. Mereka lebih cepat sesuai diri dengan perkembangan semasa.

Bila meeting, saya suka mendengar pandangan orang muda. Lebih-lebih lagi kalau berbeza pendapat dengan saya.

Kalau berbeza, kami sama-sama bincang apakah yang terbaik untuk masa depan kami bersama.

Ia bukan tentang saya, tetapi tentang kami bersama. 

Sebagai orang lama, saya banyak pengalaman. Tapi pengalaman dulu bukan jaminan kejayaan pada masa depan.

Formula kejayaan jadi formula kegagalan

Bahkan formula-formula kejayaan dahulu mungkin dah tak sesuai. Ia boleh jadi formula kegagalan hari ini.

Pengalaman tu jadi pelajaran supaya tak perlu ulangi kesilapan yang sama, dan tak perlu lalui jalan (lama) yang lebih panjang.

Dengan gandingan pengalaman dengan idea dan tenaga orang muda, insyaAllah kami akan sentiasa di landasan yang betul untuk menjayakan misi besar kami.

Iaitu #MisiUbahHidup1000Keluarga.

InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
27 Ogos 2024
21 Safar 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>