MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beza Jadi “Pemilik Bisnes” Berbanding “Bekerja Sendiri”

September 17, 2024

Banyak yang fikir berhenti kerja (makan gaji) untuk buat bisnes sendiri maka hidup dia akan bebas.

Tapi sebaliknya, dia terperangkap dengan kerja yang lebih berat; kena kerja sampai 16 jam sehari dan tiada lagi hari cuti! 

Dialah boss dan dialah juga pekerjanya. 

Kita dia cuti ataupun sakit, dia tak ada 'gaji'.

More...

Beza pemilik bisnes dan bekerja sendiri

Pemilik bisnes, lain... bekerja sendiri, lain pula...

Maksud sebenar "pemilik bisnes", dia memiliki bisnes yang bersistem, dan ada team yang menggerakkan bisnes dia.

Dia ada CEO yang menjaga bisnesnya. Dia ada mangement team yang mengerakkan seluruh pekerjanya.

Pendek kata, kalau dia tak masuk office 3 bulan pun, income dia dan bisnes dia tak terjejas.

Customer dia boleh bertransaksi jual beli macam biasa. Walaupun dia tak 'masuk kerja'.

Bisnes dia tak melekat di batang tubuhnya.

Dia bukan boss, dia bukan kuli  

Banyak yang fikir dia adalah pemilik bisnes, tapi hakikatnya dia cuma bekerja sendiri. Dialah boss dan dialah kulinya.

Kalau dia sakit atau pergi bercuti, bisnes dia terpaksa tutup kedai.  

Kalau buka kedai pun, sales dia jatuh tergolek walaupun ada staff yang jaga kedainya.  

Pendek kata, bila dia bekerja barulah dia ada duit. Bila dia tak bekerja, dia tiada duit.  

Dia bukanlah pemilik bisnes, tapi sekadar bekerja sendiri.  

Dia keluar dari dunia makan gaji dan masuk ke dunia bekerja sendiri.

Jalan keluar dari bekerja sendiri

Bagi yang dah terperangkap dalam dunia "bekerja sendiri", kalau nak teruskan bisnes tu, kena bangunkan team dan sistem (sediakan SOP, automate segala proses) sampai bisnes tu boleh berjalan sendiri.

Kalaupun bisnes tu tak dapat berjalan sendiri (automate), sekurang-kurangnya dapat kurangkan beban.

Apa yang boleh orang lain (pekerja) buatkan, bayar orang lain yang buatkan. Sediakan SOP (panduan kerja) dan latih pekerja jalankan kerja ikut SOP yang disediakan.

Sediakan SOP, dan letakkan KPI (Key Performance Indikator a.k.a. target).

Kerja sebenar pemilik bisnes sepatutnya fokus pada tugasakan yang orang lain tak mampu buat.

Antaranya bina networking, bangunkan team dan tentu hala tuju perniagaan. 

Kerja hakiki pemilik bisnes

Sebagai pemilik bisnes, antara kerja hakiki kita ialah pergi 'mengopi'. 

Kena bina networking dengan rakan bisnes dalam industri, dengan vendor atau supplier (jika perlu), dengan orang penting yang boleh bantu membangunkan bisnes kita. 

Dan kerja hakiki paling berat pemilik bisnes ialah membangunkan team; bangunkan bakat pekerja sedia ada.

Bukan sahaja mereka boleh buat kerja dengan baik, tapi mereka ada misi yang sama dan happy bekerja dengan kita. 

Mereka rasa bisnes yang kita bangunkan adalah milik mereka bersama. Bukan sahaja pekerja yang cuma ikut arahan kita.

Itulah secara umum yang boleh saya share.

Kelas belajar pengurusan bisnes

Bagi pemilik bisnes yang masih lagi level "bekerja sendiri", tapi ada cita-cita besar nak jadikan bisnes dia akhirnya dapat berjalan sendiri (automate), saya boleh sarankan belajar dengan Byond Success di bawah bimbingan Tuan Abdul Basit (guru pengurusan bisnes). 

Banyak saya belajar daripada Byond dalam membangunkan G100 Network walaupun sebenarnya bisnes saya dah hampir "automate" sebelum saya join kelas-kelas Byond.

Kos saya bayar untuk join Golden Circle sekitar RM70,000 setahun (tahun 2021 - 2022), tapi ilmu dan pengalaman tu saya rasa berbaloi. Alhamdulillah...

Kalau kos tu terlalu mahal, boleh join kelas-kelas percuma (dan yang murah) dulu.

Ilmu-ilmu itu pun pada saya banyak membantu usahawan-usawahan yang masih struggle dengan bisnes masing-masing.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
17 September 2024
13 Rabiul Awwal 1446H

Byond Success Blueprint memudahkan saya faham bagaimana sesebuah bisnes kecil akhirnya menjadi bisnes besar dan berkembang secara auto-pilot. Setiap pemilik bisnes kena faham fasa-fasa bisnes ni.

NOTA : Ini bukan paid review. Saya tulis berdasarkan ilmu dan pengalaman saya sendiri. Mudah-mudahan dapat bantu pemilik-pemilik bisnes yang masih lagi berstatus "bekerja sendiri" untuk keluar dari 'rate-race' ciptaan sendiri. 

Saya bekas perserta Golden Circle (di bawah Byond Success). Dan saya juga bekas client Byond Corp. Untuk Byond Corp, saya tak recommend sebab pengalaman saya dengan mereka sangat kurang memuaskan.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>