Kena keep track. Barulah tahu samada kita masih di landasan yang betul untuk capai matlamat kewangan kita ataupun tidak.
Masalah cashflow bulanan negatif (iaitu jumlah perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan), itu petanda kewangan seseorang sedang bergerak ke arah kemiskinan. Dengan tabiat berbelanja dan membuat komitmen hutang lebih daripada kemampuan sebenar, cepat atau lambat, dia akan jatuh miskin juga. Ia hanya persoalan masa saja.
Kalau tak diperbetulkan sekarang, tunggulah masa masalah kewangan semakin parah. Nanti sedar-sedar nak beli susu anak pun terpaksa pinjam duit keluarga dan kawan-kawan!
Begitulah juga dengan kesihatan.
More...
Masalah Bertahun-tahun Yang Dibiarkan...
Masalah kegemukan bukan sebab apa yang kita makan semalam atau minggu lalu. Tapi disebabkan makan secara berlebihan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.
Maka makin hari makin gemuk.
Kalau makan sampai kenyang tu, maksudnya kita dah terlebih makan. Sebabnya, rasa kenyang tu akan datang 20 minit lepas makan. Itu menurut apa yang diberitahu oleh Tuan Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia.
Maksudnya kalau tunggu kenyang baru berhenti makan, itu dah confirm terlebih makan. Makan lebih daripada apa yang tubuh kita sebenarnya perlukan.
Kita di Malaysia (syurga makanan) ni banyak yang sakit bukan sebab tak cukup makan, tapi terlebih makan. Lebih kalori (tenaga), lebih lemak, lebih gula, lebih garam. Itulah yang bawa banyak penyakit.
Kalau tak dibetulkan tabiat pemakanan yang salah tu, pasti akan sampai waktunya kena penyakit yang datang secara pakej akibat masalah kegemukan.
Keep Track Untuk Kenalpasti Tabiat
Hari ni saya start keep track balik apa yang saya makan. Inilah hari pertama saya keep track balik sejak hari terakhir pada 30.10.2018 (hari bermulanya musibah 2 tahun dipenjarakan gara-gara bersedekah). Saya guna apps MyFitnessPal.
Setiap apa yang dimakan dan diminum semuanya kena rekod. Supaya dapat menilai semula tabiat pemakanan dan tahu bagaimana nak adjust balik untuk perbetulkan tabiat pemakanan dari sekarang.
Bila Tahu, Barulah Akan Lebih Berhati-hati
Bila tahu berapa banyak kalori setiap makanan, maka mudahlah kita kawal pemakanan kita.
Hari tu saya beli burger di Burger King. Double BBQ Beefacoon (Burger King).
Seingat saya kali terakhir saya makan ketika di Changi Airport, Singapore, sekitar tahun 2016. Jadi dah lama tak makan, saja nak try. Sesekali ubah selera.
Waktu tu tak kira pun berapa jumlah kalorinya.
Sekali saya cek, untuk Double BBQ Beefacoon (Burger King), kalorinya sekitar 1,100 kalori! Itu dah 60% daripada kalori harian yang saya perlukan!
Makan Banyak, Exercise Pun Kena Banyak
Nak makan juga pun boleh, tapi saya kena potong kalori bahagian lain pulak, atau kena tambah lagi exercise untuk bakar lebih banyak kalori.
Jadi dengan buat kiraan begini, lebih mudah kita adjust tabiat pemakanan dan exercise kita. Dan lama kelamaan ia akan jadi tabiat.
Bila dah dapat tanam tabiat yang betul, waktu tu dah tak perlu keep track dengan details macam ni dah. Sebab ia dah jadi sebahagian daripada kehidupan kita. Dah jadi tabiat.
Kita tak mampu ubah masa depan. Tapi kita mampu ubah tabiat (walaupun ianya tak mudah). Dan tabiat itulah yang akan menentukan masa depan.
Sama-sama betulkan tabiat dari sekarang.
InsyaAllah.
Terbaik entri terbaru ini en zul , setuju benar dengan analogi yang diberikan.
Saya cuma nak beri cadangan tentang app yang boleh digunakan untuk kira kalori itu. Saya pakai Healitfy sekarang , ianya lebih mudah sebab ada banyak menu orang malaysia dalam kiraan kalori itu.
Selain itu , app ini pun ada sync dengan personal trainer untuk diet dan exercise ( nasihat berbayar ). Mungkin En Zul boleh juga lihat potensi app ini.
Alhamdulillah.
Terima kasih En Haikal atas cadangan. Nanti saya tengok.
Saya pun tak tahu yang mana terbaik. Saya guna Apps sekarang ni sebab memang dah guna sejak dulu lagi. Dan saya tengok ada penulis buku tentang fitness suggest Apps ni.
Terima kasih.