MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Leadership, Inilah Rahsia Membina Bisnes Jutaan Ringgit

June 22, 2021

Banyak yang fikir, buat bisnes ni cukup dengan pandai menjual.

Ya, itu betul kalau cuma buat bisnes kecil-kecilan.

Tapi kalau nak buat bisnes jutaan ringgit setiap bulan, tahu menjual saja tak cukup. Ia sangat jauh dari mencukupi. 

Bila bercakap pasal bisnes yang besar, maka tanggungjawab hakiki kita (pemilik bisnes) ialah berikan manfaat kepada kelompok manusia yang lebih besar.

Dan tentunya mustahil bekerja hanya seorang diri.

Setiap kita cuma ada waktu yang terhad - 24 jam sehari, dan kudrat yang terbatas.

Kalau berbisnes secara "one man show", memang tak akan pergi jauh. Kita perlukan orang lain untuk bantu dan bekerjasama dengan kita.

Maka ilmu penting kita kena ada ialah ilmu leadership!

Iaitu ilmu memimpin manusia. Ilmu memegang hati-hati manusia supaya mereka rasa seronok bekerja bersama-sama kita. 

Leadership, Ilmu Mengerakkan Manusia

Ilmu menggerakkan manusia untuk capai impian bersama.

Tanpa ilmu leadership, tidak akan wujud sebuah team yang kuat. Mereka tak mampu bekerja dengan baik secara harmoni.

Bahkan apa yang selalu terjadi, bila bisnes semakin besar, masing-masing semakin tamak dan pentingkan diri sendiri.

Dan mulalah bercakaran sesama sendiri... 

Akhir sekali berpecah belah bawa halauan masing-masing.

Maka jadilah mereka team-team kecil yang semuanya lemah-lemah belaka.

Nikmati Saiz Kek Yang Sangat Besar

Tapi bagi organisasi bisnes yang ada kepimpinan yang baik, semakin lama team semakin besar dan semakin kukuh.

Semakin lama semakin banyaklah TALENT (orang pandai dan berbakat) yang dapat mereka satukan dalam team mereka. 

Talent-talent yang kekal dan terus bekerja secara harmoni serta bersatu-hati inilah membuatkan mereka pecut lebih cepat dan jauh meninggalkan pesaing-pesaing mereka!

Dengan team yang besar, mereka dapat capai kejayaan lebih besar.

Mereka dapat menikmati saiz kek yang sangat besar. Dan setiap ahli masing-masing dapat sepotong daripada kek yang besar itu.

Sedangkan team kecil yang lain, masih leka dengan sebiji cupcake yang kecil.

Kononnya dia tak perlu share dengan sesiapa. Padahal bahagian dia sangat kecil berbanding mereka yang berkongsi kek yang besar.

Network Dealer Terbesar Dalam Public Gold

Syukur alhamdulillah... 

Hari ini saya bersama dengan team G100 Network.

Iaitu team dealer terbesar dalam Public Gold, yang menyatukan lebih 50 Master Dealer aktif (setakat artikel ini di tulis), dan lebih 500 dealer aktif.

Yang bekerja secara harmoni dan bersatu hati dalam memberikan servis kepada lebih 150,000 customer Public Gold di seluruh Asia Tenggara.

Ini adalah circle yang sangat positif, yang mampu mendorong sesiapa saja untuk lebih berjaya dalam hidup.

Hinggakan saya sendiri nak anak-anak saya grow dan maju bersama network ini. InsyaAllah.

Nak kenal siapa sebenarnya anak-anak kita, perhatikan dengan siapa dia suka berkawan. Kawan-kawan dia itulah bayangan diri dia yang sebenar.

Dan kalau nak tahu siapa kita 5 tahun akan datang, perhatikan dengan siapa kita berkawan rapat hari ini.

Siapa kita 5 tahun akan datang, ia sangat bergantung kepada 3 perkara, iaitu apa buku yang kita baca, dengan siapa kita berkawan, dan apa impian kita untuk masa depan!

Jadi ubahkan 3 perkara itu sekarang. Ia pasti akan mengubah masa depan kita menjadi lebih baik, insyaAllah.

Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
17 Jun 2021
6 Zulkaedah 1442H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}