MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Lain Simpan Nombor, Orang Kaya Simpan Nilai

June 21, 2021

Pertambahan nombor semata-mata tak bermaksud kita bertambah kaya.

Ada ketikanya pertambahan nombor itu menandakan kita semakin miskin, bahkan ada ketikanya nombor tak bertambah tapi kita semakin kaya.

Kalau simpan duit kertas (di tangan ataupun dalam akaun bank), kita sebenarnya hanya menyimpan NOMBOR. Ini kerana nilai sebenar duit itu bukan pada kertasnya.

Berbeza dengan simpan emas.

Emas dan Duit Kertas

Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman.

Kalau 1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

Savers Are Losers?

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan “savers are losers”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

Sama-sama simpanan. Sama-sama kuning. Tetapi kedua-duanya jauh bezanya. Yang satu simpan NOMBOR, dan yang lagi satu simpan NILAI. Orang biasa simpan nombor, tapi orang kaya simpan nilai.

Cara Orang Kaya Simpan Kekayaan

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank.

Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang.

Mereka simpan emas, perak, hartanah boleh disewakan dengan sewaan berbaloi atau mempunyai potensi kenaikan harga yang baik, tanah yang mendatangkan hasil, atau bisnes yang berpotensi untuk berkembang pada masa depan.

Jadi kalau nak kaya, tirulah cara orang kaya simpan kekayaan mereka.

Kumpul Emas, Miliki Hartanah

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

Zulkifli
Cyberjaya
21 Jun 2021
10 Zulkaedah 1442H


Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>